August 29, 2009

Kita sering lupa dan takut?

Kita manusia yang penakut

Kita manusia pelupa


Hari ini kita berada di atas

Kita takut

Esok kita akan jatuh ke bawah

Dan kita lupa

Kelmarin kita berada di tempat yang serendah-rendahnya


Hari ini kita kaya

Kita takut

Esok kita akan miskin

Dan kita lupa

Kelmarin kita tidak mempunyai apa-apa


Hari ini kita senang

Kita takut

Esok kita akan susah

Dan kita lupa

Kelmarin kita hidup di atas kehendakNya


Hari ini kita gembira

Kita takut

Esok kita akan berduka

Dan kita lupa

Kelmarin kita pernah kecewa


Hari ini kita kenyang

Kita takut

Esok kita akan lapar

Dan kita lupa

Kelmarin ada manusia yang kebuluran


Hari ini kita muda

Kita takut

Esok kita akan tua

Dan kita lupa

Kelmarin tidak akan kembali semula


Hari ini kita hidup

Kita takut

Esok kitakan mati

Dan kita lupa

Kelmarin kita tidak pernah bersedia untuknya!


P/s: Kita takut untuk mati kerana cinta pada dunia yang fana. Kita lupa bahawa ada kehidupan yang sebenar-benarnya menanti selepas mati. Fikir-fikir dan risau-risaukanlah.



2 comments:

  1. Salam,

    Kita juga sudah sekian lama lupa bahawasanya kita sentiasa berada didalam pemeliharaan Allah SWT.. Dialah satu2nya Pemelihara kita. Makan minum kita Dialah yang jaga, rezeki kita Dialah yang memberi. Dialah yang beri kita pakaian yang bergaya, sebuah rumah besar, kereta besar, harta yang banyak dan seorang isteri yang cantek...!

    Pemelihara kita juga yang menjaga segala apa yang kita miliki itu. Dan Dialah jua yang mengambilnya kembali dari sisi kita.. Maka jadilah kita 'tidak memiliki apa2 lagi'. Namun pada bila2 masa, akan diberinya lagi suatu yang lain, mungkin yang lebih baik dari suatu yang pernah diberikanNya dulu, sebagai anugerah kepada kita yang sabar dan sentiasa taat dalam menuruti perintahNya...

    Jadi janganlah takut dan bimbang lagi..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...nama aku wan dari sabah.aku minat dengan artikel yang kau tulis pasal kes KAYU SUGI TU..aku cuma nak comment skit je tak banyak..aku setuju dengan apa yang kau tulis tu.dan bagi 1 pihak yang kata kalau nak amal sunnah ikut zaman tu bagi aku orang gila tau pun dah nak mati barang kali....sebab nya ZAMAN YANG PERLU WAJAR IKUT SUNNAH NABI S.A.W SEBAB DALAM AL-QURAN MENGATAKAN MAHFUMNYA TIDAK KU JADI KAN LANGIT DAN BUMI DAN SEGALA ISI NYA KALAU BUKAN KERANA MU MUHAMMAD..di sini jelas yang zaman kena ikut sunnah dan bukan sunnah yang ikut zaman..dan ada banyak lagi dalil² dan hadit² yang boleh mengukuh kan ujah tentang penting nya sugi dalam kehidupan seharian kita..apa pun tu jak lah untuk kali nie..yang penting dakwah kan lah bagi meraka yang belum tahu atau dah lupa yang diri mereka tu semua UMAT MUHAMMAD S.A.W..sambil² kita doa mendoa kan AMIN

    ReplyDelete

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin