February 19, 2010

Siapa yang menang?

Posting ini adalah lanjutan dari posting yang lepas “handphone berbunyi?”. Sebelum aku bagi jawapan yang tidak tepat, apa kata aku pamerkan disini beberapa jawapan dari pengkomen-pengkomen yang hebat dan bernas idea mereka. Terima kasih…

Ukhtiza
*nak tambah apa yang tak kena pada gambar...depa x rapatkan saff...

ziarah76
dlm gambar tu mana tok imamnye?

Iqbalsyarie
Pasal gambar tu,rasanya mcm tak berapa nak nampak kesalahan.Tapi kalau kesilapan atau kekurangan adala kot sprti budak kecik solat saf depan dan solat tak ikut sunnah(pakai T-shirt)..ke ada lagi?

Seorangnenektua
kesalan1-Tangan kat pinggang2-kaki tak rapat3-saf tak rapat4-Ada yang tidak berdiri tegak dan kaki tidak mengadap kiblat.5-handphone bunyi 6-kain menutupi buku lali7-Pandangan mata tidak ditempat sujud

Lilacfla
good point. for me kesalahan nampak ada 3.a.hp bunyikb.budak kecik solat saf depanc. susunan imam? mana eh?d. saf tak rapat


Ok..sekarang...adakah kerana handphone berbunyi menyebabkan kita tidak khusuk ketika solat…? Apa-apapun, terimalah sedikit jawapan tidak tepat daripada aku…

Pertama sekali, kita janganlah salahkan orang lain semata-mata walaupun nampak orang lain yang bersalah. Maksud aku, janganlah salahkan orang lain semata-mata handphonenya berbunyi ketika solat…sehingga menganggu solat kita…tetapi salahlah pada diri sendiri. Ok..

Untuk maju dalam agama, kita perlu tengok kesalahan diri sendiri. Jadi dalam kes handphone berbunyi tu; langkah kita bukanlah untuk mengubah keadaan tetapi ubahlah diri kita sendiri. Kita tidak boleh menyalahkan orang lain semata-mata atas apa yang menimpa kita.

Sekarang apa salah kita? Salah kita adalah tidak khusyuk dalam solat. Hati kita yang tidak khusyuklah menyebabkan kita terdengar bunyi nada dering handphone.

Bayangkanlah kalu kita hati khusyuk seperti Muslim bin Yasar yangmana beliau tengah solat tetapi tidak sedar bahawa salah satu tiang penyangga masjid telah runtuh sedangkan di dalam masjid tersebut orang ramai telah berkumpul menyaksikannya. Wow!!!

Bayangkanlah Saidina Ali r.a pun tidak terasa apa-apa pun apabila anak panah yang terkena pada badannya dicabut oleh sahabat yang lain ketika beliau sedang bersolat. Wow!!!

Bayangkanlah kita...bukan setakat anak panah dicabut, nyamuk hinggap kat badan sehingga sempat lagi belasah atau halau nyamuk… Wuuu!!!

Pada zaman sahabat r.hum terdapat seorang sahabat r.a terkena serpihan dinding masjid di bahagian antara halkum dan janggut beliau. Tetapi solat beliau langsung tidak terjejas akibat serpihan tersebut. Wow!!!

Pada zaman kita, terkena serpihan tahi cicak pun..ada yang sampai bergerak-gerak badan…belum lagi cicak masuk dalam kain.. boleh melompat-lompat ketika solat… Wuuu!!!

Hazrat Abdullah bin Zubair r.anhuma pernah berkata bukanlah solat namanya jika seseorang memberi tumpuan kepada sesuatu yang lain. Kisah ni berlaku ketika anaknya dibelit seekor ular sehingga ahli rumah berkenaan huru hara dan hinga bingar tetapi beliau masih meneruskan solat dalam keadaan tenang. Hebat!!!

Cuba kita bandingkan dengan keadaan kita sekarang…bukan je dengar handphone berbunyi tetapi enjin kenderaan yang lalu lalang pun kita terusik…malah budak-budak yang dok bermain kat saf belakang pun kita dengar bunyi bising…Sampaikan ada bapa yang setelah habis salam, cepat-cepat pergi kat anak dia untuk bagi penampar…marah-marah lah…jadi bising plak atas masjid… Nampak sangat dalam solat tadi tak khusyuk dan bertambah malang…ketika dalam solat lagi dalam keadaan marah-marah dan tak sabar nak belasah anak…apalah!!!

Pernah aku solat jumaat di sebuah masjid, budak-budak dok bermain kat belakang…sampaikan aku naik bengang…bising…Aku ingat aku je yang tak khusyuk…tapi bila je Imam selesai bagi salam…terus bangun sambil pegang microphone lalu memarahi budak-budak kat belakang…Makmum yang lain plak, apa lagi belum sempat habis doa…dah mula.. “pok pek pok pek”… berleter tak tentu pasal…macam orang perempuan..!!!

Ini satu hal jugak masalah bapa yang sengal…dah tahu anak belum lagi mumayiz…kenapalah bawa datang masjid… Pastu sampai ada yang menangis nak minum susu lah, takut lah, dikacau budak lain lah… sampai ada yang berak pun ada… Kacau betul…!!!

Ok. Itu bab budak-budak buat bising… tapi ada jugak makmum yang ‘mabuk’ dalam solat... bila dia rukuk..duit syiling jatuh dari poket dia dan terus bergolek-golek entah kemana… Selepas je bagi salam..terus tanya mana duit dia… Punyalah berkira…padahal duit syiling je.. memang betul mabuk dunia…sehingga solat sanggup digadai…!!!

Ada jugak yang sengal, tengah-tengah asyik solat… tiba-tiba berhenti solat..dan terus keluar dari masjid…Orang lain ingat terkentut ke…nak buang air kecik ke… tapi tiba-tiba datang balik solat dalam keadaan masbuk… Bila selesai solat, orang lain tanya…kenapa berhenti solat?… Dia jawab terlupa nak ambik anak kunci motor di motor bawah garaj… Errr..nak je aku bunuh sampai pengsan orang macam tu!!! Tak yakin lagi ke bahawa Allah s.w.t Maha Pemelihara bila kita yang sentiasa memelihara dan memperbaiki hubungan dengan Allah termasuk dalam solat?

Owh! Betapa lemahnya amal ibadat kita berbanding orang yang terdahulu (zaman sahabat rhum, salafus soleh)... Banyak kita buat dosa pada Allah s.w.t.. Tidak nampak lagikah, amat ketara perbezaan amal ibadat kita dengan orang terdahulu?

Mereka pun macam kita jugak…tapi bezanya kita banyak cinta dunia berbanding akhirat. Mereka solat…terus nampak syurga…tapi kita solat nampak tahi cicak kat depan!

Mereka bila solat, perasaan takut wujud seolah-olah mereka berada di hadapan Allah s.w.t tetapi kita takut jugak…takut kat lembaga, orang gila, orang nak mencuri...datang dari belakang!

Apabila mereka bersembangyang jemaah…tidak kenal dengan orang yang disebelah kanan dan kirinya tetapi…, kita bukan sahaja kenal orang di sebelah kita tapi boleh tahu lagi siapa yang datang lewat ‘masbuk’….

Mereka bila solat boleh menangis-nangis takut pada Allah s.w.t tapi…ada sesetengah kita bukan sahaja tidak boleh menangis bahkan ada yang sampai behenti solat kerana tergelak keseorangan…apa sangat yang melucukan..Entahlah… Sengal agaknya!!!

Jadi, sangatlah berbeza solat mereka berbanding solat yang kita laksanakan. Fikir dan risaukanlah…mintalah selalu doa pada Allah s.w.t agar Allah s.w.t bagi kita hakikat solat khusyuk dan khuduk… Menangislah banyak-banyak…agar hati yang keras macam batu…boleh ‘lekuk’ dengan tangisan yang istiqamah dan ikhlas…

Oleh itu, fikirlah kelemahan dan dosa kita lalu risaukanlah dosa kita… Sekiranya kita tahu bertapa lemahnya dan berdosanya kita…nescaya kita akan banyak menangis dan kurang ketawa !!!


==========

Tambahan jawapan secara ringkas berdasarkan gambar dalam posting “handphone berbunyi”…

Pertama… mereka solat dalam keadaan pejam mata. Kalau dah pejam mata, telinga pun jadi padam, akal fikiran jadi hanyut...hati pun terus dibawa arus yang deras…sehingga terdampar di pinggir salam terakhir..Hua hua hua.

Kedua…mata PakCik tu jeling semacam je…menggoda betul jelingan matanya. Ish..

Next…Yang hujung sekali plak, misai punyalah lebat. Hahaha (eh apasal ketawa sangat aku ni)…Potonglah sikit..sunnah kena potong…jangan simpan misai.. itu pun aku nak ajar jugak ke… dahlah janggut potong tapi misai disimpan…itu bukan musang berjanggut tapi musang bermisai…hua hua hua..

Lagi, pakai baju Melayu…ah kan bagus kalau pakai baju Sunnah. Tidaklah salah pakai baju melayu…aku pun kadang-kadang pakai jugak.. tapi hari tu, orang England beragama Islam tanya aku “kau pakai baju apa ni?” aku jawab “pakai baju Melayu” … “Aaa baju melayu, apakah nama itu”…tanya balik orang England kat aku. Emm malas aku nak terang kat dia budaya orang Melayu ni…nanti dia tak faham apa pun…baik aku terang bab sunnah..Ah “orang melayu mudah lupa” kata Dr. M… Ya memang aku lupa…lupa tentang sunnah sehingga mementingkan adab Melayu yang sesetengah perkara membelakangi sunnah.

Orang England tu bagi alasan, kalau guna baju Melayu buat solat…maka bila kita rukuk atau sujud…baju akan tersingkat ke atas…maknanya akan menampakkan bontot kita… Bontot ni tak elok untuk kesihatan iman…mengairahkan kepada orang perempuan jika terlihat…errr… Jadi satu cara mudah untuk tutup bontot adalah dengan pakai jubah atau kurta…Baru nampak sopan…isteri pun sayang!!

Jangan lupa..tidaklah salah kalau nak pakai baju Melayu sekalipun daripada tidak pakai baju langsung… Eh, aku hairan ada lagi orang zaman sekarang solat dengan tidak berbaju…cukup hanya pakai kain pelaikat je… Alasan mereka senang je…aurat hanya dari pusat hingga ke lutut… Ok alasan boleh diterima…tapi aku cuba bagi mereka berfikir…

Errr…macamana kalau korang semua pergi mengadap Sultan Negeri dalam keadaan kain pelaikat tanpa berbaju...? Mesti tak buat kan…Malu katakan… Jadi dalam solat…hakikat sebenarnya kita sedang mengadap Allah s.w.t yakni raja segala raja dunia dan akhirat…Adakah korang tak malu?

Kelima... budak kecik bawah umur (tak bersunat) dok depan sekali dengan orang dah berumur macam aku ni. Hua hua hua… “Adik…, lain kali kalu rasa diri belum pergi jumpa doctor atau Tok Mudim senyum berseri, majlis khatam dirai… maka jangan dok saf depan ye…. Membahaya kepada kesihatan abang dan orang yang dah baligh nak solat…Adik sendiri pun tahukan bahawa adik tak suci…eeee…najisss..” hehe..

Hari tu aku ada tanya ustaz pondok..entah betul atau tak..tapi aku harap korang boleh rujuk balik ustaz korang yang diyakini mahir.. Ok…aku tanya apa hukum budak kecik belum baligh dok sekali dengan saf orang sudah baligh… Ustaz tu jawab…Apabila anggota budak belum baligh bertindih dengan orang yang sudah baligh…maka satu baris saf tersebut jadi batal…sebab budak tu tidak suci... (sila rujuk ustaz…tanyalah ustaz di tv9)..huh huh..

Next…saf jugak tidak rapat. Kalau kita biasa solat bersama ‘pak-pak Arab’…mereka sengaja buka ruangan kaki luas-luas agar bersentuh anak jari kaki kita dengan mereka… Rapat saf jugak merupakan syarat kesempunaan solat… jangan dibiarkan kosong, nanti Encik Syaitan akan mengganggu. Disamping saf yang rapat, perlu jugak saf berada dalam keadaan lurus… pastikan tumit dalam keadaan satu baris…bukanlah jari-jari kaki depan yang lurus!!!

Last…Abang misai tu jugak pakai tai. Macam Arvil Lavigne plak yang nak pergi menyanyi kat konsert. Bukankah kita sepatutnya buka satu butang baju kat atas sekali agar tidak menampak sangat keegoan…Aku ada dengar…sunnah pemakaian meninggalkan satu butang di bahagian atas…tidaklah sampai menjeruk tengkok…tidaklah menampakkan sifat kesombongan sepertimana melabuhkan pakaian sehingga mencecah lantai dan menutupi buku lali… (sila rujuk ustaz terlebih dahulu)… dan tiadalah salah jika pakai tai !!!

Pemenangnya adalah…

Semua jawapan perkomen boleh diterima pakai… Semua betul…tapi aku seorang je salah.. Jadi aku tak tahu nak bagi hadiah kepada siapa sebab hadiah ada satu je untuk pemenang… Oleh itu, aku mengistiharkan pemenang jatuh kepada…..jeng, jeng, jeng…. Aku sendiri…hua hua hua…

Kompidem je adik ni…mace-mace budok sekare..hu hu hu..


P/s: Tiada jawapan yang tepat apabila sengaja tengok kesalahan orang lain…tapi jawapan yang tepat apabila tengok kesalahan diri sendiri !!!

February 14, 2010

Sayang pada yang telah mati?

Tiada siapa yang inginkan kesusahan atau kesakitan melainkan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t dan barangsiapa yang sabar dalam setiap ujian-Nya maka dijanjikan Allah akan ganjaran pahala. Begitulah hakikatnya yang telah dialami oleh datuk aku saat ketika ni akibat diserang penyakit strok secara tiba-tiba. Maka ramailah yang datang menziarahinya termasuk kaum kerabat yang jauh. Tiap-tiap malam aku dan keluarga ziarah untuk baca yassin dan cari tukang urut yang sesuai.

Dah hampir dua minggu, keadaan semakin tidak stabil sehingga memaksa anak cucu semua pulang kampung. Kadang-kadang aku jugak turut memandikan datuk di waktu tengahari. Kasihan datuk aku, dia tidak boleh berjalan, bercakap tidak dapat, badan jadi kaku…itulah biasanya terjadi kepada sesiapa yang kena penyakit strok.

Pelbagai usaha telah dibuat, baca yasin, solat hajat, urut tradisional, bagi suntikan kat hospital, bomoh pun ada jugak…ish.. Ketika melihat keadaan datuk yang semakin tua dan tidak berdaya, teringat aku ayat dalam al-Quran mengenai apabila usia semakin bertambah maka kehidupan berubah menjadi seperti kanak-kanak.

Betul itulah hakikat yang menimpa sesiapa yang semakin tua…makan pun kena suap, kena dimandikan, kena pakai pampers, suara pun jadi tak jelas bahkan nak bagi air minuman pun kena guna botol susu bayi... bak kata menjadi seperti peringkat awal kelahiran bayi.Masa tu, tiada lagi perasaan malu sebab sudah terlantar sakit..tidak boleh buat apa-apa…hanya harap kepada Allah s.w.t dan anak-cucu yang sedia membantu.

Itulah jika anak cucu yang faham kehendak agama, kalau sakit baca yasin…tapi malang zaman sekarang…ramai yang apabila ibubapa sakit tenat…ada sesetengah anak-anak tidak mempedulikan.. malah bila suruh dibacakan surah yasin maka dijawab tidak pandai. Ah sedih sungguh. Itu surah yasin yang famous dibaca tetapi lagi malang yang tak tahu membaca al-Quran.. hatta al-fathihah pun. Ada jugak zaman sekarang yang mana saat ibubapa sakit tapi anak-anak masih tidak dapat pulang mengziarahi kerana sibuk dengan kerja masing-masing. Ah sedih. Begitulah hakikat, walaupun mempunyai harta jutaan ringgit sekalipun tetapi kasih sayang [agama] tidak ada dalam kehidupan anak-anak maka ibubapa lah yang rugi dan menanggung derita.

Pada saat aku melihat datuk aku sakit, terfikir bahawa itukah jalan yang aku tempohi akan datang jikalau dipanjang umur. Saat dimana tiada gunanya harta, pangkat, kad kredit, kereta atau kondominium sekalipun… tapi yang diharap hanya isteri, anak-anak yang soleh dan cucu-cucu yang soleh yang akan mendoakan kesejahteraan. Jadi perkara agama adalah paling penting dalam kehidupan untuk dipelajari dan diamalkan.

Ok. Selepas hampir dua minggu datuk aku terlantar sakit, tiba-tiba aku dikejutkan panggilan telefon pada sebelah pagi bahawa datuk aku sudah pergi meninggalkan orang disisi. Terasa tersentuh hati mendengar pemergiannya lalu segera buat persiapan diri untuk menziarahi mayat yang kaku sendiri.


Alhamdulillah, mayat arwah selesai dimandikan dan dikapankan oleh tok iman, aku dan dua orang kampung. Lagipun inilah kali pertama aku mandikan dan kapankan jenazah. Alhamdulillah wajah arwah kelihatan cerah bercahaya dan bibir mengukirkan senyuman. Aku terharu melihat. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas arwah.

Semasa mayat hampir siap dikafankan, aku melihat ramai anak-cucu yang mengucup dan mencium wajah datuk aku…lalu terlintas di fikiran aku seketika.…apakah ada gunanya mengucup orang yang telah mati? Kalau difikirkan sudah tiada gunanya sebab kasih sayang yang sebenar patut diberikan adalah ketika arwah masih hidup.

Faham?

Maksudnya ketika manusia masih bernyawa..ketika itulah patut kita bagi kasih sayang sepenuhnya…bukannya selepas mati kerana orang yang sudah mati tidak merasai kasih sayang orang yang hidup. Justuru aku menyeru kepada semua termasuk diri aku ini,… saat ibubapa kita masih hidup maka pergilah cium mereka, pergilah peluk mereka..pergilah ucapkan kata-kata yang baik untuk mereka;… jika mempunyai adik-beradik, maka tunjukkanlah kasih sayang yang sebenarnya agar mereka dapat merasai kasih sayang yang sebenar ketika hidup;… jika korang sudah punya isteri…pergi peluk isteri lama-lama tanpa dibauri nafsu seks [itulah hakikat kasih sayang], panggil dengan panggilan yang baik, cium dia selalu..bagi didikan agama..bimbinglah dia..segala masalah, bawa berbincang kerana disitulah akan wujud ketenteraman dan kesatuan hati…

Ingatlah, orang mati tidak dapat merasai ciuman, kucupan, kasih sayang, pelukkan orang yang masih hidup…tetapi selagi orang yang kita sayang masih hidup..pergilah pada orang tersebut…ciumlah, kucuplah, peluklah, ucaplah kata-kata baik…kerana orang yang hidup dapat merasai kasih sayang yang diberikan..

Bukanlah maksud aku, korang tak boleh kucup atau cium orang yang telah mati tetapi hakikat yang sebenar aku pelajari disaat melihat ramai anak-cucu kucup dan peluk arwah atok aku. Padahal sepanjang hidup aku, tak pernah lihat arwah datuk dicium dan dipeluk dengan penuh kasih sayang oleh anak-cucunya. Oh alangkah gembiranya arwah datuk ketika masih bernyawa, kalu ramai anak-cucu buat macam tu.

Ok. Selepas tu, arwah telah siap disembahyangkan oleh Imam madarasah dan pelajar sekolah pondok serta anak-cucunya. Manakala arwah diusung guna keranda ke tempat pengkebumian oleh anak-cucu secara bergilir-gilir. Alhamduillah arwah selamat dikebumikan.

Aku pun mula ambik kertas dan pen sambil tunggu malam untuk majlis tahlil.

Mengenangkan wajahmu
Buatku teringat kisah lalu
Kau selalu menasihatku
Dikala aku buntu

Saatmu dibawa ke pusara
Ku berdoa pada yang Maha Esa
Agar mengampunkan segala dosa
Untuk menuju jalan ke syurga

Pergimu takkan kembali
Walaupun semua meratapi
Andai ku tahu apa akan terjadi
Gelak ketawa jadi sepi
Menangis tak henti

Itulah hakikat peringatan
Agar menjadi pedoman
Fikir dan risau jadi tatapan
Selagi nyawa dikandung badan…


9/2/2010
Hari kematian arwah datuk


Dalam tempoh seminggu selepas arwah datuk aku mati…tiap-tiap malam dibuat tahlil. Kat kampung arwah datuk aku ni memang ramai yang kuat berparti politik tetapi malang sekali.. telah buat aku menyampah apabila surau tidak dihidupkan amalan termasuk solat jemaah. Yang ada hanya waktu maghrib dan isyak. Itupun sebab ustaz yang sepolitik dengan kepala diorang datang mengajar situ. Kalau setakat mengajar bab untuk ajak manusia berkasih sayang takpelah jugak, tetapi menanamkan hati orang kampung supaya taksub pada parti dan benci pada saudara seIslam. Inilah buat aku menyampah. Ah benci politik bodoh orang melayu walaupun aku sendiri bangsa melayu.

Setakat berpolitik tu takpe lagi tetapi ini pandang lekeh kepada puak dakwah. Pandang aku dengan tiada ilmu la, tiada main parti la, tiada basikal la, dan la la la... Tapi bila sampai majlis tahlil atau solat berjemaah, bila tiada imam…korang jugak suruh aku jadi imam dan jadi syed dalam tahlil. Habis korang tu ada ilmu sangat ke? Jangan jadi sengal yea…

Ok. Sebenarnya aku tak marah mereka ni depan-depan…sebab kerja dakwah bukan buat dengan marah-marah tetapi buat dengan kasih sayang dan tunjuk akhlak. Aku cuma luahkan perasaan geram dan menyampah aku hanya dalam blog sahaja untuk menyedarkan diri aku dan sesiapa sahaja yang rasa ia bermanfaat. Alhamdulillah sekarang, orang kampung aku dan kampung datuk aku… sikit sedikit faham pentingnya usaha dakwah dan tidak pandang lekeh pada puak dakwah. Mereka semakin sayang kat aku sekarang. Hua hua hua. Kalau mereka kutuk aku, aku ugut mereka bahawa aku tak nak jadi imam solat dan syed dalam tahlil... dan secara automatic mereka yang kena…bila mereka nak kena…mereka awal-awal lagi cabut lari.. Haaa, sekarang…baru mereka tahu bertapa penting aku. Hua hua hua.. (Aku perasan)

-aku kena istighfar-

Fitrah manusia merindui kasih sayang, malangnya kasih sayang sudah mati

P/s: Sekiranya orang hidup tahu apa terjadi pada orang mati, pasti dan pasti akan banyak menangis dan kurang ketawa. Fikirkanlah..

February 5, 2010

Handphone berbunyi?


Berdasarkan gambar rajah di atas, bincangkan permasalahan yang anda perhatikan. (teringat soalan exam ketika zaman sekolah dulu, hu hu hu). Bagi aku, terdapat empat kesalahan atau kekurangan dalam gambar rajah tersebut. Fikirkanlah. Jawapannya, nanti aku bagi dalam komen kalau korang tak boleh fikir.

Tapi aku ‘chop’ dah satu jawapan. Perkara pertama adalah bunyi handphone. Memang perkara yang aku paling menyampah bila dengan handphone berbunyi ketika solat. Kalau setakat dalam tandas ke, kat pejabat ke, dalam kuliah ke,...boleh lah tahan jugak, tapi pantang keturunan nenek tiri sebelah bapa saudara aku bila dengar bunyi handphone ketika solat.

Kalau setakat tak menyusahkan atau mengganggu orang tak pelah jugak tapi ni tidak, satu jemaah orang solat jadi ganggu. Dahlah iman baca perlahan ketika waktu zohor dan asar maka macam menyerlah bunyi sound handphone. Kalu waktu imam baca nyaring pun, kadang-kadang ada imam yang berhenti sekejap terlupa bacaan dalam solat gara-gara musik handphone lebih kuat dari suara pak imam. Tapi nasib baiklah pak imam tak terikut lagu dari handphone. Errr…

Entahlah apalah yang nak dibanggakan setakat keluar bunyi musik Hollywood la, Bollywood la, dikir barat la, lagu juara lagu la, dan la la la la… yang pasti semuanya mengganggu orang lain nak solat. Kalau setakat nada dering nostalgia ke, cuckoo ke, rooster ke, bolehlah tahan jugak tapi ini pilih nada dering yang panjang, habis satu lagu didendangkan. Cukup-cukup masa orang solat dua rakaat. Habis satu jemaah dalam keadaan khusyuk dengar nada dering. Memang mengganggu betul.

Please ar, jangan cuba menyusahkan orang lain. Cubalah kalau setiap kali nak naik masjid, silent dulu handphone atau lagi bagus off je terus. Takkan ini pun aku nak ajar.

Ah, kalau yea pun lupa nak tutup, takkan tiada alternative lain nak tutup bila tiba-tiba bunyi handphone kedengaran. Tekan je lah masa solat untuk off kan asalkan anggota badan yang besar tidak bergerak lebih tiga kali kalau ikut hukum fikah. Takkan ini pun aku nak ajar.

Ni tidak, dibiarkan je macam tu sampai kadang-kadang kalau handphone jenis nokia 3310 boleh habis beteri sehingga bunyi ‘kret, kret, kret, kret,..” Sekali dengar macam nak gelak jugak, sekali fikir geram je orang yang menyusahkan orang lain ni.

Setakat solat sunnat seorang diri tu tak pelah jugak nak kasi kuat sound bila orang call. Ini tidak, masa solat berjemaah la korang nak bagi orang terganggu. Dahlah datang solat masbuk, plak tu handphone korang plak buat kacau. Tekan je la lain kali. Takkan ini pun aku nak ajar ulang-ulang kali. Tekan je. Jangan takut.

Sebab tulah, Nabi s.a.w ajar memang cantik yakni datang awal masjid, tunggu solat. Bila korang tunggu solat, maka korang akan buat persiapan termasuk solat sunnat dan ceck kot-kot ada perkara yang akan mengganggu ketika solat. Kena fikir tu, Allah s.w.t kan bagi aku dan korang akal, jadi fikir dulu. Takkan ini pun aku nak ajar.

Betullah apa yang ulama kata, sekarang orang bukan lagi cakap pasal akhirat dalam masjid tapi bercakap perkara dunia dalam masjid. Tak cukup bercakap, malah yang ‘sengal’ menyanyi dalam masjid. Menyanyi tak semesti korang melalak dalam masjid tetapi menyanyi dari suara handphone korang sendiri.

Ingatlah orang lain pun ada jugak handphone. Kalu yea pun nak kasi orang dengar lalu korang pamer handphone yang canggih korang, tunggulah lepas habis solat. Masa tu main la sampai habis bateri pun takpe, tiada siapa nak marah.

Tak cukup lagi tu, korang cuba fikir lagi. Ok aku dah fikir. Aku akan bagitahu korang. Tak cukup menyanyi malah tunjuk gambar dalam handphone di dalam masjid. Apa nak jadi lah… Tunjuk kebesaran Allah ke, surah-surah ayat al-Quran ke, hadith ke...tak pelah jugak tapi ni tidak, tunjuk gambar ‘awek’ dalam masjid. Ingat masjid tempat cuci gambar ke?

Tak cukup lagi tu, dah puas tunjuk gambar, sekarang handphone boleh tengok video plak. Setakat video bercirikan Islam takpelah jugak, tapi semua lagu-lagu di download adalah jauh dari aspek keislaman termasuklah ceramah politik yang mengajar orang Islam berpecah belah. Aku menyampah kalu orang pasang video ceramah politik dalam masjid.

Semua perkara di atas sebenarnya boleh mendatangkan kemarahan pada aku. Boleh buat aku kena kencing manis walaupun aku tidak suka makan gula. Tapi adik-adik aku cakap, aku memang seorang abang yang penyabar. Entahlah, tapi yang pasti pak imam kampung aku turut jugak mengakui kesabaran aku. Hua hua hua…

Ok. Lawak-lawak jugak tapi cubalah kuranglah ketawa dan banyakkan menangis. Nescaya hati korang akan jadi bersih bak kain putih yang dipakai oleh seorang jejaka dari pasir puteh. Hua hua hua. Jangan ketawa. Aku marah ni…

Last, aku haraplah korang yang nak naik masjid atau surau, sila pastikan handphone telah disilentkan atau dimatikan. Kalau tak pandai nak buat jugak, boleh je bagi kat aku. Ngeh ngeh ngeh.

Tapi satu perkara aku nak pesan, kalau korang dengar handphone ahli jemaah sedang berbunyi semasa solat sedangkan dia masih tidak mematikan bunyi tersebut, maka korang berbaik sangka lah. Mungkin dia malu nak gerakkan tangan untuk matikan fon, atau mungkin dia terlalu khusyuk sehingga tidak perasan handphonenya sedang berbunyi. Hua hua hua…


P/s: Pakcik aku cakap, dulu wanita menyanyi kat luar masjid tetapi sekarang wanita menyanyi dalam masjid. Fikir risaukanlah…
Blog Widget by LinkWithin