March 20, 2010

Makan sebelum di"makam"kan?

***sengaja aku tulis panjang-panjang.., agar korang jadi malas nak baca.., dan seterusnya aku tidak “makan hati” sebab korang komen walaupun tidak baca… Jadi nasihat aku.., jangan komen kalau tidak tahu menahu pasal apa yang aku tulis.., sebab aku tidak perlukan pujian korang.., tetapi aku harap cacian daripada korang…hua hua hua…mudah-mudahan aku tidak makan hati!... dan aku makan apa yang korang nasihati!***

Makan adalah satu perintah Allah s.w.t. Semua makhluk yang bernyawa pasti makan. Kambing pun makan, cicak pun makan, burung yang beterbangan pun makan, orang bukan Islam pun makan (termasuk ahli DAP dan MCA) dan orang Islam pun juga makan... (orang PAS pun makan…orang UMNO pun makan).. Jadi dalam sehari tak dapat lari dari makan. Jadi bertapa banyaknya masa kita telah gunakan untuk makan. Makan, makan, makan, makan…eh berapa banyak kali makan da…

Oleh itu, bagaimana kita nak dapat manfaat yang diberikan oleh Allah s.w.t melalui makanan? Beza antara orang Islam dengan makhluk yang lain adalah dengan mengikuti cara hidup Nabi s.a.w. Kalau kita tidak ikut cara baginda s.a.w maka samalah dengan kehidupan makhluk yang lain. Kena faham tu!

Terlebih dahulu.., aku “menyajikan” lirik lagu buat santapan minda kita…
Doa Makan
Raihan

makan dan minum perintah Tuhan
terkandung di dalam al-quran
tapi jangan berlebihan kerana itu amalan syaitan
makanlah sewaktu kita lapar
berhenti sebelum kenyang
basuh kedua tangan
hindar segala kekotoran
tangan kanan diutamakan
pasti syaitan disisihkan

ALLAH HUMMA BARIKLANA FIMA RAZAKTANA WAKINA AZABANNAR
itu doa sebelum makan

ALHAMDULILLAH HILLAZI ATMANA WASAKONA WAJAALANA MINAL MUSLIMIN
itu doa selepas makan

{ULANG}

jika kita lupa berdoa
segera baca
BISMILLAH HI AWWALUHU WAAKHIRAHU
nanti syaitan kecewa

makanan berkesan di hati
haram syubahah dijauhkan
jangan dicaci bersyukurlah rezeki yang anugerahkan

============


Nasi sudah jadi tapai…?


Ada jugak dalam kalangan kita ni yang tak tahu beza antara beras pulut dan beras nasi. Kalau sampai nasi jadi bubur tu boleh lagi dimakan tapi kalau nasi jadi tapai macamana? InsyaAllah boleh buat sakit perut! Huh!

Jadi kes ni telah disiasat oleh amir sab jemaah kami semasa keluar 40 hari dalam kawasan KL. Geng memasak pada hari kejadian nasi jadi tapai adalah aku, kawan aku dari Terengganu serta seorang budak sekolah yang ditugaskan sebagai pemerhati abang-abang yang masak.

Ok, sebelum pergi membeli barang serta memasak.., terlebih dahulu dalam jemaah diajar untuk solat hajat dulu.., kerana kita semua berhajat pada Allah s.w.t nak buat sesuatu. Kita solat hajat bukanlah semata-mata kerana nak minta sesuatu tetapi kena ingat bahawa ia adalah perintah Allah dan sunnah nabi s.a.w.

Jika ada kesempatan, selalu gak baca yassin di awal pagi hari agar Allah s.w.t mudahkan segala urusan. Dah selesai solat hajat atau baca yasin, maka kami bertiga duduk untuk bermesyuarat apa yang nak masak.., siapa yang bahagian membeli barang.., siapa yang masak.., apa menu makan dan minum waktu pagi, tengahari dan malam.., bajet ada berapa.., apa yang ahli jemaah suka makan dan tak suka makan, dan lain-lain… Jadi kena utamakan apa yang orang lain suka berbanding apa yang disukai oleh diri sendiri!

Ok. Selepas barang-barang dibeli, tiba masanya untuk bahagikan tugas. Sebagai amir taam, aku telah membahagikan tugas kepada kawan aku untuk memasak nasi manakala aku sendiri bahagian memasak ayam.

Ketika menanti nasi siap dimasak.., sekali sekala kawan aku ceck nak lihat samaada nasi betul-betul masak atau belum. Tiba-tiba dia terkejut sesuatu telah berlaku dalam periuk nasi yang agak besar …yakni kelihatan nasi macam bengkak, melekit serta liat.

Kawan aku telah panggil aku…dia tanya apasal jadi macam ni.., aku pun naik hairan jugak pada mulanya.., takkan kerna air terlalu lebih sampai jadi melekit begitu kuat… Jadi aku pun try tanya dia.., guna beras cap apa ni… Dia apa lagi sambil pegang plastic beras tunjuk kat aku…

Alamak! Ini beras pulutlah…he he he… Gelak kecil aku bersama dia… Ah, macam-macam budak sekarang.

Gelak-gelak jugak, tapi takkan nak bagi satu jemaah makan pulut kuah sayur beserta lauk ayam goreng di waktu tengah hari. Haaa, rasa bersalah semacam je… lalu perlahan-lahan kami pergi bisik kat amir jemaah untuk menceritakan apa yang terjadi.

Sebagai amir jemaah, dia tidak memarahi kami disebabkan perkara yang telah berlaku…Jadi dia pun mencadangkan agar kami menyediakan jugak nasi pulut kuah sayur serta ayam goreng untuk makan tengahari kat jemaah.

Tiba waktu nak makan, kami pun menyediakan makanan dalam talam. Maka dipersilakanlah semua ahli jemaah yang lain untuk makan. Apa lagi, bila mereka dah sentuh nasi…semua tertanya-tanya.., ini nasi ke atau pulut..?

Apa lagi, aku sebagai amir taam telah memohon maaf atas kecuaian kami hari tu. Walaupun bukanlah aku yang bahagian memasak nasi, tetapi aku cuba merahsiakan siapa yang buat sampai jadi macam tu. Aku tidak diajar untuk menyalahkan orang lain atas apa yang telah berlaku tetapi aku cuba salahkan diri aku sendiri...dan tak perlu menunding jari pada “dia” yang salah tetapi lebih baik guna perkataan “kami” yang salah.

Salah satu sifat yang aku suka pada ahli jemaah adalah mereka tidak mengeluh dengan apa yang terjadi malah mereka makan pulut dengan penuh kerelaan walaupun terpaksa.

Mungkin mereka teringat kisah Rasulullah s.a.w bersama isteri ketika Baginda s.a.w bertanya makanan samaada ada atau tidak lalu isteri menjawab tiada…mulianya Rasulullah s.a.w hanya menjawab “hari ini kita berpuasalah.” MasyaAllah sifat Rasulullah s.a.w begitu hebat.

Oh, bagaimana pulak zaman kita sekarang..? Malangnya sampai ada suami yang sanggup menceraikan isteri dengan talak tiga hanya kerana isterinya enggan memasak untuknya pada siang hari di bulan puasa.

Ada jugak suami pernah tarik muka apabila isteri mengatakan nasi belum masak atau masakan yang disukai tidak disediakan olehnya. Misalnya kalau terjadi kes seperti nak masak nasi tetapi tetiba termasak pulut. Itupun sudah merajuk. Betapalah agaknya reaksi kalau dikatakan makanan langsung tiada. Bolehkah kita menjawab seperti Rasulullah s.a.w.., hari ini kita berpuasalah..? Fikirlah keadaan diri masing-masing.

Ok. Sebenarnya pulut yang dimasak tidak dapat dihabiskan kerana terlalu banyak pulut yang telah dimasak.., tambah plak tidak sesuai dan tidak berselera sangat bila dimakan di waktu siang hari dan malam hari.

Seperti yang kita sedia maklum.., kalau dah makan sedikit pulut pun insyaAllah boleh cepat kenyang…Jadi banyak pulut yang tidak habis dalam periuk… Apa lagi…amir jemaah cadangkan untuk makan pagi keesokkan harinya berlaukkan ikan kering dengan hampas kelapa.

Memang berkat walaupun disangka nasi tetapi rupanya pulut. Buktinya sampai berhari-hari boleh dimakan sebab tidak boleh dihabiskan. Hua hua…errr.

Jadi bila dah nak masuk hari ketiga, salah seorang ahli jemaah ambik pulut serta ragi untuk dibuat tapai. Hehe… Akhirnya…tapai habis jugak dimakan dengan begitu selera oleh ahli jemaah. Yehaa!

P/s: Lepas peristiwa itu.., geng memasak aku telah dipanggil geng pulut! Hua hua hua.

Tangan kiri untuk cuci najiskan?

Maaf perkataan yang digunakan adalah agak kasar yakni “najis”.., disebabkan aku nak menggambarkan perkara yang mustahak buat renungan kita semua dan seterusnya cecklah diri masing-masing.

Bertapa malangnya umat Islam hari ini tidak mempedulikan adab-adab yang kecil apatah lagi yang lebih besar. Kalau yang kecil atau remeh-temeh pun tidak dapat dijaga maka apatah lagi untuk adab-adab yang lebih besar.

Kita jangan ingat adab ini hanyalah sebagai adat sahaja tetapi sebenarnya jika diteliti kebanyakkan adab adalah sunnah nabi s.a.w. Oleh itu jangan bertukar antara adab atau adat!

Perkara yang malang menimpa orang Islam sekarang adalah makan atau minum dengan cara bukan sunnah! Bukanlah aku sengaja nak cari kesalahan saudara seislam sendiri tetapi sekadar berkongsi kerisauan yang aku alami agar kita dapat ambik manfaat dan seterusnya dapat memberitahu kepada orang lain.

Mengikut kajian yang telah aku buat walaupun tanpa statistic yang betul tetapi hanya secara purata.., aku mendapati atau TERtengok ramai orang Islam yang minum dengan tangan kiri!!!
Tak percaya?

Cuba perhatikan (untuk tujuan kerisauan dan seterusnya menasihati antara satu sama lain) di café, restoran, di tempat kenduri, di rumah sendiri, dalam feri atau antara laki bini sekalipun.., hampir 90% ramai minum air guna tangan kiri!

Penyakit ini telah menular dan berleluasa. Rasulullah s.a.w telah perintah, “makan dengan tangan kanan dan minum dengan tangan kanan kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri”.

Menurut jumhur ulama, adalah sunnah makan dengan tangan kanan dan ada yang mengatakan ia adalah wajib. Dalilnya bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengutuk seorang yang makan dengan tangan kiri dan akibatnya tangan orang itu menjadi lumpuh.

Dewasa ini, ramai manusia (termasuk yang berpendidikan agama.., apatah lagi yang tidak berpendidikan agama) tidak lagi mempedulikan adab ini terutamanya selepas makan nasi yangmana ketika itu sisa-sisa makanan masih melekat di tangan kanan.

Alasan yang selalu diberikan adalah seperti:
“tangan kanan ada sisa makanan.., jadi bila pegang cawan dengan tangan kanan maka nanti cawan jadi kotor”…

Memang sengalkan?

Biasanya kes ini berlaku selepas makan.., atau ketika makan apabila ada yang malas nak basuh tangan selepas makan maka terus dipegang gelas dengan guna tangan kiri. Bila dah pegang dengan tangan kiri.., maka automatik minum pun guna tangan kiri.

Aku percaya serta yakin.., bahawa ada sesetengah daripada korang yang sebelum ni dengan tidak sengaja atau tidak perasan bahawa minum air dengan tangan kiri terutama selepas makan dengan sisa makanan masih melekat ditangan kanan.

Betulkan?

Kenapa perkara macam ni terjadi? Hal ini kerana korang tidak mengambil berat kepada adab-adab yang kecil sedangkan adab-adab yang kecil lah yang perlu korang jaga apatah lagi yang besar. Kalau yang kecil-kecil pun tak boleh ambik perhatian, apatah lagi perkara yang besar-besar…

Korang juga mungkin tidak pernah mengadakan muzakarah adab-adab kat rumah bersama keluarga korang. Sepatutnya sesekali korang perlu ada muzakarah untuk mewujudkan satu hati dalam keluarga yang seterusnya melahirkan keluarga yang taat perintah Allah, tinggal larangan Allah serta ikut sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan.

Yang penting usaha.., yang bagi hidayah hanya Allah s.w.t. Dan berilah peringatan berterusan kerana peringatan itu amat bermanfaat buat orang yang beriman.

Dan dalam kes yang lain.., ada yang minum air ketika menaiki motosikal.., tangan kanan nak tarik tali minyak dan tangan kiri pegang botol air minuman. Ish-ish kasihan sibuk sangat sampai tak sempat nak minum air ketika belum naik motor. Orang kata menyelam sambil minum air tapi kali ini naik motor sambil minum guna tangan kiri!

Ok, beralih plak kepada kes guna tangan kiri pegang sudu untuk ambik kuah atau nasi. Selalu je kat mana-mana majlis kenduri malah kat rumah pun ada.., yang lebih suka menggunakan tangan kiri untuk pegang sudu.

Kes ni memang ketara dalam masyarakat sekarang.., sampaikan ada orang tua telah tegur.., “ish, sila guna tangan kiri yea untuk ambik kuah..,biar sopan gak sikit”
…errr..Nasihat yang tidak patut diikut!

Kalau aku bersama keluarga.., aku akan terangkan kepada mereka bahawa tangan kanan ni cuci dan boleh digunakan untuk pegang sudu apabila nak ambik kuah atau lauk manakala tangan kiri ni bukankah tempat kita basuh najis!!!

Jadi fikirlah sendiri.., tangan mana yang lebih suci.., tangan kanan yang ada sisa nasi atau kuah.., atau tangan kiri yang selalu basuh najis? Hakikat yang sebenarnya adalah sudah terbukti bahawa tangan kiri adalah lebih kotor!

P/s: Manusia memang pelupa.., jadi berilah peringatan sepanjang masa!


Mulia sangat ke makan di meja makan?

Sebelum ni, aku kerap makan atas meja terutama di café, kat tempat kenduri, dan tak lupa jugak kat rumah aku yang disediakan meja makan. Dah nama meja makan, memang tempat untuk makan pun kan?

Ok itu alasan aku ketika dulu.., tetapi hari tu aku tengah mentelaah hadith-hadith nabi s.a.w untuk niat diamalkan.., maka terbaca bab makan sebab hari-hari aku makan. Terjumpa hadith tu maka aku pun salin semula dalam buku catatan diari kehidupan aku sebagai hamba Allah.
Hadith tu menyebut lebih kurang:
“Nabi s.a.w tidak pernah makan di meja atau kerusi, walaupun tersedia meja dan kerusi” [Bukhari]

Ah, aku terkejut sekejap…tiba-tiba perasaan malu telah menyelubungi diri aku. Dalam hati aku “Ya Allah.., Rasulullah s.a.w yang begitu mulia pun tidak pernah makan di meja atau kerusi… tetapi aku…?”… dan sesetengah daripada korang semua?

Kadang-kadang ada jugak situasi aku terpaksa makan di meja atau kerusi seperti ketika menghadiri kenduri.., singgah berhenti makan kat restoran.., atau paling tidak ibu aku sendiri kadang-kadang menghidangkan atas meja makan maka dengan perasaan sedih, malu dan rasa bersalah aku pun makan jugaklah…

Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini berlanjutan.., aku cuba untuk memasak dan menghidangkan sendiri untuk ahli keluarga. Apabila aku yang uruskan.., maka aku akan sediakan sapra (alas) untuk makan di atas lantai secara beramai-ramai. Nikmatnya dapat rasa sedikit sifat nabi s.a.w yang sangat mulia.

Tetiba tertanya plak soalan “salahkah korang makan di meja atau kerusi? Maka jawapan yang boleh aku bagi adalah “kalau kita ikut sunnah maka ada kejayaan tetapi kalau tidak ikut sunnah maka tiada kejayaan”.

Aku rasa ada hikmahnya kalau tak makan di meja atau kerusi. Kat kedai kopi atau warung-warung bila disediakan meja serta kerusi, maka melarat dok sembang-menyembang sampaikan ada isteri yang marah bila suami membazirkan masa berada di kedai kopi lama-lama.

Kalau setakat sembang bab agama, percakapan membesarkan atau memujikan Allah, fikir macamana umat dapat datang pada agama Allah…, tak pelah jugak…tapi kebanyakan tidak berlaku.

Yang paling merisaukan sekarang.., pergi ke kedai makanan hanya order air satu cawan je.., tapi melepak sehingga mengalahkan orang yang minum air satu tong drum!

Orang tua sekarang plak melarat sampai tengok bola di kedai kopi.., syok menonton bola sebab disediakan meja dan kerusi cukup lengkap! Dah tahu tua.., buatlah cara tua.., sepatutnya untuk menunjukkan bahawa korang dah tua.., maka pakailah tongkat agar dapat ingat mati… tetapi ini tidak! Yang dibuat adalah sempat lagi order “tongkat ali satu” agar dapat tenaga bersama isteri lagi!

Memang sengalkan?

Sembang terus sembang tanpa ada risau bimbang! Mula-mula sembang pasal harta benda orang lain, kereta orang tu besarlah, bini orang tu cantiklah.., dan terus masuk bab mengumpat kat orang lain dengan menyebut nama orang tersebut.., pastu mula masuk bab politik, hina ahli politik, pemimpin A wat gini tak betul, pemimpin B wat gini betul.., sehinggalah dosa semakin dosa dilakukan kerana mulut tidak bertulang tidak dijaga elok-elok. Dosa mengumpat dah satu hal dan ditambah plak dosa menfitnah orang lain plak.

Lagipun sekarang bukan setakat orang lelaki je melepak kat kedai-kedai atau warung bahkan kaum wanita pun turut serta. Pagi-pagi dah ada kat kedai kopi sambil mengenakan sebatang rokok sebagai sarapan pagi!
Tiada life ke apa mereka ni?

Beginilah keadaan terjadi sekiranya suami tiada fikir dan risau ke atas isteri! Isteri dibiarkan makan dan lepak di kedai-kedai kopi sehingga mengenakan pakaian yang seksi-seksi!

Jadi tangisi dalam doa kita di setiap hari.., agar diberikan hidayah Allah ke atas umat ini!

P/s: Mulia seseorang dalam mengamalkan agama.., dan hina seseorang dalam meninggalkan amalan agama!

Makan bersama pasangan kekasih?

Kalau sebelum kahwin tu gak.., gatal tangan nak suap kat mulut bakal isteri la, nak suap kat mulut bakal suami la, tapi kat mulut ibubapa atau adik beradik kat rumah tidak suap plak! Bengang betul aku kepada mereka ni!

Ya la.., sebelum kahwin semua nak makan suap la.., minum air dalam satu cawan la.., minum air guna satu straw la.., dan telah membuatkan aku rasa menyampah bila tengok orang macam tu!!! Dahlah buat perkara macam tu kat depan orang ramai.., kat warung, kat restoran, kat mulut ke mulut…kononnya romantik tapi sebenarnya ta…ta…ta… “tooot”..

Tapi yang aku geram.., bila lepas kahwin tiada plak mesra giler macam tu. Hari pertama kahwin je yang ada…lepas tu.., semua yang suap-suap dah semakin hilang. Apa kes? Masa belum kahwin memang gatai nak suap.., tapi bila dah kahwin tidak gatai plak… Apa nak jadi lah!

Kalau belum kahwin.., bukan main lagi ajak pasangan yang haram bersentuhan pergi dating di kedai makan…KFC la, MCdonald la, warung nasi goreng la, Warung Pak Hussin Tom Yam la.., dan apa-apa aje… Sampai sanggup bergolok gadai guna duit PTPTN untuk belanja kekasih makan. Sengal ke apa?

Adalah lagi baik kalau duit tu digunakan untuk beli makanan kat orang miskin, anak yatim ke atau beli sesuatu sebagai hadiah untuk kedua ibubapa dan adik-beradik kat rumah!
Aku dan korang kena ingat.., Nabi s.a.w dan sahabat rhum tak ajar makan secara berdating bagi pasangan yang belum kahwin terutama di kedai-kedai makan!

Nabi s.a.w telah tunjuk romantik selepas kahwin, bukannya sebelum kahwin!
Contohnya Rasulullah s.a.w pernah mengajak Humaira’ untuk berlari-lari. Berlumba dengan penuh ceria pada sebelah malam di padang pasir yang dingin. Malam itulah menjadi saksi ketika baginda s.a.w mengalahkan Humaira’ dalam senyum tawa. “Inilah balasan yang dulu” ujar Baginda s.a.w sambil tersenyum mengimbau nostalgia ketika dikalahkan oleh Humaira’ ketika awal perkahwinan.

Ah, terharu aku seketika memikirkan sikap Rasulullah s.a.w. Ya Allah.., indahnya akhlak nabiMu.

Bab makan plak, Rasulullah s.a.w dan Aisyah r.aha sering makan bersama bahkan berkongsi satu pinggan yang sama. Kadang kala tangan Aisyah r.aha bila makan bersama nabi s.a.w akan bersentuh jari antara mereka. Wah romantiknya!

Aisyah r.aha jugak pernah meriwayatkan bahawa beliau meminum minuman lalu memberikannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda kemudiannya minum dari gelas yang sama, dengan meletakkan mulutnya di tempat bekas mulut Aisyah. Wah sungguh romantik!

Jadi antara dua…pilihlah samaada nak makan bersama pasangan kekasih yang dikatakan ta ta ta “tooot” atau makan bersama suami isteri yang dikatakan romantik?

P/s: Kejahilan berleluasa dikedai makan.., tidak sah kalau sudah berdating tetapi tidak makan!

Makan ketika kenduri kahwin?

Adalah wajib jika dijemput untuk menghadiri kenduri kahwin.., tetapi aku ada terbaca bahawa ulama mengatakan adalah tidak digalakkan untuk pergi jika sekiranya majlis diadakan berbaur maksiat atau penuh dengan kemaksiatan!

Macam-macam sekarang majlis kenduri kahwin.., dari malam akad nikah lagi pengantin perempuan naik atas masjid dalam keadaan tidak menutup aurat. Pakai pakaian berbelah sana sini… Ya Allah..hidayah umat ini…

Orang hari ini faham buat kenduri kahwin adalah untuk “makan-makan” sahaja tetapi pada hakikatnya apa yang telah terjadi pada hari ini kebanyakkan adalah “terlebih makan”.

Walimah telah banyak disalahertikan sehingga sampaikan adat-adat orang Hindu bertambah maju dalam amalan masyarakat Melayu!
Walimah yang diadakan pada zaman nabi s.a.w jika dibandingkan dengan zaman sekarang jauh sekali bezanya. Kalaulah Rasulullah s.a.w wujud dizaman kita agaknya macamana reaksi Rasulullah s.a.w? Pasti dan pasti Rasulullah s.a.w akan banyak menangis memohon hidayah atas umat ini!

Dulu.., orang buat walimah sebagai tanda kesyukuran tetapi sekarang orang buat walimah untuk menjalankan perniagaan! Tersimpul manis setiap kali selepas bersalaman dengan tetamu yang datang apabila RM10 dapat masuk dalam kocek baju Melayu.

Aku bukanlah nak berkira sangat setakat bayar RM10 untuk makan apabila dijemput menghadiri majlis perkahwinan. Tapi aku buat kira-kira alangkah bagusnya duit itu sepatutnya digunakan untuk bagi kat orang miskin, anak yatim atau sesiapa sahaja yang lagi memerlukan.

Beberapa tahun lepas hanya kena bayar RM5 je…memadai dengan makanan yang dihidangkan.., bila sekarang dah naik RM10 maka ramai orang “dibelakang” mengata kat tuan rumah… “ajak orang makan.., pastu kena bayar!”…memang nampak sangat buat kenduri untuk menjalankan perniagaan.

Dulu aku makan sikit jugak bila kat kenduri tetapi sekarang oleh kerana bayaran dah naik sampai RM10.., maka apa lagi.., aku belasah cukup-cukup! Hua hua hua..Geram jugak aku! Orang kata biar berbaloi dengan bayaran walaupun pada hakikatnya tidak berbaloi langsung!

Tak salah korang nak berniaga tetapi biarlah tahu apa maksud buat kenduri perkahwinan. Tujuannya adalah untuk menghebahkan kepada orang ramai serta tanda kesyukuran. Jadi kenapa sampai diadakan majlis tari-menari, pergaulan lelaki dengan perempuan bukan mahram bebas, meja-meja makan diasingkan untuk golongan yang VIP serta makanan turut berlainan atau lebih special untuk mereka. Itulah keadaan telah berlaku kepada sesetengah orang yang berada.

Tapi yang miskin pulak, dah tahu miskin tapi kenapa buat sampai tahap meminjam duit untuk buat kenduri. Malah lebih malang sampai tahap membazir. Ya, membazir buat kad kenduri mahal-mahal.., panggil artis lah.., jemput Mak Andang lah sehingga ‘make up’ tebal-tebal agar dapat tunjuk kat depan orang ramai bahawa muka dia licin.., dan yang paling aku tidak suka…mereka ni hanya menjemput orang yang ada ‘duit’ sahaja agar dapat jugak ‘duit’ masuk poket!

Bukanlah tidak boleh korang buat kenduri besar-besaran tetapi sedarlah sikit. Kalau dah kategori ‘miskin’ janganlah sampai berhutang untuk tampung kos kenduri...dan kalau dah ‘kaya’ janganlah sampai membazir untuk menunjukkan kemegahannya. Dan aku paling tidak suka jika majlis tersebut dihadiri oleh orang tertentu sahaja…dimana mereka anak yatim…dimana mereka orang miskin…?

Sepatutnya apalah salah jika memberikan makanan yang istimewa kepada mereka (anak yatim dan orang miskin) agar mereka jugak dapat merasai kenikmatan makanan yang belum mereka rasa kat dunia.

Ok. Kena faham betul-betul apa itu maksud buat kenduri kahwin. Aku ulang.., kenduri kahwin dibuat untuk menghebahkan kat orang ramai dan tanda kesyukuran kerana telah dapat melaksanakan satu sunnah yang besar jugaklah. Ok. Setakat sini bab makan kat kenduri kahwin. Citer kenduri kahwin secara umum nanti aku sambung dalam posting yang lain. InsyaAllah.

P/s: Aku terus memberi RM10 kepada tuan rumah.., mudah-mudahan suaminya dapat beli pakaian yang labuh buat orang rumah!

Apa yang penting bila makan?

Orang miskin tidak dapat makan biasanya kerana tiada makanan tetapi orang kaya tidak dapat makan biasanya kerana tidak boleh makan! Oh.., harap-harap betul sangkaan aku ni.

Adapun hal ini sebenarnya berpunca dari soal keberkatan. Ada orang istilahkan berkat sebagai.., “walaupun sedikit tetapi mencukupi manakala walaupun banyak tetapi tidak membazir malah boleh dikongsikan bersama”… Itu soal berkat!

Jadi macamana nak dapat berkat? Untuk mendapat berkat bukan sahaja setakat baca doa seperti “bismillahiwa ala barakatillah” tetapi lebih daripada itu…yakni usaha!

Ya, usaha untuk mendapat berkat.., perlu memilih makanan yang bersumberkan halal lagi baik (halalan toyibban). Bukan sahaja makanan itu dari segi halal dimakan seperti lembu, ayam, itik, kibas dan sebagainya tetapi cara untuk mendapatkan yang halal perlu dititikberatkan!

Dan perlu pilih makanan yang khasiat, bersih, berzat dan tidak mengandungi kadar kolestrol, lemak dan minyak yang tinggi!

Lagi perkara yang aku susah nak amal tetapi aku kena bagitau jugak agar Allah s.w.t bagi kekuatan untuk aku beramal adalah.., berhenti sebelum kenyang! Oh sangat mencabar! Kalau makan ketika lapar boleh je aku amalkan dengan izin Allah.

Jadi kelemahan diri aku ni.., aku buat kajian sikit.., agar aku dapat mengamal sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan sebanyak mungkin. Seperti yang kita tahu.., dengan izin Allah.., kebanyakkan penyakit adalah berpunca dari perut.

Oleh itu Allah telah mengilhamkan aku satu formula yang agak berkesan pada diri aku. Formula untuk behenti sebelum kenyang adalah dengan cara behenti sebelum menambah makanan!!!! Hua hua hua.

P/s: Carilah berkat dalam kehidupan, bukanlah cari “karat” untuk merosakkan kehidupan!

Secara ringkas bab makan sebelum dimakam…?

Memotong daging dengan pisau ketika makan. Perbuatan itu adalah budaya asing, sebaiknya dimakan dengan digigit oleh gigi (Abu Daud, Baihaqi)

Jangan minum dengan sekali teguk, seperti unta minum. Disunnahkan 3 kali tegukan, itu lebih menyihatkan (Muslim, Tirmizi, Nasai)

Zikir ketika makan: “Allahhumma lakalhamdu walakasyur” yang ertinya “Ya Allah bagiMu pujian dan bagiMu rasa syukur”.

Makanan yang jatuh hendaklah diambil kembali. Mungkin itu adalah makanan yang mengandungi berkah (Muslim, Nasai)

Sunnah makan dengan garam. Garam adalah penghulu segala kuah (Ibnu Majah)

Sebaiknya selalu menyimpan kurma dalam rumah. Barangsiapa menyimpan kurma di dalam rumahnya, nescaya ia tidak akan kelaparan. (Muslim)

…dan jika korang ada yang lebih tahu daripada perkara diatas.., insyaAllah boleh kongsi bersama.

Makan buah-buahan.., harap korang boleh jelaskan?

Ada beberapa perkara untuk aku kongsikan tetapi aku tidak menjumpai dalilnya lalu aku tidak memberitahu secara detail…cuma aku akan kemukakan persoalan yang telah mengelirukan aku.
Antara perkara yang mengelirukan aku adalah:

Pertama: Antara makan buah-buahan sebelum makan (contoh nasi) ATAU selepas makan..,baru makan buah-buahan…jadi yang mana satu betul? Kalau korang ada kisah-kisah atau hadith mengenai hal ini maka korang boleh kongsi dalam bahagaian komen. InsyaAllah semoga kita dapat ambik manfaat hasil daripada perbincangan. Aku tidak tahu hal ni…tetapi aku banyak dengar “orang” kata adalah sunnah makan buah dulu sebelum makan.
Kedua: Cara memotong buah. Dari kecil sampai besar aku dok mengamalkan pisau untuk potong buah-buahan dengan cara menghiris kulit buahan ke hadapan. (menggerakkan pisau ke bahagian depan)… Jadi selepas aku keluar jemaah dakwah, aku telah mempejari banyak perkara termasuklah “orang” kata kaedah memotong buah adalah dengan menggerakan pisau sambil hiris kulit buah ke arah tubuh badan. (dari luar ke dalam). Aku yakin bahawa cara ni yang betul tetapi aku tidak tahu atau tidak pernah terbaca hadith atau kisah mengenai hal ini.

Ok itu je persoalan yang aku tidak pasti jawapannya. Kalau korang tahu beserta dalilnya atau kisah-kisah maka korang boleh bagitau. InsyaAllah semoga kita dapat manfaat hasil daripada perkongsian ini dan seterusnya dapat mengamalkan dengan penuh keyakinan!

Ilmu makan..?

Sebenarnya banyak perkara pasal adab makan yang patut diamalkan. Diatas, hanya sekadar perkongsian yang belum didengari atau tidak diambik perhatian atau terlepas pandang. Malah banyak lagi jika korang selalu ikut jemaah keluar dakwah dari masjid ke masjid, dari surau ke surau, dari kampung ke kampung, dari negara ke negara, dsbnya, maka banyak perkongsian ilmu yang korang akan dapat dari hasil muzakarah bahkan Allah s.w.t bagi kekuatan untuk mengamalkannya. Malah bila muzakarah, perkara yang kita lupa, dapat diingatkan kembali.

Koleksi gambar untuk dimakan..?

"teh teh.., teh teh... cepattt.. :)" ala ala comelnya.. huhu


Melihat kalimah Allah pada buah limau.. Ainul yakin!

pesan abang.., "makan baca bismillah.., dan lain kali jangan makan di meja atau kerusi" hehe.


Minum guna tangan kanan. Takkan ini pun aku nak ajar...hohoho


upin dan ipin "kak roseee.., ayam goreng mana?"

Baca doa makan buah dulu dik.., "Allah hummaba riklana fisamarina"


makanan jadi sedap jika hati "sedap" dengan kesyukuran dan tidak terlalu memilih. (",)


Lepas ni, jangan "gaduh-gaduh" lagi yea..please.. Makan kambing tu baik-baik.. Perdana Menteri dan Menteri Besar bermesra..sejuk hati aku.. Ya Allah..


Walaupun ada pangkat dan harta...tapi tuan guru Nik Aziz tetap makan seperti rakyat jelata. MasyaAllah.


Tiada beza pangkat dan darjat...Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rendah diri makan bersama jemaah. MasyaAllah.

Walaupun negara banyak minyak...makan pun tak banyak.., Presiden Iran pun makan duduk dengan penuh tawaduk..
Makan berjemaah tanpa kerusi dan meja...ketika bersama President Meerut di India.

P/s: Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Tapi makam untuk mati, bukan mati untuk makam. Errr… dan jagalah adab.., agar diri tidak jadi biadab!

12 comments:

  1. Sangat menarik entry kali ni.Aku tak abis baca pun.hehe..
    aku tertarik dgn gamba limau yg ada kalimah Allah tu.ko snap sendiri ke?MasyaAllah..subhanallah..
    btw,aku akan abiskan juga membaca entry yg panjang ni jugak!tp aku tetap yakin bahawa lebih baik klo ko buat part by part...kan ada hadis juga,'Mudahkanlah.Usah persulitkan'.Jadi kalo buat part by part kan memudahkan aku nak baca.heheheheheh..
    Salam satu Ummat!

    ReplyDelete
  2. Masa anak anak nenek kecil kecil dulu,sebelum pergi ke rumah saudara mara yg pentingkan 'adap meja makan'[table manner] ni, kami akan mesyuarat cara untuk mengambil hati tuan rumah dan nenek syur untuk minum dulu sebelum makan dan ambil makanan siap siap agak agak cukup sekadar asbab Allah bagi kenyang.tak payah tambah.jadi tak perlu guna tgn kiri.kalau nak minum basuh tgn dulu.

    ReplyDelete
  3. assalamua'alaikum..ehm..menarik..dah beberapa kali saya bc ur blog..this time, teringin nk komen..hehe..tentang makan buah dulu sebelum makan,sy x sure psl dalil..tapi, apa yg saya tahu..secara x langsung, mempercepatkan rasa kenyang..so, in other word..we eat less..isn't it?
    minumlah air sekurang2nya 1/2 jam lepas mkn..knp? sebab, kita beri peluang enzim utk cernakan makanan..so, x timbullah soal minum guna tangan kiri..
    - sorry..am not agree bout u said ambil lauk gne tangan kanan..sekadar beradab bersama org lain, seeloknya, ambillah lauk gne tangan kiri..saya x rasa menjadi satu masalah bukan?
    bukankan, dengan cara e2, kebersihan semasa makan dapat dijaga? bukankah kita dituntut utk menjaga kebersihan? maaf..ini sekadar pendapat sy..(org kurang ilmu)
    - tentang pemberian wang masa walimah..bukankah itu mengikut keikhlasan hati pemberi? dan bukankah tidak diwajibkan..sy dan abah say pernah berdiskusi mengenai perkara ini..dan abah saya berpendapat, letak banner (TIADA SALAM KAUT UNTUK WALIMAH INI) tetapi, menurut pendapat saya, x salah menerima..kemudian, dermakanlah wang tersebut..(^_~)
    - saudara membuat saya terfikir utk menjemput ank yatim dan yg memerlukan dalam walimah InsyaAllah( meski lambat lagi~hehe)tapi, jangan dilupa jiran tetangga..
    -teruskanlah menulis..(^_^)

    ReplyDelete
  4. salam...emm kelakar pasal pulut&nasi tu ye...bgus...bgus...skurgnye mu akn lebih mghargai pent lelah mak mu masak kt umh....bru mu taw susah sng msak!!!nmpk sgt kwn mu xpnh tolong msk kt dpur huhu....biase la tu wt salah mse msak...ukhti mse kluat 1st time pon dpt bhgian taam,lg la,berasap kuali ukhti kejekan....tp tule,jemaah ni,mreka xmrh...sntiasa redha n cri jalan pyelesaian....ukhti sayannnnggg jemaah tabligh ni...heeeee.

    ReplyDelete
  5. iqbalsyarie

    hehe…tak baca pun takpe…tak komen pn takpe…baca and komen pun takpe..semua takpe..hehe..sebab blog ni untuk ana terutamanya…silap salah..boleh tegur..
    ooo gambar tu..dpt dari kawan.. hebatkan..kat mana-mana pun ada tanda kebesaran Allah s.w.t..
    oh yea…tima kasih teguran yang baik.. InsyaAllah ana cuba buat dengan lagi baik.. Ana masih belajar…dan terus belajar dari kesalahan dan tunjuk ajar dari semua orang..
    syukran..

    =======

    seorangnenektua

    oh gitu..bagus jugak macam tu.. cadangan yg baik jugak tu.. Tp..kenapa perlu ada adab makan di meja makan..?hehehe..

    ========
    Anonymous

    Waalaikummussalam.. takda menarik sngat…biasa-biasa aje.. he.. baguslah baru komen..nanti lain kali komen lagi lah..hehe.
    A’aaa sy sendiri pun rasa cara tu lagi baik..makan buah dulu..baru makan.. Tp tidaklah menjadi haram hukumnya kalau makan buah lepas makan.
    .
    A’aaa pasal minum air lepas makan tu…memang bagus amal macam tu… sy sering diajar untuk mengamalkan mcm tu.. makanan pun mudah larut..meresap enzim.. tapi yang lawak..kadang2 blh sampai terlupa nak minum air…hehe…sebab dok biasakan diri dari dulu tak minum air selpas makan… tp minum jugak kalau tercekik..hehe

    Oh pasal ambik sudu dengan tangan kanan memang nampak kotor tetapi tak kotor sebenarnya…emmm semuanya bergantung kepada siapa yang makan bersama…kalau yg kita makan tu adalah yg faham tangan kanan tak kotor…mka lagi baik guna tangan kanankan? …

    Tp kalau situasi masyarakat yg ramai tak faham.. kita kena bertindak memahamkan masyarakat.., sebab Rasulullah s.a.w apa2 baginda nak buat perkara guna tangan kanan…
    Sy jugak tidak nafikan kdang2 kalau bhadapan dengan seseorang yg disegani..mka saya sendiri akan gunakan tangan kiri untuk pegang sudu dengan perasaan rasa bersalah.. bagi mengelak selisih faham… Tapi kalau dah lama-lama kenal…sy akan jelaskan sebnarnya guna tangan kanan tak salah.. Bagi sy…tangan kanan mesti diutamakan… ..(saya lagi orang yang kurang-kurang-kurang ilmu)

    Syukran pendapat awak yang menarik macam pendapat saya dulu-dulu…(‘’,)

    Oh bagus jugak idea tu.. letak banner…hehehe… Tp yg sedih skrg.., masyarakat dok mengata kat belakang…walaupun mereka bagi duit tp mereka mengungkit tak pasal-pasal.. dan tidak salah kalau kita terima duit… (‘’,)

    Perbincangan yg menarik…telah menambahkan kefahaman sy sedikit sebanyak..

    Hehe.. semoga sy, awak dan semua orang …perihatin terhadap anak yatim atau orang miskin yang perlu diambik berat.. kasihan mereka selalu terpinggir.. bayangkanlah jika mereka ada… meriah dan cerianya majlis kahwin… masyaAllah..

    insyaAllah sy terus menulis.. sehingga tidak dapat menulis.. kerana telah tertulis..mati itu wajib terpilih… huhu


    =======

    ukhti,mardhiah

    salam.. betul apa yang ukhti katakan.. memang jarang mereka tegur secara direct tetapi secara sipi2 saja agar tidak ada orang yg sampai pecah hati.. banyak nasihat dan tnjuk ajar diberikan masa keluar jemaah.. bestttt...

    ReplyDelete
  6. Hey There. I discovered your weblog the usage of msn.
    This is an extremely well written article. I will be sure to bookmark it and come back to learn more of your helpful info.
    Thanks for the post. I'll definitely comeback.

    My website - get paid from home
    Also see my web site > all inclusive vacation specials

    ReplyDelete
  7. My spouse and I stumbled over here coming from a different
    web address and thought I might as well check things
    out. I like what I see so now i am following you.
    Look forward to looking at your web page again.


    Here is my web page - mortgage

    ReplyDelete
  8. After I initially commented I seem to have clicked the -Notify me when
    new comments are added- checkbox and now whenever a comment is added I get
    4 emails with the same comment. There has to be a means you are able to remove me
    from that service? Kudos!

    Feel free to visit my web-site: Going At this website

    ReplyDelete
  9. With havin so much written content do you ever run into any problems
    of plagorism or copyright violation? My blog has a lot of unique content
    I've either written myself or outsourced but it appears a lot of it is popping it up all over the web without my agreement. Do you know any ways to help prevent content from being ripped off? I'd certainly appreciate it.


    Here is my site: web hosting cost

    ReplyDelete
  10. Ahaa, its pleasant conversation concerning this article at this place
    at this web site, I have read all that, so now me also commenting at this place.


    Feel free to surf to my web site :: Http://komunikuj.zive.sk/Node/24072/

    ReplyDelete
  11. I am really impressed with your writing skills as neatly as with the format
    on your weblog. Is that this a paid topic or did you modify it
    yourself? Either way keep up the excellent high quality writing, it is uncommon
    to peer a great blog like this one today..

    my website; just click the following web site

    ReplyDelete
  12. Blogs I generally does not happen, but it pushed me towards the weblog, remarkable work .

    . Nice ...

    Also visit my site - freiwilliger beitrag krankenversicherung ()

    ReplyDelete

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin