Tiada ada sesiapa pun yang dapat tolong sesiapa pun kalau tidak mendapat izin Allah s.w.t. Manusia nak tolong manusia pun dengan izin Allah. Tanpa izin Allah tidak dapat buat apa-apa. Pergilah kita cari doktor pakar yang hebat sekalipun untuk berubat penyakit kanser, takkan baik orang yang kena kanser melainkan dengan izin Allah. Ada orang yang sakit hanya berubat guna doktor biasa dan murah je tapi dapat juga sembuh dengan izin Allah. Inilah hakikat yang Allah s.w.t mahu manusia faham. Baik, sihat, demam, menang, kalah dan semua berlaku dengan izin Allah. Semua ini kerja Allah s.w.t. Kita hanya mampu berusaha dan sepenuhnya kita serahkan pada Allah s.w.t.
Allah s.w.t tidak pernah berhajat pada makhluk tetapi sebaliknya makhluklah yang berhajat pada Allah. Allah s.w.t tidak perlukan ubat untuk bagi sembuh seseorang tetapi ubatlah yang berhajat pada Allah untuk meyembuhkan seseorang. Maha Suci Allah dari menyerupai sifat makhluk; penat, sakit, malas, pecah hati, tidur, rehat, mati dan sebagainya.
Pecah hati atau patah hati atau sakit hati atau hancur hati atau makna yang sewaktu dengannya. Ramai orang yang tidak sedar bahawa penyakit seperti ini sering menimpa diri sehingga kalu tidak dikawal dengan iman dan amal yang betul maka perkara yang buruk terjadi pada diri dan juga orang lain.
Contoh kalu korang pecah hati disebabkan dalam ahli persatuan korang telah mengutuk atau mencaci atau memalukan korang didepan khalayak ramai maka korang (if pecah hati) kemungkinan tidak akan ikut persatuan itu lagi.
Mengikut kefahaman lemah aku, pecah hati ini boleh ditaksirkan sebagai perasaan yang kecewa, sedih, sakit hati apabila berlaku percanggahan pendapat dengan kawan atau cemburu dengan kawan atau kawan-kawan menegur dengan cara yang tidak betul sehingga menyebabkan orang tersebut tersinggung atau sakit hati.
Perkara sebegini juga sering kali terjadi kepada ‘karkun’. Biasalah setiap orang itu ada ujian yang tertentu. Paling malang sekali apabila seseorang itu pecah hati, maka ia semakin jauh dari amalan agama. Dan yang paling malang lagi malang, jika seseoarang itu kalau dulu menyokong apa yang diikuti tetapi kini menentang habis-habisan gara-gara kerana pecah hati. Siapa yang rugi? Orang yang pecah hatilah! Sebab dulu dia seorang yang amal agama tetapi sekarang sudah tidak mahu amal agama. Tak lupa juga, kepada orang yang tak pandai menjaga hati orang yang pecah hati merupakan satu hal jugak. Yang dok pergi sebarkan buruk dia dan memalukan dia depan orang ramai tu nape? Kan salah juga tu.
===============
Contoh Kisah PECAH HATI…
Kisah ni berlaku kepada aku. Banyak babak yang boleh membawa kepada pecah hati tetapi aku bagi sedikit je. Keadaan yang biasa berlaku adalah seperti dalam mesyuarat. Ada seorang sahabat aku ni entah nape dok cakap kuat-kuat (tujuan untuk memalukan aku) yang aku ni buat blog yang tiada faedahnya.
Dia tambah lagi bahawa kerja dakwah bukan cakap-cakap je tapi gerak. Memanglah ada benar apa yang dicakap dan tak lupa juga ada yang salah dia cakap. Tapi yang jadi masalah, apabila je dengar dia cakap macam tu kat aku depan sahabat-sahabat yang lain (dalam mesyuarat) maka malu dan merah muka lah aku.
Aku nak balas jawapan tu pun jadi blur sebab malu dan lagi aku jenis yang tak suka berdebat depan orang ramai tetapi aku lebih suka jika diajak untuk berbincang dan bermuzakarah. Jadi aku mendiamkan diri sehingga aku ‘pecah hati’ dengan sahabat aku seorang ni. Sehingga terdetik dihati aku agar tak nak lagi hadir mesyuarat pada minggu yang seterusnya.
Tapi aku berfikir plak, kalu aku pecah hati, siapa rugi? Aku juga yang rugi sebab tak datang mesyuarat. Teringat plak aku bahawa aku yang berhajat pada kerja agama dan bukan kerja agama berhajat pada aku! Aku yang perlukan agama, bukan agama perlu pada aku, aku yang perlukan Allah dan Allah s.w.t langsung tak perlukan aku untuk bantu agama Allah s.w.t, Allah s.w.t boleh gunakan makhluk lain (semut, burung dll) untuk bantu agama. So aku tersedar yang bahawa jika tindakan aku pecah hati maka akan mendatang kerugian kepada diri aku juga.
Berbalik kisah tadi, lepas je mesyuarat, dia pun tak tegur aku dan aku pun tak tegur dia sehingga dalam dua hari. Tetapi mujurlah aku ingat hadith nabi yangmana tidak boleh lebih 3 hari tanpa bertegur sapa.., maka aku dengan rasa rendah dirinya pergilah minta maaf walaupun aku tahu aku tidak bersalah. Alahhh tak rugi pun minta maaf kat orang yang wat salah kat kita. Ini pun satu akhlak yang baik jika kita memaafkan orang lain. Tapi bukanlah aku seorang malah korang-korang pun memiliki sifat ini malah lebih hebat dari ni. Ada sahabat aku yang lain plak, pernah bawa hadiah jumpa ‘musuh’ dia untuk minta maaf.
================
TIP-TIP APABILA PECAH HATI:
Disaat kita rasa pecah hati atau sakit hati dengan sahabat kita maka ingatlah dua perkara. Ingatlah KEBAIKAN orang lain buat pada diri kita. Mungkin korang tertanya tiada kebaikan yang diberikan kepada kita. Jangan begitu. Cuba kita ingat baik-baik. Walaupun dia tak pernah bagi kita duit atau perkara bentuk nilai dunia tapi kita ingatlah mungkin dia pernah senyum kepada kita. Ini pun merupakan kebaikan. Kalu kita ni seorang anak yang soleh, maka banyak perkara kita kena ingat jasa ibubapa kita; jika ada adik-adik maka ingatlah kebaikan mereka; kalu kita ni pelajar maka ingatlah juga pensyarah atau guru yang selalu dok bagi ilmu kat kita, kalau kita ni suami maka ingatlah kebaikan isteri hatta perkara yang kecil-kecil pun.
Ingatlah lagi KEJAHATAN kita buat pada orang lain. “Arghh aku tak pernah buat jahat kat orang, aku baik”. Jangan tipu r, manusia ni tak sempurna, kita pasti ada wat silap salah. Tak semestinya kita wat jahat seperti tendang orang, ludah kat muka orang, mencuri barang orang lain dan sebagainya tetapi cuba kita ingat sekecil-kecil kejahatan iaitu dalam hati kita seperti kita pernah buruk sangka pada sahabat kita atau kita pernah berdengki dengan sahabat kita. Lagi kejahatan yang biasa dibuat oleh kita antaranya kita pernah bermasam muka pada sahabat kita, kita pernah umpat dia, kita pernah mempamerkan makanan sedap kat sahabat kita tanpa diajak sekali makan, kita pernah sengaja ‘buang angin’ depan sahabat kita, kita pernah sengaja bergurau tak senonoh sehingga menyebabkan kawan sakit hati, dan banyaklah lagi lah yangmana kalau aku dan korang fikir memang ada kebenarannya.
Lupalah dua perkara iaitu lupakan KEBAIKAN kita buat pada orang lain. Ni adalah satu cara agar kita mendapat pahala pemberian yang ikhlas dan ketenangan hati iaitu tanpa kita mengungkit pemberian yang kita telah berikan pada orang lain. Lagipun perkara mengungkit pemberian adalah dilarang kerana kalau didengar oleh yang diberi akan merasa tidak selesa atau disakiti. Terkadang kalu yang diberi dan ditolong itu lupa mengucapkan terima kasihnya kepada pemberi, maka orang itu dicela pula. Orang yang bersifat seperti ini semua amalnya tidak akan diberi pahala oleh Allah s.w.t. (boleh rujuk dalil surah al-Baqarah: 262 dan 264)
Last, lupakanlah KEJAHATAN orang lain yang pernah buat pada kita. Perkara ni telah merisaukan aku kerana ramai orang yang berputus silaturrahim kerana masing-masing dok ingat lagi kejahatan saudaranya yang telah berlaku. Senang cakap, masih mempunyai sifat mazmumah iaitu antaranya tidak suka memaafkan orang lain dan berdendam. Dendam kalu dalam bahasa Arab disebut hiqd. Ini penyakit hati namanya. Orang yang berdendam ni diibaratkan seperti api dalam sakam. Di luar tidak sedikit pun apinya kelihatan tetapi di dalamnya berbahang dan berkobar. Kita sebagai orang Islam yang ingin hidup dihiasi dengan ketaatan kepada Allah dan hendaklah selalu mengambil sikap suka memaafkan orang lain. Firman Allah s.w.t: “Dan kalau kamu maafkan, kemaafan kamu itu lebih dekat kepada takwa” (Surah al-Baqarah: 237)
TIP TAMBAHAN:
Kita kena sedar, tiada siapa yang sempurna kat dunia ni. Dia pun manusia, kita pun manusia, sama-sama lemah yangmana mesti ada wat silap salah. Sama-samalah untuk melengkapi antara satu sama lain samaada melalui nasihat, didikan, dakwah dsbnya. Hanya Allah memiliki segala sifat kesempurnaan.
Aku dan korang kena ingat. Kalu kita pecah hati dan tidak mahu ikut jemaah maka sedikit pun tidak akan merugikan jemaah. Malah yang rugi adalah kita jika kita cuba menjauhkan diri dari jemaah. Begitulah juga, Allah s.w.t tidak rugi satu sen pun jika korang dan aku tidak mahu taat perintah Allah dan ikut sunnah. Kita yang berhajat pada Allah s.w.t dan Allah s.w.t langsung tidak berhajat pada kita. So.. tidak perlulah korang dan aku pecah hati kerana sesuatu perkara. Oh indahnya jika kita sentiasa memperbaiki akhlak kita menjadi lebih baik ibarat bunga.
P/s: Pecah hati.., salah satu penyakit hati.., mungkin terjadi tanpa disedari.., lalu ramai yang berkelahi!
pergghhh , susah betul kalau pecah hati.... sebab pulut santan binasa , sebab mulut badan binasa. Nasihat dan tips dari awak memang berguna... nak menghubungkan balik silaturrahim yg terputusa di sebabkan oleh pihak lain... memang sesuatu yg memerlukan tahap keimanan yg tinggi
ReplyDeletepecah hati, inilah hal besar yang bisa meruntuhkan kesatuan ummat.. kenapa hati boleh pecah? Ini adlah kerana hati itu belum dapat menerima hal2 besar yang lebih mencabar.. Apakah hal2 yang besar itu? Itu adalah buat 'kerja nabi' atau dalam perkataan lain, berdakwah! Karkun yang 'pecah hati' sebenarnya belum bersedia menerima tugas ini, meskipun kelihatan dimata dia sedang buat kerja tersebut..
ReplyDeleteWallahu a'lam. Wassalam.
salamu alaik..
ReplyDeleteartikel yg sgt menarik..terutamanya part 'ingt 2perkara n lupakn 2perkara..
keep it up..barakallahu fik..
wassalam..(^_^)
Nice post.. ada di pasir puteh ke??
ReplyDeleteakujahil
ReplyDeleteinsyaAllah, memang yg nilah selalu ana amalkn kalu rasa sakit hati ngn kwn2..
-------------------
merah
perkongsian info yg menarik. syukran.so tak perlulah pendakwah atau sesiapa saje pecah hati kerana pkara ni tak baik utk kesihatan..hoho..
-----------------
aFiNiEy aHmAd
insyaAllah sy dpt tip ni masa dok khidmat orang alim
------------------
Ibnu Mutalib
ada kat pasir puteh lgi... anta dah post ke paspord ana? nak kuar ni..cpt ckit yea..
Alhamdulillah
ReplyDeletesalam kenal saudaraku...
bergerak, menyebar dan memberikan manfaat...