Ok. Sebenarnya aku berkecimpung dalam arena skateboarding semenjak aku berada di tingkatan empat lagi. Kiranya lebih kurang lapan tahun dah sekarang. Masa aku start main dulu, orang kebanyakkan tengok aku pelik. Ke hulu-hilir jinjing papan, sorong papan. Orang nampak aku bawa skate, panggil aku “ya-aw-aw”. Takpelah, yang penting aku ada benda yang lebih bagus daripada asyik merempit dan melepak je.
Korang tahu tak?
Sebenarnya remaja yang suka melepak ni boleh menjurus ke arah gejala yang tidak sihat seperti dadah, seks, rokok, ragut, minuman keras dimana aktiviti ini adalah menjadi sebahagian daripada trend kehidupan remaja masa kini yang taksub dengan kebebasan.
Kita patut fikir dan risau mengapakah umat Islam hari ini ramai yang terlibat dengan masalah sosial seperti ini. Mengapa rata-rata statistik yang dikeluarkan menunjukkan bahawa orang Melayu beragama Islam yang menjadi juara? Apakah punca dan dimanakan kelemahan kita serta bagaimana untuk mengatasinya. Tidakkah kita sedih? Kalaulah kita faham keadaan yang berlaku sekarang, nescaya kita akan banyak menangis dan kurang ketawa!!!
Ada faham?
Cuba korang perhatikan, kat kampung dan bandar…terutama pada sebelah petang. Apa yang dibuat oleh kebanyakkan anak muda? Antara yang popular melepak dan merempit. Ke hulu ke hilir bawa motor menghabiskan minyak motor, entah apa yang nak dicari, berpeluh pun tidak malah membazir duit mak bapak. Sedih-sedih.
Bukan setakat naik motor…tapi siap bawa entah betina mana yang haram disentuh…dan aku tengok masyarakat sekarang macam tiada sedih…tiada risau… apatah lagi nak tadah tangan menangis mohon hidayat. Ya Allah…
==============
Ok, berbalik kisah aku tadi, ketika aku berada di tingkatan empat, aku telah mengenali seorang kawan yang pada ketika itu turut pergi ulang-alik ke masjid terutama waktu maghrib dan isyak je… Entah kenapa tiba-tiba gatal mulut nak main satu permainan extreme. Jadi fikir punya fikir…kawan aku bagi idea untuk main skateboard.
Pada ketika tu, geng nasyid aku jugak berminat nak main… (aku dulu pernah jugak libat dalam kumpulan nasyid sehingga keluar album sendiri..isyaAllah nanti aku citer lain kali). Maka dipendekkan cerita aku dan kawan aku serta geng nasyid aku mulalah merayap ke pasarraya…Mydin, Econ Jaya, Billion, Pantai Timur ..semata-mata nak cari ‘skateboard supermarket’ yang kalu dikayuh berpeluh dulu, baru boleh bergerak. Amatlah perlahan kelajuannya dan harga amat murah jika dibandingkan yang digunakan sekarang.
Mulai saat itu, kami berlatih sungguh-sungguh sampaikan waktu malam pun kami sanggup pergi ‘kiamulail’ kat dalam kawasan sekolah yang berhampiran. Biasalah orang muda yang berdarah muda. Bunyi bising ‘keng, kong, kang, kung” akibat kuat melompat guna papan luncur. Jadi time tu pak guard datang marah kat kami. Tahan je telinga masa tu…sambil tangan ambik skateboard masing-masing untuk mengundurkan diri.
Tak serit lagi, geng kami cari ‘playwood’ dan besi untuk buat obstacle yakni tempat kami buat ‘trick’. Kami buat quarter pipe, funbox, rail, launcer…kira hebat jugaklah… Boleh kata tiap-tiap petang kami main…kami training…kami bergambar guna kamera Kodak masa tu…kami bawa radio serta kaset untuk dengar lagu sambil bermain...kawan aku layan lagu rock tapi aku layan lagu nasyid Raihan..hua hua hua.. dan macam-macam lagilah…
Orang muda…biasalah…jiwa ingin jadi luar biasa…Luar biasa tak kena pada tempatnya sehingga terjadi perkara yang sia-sia belaka…
Contoh mudah setelah masuk tingkatan lima…geng kami suatu petang naik tangki air yang tinggi dalam kawasan sekolah… Naik bukan begitu saje tapi naik bawa spray atau semburan warna untuk buat aktiviti menconteng… gravity katakan…saje suka-suka… Maka kawan aku memulakan tanpa ucapan bismillah…dia conteng… ARE YOU…punyalah besar…nama awek dia yang dia tergila-gilakan sampai hari ni…(harap kawan aku tak tahu apa aku ceritakan ni.)
Jadi peserta seterusnya kawan aku yang lain…menconteng guna penyembur dengan menulis… INJURED…yakni nama team kami ketika dulu..(sekarang nama team tu dah dibubar atas sebab yang perlu dirahsiakan) dan kawan aku yang lain plak conteng… DinSK8…
Ok… asyik kawan aku je…apa peranan aku masa tu… Peranan aku pun sama jugak…dah suasana sekeliling pun nakal…maka tangan aku pun jadi nakal jugak… aku conteng… Skate for fun… Ha ha ha…ok habis situ conteng…lalu kami sudahi majlis tanpa istighfar…
Pagi esok, kami satu geng pergi sekolah… lagipun geng kami ni satu kelas je…kelas tingkatan 5 Usaha…Kelas yang paling pandai sekali…ambik subjek sains dan ditambah prinsip akaun…Nampak macam budak cerdik tetapi akhlak…errrr…taubat aku tak nak buat dah!!!
Kebetulan pagi tu ada perhimpunan mingguan sekolah…apa lagi… Dari tempat perhimpunan tu…nampak tangki air yang punyalah besar… dan nampak jugak tulisan yang besar…ARE YOU…serta colournya sekali warna merah (spray warna merah) dan tak lupa kepada tulisan yang kecik-kecik… Tanpa membuang masa, bila cikgu berucap…awal-awal lagi dah kena maki…
“siapakah gerangan yang membuat kerja bodoh macam tu?!!!” soal cikgu dalam tempat perhimpunan sambil menunjukkan tangan ke arah tangki air…
Semua pelajar dan guru terus melihat ke arah tangki air. Geng kami… apa lagi… semua tunduk kepala…tunduk kepala bukanlah mengakui bersalah…tetapi sembunyikan diri tak nak mengaku bersalah…muka jadi malu, hati gementar, jiwa kacau, fikiran celaru, badan mengigil, peluh mula keluar…aku serta kawan aku yang lain tak terkata…dok membisu di satu penjuru mendengar kata-kata…
Sehinggalah majlis tu nak tutup…seorang demi seorang cikgu naik atas astaka…mengutuk perbuatan vandalisme tu… Jadi last…pengetua bagi ucapan dan warning agar supaya bertaubat… Bagus pengetua aku masa tu..
Jadi apa lagi, lepas habis perhimpunan…kami satu geng berkumpul secara kecik-keciklan… Mesyuarat katakan…Bincang punya bincang…nanti petang nak datang padamkan contengan atas tangki air…
Ditakdirkan Allah s.w.t pada sebelah petang tu…hujan telah turun dengan rintik-rintik… sambil tunggu hujan berhenti..aku dendangkan sebuah lagu untuk kawan-kawan aku yang resah…
“hujan rintik-rintik…, pohon daun lalang…., saya sangat cantik…., semua orang sayang…”
Hmmm…perasan punya budak…cantik apa…akhlak…errr… buat semua orang benci…Kata hati kecik aku..
Tunggu hujan tak berhenti jugak, hari dah nak malam... Jadi kami pun tekad naik jugak tangki air walaupun dalam keadaan air membasahi galang-galang besi…sambil kami bawa alat-alat seperti pisau dan kertas pasir untuk memadamkan aktiviti ‘vasdalisme’ tu.
PakGuard dari bawah…tersengih-sengih senyum kat kami…PakGuard ni baik dengan kami sebab kami selalu bagi rasuah kat dia…Bagi senyuman dan belanja air setiap kali kami nak main skate dalam sekolah… Astaghfirullah… Jadi hubungan PakGuard dengan kami adalah rapat…
Selesailah sudah aktiviti pemadaman contengan...dengan menyaksikan sehingga tangan kami lebam dan ada jugak yang berdarah… Alhamdulilah kifarah kepada dosa yang kami telah buat… Hero kononnya…
Ok. Habis situ bab conteng-menconteng…sekarang timbul perasaan kami untuk tarik populariti (sifat riak) dalam sekolah kami termasuk kami buat design baju dan banyaklah lagi aktiviti kami yang rata-rata telah menyebabkan aku bersedih mengenang kisah-kisah dulu… Apa tindakan kami yang seterusnya…? Jeng..jeng..jeng… Tunggulah kemunculan episode pengembaraan akan datang…Upin dan Ipin… Betul-betul-betul..
*aku mula main skate tahun 2002 dan aku mula terlibat usaha dakwah tahun 2006.
*korang boleh mengundi dengan menaip GOSKATE atau STOPSKATE dan hantar ke komen dibawah... (aku nak buat bancian siapa yang support atau tidak… have fun!)
============

Gambar lama INJURED TEAM ditubuhkan.., tapi sekarang dah bubar.
Place the world in our hand, not in our heart…
Kemuliaan orang beriman terletak dalam kiamullailnya dan kehebatannya bila tidak bergantung kepada orang lain…
SERONOK DENGAR CITER ADIK. SEMUA ORANG ADA SEJARAH YANG PERLU DIKENANG @ DIMUHASABAH. HMMM.. TAKUT SEJARAH BERULANG KEMBALI. ALHAMDULILLAH. ALLAH BERI PELUANG DAN HIDAYAH. PENGALAMAN TU SEMUA MAHAL DAN IANYA MENJADIKAN KITA INSAN YG LEBIH MEMAHAMI INSAN LAIN. INSYAALLAH. (agak2 kalau ada anak nanti.. nak bg tak kt dia join dunia skating nih? hehe.. soalan cepumas)
ReplyDeletesalam...masyaALlah...usaha mengubah segala2nye...mcm aku dulu...
ReplyDeletewaaahhh...stylo la...nanti ajar aku main skate ea.haha
ReplyDeleteahliacikgukhairul
ReplyDeletejazakillah ...pkara buat sy byk menangis bila kenangkan dosa-dosa lalu...agar pkara dulu tak berulang lagi... Setiap orang ada pgalaman yg mahal..
pasal anak? hmmm..biarlah rahsia...sebab tak khwin lagi...bila khwin kena bincang dengan 'orang rumah dulu'..
========
Anak Pendang Sekeluarga
benar tuan... melalui perantaraan usaha dakwah...Allah s.w.t akan bagi hidayah...
=======
iqbalsyarie
stylo kapitian....biasa je.. insyaAllah nanti ana upload video ana tgh main sk8...tgh edit utk tidak nampak wajah..hua hua hua...
kenapa tak nak nmpk wajah??
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletesegala puji bagi Allah SWT.
terima kasih..perkongsian yang amat bermakna..
GOSKATE
hehe.
assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh
ReplyDeletesubhanallah.. skater boy rupanye!
Tuan,
jika tuan stop-skate, nanti siapa yg dakwah pada teman2 tuan yg para skater juga?
jika tuan go-skate, bisakah tuan tetap menyibukkan diri mencari redha Illahi walau kaki senantiasa berada di papan skate?
selamat memilih tuan..
pada nenek,skate boarding adalah 1 skill kemahiran hidup.sama macam skill buat belon ect untuk asbab Allah bagi duit.Terpulanglah pada diri, mana skill yang tidak terlalu mengambil banyak masa untuk asbab duit adalah lebih baik.masa yang lebih tu biarlah untuk 'kerja yang sebenar'
ReplyDeletenenek suka skate boarding kerana ia ada kesenian tersendiri so...
Go skate
Anonymous
ReplyDeletetima kasih atas sokongan.. :)
=========
namaku ina
waalaikummussalam..
syukran cz support... memang betul apa yang puan ckpkn..nanti siapa yang akan dakwahkan kepada mereka...itulah yg saya terfikir...
sebenarnya ada kisah sy bersama geng-geng skate selepas sy terlibat dlm usaha dakwah... Nanti insyaAllah sy ceritakan lain post.. Ramai geng-geng skate saya dulu kembali berjinak dlm agama... :)
=========
seorangnenektua
a'aaa skateboarding adalah satu kemahiran yg luar biasa...walaupun saya dah stop berbulan-bulan tapi masih layan vide0 skate...best nengok...dan sebenarnya ramai yg boleh cari duit asbab main skate...
nantilah tengok pengembaraan episode upin dan ipin...
*tak semua orang boleh main skate... tak semua pendakwah boleh main skate...hu hu hu
thnks for support and give suggestion...
wah! unikkk!!!
ReplyDeletegambaq pun cantik ..penuh dengan mesej..
cayalah bro!
goskate
assalamu'alaikum
ReplyDeletedengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang, skate sambil mengingati kuasa dan kasih sayang Allah juga boleh membuatkan hati menjadi tenang
jom nyanyi lagu raihan:
"..berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah.."
GOSKATE
*bagus juga kalau skate sambil fikir dan risau tentang agama...suatu pendekatan baru...boleh tarik minat anak-anak muda...islam itu mudah...dan indah...
skate pun boleh, tapi dakwah tetap utama
ReplyDeleteAnonymous
ReplyDeletejazakallah..smoga dpt manfaat dari mesej dlm gmbar.
========
suarahati
nak sambung lirik tu lah jugak..
berhibur tiada salahnya..
kerna hiburan itu indah..
hanya pabila salah memilihnya..
membuat kita jadi bersalah..
disini kita berkumpul bersama..
menyanyikan lagu yang indah...
....
...
syukran support..
======
Yuana
yup..dakwah mesti no satu..
salam aleik.....kenapa nak stop plak?dah itu minat mu...ishai..tp tu la...takot2 suasana tu plk y buat mu lalai......mu pk ni....mu nk pakai pakaian sunnah misalnye...ok...mu nk pakai jubah,serban....tp,mu akan berbelah bahagi x ble nk kuar ngn member2 skate ble pkai sunah ni?1 g...tgok kartun mu tu...pakai ketayap,kurtah biru,ade jggut secekak,sluar ats buku lali,n tetibe skateboard?itu ke realitinye mu?xkn...msti mu akn pakai shirt n sluar kn.....mu xkn nmpk beza dr kwn2 mu y len.....padahal..ble mu pakai mcm kartun tu je...mu dh berdakwah....mu dh automatik kte kt org len,mu islam,ini pakaian islam....mu pahe dok?dan d stiap sunnah ade kejayaan.....:)1 g....bile da'ie start pakai sunnah tapi pegang skateboard,sapa plak n pgang quran?n napa plak leh timbul ragu dlm ati mu pasal hobi mu ni?mu sndiri dh leh jwb sbnanye......Khuruj Fisabilillah.salam.
ReplyDeletewhitesand.....
ReplyDeletelame x skate same...
lame x jmpa...
jadi~boleh tanya
ReplyDeletekalau tuan dapat 'semangat' sket sebab member
tuan dapat usha dari siapa ya, oh, asbab siapa ya?
moga ALLAH redha..
nak beriadhah tak salah pun kak ukhti,mardhiah. soal pakaian, nama gelaran "skater" tu bukan nye kene pakai seluar pendek atas lutut. iman yang kuat, takkan terlalai nya dengan skate ni. anggap itu riadhah. n ada je kawan saya yang main skate, tapi bidang keagamaan tak tinggal, tengah main skate pn masih berdakwah.
ReplyDeletelagi satu, baru2 ni ada event skate kat putrajaya yang berkonsepkan islamik. kan dah berdakwah sambil main skate tu :)
so, GO SKATE
Perempuan berhijab boleh tak main skateboard? Tlg jawab. Tq
ReplyDelete