October 13, 2009

See you di IPB ?

Kelihatan peluncur Islam sedang menyibukkan diri untuk mengemaskan barang-barang yang hendak dibawa dan sempat jugak untuk menyiapkan entry ini di hadapan komputer.

Teringat masa belajar kat sekolah menengah dulu, semua pelajar mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Sehinggakan satu movie Islamic iaitu See You Di IPT telah mendapat tempat di hati kalangan rakyat Malaysia terutamanya pelajar di IPT.

Alhamdulillah, Allah s.w.t telah pilih aku untuk masuk ke IPT walaupun ramai yang lebih layak tetapi tidak berjaya. Aku lihat ramai kawan aku yang 3 pointer ke atas tetapi ada yang tidak dapat masuk universiti. Yang menghairankan lagi, ramai kawan aku yang pointer 2.7 ke bawah dapat masuk universiti.

Bukan ape, cuma ini ketetapan Allah. Kita hanya mampu berusaha dan Allah yang tentukan. Segala ketetapan manusia, Allah s.w.t berkuasa untuk mengubahnya tetapi segala ketetapan Allah s.w.t, manusia tidak boleh ubah. Begitu hebat kekuasaan Allah s.w.t yg perlu kita fikir lagi dan lagi.

Kalau dulu IPT tetapi tiba masanya sekarang untuk ke IPB. Oleh itu, secara ringkas je lah aku nak kata, untuk sebarkan agama seorang dai tidak memerlukan harta benda atau apa-apa yang ada di dunia ini, yang penting seorang dai mempunyai keyakinan yang betul dalam hati senubarinya.

Agama Islam tidak tersebar dengan kekuatan tetapi ia tersebar dengan akhlak. Sepertimana yang ditunjukan oleh Nabi s.a.w bila kota Mekah ditawan. Baginda s.a.w memaafkan semua orang, tidak balas dendam pada sesiapa pun. Sehingga Wasi bin Har yang membunuh bapa saudara kesayangan baginda s.a.w pun diampunkan . Oleh itu penting dalam kehidupan kita ada sifat keadilan dan akhlak. Bersama-sama itu pula kita amat perlukan ikhlas. Sedikit amal dengan ikhlas akan mendapat hasil yang begitu banyak.

Sahabatku sekalian, sekiranya kita hanya buat usaha agama tanpa buat apa-apa usaha untuk pendapatan sendiri, orang kaya akan merosakkan keyakinan kita kerana kita mengharap pada makhluk. Oleh itu penting kita jaga keselamatan kita dengan kita buat sesuatu untuk keperluan kehidupan kita. Setiap dai perlu membuat kerja duniawi untuk keperluan.

Pada kesempatan ini, aku ingin memohon maaf sekiranya ada buat silap. Mungkin aku pernah terpekik kat telinga korang, terhantuk kepala korang, terumpat kat korang, membuatkan korang bazir masa baca blog aku, dan segala-galanya samaada yang aku sengaja atau tak, yang aku tahu atau tak and whateverlah. Aku mohon maaf zahir dan batin. Selamat hari raya korban!

Sebenarnya aku sayang nak tinggalkan korang semua, aku sayang nak tinggalkan ma abah aku, adik beradik aku, rumah, kedai runcit, orang kampung aku, motor phj 4897 aku, bakal abah and ummi in law aku and tak lupa juga istimewa bakal isteri aku and tak kira siapa jugak korang termasuk blogger-blogger sememangnya aku sayangkan korang,

TAPI…

Cukuplah firman Allah s.w.t. ini menjadikan renungan buat aku dan korang:

“Katakanlah wahai Muhammad, jika bapa kamu, emak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri atau suami kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah tempat tinggal yang kamu sayangi. Jika semua itu lebih kamu sayang dan cinta lebih daripada sayang dan cinta kamu terhadap Allah dan Rasul dan berjuang demi agamanya, maka tunggulah sehingga Allah menurunkan seksaan kepada kamu, kerana Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang berdosa” (at-Taubah: 24).


Ya Allah,

Aku rindu untuk belajar betulkan yakin pada Engkau

Aku rindu nak duduk dalam suasana iman

Aku rindu untuk menambahkan percakapan membesarkan Engkau,

Aku rindu nak duduk dalam halaqah belajar and mengajar ilmu agama,

Aku rindu untuk sentiasa mempelajari kerja agama

Aku rindu nak belajar tambah fikir risau pada diri aku dan umat.

Aku rindu untuk menangis depanMu kenangkan dosa aku yang telah lepas

Aku rindu nak belajar mengutamakan orang lain lebih daripada diri sendiri

Aku rindu untuk khusyuk dalam solat, zikir, al-quran

Aku rindu nak belajar memuliakan orang Islam yang lain

AKu rindu untuk makan satu talam dengan sahabat baru

Aku rindu nak belajar sunnah.

Aku rindu untuk belajar resepi masakan terbaru

Aku rindu nak belajar memperbaiki akhlak

Aku rindu untuk belajar memperbaiki ‘kualiti amal’

Aku rindu…

Haa yaaa..,berapa banyak rindu lah aku ni. Last dah ni, aku pun rindu untuk syahid di jalanMu Ya Allah. Ameen.

InsyaAllah panjang umur, jumpa lagi. Ta ta…


P/s: Suatu masa nanti, pasti dan pasti aku akan tinggalkan korang buat selama-lamanya. Sebelum aku tinggalkan korang buat selama-lamanya, adalah baik aku tinggalkan korang sedikit demi sedikit, jarang-jarang, kadang-kadang dan apa-apa aje lah agar korang tidak terkejut kehilangan aku yang akan pergi selama-lama-lama-lama-lama-lama-lamanya…. Huhuhu…


Blog Widget by LinkWithin