March 24, 2009

Pakaian Perempuan dari Sudut Mata Lelaki.

Assalamualaikum... kali ini aku ingin memecahkan rahsia pandangan seorang lelaki yangmana kebanyakkan kaum perempuan tidak mengetahui. Kasihanilah kaum lelaki.., tambah plak lelaki yang telah menjadi suami.., kepada seorang yang bernama isteri. Segala dedahan aurat oleh isteri, suami yang dapat dosa jugak.. Plz.. kasihanilah kaum lelaki.. Harap kita semua dapat mengamalkan dan sampaikan...


Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa? Aku rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita WAJIB menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka WAJIBlah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu WAJIB menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka WAJIBlah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka JANGANlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka JANGANlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka WAJIBlah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya JANGAN sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, JANGANlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu. Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah JANGAN memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, JANGAN anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu WAJIB untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT. Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Wallahualam. Wassalam. Sekian.



25 comments:

  1. Salam,

    entry ni agak bias.
    Saye rase kurang bersetuju dengan pendapat saudara, maaf.
    Sbb bagaikan perempuan yg harus di[ertanggungjawabkan atas segalanya.
    berseluar pun x boleh, ini dah kes memberatkan yg seasalnya ringan.
    ketahuilah, andai kamu di tempat wanita, perkara memuaskan hati lelaki beriman bukan mudah.
    jangan meminta yg terlampau, sehingga memberi nama baik pada Islam itu sendiri, sbb sbnrnye tutup aurat itu mudah, tapi lelaki yg berpandangan seperti saudara yg memberikan gambarab bahawa menutup aurat itu sukar sungguh.
    Saya seorang wanita, dan saya lebih memahami wanita insyaAllah.
    wanita hanya diwajibkan menutup aurat sebagaimana yg ditetapkan, bukan to the extent nak berseluar pun x boleh.

    cuma pada saya, lelaki hars sendiri menjaga pandangan. Allah dah kurniakan 9 akal, maka gunakan akal untuk mengawal nafsu, membantu meringankan tanggungjawab wanita, dan sesama Muslim.

    Sy serius, entry ini akan mendatangkan rasa berat dlm menunaikan tuntutan menutup aurat to those yg belum sempurna penutupan auratnya.

    maaf atas kesilapan bahasa.
    allahua'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun setuju dgn kenyataan nie

      Delete
    2. Pendapat masing2. Cuma satu je.setiap manusia ada nafsu.akal yg bijak thu mn yg baik buruk..selebihnya tuhan yg lbih thu

      Delete
  2. tutup aurat kn perintah Allah...ape plak yg x stuju nih....memberatkn la, menyusahkn la....

    ReplyDelete
  3. salam.......
    benda yg baik,pasti akan tertutup rapi....
    tapi kalau sesuatu benda yg murah,mudah didapati,pasti takkan dijaga dgn rapi..
    macamtu jugak dengan wanita...
    sentiasa dijaga,pasti maruah terpelihara....
    ingatlah,berita daripada baginda saw,"sesungguhnya aku melihat ramai daripada ahli neraka,terdiri daripada golongan wanita.."

    ReplyDelete
  4. assalamualikum..saudara, artikel kali ni nampaknya telah menarik minat banyak pihak..erm terus terang saya katakan..saya setuju dgn saudari (yg 1st komen 2)..dan saya x kata semua komen2 len adalah salah..semuanya btol2 blaka..

    Saya agak tak bersetuju bila semua kesalahan diletakkan dibahu wanita semata2..haruslah kita sama2 menjaga..lelaki menjaga pandangannya dan wanita menjaga auratnya..

    bab yg berseluar ni, da lama jadi isu, tapi setahu saya tak pulak diharamkan memakai seluar melainkan jika ia ketat dan menampakkan bentuk bdn wanita t'sebut..tapi sekiranya seluar itu bersaiz besar, ia dibolehkan..

    lagipun, sekiranya dinilai dari byk sudut, tak bolehlah nak haramkan memakai seluar..xde nas yg melarang mengaharamkan memakai seluar (kecuali sekiranya menyerupai lelaki, ketat, nipis & etc)..ada asbabnya nape x diharamkna terus pakai seluar ni..

    dari segi logik akal pon tau..cnth bila bersukan (dulu saya sek. agama, nape plak ustaz @mudir x larang kami pakai seluar)..sbb kami pakai bila perlu dan ikut shara'..bukannyer pakai yg x sepatutnya..selain 2, dr segi keselamatan, cnthnya bl wanita keluar (memang sepatutnya wanita kena keluar ngan muhrimnya, tp ada jgak masa yg x blh dijangka yg memerlukan wanita utk keluar dlm pd masa muhrimnya tiada)..dr segi keselamtan lbh selamat pakai seluar..buat pengetahuan saudara, sekarang saya menyambung pelajaran di luar negara, kami kena sesuaikan ikut keadaan, situasi dan tempat..bukan maksud saya mengikut trend..tapi memakai seluar sekadar yg perlu..sebenarnya saya ni jenis yg x suka berseluar, tapi, demi keselamatan saya terpaksa pakai seluar bila berada disini..jadi sekiranya wanita 2 haram pakai seluar, erm..agaknya pe yg akan berlaku dlm situasi2 tersebut??

    bagi saya, tak bolehlah nak hukum wanita 100% because dia pakai seluar..pakai seluar xpe..memang da ramai ustaz saya tanya tentang isu ni, jawapan diorang: "dibolehkan selagi x buka aurat n ikut shara' "..wallahulam..

    maaf sekiranya saya terkasar bahasa..say pon masih belajar, cetek sangat ilmunya..

    ReplyDelete
  5. hurmm, setau sy lah, muslimat haram pakai seluar kerane menyerupai lelaki.. bg sy tak manis pulak bila muslimat pakai seluar. tak nampak feminin, hehe...

    ikotlah para sahabiah2, dalam berjuang pon mereka pakai jubah, so ape masalah? bukankah mereka itu antara contoh yg terbaik selepas Baginda dan para sahabat?

    tapi ulama'2 tidak memberatkan soal ni,ada banyak pendapat mengatakan muslimat boleh memakai seluar dgn syarat, seluar itu tebal dan longgar, baju bulak tebal, longgar dan labuh hingga ke lutut, itupon kalau ade aktiviti2 lasak...

    kalau saje2 nak pakai tuh, pikirla ape kepentingan seorang wanita islam memakai seluar, tengok niat masing2 la..huhu..

    ade sorang lecturer sy dulu pon ckp mcm tu, yakni memakai seluar lebih selamat dari bahaya lelaki ganas, betol ke? yg selamatkan tuh seluar ke atau ALLAH? yakin pada seluar ke atau yakin pada ALLAH?

    tapi bg sape2 yg masih waswas tuh, antunna boleh pakai kain either baju kurung atau jubah, dan di dalamnye pakai seluar panjang yg tebal dan longgar seperti yg isteri sy amalkan... insya ALLAH.. :)

    sesungguhnye hukum2 ALLAH itu hanye boleh didokong oleh org yg benar2 beriman... harap kite tergolong same la yek, ameen...

    ReplyDelete
  6. islam itu mudah...

    ReplyDelete
  7. Salam,bagus entri ni..bg yg beramal dgn nyer akn setuju pndpt nie..as a women,everything is fitnah,your face,your body,your voice,so kenala jg semuanye..Allah akn muliakan kita yg memberati auratnye..
    teringat pengalaman masa kuar masturat kt india..masa tu kt airport new delhi,tgh tunggu bagasi..biasale..kami masturat full hijab..hitam plak tu..so adalah seorg budak dlm 3-4 thn memandang ke arah saya..dia beberapa meter je dr saya,duk atas troller..dia cakap,"mom,ghost!ghost!"saya yg mndgrnye..hanye istigfar je..mak dia x layan anaknye..beberapa kali dia ulang ckp begitu..saya wat tak tauler..slg beberapa minit tu..dgr dia menangis..nampakle ada kesan darah kt mulut dia,,rupa2nye mulut dia terlggar pemegang troller ..camner kena saya pun tak pasti..dlm hati..ya Allah,anak kecil ni pun kena balasan on the spot sbb hina kami yg bertutup full hijab ni..kesian..wallahu a'lam..
    kesimpulannye..full hijab amat bagus utk diamalkan..pd yg x mampu azamla..pakai seluar sunnah..tp klu nk pakai pastikan diluarnye jubah sampai kaki..itu lg bagus..siapa yg dh amal tdk akan rasa kesusahannye..alah bisa tegal biasa...islam itu mudah, yg menyusahkan pengamalnye...cth:klu kita kuar rumah pakai full hijab..hitam katakan..takyahlah pening2 nak pakai pakaian ape ,tudung warna aper nak jenis aper?kan ke buang masa..klu sarung jubah pakai purdah..dah gerenti mmg itu pakaian kita..senang..fikir2lah

    ReplyDelete
  8. salam...
    ana setuju 200peratus ngan masturat...
    perempuan e2 fitnah...
    ingatlah.pompuan senang masuk syurga,tapi senang gak masuk neraka..
    nauzubillah..
    mg Allah menempatkan kt bersama2 wanit ayg solehah didunia dan akhirat..
    ameen........

    ReplyDelete
  9. assalmu'alaikum..

    "ade sorang lecturer sy dulu pon ckp mcm tu, yakni memakai seluar lebih selamat dari bahaya lelaki ganas, betol ke? yg selamatkan tuh seluar ke atau ALLAH? yakin pada seluar ke atau yakin pada ALLAH?"

    bismillah..
    Allhumma hidayatan lissawab..

    ana al-fagir yg masih lg cetek ilmunye..
    sekadar suatu perkongsian..

    ana rase ni ade slh fhm ni..
    yg dimaksudkan dgn 'lebih selamat' tu,bukanlah bermakna kita tak meyakini yg Allah jualah dan hanya Dia yg mampu utk menyelamatkan kita..
    pemakaian seluar itu tidaklah lebih peranannya hanya sebagai usaha atau ikhtiar kita kpd Allah..
    adakah ikhtiar itu bersalahan dlm Islam?
    apatah lagi ikhtiar itu berdasarkan waqi' dan suasana serta kefahaman semasa..
    mmg benar kita perlu meyakini Allah sepenuhnya,
    tapi siapalah kita jika x berikhtiar,
    dan nak dibandingkan dengan auliya' Allah yang mana penggantungan mereka kpd Allah sgt jauh tarafnya berbanding manusia biasa..

    apapun,renungi kaedah fiqah (boleh rujuk mana2 kitab fiqah) yg telah digariskan oleh para ulama' yg mu'tabar ini:

    "al-aslu likulli syaiin hua al-ibahah,"
    - asal (keadaan/kondisi/penggunaan) utk setiap perkara itu adalah harus

    jadi,selagi mana sesuatu perkara itu sesuai dan selaras dengan hukum dan kehendak syara',
    dan selagi mana tidak membelakanginya,
    maka perkara itu adalah dibolehkan..

    insyaAllah,moga bermanfaat..

    "isnadu qauli ila qailihi"
    - perkataan/ilmu yg ana perkatakan ini,tidaklah dtg dr hawa nafsu melainkan dr kata2 syeikh ana sendiri..

    barakAllahu fikum..
    wa man qaribun minna wa man walahu..
    wAllahu a'alam..

    ReplyDelete
  10. salam

    dari ulasan yg pelbagai ni pon dah tolong lengkapkan sikit kefahaman sy.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  11. salam.
    jazakallahukhair...
    pendapat dan sedikit perbincangan yang bagus...
    cuma nak tanya pendapat sahabat tentang wanita yang naik motor...macam mana ek?
    sebab tubuhnya agak terdedah masa naik motor...

    ReplyDelete
  12. salam ziarah...

    mungkin keluar topik sedikit...nak tanya pendapat tentang muslimah yang aktif berpersatuan atau berjemaah. mereka terpaksa bekerjasama dengan lelaki dalam gerak kerja. mungkin terdedah dengan masalah seperti masalah hati.

    ReplyDelete
  13. مرضيا تي محمد جا ميلي ~

    salam.. jzakallah atas komen saudari.. dlm artikel ini.. sy bkn jd penghukum.. tp menggalakkan adalah lebih baek.. yg xblh buat tu .. biarlh ..tp sy bgtau apa yg sy rasa.. sy x salahkn perempuan tp sy salahkn diri sy sndiri.. tp kena ingat.. berapa byk mrk yg tidak bertudung.. mendedahkn aurat.. pakai seluar yg ketat.. Lelaki yg kuat iman xkan tgk tp lelaki yg lemah imannya akan tgk..

    sy bkn mhalang saudari utk pakai seluar tp adalah LEBIH BAIK jika pakai kain yg x menampakkn bentuk paha dan kaki..

    apa2pn tima kasih ats komen anti.. memang ada kebenarannya.. smga kita dpt manfaat.. insyaAllah

    ReplyDelete
  14. kalu kita betul2 nak taat perintah Allah.. kita xkan mengemukakan seribu alasan.. kita byk mngemukakan alsan sbnrnya.. utk dunia. x pernah pn.. sy sendiri pn x sempurna.. sy sendiri jgk inginkn pakai serban.. tp xde kekuatan lg.. tp bkn sy menolak..

    ReplyDelete
  15. Anonymous

    kpd saudari yg btnya... Naik apa pun atau tak naik apa pun kalau terdedah aurat hukumnya haram. Pernah Nabi menunggang unta bersama Fudhail Ibn Abas r.a dan terdedah aurat,maka Nabi saw menutup auratnya yang terbuka

    ReplyDelete
  16. yalah~ selalu konfius
    perempuan naik motor boleh ke?
    menyerupai lelakikah?
    bagaimana dengansahabiah nabi..khaulah?
    naik kuda kan?
    macam boleh je perempuan naik motor untuk tujuan permudahkan proses tuntut ilmu
    asalkan tak campur dengan geng2 remp.IT

    ReplyDelete
  17. Ttp aurat itu wajib dan kaum wanita kena tahu aurat mereka,aurat lelaki dan wanita berbeza,jgn mempertikaikan apa yang telah ditetapkan dalam islam,jgn igt dunia je(nak bergaya ikut fesyen barat),,igt juge akhirat(ikutlah fesyen muslimah mnutup aurat),,dunia nih sementara,akhirat yg kekal abadi,,jgn terlampau hanyut dgn dunia..kita hidup bkn selama-lamanya,,mati tetap pasti.selamat beramal.

    ReplyDelete
  18. Tanda manusia akhir zaman,berapa kerat je yg nak ikut agama,kalu ustaz atau ulamak cakap pom still nak mempertikaikan juga,pahtu buat andaian sndiri buat hukum sndiri,xtakut ke dgn azab Allah s.w.t,kita xdicipta kt dunia nih untuk buat perkara sia2,melainkan untuk beribadat kepadanya(Allah s.w.t)matlamat xboleh menghalalkan cara.

    ReplyDelete
  19. Serius pening. Yang mana satu perlu ikut ni? Tapi bab pakai seluar tu.. Hurm. Saya setuju dengan first comment. Nanti nak Tanya ustaz baliklah

    ReplyDelete
  20. Saya sokong dengan kenyataan entry ni..
    tapi saya nak bertanya.
    bagaimana pula kalau terpaksa pakai seluar ?
    sebagai contoh aktiviti sukan,mendaki gunung dan sebagainya...

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Salam.. Pada pndapat sayalh, pmpuan mmg kna tutup aurat tak kisahla nk pakai seluar ke kain ke asalkan tak nmpak bentuk tubuh and tak jarang. And kalau dia dah tutup aurat dengan smpurna pon tp lelaki masih boleh scan tu bukan salah si perempuan tu. Kan lelaki pon wajib tundukkan pandangan. Jadinya salah si lelaki tu. So kesimpulannya, yang perempuan tutup aurat dengan sempurna tak kisahla nak pakai tudung saji ke baldi ke kain segala jenis kain asalkan menutup aurat tu dah selesai tanggungjawab. Yang si lelaki pulak, tundukkan pndangan tak kiralah ppuan tu pakai baju ketat ke seluar ke baju besar baju kecik segala jenis baju dia pakai, si lelaki wajib tundukkan pandangan. Jangan nak salahkan sebelah pihak je. Dua2 pihak kena bagi kerjasama. Kalau dua2 dh jaga dgn sebaiknya, jd takde hal la kan? Tu je.. Sekian.

    ReplyDelete
  23. Jika tak sengaja pandang wanita berseluar hingga menampakkn line seluar dalam..boleh ke tegur

    ReplyDelete

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin