August 13, 2009

Bagaimana nak dapat penginapan free semasa konvo?

Satu ketika masa aku jadi fasilitator kat beberapa program, ada dikalangan peserta yang datang jumpa untuk minta biodata aku serba sedikit. Dalam banyak soalan yang ditanya, aku amat tertarik jika mereka tanya “apakah makanan kegemaran abang?”. Terus terang aku jawab “makanan kegemaran abang adalah makan free”. Hihi..naik tersenyum semua peserta yang mendengar. Aku ni kalu bab makan free memang laju. Walaupun begitu, teringat aku pada nikmat Allah s.w.t diberi percuma dan melimpah ruah yangmana tak mampu untuk disyukuri.

Allah s.w.t memberi segala nikmat kepada makhluk tanpa mengharapkan balasan daripada makhluk. Pemurahnya Allah penyayangnya Allah s.w.t pada makhluk. Walaupun dalam nikmat itu ada orang yang kufur pada nikmat Allah tetapi Allah tetap masih memberi peluang untuk manusia mensyukuri dan menggunakan nikmat. Semuanya Allah s.w.t bagi nikmat secara percuma. Allah Maha Pemberi yakni memberi tanpa syarat, tanpa batas dan tanpa mengharapkan keuntungan. Allah s.w.t memberi wang kepada orang yang perlukan wang, kesihatan pada orang sakit, anak kepada yang mandul, pengetahuan kepada orang tidak pandai dan sebagainyalah.

Jika Allah s.w.t nak memberikan sesuatu kepada kita, maka tak seorang pun yang dapat menghalangi datangnya kebaikkan itu kepada kita; jika Dia memberikan kepada orang lain pun, maka tidak ada satu pun kekuatan di dunia ni yang dapat mengalihkan kebaikan itu kepada kita. Inilah yang Allah s.w.t mahu kita kenal bahawa segala manfaat dan mudarat datang daripada Allah s.w.t. Bila kita kenal Allah maka akan datang cinta pada Allah. Bila dah cinta, segala perintah Allah s.w.t boleh dituruti dengan mudah dan senang. Subhanallah pentingnya usaha atas iman.

Sebut usaha atas iman, teringat plak dalam minggu orang dok sibuk KOnVo kat usm ni. Aku masa balik cuti ari tu, aku dah tanya family aku “ma dan abah kalau rasa keberatan nak pergi konvo, tak yah g tak pe, ore tak pe. Ok je. Lagipun bergambar je konvo tu” Lebih kurang gitulah. Bagi aku datang konvo itu tak penting tapi oleh kerana family aku sanggup datang dengan sukarela maka aku tak halang mereka. Mereka memang menghargai anak-anaknya. Kalu boleh aku tak nak nyusahkan ma abah aku ni datang dari jauh-jauh semata-mata untuk menghargai aku.

Lagipun tempat penginapan susah nak dapat. Aku dah cari tempat penginapan tapi kebanyakkan dah penuh. Oleh kerana aku datang awal ke usm dan ramai kengkawan yang aku kenal, maka aku merempat kat bilik kengkawan. Disamping tu, ada juga kengkawan aku yang sama kos dengan aku turut merempat dalam bilik orang. Apabila kengkawan dah ramai dalam bilik, maka macam-macam cerita, ada yang mengumpat kat orang. Aku dengar terus aku berbunyi “ehem-ehem”. Mereka pun diam. Tapi tiba-tiba salah seorang mereka berkata. “mat k (panggilan nama aku yang mereka panggil), ko tak pergi ke ziarah budak ‘mak nyah’ yang bilik kat hujung sana ke, aku rasa baik ko g nasihatkan dia sebab teruk sangat je” Dia seorang bercakap maka terus kengkawan aku yang lain sokong dia. Aku pun apa lagi berkata dengan perlahan-lahan “ish korang ni, tanggungjawab untuk agama ni bukan aku saje pikul tapi korang pun kena pikul, aku dah pergi ziarah bilik dia ari tu dan aku dah nasihatkan kat dia, satu lagi korang jangan salahkan aku je, korang ni takkan nak dok diam, block Cahaya Gemilang ni ada 4 aras, takkan aku seorang nak cover, kan baik kalau aku dan korang-korang sama bergotong royong untuk agama Allah s.w.t. Maka barulah agama boleh bangun dengan maju.” Panjang lebar aku menjelaskan kepada mereka dan lepas tu masing-masing malu dan mengakui kesalahan mereka. Gitulah sedikit penjelasan aku bagi kat diorang agar mereka faham kerja dakwah ni bukan tanggungjawab aku seorang saja tapi semua orang kena buat.

Memandang dalam bilik tu kecil dan hanya diperuntukkan untuk dua orang saje tetapi dipenuhi oleh 6 orang maka aku lebih suka memilih jika tidak menyusahkan kengkawan baik aku terutama tuan punya bilik. So aku tiap-tiap malam bermalam kat surau. Eh silap, bukan bermalam tapi beriktikaf. Tidak boleh jika tidur, makan dsbnya dalam rumah Allah melainkan dengan niat iktikaf terlebih dahulu. Masa aku iktikaf kat surau dengan beralaskan sleeping bad, maka bangun je bangkit sebelum subuh, tengok sekeliling penuh dengan manusia yang bergelimpangan ketiduran dan keletihan. Tapi aku sedih ramai yang tidur tanpa alas, ada yang tidur menentang (ish-ish), ada yang tidur sampai meleleh air mulut. Astaghfirullah habis air kena carpet sebab tak pakai alas tidur. Lepas tu, perlahan-lahan aku sebut. “subuh, subuh, subuh… bangun bangun.. Alhamdulillah hilazi ahyana ba’ dama ama tana wa ilahirnusyur” Saje je aku baca doa bangun tidur secara kuat, supaya orang yang dengar ingat nak baca doa bangun tidur.

Lepas tu, aku pergi ke bilik air untuk ambik air wuduk dan seterusnya azan dengan sekuat mungkin. Suara aku bukannya sedap sangat tapi tak kisah r. Janji kuat dan betul bacaannya. Seorang sahabat nabi s.a.w yakni hazrat Bilal r.a apabila azan boleh dengar sehingga ke arasy Allah s.w.t. Subhanallah. Dalam hadith juga ada menyebut, salah satu perkara yang patut kita berebut adalah melaungkan azan kerana pahala yang besar akan diperolehi. Bayangkanlah setiap makhluk yang dengar suara orang yang azan, maka makhluk termasuk kayu, batu batan, pasir dsbnya memohon keampunan pada Allah untuk orang yang azan. MasyaAllah.

Apabila selesai je azan, tiba masa untuk ahli jemaah untuk solat sunat. Tetiba ada satu perkara yang buat aku sedih keseorangan memikirkan. Aku ingatkan dia solat sunat tapi rupanya dia lebih suka solat keseorangan berbanding solat jemaah. Aku pun mula berfikir bahawa hanya Allah s.w.t yang bagi hidayat. Semua ni pilihan daripada Allah s.w.t. Walaupun dia sudah iktikaf dalam surau tetapi tidak semestinya dia dapat solat berjemaah. Begitu juga kalu dilihat pada situasi yang lain yangmana ada rumah orang Islam bersebelahan dengan masjid atau surau tetapi masih solat bersendirian di rumah. Begitu juga, dalam kedai punyalah banyak al-Quran, buah tasbih, kitab-kitab tetapi tidak pun disentuh. Hal ini kerana ini semua pilihan dan hidayat Allah s.w.t. Allah s.w.t tidak pernah menzalimi manusia sebaliknya manusialah yang menzalimi diri sendiri.

Malah yang aku sedih, ada yang sudah bangkit bangun tidur tetapi terus angkat beg untuk keluar dari surau. Entahlah solat atau tidak atau terus pergi tidur kat mana-mana. Tapi aku sedaya upaya berbaik sangka. Pernah juga aku pernah ajak kengkawan aku yang tidur kat bilik supaya sama-sama iktikaf kat rumah Allah tetapi mereka bagi alasan malas nak bangun solat subuh. Aduh! macam nak hancur hati aku mendengar kata-kata macam tu. Ya Allah…berikanlah kami kefahaman agama.

P/s: Penginapan free yang biasa jadi sasaran adalah masjid atau surau. Tetapi amat malang jika hanya menggunakan masjid sebagai tempat persinggahan dan tempat tidur. Sepatutnya masjid dihidupkan dengan 5 amal masjid Nabawi iaitu dakwah, taklim taklum, ibadat dan khidmat. Penginapan free juga boleh dilakukan dengan scooting bilik kengkawan. Kalau mengikut undang-undang universiti, perkara scooting ni salah tetapi pandai-pandailah korang untuk cari bilik kengkawan yang sanggup terima dan korang juga kena hati-hati supaya tidak sampai membebankan tuan punya bilik. Fikir-fikirkanlah.

1 comment:

  1. tuh pesal yg tak semayang, ada sesetengah tuh target masjid untuk mencari harta dunia .... selipar dan kasut jemaah dikebas, kipas2 dan PA system di kidnap, tabung duit dipecahkan dll......

    ReplyDelete

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin