May 29, 2009

Koleksi gambar?

MYSELF






MY FRIEND





KANAK-KANAK










MOTIVATION






OTHER

May 22, 2009

Kajian kehebatan Allah s.w.t pada labah-labah


Setiap orang mungkin pernah menjumpai makhluk kecil yg disebut labah-labah. Di rumah, di kampung atau di kebun tapi makhluk kecil ini hanya menarik perhatian serius segelintir orang sahaja. Padahal ia adalah salah satu bukti atau tanda kebesaran Allah Yang Maha Pencipta. Allah menciptakan labah-labah dengan begitu unik sesuai dengan tugas dan peranannya sebagai makhluk Allah di muka bumi ini.

Mari kita perhatikan labah-labah dengan lebih dekat untuk melihat betapa Allah adalah Yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui, Maha Kuat, Maha Sempurna dan Maha segala-galanya. Jika seseorang bfikir mengenai labah-labah, mungkin akan terlintas tentang sarangnya. Sarang ini merupakan keajaiban reka bentuk yang tersendiri. Ia direka dengan rancangan tersendiri beserta teknik perhitungannya. Jika kita memperbesarkan labah-labah menjadi seukuran manusia, sarang yang dianyamnya akan memiliki ketinggian sekitar 150 meter. Ini sama tinggi dengn bangunan pencakar langit 50 tingkat.

Maha Hebat Allah s.w.t yg telah menciptakan seekor binatang yg tidak berakal tetapi mampu membina rumah yang berpuluh kali ganda lebih besar dari ukuran badannya oleh dirinya sendiri, tanpa alat dan bantuan makhluk lain. Manusia yang berakal perlukan berbagai alat dan bantuan ramai orang untuk membina rumahnya walaupun sekadar satu tingkat, betapalah untuk membina gedung 50 tingkat. Jadi , mengapalah manusia hendak sombong dengan kepakarannya membina bangunan-bangunan tinggi, sedangkan kenyataannya Allah telah menciptakan labah-labah yang dapat membina bangunannya sendiri.

Bagaimana labah-labah mampu membuat sarang sebesar ini? Allah membekalkannya dengan ilham atau ilmu tanpa perlu belajar dimana-mana sekolah atau universiti spt manusia. Allah s.w.t telah mengajar haiwan kecil ini utk menjadi arkitek, jurutera dan pekerja binaan sejak mula ia dilahirkan. Sebaik saja dilahirkan labah-labah telah menjadi arkitek yakni membuat rancangan sarangnya. Setelah rancangan disiapkan, labah-labah menjadi jurutera pembinaan yakni menghitung seberapa besar beban-beban yang akan menempati posisi-posisi tertentu pada sarang.

Selepas itu, labah-labah menjadi juga menjadi pekerja binaan. Labah-labah melempar benang yang dipintalnya ke udara lalu aliran udara ini membawanya ke tempat tertentu dimana ia menempel. Lalu kerja menyusun benang-benang itu dimulai. Perlu satu jam atau lebih untuk menganyam sebuah sarang. Mula-mula labah-labah menarik benang jenis kuat dan tegang dari titik pusat ke arah luar untuk mempersiapkan rangkanya. Ia lalu menggunakan benang jenis kendur dan lekat untuk membuat lingkaran dari arah luar ke dalam.

Dalam kehidupan manusia, kerja sebagai arkitek, jurutera dan pekerja binaan biasanya dilakukan oleh orang yang berbeza tetapi dalam kehidupan labah-labah, Allah mengajarkannya sekaligus kepada seekor haiwan kecil sahaja. Maha Agung Allah yang mengajarkan berbagai ilmu kepada seekor haiwan kecil yang tidak berakal, sedangkan ilmu-ilmu itu terpaksa diagih-agihkan kepada ramai orang di kalangan manusia yang berakal.

Lalu, bagaimana kita tidak kagum dengan Allah yang Maha Hebat itu?

Mengapa kita masih berbanggga dengan ilmu-ilmu dan akal kita yang amat terbatas? Sedangkan Allah dapat mengilhamkan pelbagai ilmu sekalipun kepada makhluk yang tidak berakal.

Benang-benang yang digunakan labah-labah juga luar biasa. Benang labah-labah 5 kali lebih kuat dari serat besi waja dengan ketebalan yang sama. Ia memiliki gaya tegang 150 ribu kilogram permeter persegi. Jika seutas tali bergaris tengah 30cm terbuat daripada benang labah-labah, ia akan mampu menahan berat 150 buah kereta. Saintis menggunakan benanag labah-labah sebagai model ketika membuat bahan yang dinamakan kefla yakni bahan pembuat jaket anti peluru. Peluru-peluru berkecepatan 150 meter per detik, dapat merobek sebahagian besar benda yang dikenainya kecuali benang yang diperbuat daripada kefla. Tetapi benang labah-labah 10 kali ganda lebih kuat daripada kefla. Benang ini juga lebih nipis dari rambut manusia, lebih ringan dr kapas tapi lebih kuat dr besi waja dan ia diakui sebagai material yang terkuat di dunia. Besi waja termasuk material paling kuat yg dihasilkan dgn peraltan industry berat, menggunakan besi dan dlm tungku bersuhu ribuan darjah. Ia direka khas agar berdaya tahan tinggi utk digunakan pd binaan lebar umpamanya bangunan tinggi dan jambatan. Labah-labah menghasilakan material yang 5 kali ganda lebih kuat dari besi waja. Padahal ia tidak memiliki system tungku pembakaran dan teknologi apa pun, ia hanyalah makhluk kecil yang tidak mampu berfikir. Sungguh satu keajaiban bahawa makhluk kecil ini mampu menghasilkan benang yang lebih kukuh dari besi waja dan menggunakannya untuk membuat bangunan dengan cara yang sama seperti para arkitek dan engineer manusia lakukan.

Allah Maha Besar, Maha Kuat lagi Maha Sempurna yang menciptakan apa sahaja hanya dengan berkata “Jadi” maka jadilah. Walaupun hasil dari kajian ini diketahui bahawa bahan benang labah-labah ini kuat tetapi perlu diingatkan bahawa ia dianggap kuat dlm kategori benda yang sama ukurannya sahaja. Walhal sebenarnya dengan sekali sentuhan sebatang pensel sahaja benang itu akan putus dan reput.

Melalui labah-labah dan sarangnya ini Allah mengajar kita bahawa makhluk itu lemah. Sejenis makhluk menyangkakan dirinya atau benda buatannya adalah yang terkuat dan terbaik, walhal sebenarnya ia lemah sahaja jika dibandingkan dengan makhluk yang lain. Seperti labah-labah yang menyangkakan sarangnya adalah yang terkuat dan terbaik walhal sedangkan jika diukur dengan ukuran manusia sarang labah-labah itu adalah benda yang sangat lemah sahaja. Betapalah jika dibandingkan dengan kekuatan Allah yang mencipta labah-labah itu. Makhluk atau benda-benda selain Allah, kekuatannya nisbi sahaja, yang mutlak itu Allah s.w.t. Oleh itu Allah mengingatkan kita dlm surah Al-Ankabut ayat 41, yang bermaksud: “ Perumpamaan bagi orang-orang yang menjadikan benda-benda yang selain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharap pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindunganny), padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling lemah (paling reput) ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan”

Selain untuk menjadi pengajaran dan perumpamaan, Allah ciptakan makhluk-makhluk juga tidak sia-sia, ada tugas dan peranan yang telah diamanahkan kepada makhluk-makhluk tersebut. Mungkin orang menganggap apalah gunanya labah-labah, lemah, kecil, mengotorkan atau merbahaya kerana ada sejenis labah-labah iaitu jenis black widow yang bisanya boleh membunuh manusia. Tetapi kita harus ingat bahawa labah-labah pernah berperanan besar dalam sejarah perjuangan kebenaran. Lebih-lebih lagi ia telah terlibat langsung dalam membantu perjuagan Rasulullah s.a.w. Sewaktu Rasulullah s.a.w bersembunyi di dalam gua Tsur kerana hendak dibunuh oleh kaum musyrikin Quraisy, hampir saja Rasulullah s.a.w dikesan dlaam persembunyiannya itu. Namun, Alla telah mengilhamkan kepada labah-labah untuk cepat-cepat membina sarang di pintu gua itu sehingga memberi kesan seolah-olah tidak ada orang yang baru masuk ke dalam gua itu. Allah memperdaya musuh-musuh Islam yang kuat dan ramai hanya dengan khidmat seekor labah-labah. Tidak nampak lagikah betapa Allah Maha Bijaksana? Tidak terfikirkah betapa Dia Maha Pelindung?

Sebenarnya dengan memperhatikan ciptaan Allah kita dapat menganali dan menghayati sifat-sifat Allah. Orang yang belajar mengenai Allah maka ilmu-ilmu keimanan itu akan meresap ke dalam fikiran. Apabila ilmu-ilmu keimanan itu diamalkan dengan faham dan khusyuk, serta memikirkan kebesaran Allah maka iman akan meresap ke dalam hati. Dia bukan setakat sedar dengan akal bahawa adanya Allah tetapi merasai hatinya akan wujudnya Allah. Kerana itu dia mempunyai hubungan hati dengan Allah, sentiasa mengingati Allah. Orang beginilah yang Allah maksudkan dalam surah Ali-Imran ayat 191,: “Mereka yang sentiasa mengingati Allah dalam waktu berdiri, waktu duduk dan waktu berbaring dan mereka sentiasa memikirkan tentang kejadian langit dan bumi, seraya mereka berkata “Wahai Tuhan kami, tidak engkau jadikan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka jauhkanlah kami dari azab neraka”.

Sumber: Hasil penelitian penulis pada video kajian labah-labah.

May 19, 2009

Sempena sambutan ulang tahun kelahiran


Lebih kurang pukul 11.30 bertarikh 11/05/2009, aku berjalan ke katil untuk meng’landing’kan diri. Aku mula menekankan handphone dan set masa untuk aku bangun kembali pukul 1 pagi. Aku terus mematikan handphone aku supaya aku boleh tidur dengan tenang tanpa diganggu oleh bunyi mesej atau panggilan orang lain. Seperti biasa aku akan pastikan sebelum aku tidur adakah aku telah sempurnakan bacaan surah al-Mulk, tidur dalam keadaan berwuduk dan tidak lupa untuk mewiridkan tasbih Fatimah. Aku membaringkan lambung kananku dan muka mengadap ke arah kiblat. Aku meletakkan tangan kananku di bawah pipi kananku sambil memikirkan segenap perjuangan Nabi s.a.w dalam menyampaikan risalah kepada umatnya. Aku mula teringatkan sirah nabi s.a.w apabila baginda hendak tidur, air mata mulia baginda mengalir memikirkan dan risau keadaan umatnya disayangi. Aku cuba berusaha untuk mengalirkan air mata tetapi jauh sekali tidak dapat kerana banyak sangat dosa yang telah menjadi karat melekat di hati. Aku mula istighfar dan mula muhasabah diri hari-hari yang telah lalu. Teringat pula pada dosa-dosa yang dilakukan. Aku hambaNya yang biasa, lemah, jahil dan daif tanpa pimpinanNya. Dalam setiap hari mesti aku tidak terlepas dari melakukan dosa. Aku mula berdoa “Ya Allah ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, ampunkanlah dosa aku samaada yg sedar atau tidak, samaada dosa kecil atau besar, samaada dosa yg dbuat secara sembunyi atau terang-terangan, samaada dosa yg sering hambaMu ini bertaubat tetapi sering mungkir janji, samaada dosa yg tahu atau tidak tahu. Ampunkanlah dosaku, kedua ibubapaku, adik beradikku, guru-guruku, jiran tetanggaku, sahabat-sahabatku, dan umat seluruh alam. Ya Allah kasihanilah hambaMu ini . Pandanglah hambaMu ini dengan rahmat kasih sayangMu dan berikanlah kami hidayat dan kekalkan kami dengan hidayat”. Selepas itu, barulah ....(potong).... Akhirnya aku membaca doa tidur dan mewiridkan kalimah syahadah sambil memejamkan mata aku. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz….. Toot..toott.. tooott…toottt.. aku dikejutkan bunyi handphone tepat pukul 1. Aku terus on kembali handphone aku dan tiba-tiba bertubi-tubi mesej memenuhi inbox aku dengan mengucapkan selamat hari ulang tahun yg ke 23. Aku terharu masih lagi sahabat-sahabatku yg masih ingat tarikh kelahiran aku tetapi hati aku masih sedih kerana hari lahir aku sudah diketahui tetapi hari kematian aku tidak tahu. Benarlah sabda Nabi s.a.w bahawa orang yang cerdik adalah orang yang banyak mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya. Jika difikirkan aku masih lagi takut untuk mati kerana masih aku belum bersedia. Ampunkan dosaku Ya Allah. Jadi adakah hari ini aku dan anda sekalian ingat mati? Adakah lebih ingat hari lahir berbanding hari kematian? Sama-sama kita fikir dan risaukan…

Moral of the story: Malu juga nak citer perkara macam tu tapi tak pelah hanya sekadar peringatan buat diriku dan orang yang mahu mengambil manfaat.Dulu kecil, sekarang dah besar, sekarang aku hidup dan lepas ni aku dan makhluk yang hidup tetap akan mati, yang kekal hanyalah Allah s.w.t. Oleh itu, sambutan ulang tahun kelahiran sepatutnya dijadikan kayu pengukur samaada nikmat usia dikurniakan benar-benar kita hargai. Masa tetap akan berjalan tanpa menunggu kita. Masa boleh diibaratkan ais. Kenapa ais bukannya emas? Jika seketul ais diambil dan diletakkan di atas meja dibiarkan begitu sahaja, maka sedikit demi sedikit ais itu akan cair tanpa sebarang manfaat. Sebaliknya jika kita mengambil seketul ais dan diletakkan di dalam secawan air maka ais itu kita boleh minum samaada teh o beng, milo beng, nescefe beng yang mana insyaAllah sedap di waktu kita kepanasan. Begitulah masa yang mana masa tetap akan berjalan dan perlu kita tanya pada diri samaada masa yang berjalan itu kita gunakan untuk perkara manfaat atau sebaliknya. Selagi jantung masih berdegup, adakah kita terus menjadi hamba yang taat atau ingkar, adakah kita menjaga hubungan sesama insan dengan baik atau kita selalu menyusahkan orang lain, adakah nikmat yang diberikan Allah s.w.t kita gunakan dengan cara yang betul?

Daripada Abdul Rahman bin Abi Bakrah daripada ayahnya, seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah! Siapakah sebaik-baik manusia? Berkata Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya dan umur itu dipergunakan untuk berbuat kebaikan. Berkata lelaki itu lagi: Siapakah sejahat-jahat manusia? Rasulullah s.a.w bersabda: Sejahat-jahat manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya tetapi digunakannya untuk berbuat kejahatan”. (hadith riwayat al-Tirmizi)

Usia yang panjang adalah nikmat tidak ternilai, dengannya kita dpat terus beribadat, berdakwah, merasai nikmat, berkongsi kebahagiaan dan merencana masa depan. Jika nikmat usia diambil semula pemilikNya, maka kita tiada peluang untuk terus menjadi hamba yang taat dan bersyukur.Sebab itulah jika kita ingat bahawa setiap yang bermula itu ada akhirnya, maka usia adalah satu peringatan yang sangat bermakna. Firman Allah s.w.t yang bermaksud “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang sudah ditetapkan, maka apabila datang tempohnya, tidak dapat dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan” (Surah al-Araaf, ayat 34).

Kita perlu sedar dari awal dan tahu bahawa kematian adalah pengakhirnya. Setiap kita tidak ada yang tidak mempunyai dosa tetapi kita harus sedar dosa yang kita lakukan dan kita bertaubat pada Allah s.w.t. InsyaAllah semoga aku dan anda dapat amalkan dan sampaikan.

May 18, 2009

Berus gigi vs Kayu sugi


Baru-baru ini, aku telah terbaca majalah SOLUSI volume 3 yang telah mengkritik hebat kayu sugi dan minyak atar yang ditulis oleh saudara seIslam kita. Dalam penulisannya memberitahu bahawa kalau nak amal sunnah perlu ikut zaman. Tergerak hati aku untuk membincangkan isu ini. Walaubagaimanapun, disini aku bukanlah untuk membuat fatwa atau hukum tetapi disini lebih kepada pendapat sahaja dan kajian-kajian yang telah dijalankan. Segala teguran dan pandangan yang baik sangat dialu-alukan.

Sebelum itu, aku sediakan kelebihan bersiwak sepertimana yang terdapat dalam banyak hadith.

Fadhilat Miswak

"Menggunakan miswak menjadikan satu asbab memudahkan
kesukaran maut.Selalu menggunakannya akan memudahkan roh keluar daripada jasad apabila waktu yang ditetapkan itu tiba." (Syarhus-Sudur)

Hadrat 'Aisyah R.'Anha berkata bahawa:"Miswak (penggunaan secara tetap) adalah menyembuhkan penyakit kecuali mati." (Dilaporkan oleh Dailami di dalam Firdaus)

Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan sia-sia,menggunakan miswak,duduk di dalam majlis orang-orang soleh dan duduk di dalam majlis ulama'-ulama'. (Thibbi Nabawi)

Allamah Ibn Dariq Rahmatullah'Alaih berkata,"Kebaikan yang terkandung di dalam penggunaan miswak selepas bangun dari tidur ialah ketika tidur wap busuk naik daripada perut ke arah mulut.Hal ini mengakibatkan bau busuk di dalam mulut dan juga berubahnya deria rasa atau kecekapan.Penggunaan miswak akan menghilangkan bau busuk tersebut dan memperbaiki
perubahan yang berlaku kepada deria rasa tersebut.

Hadrat Ali R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak mempertajamkan ingatan."

Subhanallah, Maha suci Allah… sungguh indah dan sempurna agama yang diturunkan-Nya, sungguh mulia hukum-hukum yang disyariatkan-Nya, karena tak ada satupun dari apa-apa yang diturunkan-Nya dan apa-apa yang diciptakan-Nya kecuali pasti ada manfaat dan hikmahnya. Kesempurnaan islam ini benar-benar tiada bandingannya oleh agama-agama selainnya. Diantara kesempurnaan Islam adalah syariat bagi ummatnya untuk menjaga kebersihan dan kesehatan, seperti kewajiban istinja’ setelah buang air, mandi janabat setelah junub, bahkan banyak sekali hikmah-hikmah syariat yang tersingkap dalam ajaran islam yang telah dibuktikan oleh sains modern, seperti khasiat madu, habbatus sawda’ (jinten hitam), minyak zaitun hingga ‘si kayu ajaib’ siwak yang bermanfaat bagi kesihatan gigi dan gusi.

Setelah kedatangan islam, Rasulullah s.a.w menetapkan penggunaan siwak sebagai sunnah beliau yang sangat dianjurkan, bahkan beliau bersabda : “Seandainya tidak memberatkan ummatku, maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudhu” (Muttafaq ‘alaihi). Hal ini menunjukkan bahwa Rasulullah s.a.w adalah orang pertama yang mendidik manusia dalam memelihara kesehatan gigi.


Tahukah anda bahawa bersugi itu penting dalam Islam?

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).


Kesan pencemaran proton pada gigi

Gigi yang tercemar menjadikan ia mudah menarik logam berat dan bahan berasid untuk melekat kepadanya. Bahan ini akan melekat pada dinding gigi dan membentuk plak (plaque). Plak boleh menebal dan menjadi keras. Plak ini tidak boleh boleh dibersihkan secara fizikal seperti mencongkel, menggosok gigi dengan berus gigi bersama ubat gigi dan sebagainya.



Kesan Gigi Mendapat Elektron

Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus. Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.


Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menaggalkan plak dengan sendiri, insyaAllah.


Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.




Berus Gigi Linen atau Plastik

Terdapat pelbagai jenis berus atau pembersih gigi di pasaran. Begitu juga dengan ubat gigi. Mereka membuat pelbagai teknik dan dakwaan. Antara teknik yang digunakan ialah seperti mesen getaran, mesen yang memutarkan berus, pengurut gusi daripada getah, pembersih lidah dan sebagainya. Berdasarkan kajian saintifik, memberus dengan pelbagai cara menggunakan berus linen atau plastik walaupun berus tersebut dibuat dengan rekabentuk yang canggih, sebenarnya tidak akan membantu membersihkan menanggalkan plak dengan berkesan.



Berus yang diperbuat daripada linan atau plastik amat mudah memerangkap bakteria. Itu lah sebabnya persatuan doktor-doktor gigi menyarankan agar berus gigi ditukar setiap DUA bulan sekali! Mungkin anda lihat berus gigi tersebut masih baru dan belum rosak atau berusnya masih keras, tetapi ia sudah boleh memudaratkan kesihatan gigi.


Kerisauan Yang Berasas..

Di pasaran dunia dan Malaysia khususnya terjadi lambakan barangan keperluan yang diperbuat daripada sumber yang haram dan beracun. Berdasarkan kepada Panduan Halal Haram yang di keluarkan oleh Consumer Association of Penang (2006),

“Lazimnya berus yang diperbuat daripada bulu babi dilabelkan sebagai ‘Pure Bristle’. Selain berus lukisan, berus cat, berus menggosok kasut dan songkok, berus gigi dan berus cukuran dikhuwatiri mengandungi bahan haram ini.”

Disaat umat islam dilanda kebimbangan mengenai status barangan halal khususnya keperluan dalam menjaga kesihatan mulut, Nabi SAW telah memberikan satu solusi yang terbaik sejak 600M yang lalu. Pada zaman nabi telah terdapat pelbagai jenis alat pembersih mulut seperti powder tetapi siwak tetap menjadi pilihan Baginda s.a.w.


p/s: Secara logiknya, kayu sugi lebih mudah senang dibawa kemana-mana berbanding berus gigi. Hanya letak di dalam poket yang tidak memerlukan ubat gigi. Malah beberapa zat vitamin yang Allah s.w.t bagi terdapat pada kayu sugi. Kita digalakkan untuk bersuci gigi setiap kali hendak solat tetapi adakah kita sanggup bawa berus gigi dan ubat gigi dalam poket kita kemana sahaja kita pergi. Memang tidak pernah aku tengok orang buat macam tu tetapi sangat mudah jika bawa kayu sugi yang sememangnya banyak kelebihannya.

Malah jika kita perhatikan zaman sekarang, ubat gigi kadang-kadang yang tidak bersumberkan yang halal dan mempunyai banyak bahan kimia yang berbahaya. Memang susah sangat untuk kita meneliti sumber yang haram yang terdapat dalam sesetengah ubat gigi. Tidak dinafikan juga terdapat ubat gigi yang halal seperti keluaran HPA.Namun jika kita menggunakan kayu sugi telah dijamin halal 100% kerana sumbernya semulajadi dari pokok yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Mengikut pengalaman penulis yang selalu guna kayu sugi, apabila kita nak solat, lidah kita akan menjadi ringan dan lembut untuk melafazkan bacaan ayat al-Quran dan zikir. Subhanallah. Best sangat rasanya jika dibandingkan selepas penggunaan ubat gigi dan berus gigi.

Kepada yang nak amalkan kayu sugi tetapi malu atau tidak tahu menggunakkannya maka digalakkan kita keluar jalan Allah s.w.t. InsyaAllah akan diberikan kekuatan untuk tangkis perasaan malu untuk melakukan kebaikan dan amal sunnah. InsyaAllah kita semua sedia!

Blog Widget by LinkWithin