February 5, 2010

Handphone berbunyi?


Berdasarkan gambar rajah di atas, bincangkan permasalahan yang anda perhatikan. (teringat soalan exam ketika zaman sekolah dulu, hu hu hu). Bagi aku, terdapat empat kesalahan atau kekurangan dalam gambar rajah tersebut. Fikirkanlah. Jawapannya, nanti aku bagi dalam komen kalau korang tak boleh fikir.

Tapi aku ‘chop’ dah satu jawapan. Perkara pertama adalah bunyi handphone. Memang perkara yang aku paling menyampah bila dengan handphone berbunyi ketika solat. Kalau setakat dalam tandas ke, kat pejabat ke, dalam kuliah ke,...boleh lah tahan jugak, tapi pantang keturunan nenek tiri sebelah bapa saudara aku bila dengar bunyi handphone ketika solat.

Kalau setakat tak menyusahkan atau mengganggu orang tak pelah jugak tapi ni tidak, satu jemaah orang solat jadi ganggu. Dahlah iman baca perlahan ketika waktu zohor dan asar maka macam menyerlah bunyi sound handphone. Kalu waktu imam baca nyaring pun, kadang-kadang ada imam yang berhenti sekejap terlupa bacaan dalam solat gara-gara musik handphone lebih kuat dari suara pak imam. Tapi nasib baiklah pak imam tak terikut lagu dari handphone. Errr…

Entahlah apalah yang nak dibanggakan setakat keluar bunyi musik Hollywood la, Bollywood la, dikir barat la, lagu juara lagu la, dan la la la la… yang pasti semuanya mengganggu orang lain nak solat. Kalau setakat nada dering nostalgia ke, cuckoo ke, rooster ke, bolehlah tahan jugak tapi ini pilih nada dering yang panjang, habis satu lagu didendangkan. Cukup-cukup masa orang solat dua rakaat. Habis satu jemaah dalam keadaan khusyuk dengar nada dering. Memang mengganggu betul.

Please ar, jangan cuba menyusahkan orang lain. Cubalah kalau setiap kali nak naik masjid, silent dulu handphone atau lagi bagus off je terus. Takkan ini pun aku nak ajar.

Ah, kalau yea pun lupa nak tutup, takkan tiada alternative lain nak tutup bila tiba-tiba bunyi handphone kedengaran. Tekan je lah masa solat untuk off kan asalkan anggota badan yang besar tidak bergerak lebih tiga kali kalau ikut hukum fikah. Takkan ini pun aku nak ajar.

Ni tidak, dibiarkan je macam tu sampai kadang-kadang kalau handphone jenis nokia 3310 boleh habis beteri sehingga bunyi ‘kret, kret, kret, kret,..” Sekali dengar macam nak gelak jugak, sekali fikir geram je orang yang menyusahkan orang lain ni.

Setakat solat sunnat seorang diri tu tak pelah jugak nak kasi kuat sound bila orang call. Ini tidak, masa solat berjemaah la korang nak bagi orang terganggu. Dahlah datang solat masbuk, plak tu handphone korang plak buat kacau. Tekan je la lain kali. Takkan ini pun aku nak ajar ulang-ulang kali. Tekan je. Jangan takut.

Sebab tulah, Nabi s.a.w ajar memang cantik yakni datang awal masjid, tunggu solat. Bila korang tunggu solat, maka korang akan buat persiapan termasuk solat sunnat dan ceck kot-kot ada perkara yang akan mengganggu ketika solat. Kena fikir tu, Allah s.w.t kan bagi aku dan korang akal, jadi fikir dulu. Takkan ini pun aku nak ajar.

Betullah apa yang ulama kata, sekarang orang bukan lagi cakap pasal akhirat dalam masjid tapi bercakap perkara dunia dalam masjid. Tak cukup bercakap, malah yang ‘sengal’ menyanyi dalam masjid. Menyanyi tak semesti korang melalak dalam masjid tetapi menyanyi dari suara handphone korang sendiri.

Ingatlah orang lain pun ada jugak handphone. Kalu yea pun nak kasi orang dengar lalu korang pamer handphone yang canggih korang, tunggulah lepas habis solat. Masa tu main la sampai habis bateri pun takpe, tiada siapa nak marah.

Tak cukup lagi tu, korang cuba fikir lagi. Ok aku dah fikir. Aku akan bagitahu korang. Tak cukup menyanyi malah tunjuk gambar dalam handphone di dalam masjid. Apa nak jadi lah… Tunjuk kebesaran Allah ke, surah-surah ayat al-Quran ke, hadith ke...tak pelah jugak tapi ni tidak, tunjuk gambar ‘awek’ dalam masjid. Ingat masjid tempat cuci gambar ke?

Tak cukup lagi tu, dah puas tunjuk gambar, sekarang handphone boleh tengok video plak. Setakat video bercirikan Islam takpelah jugak, tapi semua lagu-lagu di download adalah jauh dari aspek keislaman termasuklah ceramah politik yang mengajar orang Islam berpecah belah. Aku menyampah kalu orang pasang video ceramah politik dalam masjid.

Semua perkara di atas sebenarnya boleh mendatangkan kemarahan pada aku. Boleh buat aku kena kencing manis walaupun aku tidak suka makan gula. Tapi adik-adik aku cakap, aku memang seorang abang yang penyabar. Entahlah, tapi yang pasti pak imam kampung aku turut jugak mengakui kesabaran aku. Hua hua hua…

Ok. Lawak-lawak jugak tapi cubalah kuranglah ketawa dan banyakkan menangis. Nescaya hati korang akan jadi bersih bak kain putih yang dipakai oleh seorang jejaka dari pasir puteh. Hua hua hua. Jangan ketawa. Aku marah ni…

Last, aku haraplah korang yang nak naik masjid atau surau, sila pastikan handphone telah disilentkan atau dimatikan. Kalau tak pandai nak buat jugak, boleh je bagi kat aku. Ngeh ngeh ngeh.

Tapi satu perkara aku nak pesan, kalau korang dengar handphone ahli jemaah sedang berbunyi semasa solat sedangkan dia masih tidak mematikan bunyi tersebut, maka korang berbaik sangka lah. Mungkin dia malu nak gerakkan tangan untuk matikan fon, atau mungkin dia terlalu khusyuk sehingga tidak perasan handphonenya sedang berbunyi. Hua hua hua…


P/s: Pakcik aku cakap, dulu wanita menyanyi kat luar masjid tetapi sekarang wanita menyanyi dalam masjid. Fikir risaukanlah…

10 comments:

  1. salam...

    setuju3(baca macam upin n ipin)

    ...hilang khusyu' bila bunyi yang tak di undang kedengaran...kalau lagu yang kita suka, kadang-kadang jadi terikut nyanyi lagu tu dalam hati...ada juga deringan bunyi budak-budak menyanyi dengan cara tidak betul(kita tergelak dalam solat)...

    tapi kadang-kadang depa ni terlupa nak tukar mod telefon...kesian juga...mesti rasa bersalah giler...nak g tutup telefon atau nak teruskan solat...(bukan pengalaman cuma terbayang kalau telefon ana yang berbunyi)

    jom kita renungkan...

    Allah memberikan ganjaran yang sebesar-besarnya dan darjat yang setinggi-tingginya bagi mereka yang sabar dan lulus dalam ujian di jalan-jalan dakwah.


    Jika ujian, cubaan yang diberikan Allah hanya yang mudah-mudah sahaja tentu kita tidak akan memperoleh ganjaran yang hebat.


    Di situlah letak hikmahnya yakni bagi seorang da’ie harus sungguh-sungguh dan sabar dalam meniti jalan dakwah ini.

    Perjalanan ini tidak bisa di jalani dengan ketidak sungguhan, azam yang lemah dan pengorbanan ynag sedikit.


    Kematian hati, banyak orang tertewas dan maut mengintainya.

    Banyak orang yang cepat datang ke shaf solat, tapi ternyata cepat pula dia pergi, dingin tanpa penghayatan.


    Banyak orang yang sedikit beramal tapi di sebut-sebutnya banyak sekali. Merendahlah engkau kan seperti bintang gemilang berkilau dipandang orang di atas riak air, dan sang bintang pun jauh tinggi.


    Janganlah seperti asap yang mengangkat diri tinggi dilangit, padahal dirinya rendah, hina.


    -petikan dari cerita Sang Murabbi-


    *nak tambah apa yang tak kena pada gambar...depa x rapatkan saff...

    ReplyDelete
  2. owh...fenomena yg sangat kerap terjadi.Pernah satu kali pakcik tu layan lagu siti norhaliza.Pakcik tua da pun!aduhai...mmg tergannggu.


    Pasal gambar tu,rasanya mcm tak berapa nak nampak kesalahan.Tapi kalau kesilapan atau kekurangan adala kot sprti budak kecik solat saf depan dan solat tak ikut sunnah(pakai T-shirt)..ke ada lagi?

    ReplyDelete
  3. Bab ni pun tok janggut sakit hati gak!
    Nak putuskan hubungan luar pun kammain susah! Dah tengah syok asyik berdua duaan dengan Maha Pencipta nya...tiba tiba orang kacau daun habis runtuh kekhusyukkan!!!Cissss

    ReplyDelete
  4. teruskan tekaan...nanti akhir bulan akan diistiharkan jawapan dan siapa yg jadi pemenang....insyaAllah

    ReplyDelete
  5. good point. for me kesalahan nampak ada 3.

    a.hp bunyik
    b.budak kecik solat saf depan
    c. susunan imam? mana eh?
    d. saf tak rapat

    gaya penulisan macam blog kereta mayat, cuma lebih lembut gaya bahasa. :)

    ReplyDelete
  6. kesalan
    1-Tangan kat pinggang
    2-kaki tak rapat
    3-saf tak rapat
    4-Ada yang tidak berdiri tegak dan kaki tidak mengadap kiblat.
    5-handphone bunyi

    ReplyDelete
  7. 6-kain menutupi buku lali
    7-Pandangan mata tidak ditempat sujud

    ReplyDelete
  8. salam...mu ni memg tipikal & garang....agak2 kalw tgh khuruj,msti suke zihin org ni.....kelakar la mu suke ckp 'xkn itu pun aku nk ajar' memg la tu tugas mu ble jd da'ie iALLAH...apelah mu ni.....manusia mudah lupa.....eh tp ukhti suke blog mu.....santai tp byk pgisian...bguih na na na

    ReplyDelete
  9. ukhtiza

    betul3...biasalah manusia kadang2 terlupa... ana jgk kadang2 terlupa nak tutup jgk kalau datang solat agak terburu-buru... Jadi nak selesai masalah... datang awal solat...maksudnya tunggu solat... :)

    ========
    ziarah76

    tok iman tiada... betul... kalau mak iman mcamna plak????

    ========
    iqbalsyarie

    kebanyakkan dalam gmbar tu solat dengan lengan pendek... Memang sah tapi tak ikut sunnah... ada riwayat bagtau bahwa Nabi s.a.w baju baginda hingga sampai pengelangan tangan...

    ==========
    seorangnenektua

    kacau daun betul kan... takpe... taknak orang kacau daun... solat sunat tengah malam... nangis banyak2... :(

    ==========
    ukhti,mardhiah

    garang ke... kalau garang, dah lama makan orang...huhu...
    zihin tu ada lah jgk... untuk bentuk fikir diri sendiri dan ahli jemaah...

    ReplyDelete

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin