August 12, 2009

Resepi : Daging apa yang paling sedap?

Pada kebiasaan apabila aku balik kampung, aku akan cuba ikram family aku terutama dengan cara memasakkan beberapa resepi untuk family. Sebelum aku belum dapat hidayat usaha dakwah dulu, bab memasak ni hanya pandai masak Maggie je. Bukan pe, malas kot. Tapi berkat selepas keluar 40 hari di Melaka dulu, pelbagai resepi masakan telah aku pelajari dan dipraktikkan. Pernah beberapa kali kat rumah, aku minta izin ma aku agar dalam sehari aku nak masak untuk family. Perkkhh..macam tak percaya ma aku dan family. Masakan Tom Yam pun boleh, kari mamak pun boleh, nasi tomato, nasi lemak dan macam-macamlah. Time tu lah aku akan hidang makan dalam satu talam bersama family walaupun sebelum ni makan juga secara berjemaah tapi bukan dalam satu talam. Oleh kerana aku jarang balik rumah, maka lagi baik makan satu talam untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Best r (aku lah yang syoknya sebab dapat ikram family aku).

Masa mula-mula keluar jalan Allah dulu, pernah Amir Sab (ketua jemaah) putus aku untuk masak tapi aku tolak sebab tak pandai. Tapi amir sab suruh aku jadi pembantu. Alhamdulillah mula-mula bantu orang masak untuk jemaah dan lama-kelamaan bolehlah buat sendiri. InsyaAllah.Biasanya aku sering dilatih untuk solat sunnat dua rakaat terlebih dahulu sebelum memulakan kerja masak memasak ni. Kata seorang ustaz yang aku ikut bersama dia, apa-apa masalah, tak pandai masak ke, pandai ke tak, yang penting sekali solat dulu, minta pertolongan dengan Allah supaya Allah bagi ilham. Kebiasaanya juga dilatih untuk membaca surah Yassin di awal pagi kerana salah satu fadhilatnya akan memudahkan urusan sepanjang hari dan makanan yang disediakan akan cukup. Begitulah sesiapa yang ikut jemaah akan dilatih untuk mendahulukan amal dari asbab. Alhamdulillah masak memasak merupakan sebahagian kecil yang dipelajari masa keluar jalan Allah disamping dakwah, taklim taklum, ibadat dan khidmat.

Ok sekarang ni aku nak dedahkan sikit resepi yang mana aku TIDAK belajar pun resepi ni. Tengoklah gambar ni. Yum yum ..mmm sedap..









Sedapkan? Oh tak sedap ye.. tapi yang tak sedap nilah sering kali terjadi dalam kehidupan seharian samaada secara sengaja atau tidak. Hal ini lah disebutkan sebagai GHIBAH. Apa yang aku tahu ghibah ni boleh diistilahkan sebagai mengata (mengumpat) individu atau kumpulan tertentu tanpa pengetahuan mereka. Apa yang selalu dikatakan biasanya perkataan yang buruk yangmana jika didengar oleh orang diumpat tidak disenangi.

Maka kenapalah orang yang mengumpat dikatakan ibarat suka memakan daging manusia yang sudah mati? Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah daripada banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasihani.” (Al-Hujurat: 12)

Begitulah beratnya dosa seseorang yang melakukan ghibah. Perbuatan ini amat jijik dan keji tidak mungkin dilakukan oleh seseorang yang waras kerana ghibah ini telah digambarkan sebagai seorang yang memakan daging mayat saudara mereka sendiri.

Tidakkah kita fikirkan perkara ini dalam sehari. Apakah yang sering kita cakapkan seharian? Kita menjadi orang pengumpat atau adakah kita hanya berdiam diri dan mendengar kawan-kawan kita sedang mengumpat?

Mungkin kita hanya menganggap ghibah ni hanya mengumpat sahaja. Tetapi sebenarnya ghibah boleh digambarkan dengan gerak badan seperti menggerakkan jari telunjuk ke kepala, melirik mata, mencebik bibir mulut, mengangkat alis mata dan sebagainya. Apa sahaja perbuatan yang boleh menzahirkan maksud merendah-rendahkan atau mengejek seseorang yang berada di depan si pelaku atau tidak, adalah tergolong sebagai perbuatan ghibah. (inilah apa yang aku belajar serba sedikit mengenai ghibah, kalu salah tolong betulkan dan ajarkan)

Jika kita perhatikan keadaan situasi semasa, masyarakat terlalu mudah menjatuhkan atau merendah-rendahkan pihak lain dengan tuduhan-tuduhan yang tidak benar demi mencapai sesuatu maksud dalam tempoh yang singkat. Mungkin bertujuan politk, perniagaan dan sebagainya. Seandainya keadaan ini dibiarkan merebak, umat Islam akan terus hidup terumbang-ambing lantaran tidak ada satu pun kebenaran yang boleh menjadi pegangan.

Oleh itu, seboleh-bolehnya tegahlah dan berilah teguran dengan hikmah. Seseorang muslim yang tidak mendiamkan diri ketika berhadapan dengan kepalsuan akan mendapat ganjaran besar daripada Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang menolak(menasihati atau membetulkan) umpatan saudaranya, akan dihalang mukanya daripada api neraka pada hari kiamat”

Nasihat aku kepada diri sendiri dan untuk semua. Berhati-hatilah dengan perkara ghibah ini kerana ini adalah racun masyarakat muslimin.

Kita perlu ada fikir dan risau terhadap kehidupan di akhirat nanti yangmana akan terdapat golongan yang muflis. Berkaitan dengan muflisnya seseorang yang mengumpat telah dijelaskan oleh hadis baginda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tahukah kamu siapa yang bakal menjadi muflis? Sahabat menjawab: orang yang muflis ialah mereka yang tiada padanya dirham dan tidak berharta. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya yang bakal menjadi muflis dari kalangan umatku kelak ialah mereka yang datang pada hari kiamat sedang dia di dunia seorang yang menjaga solat, puasa dan zakat tetapi dalam masa yang sama dia datang dalam keadaan dia di dunia dulu mencaci orang itu, memfitnah ini, makan harta orang dengan cara yang tidak halal, menumpah darah orang yang tidak bersalah dan memukul orang. Maka di akhirat nanti akan diambil kebajikan (pahala) daripada golongan yang menganiaya kepada mereka yang telah dianiaya, sekiranya kebajikan atau pahala orang menganiaya tadi habis sebelum selesai hutangnya dengan orang dianiaya maka akan dipindahkan dosa orang dianiaya ke dalam kiraan orang yang menganiaya lalu dihumban ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim ).

Bayangkanlah saje, sudahlah datang dengan amalan baik yang banyak tetapi malangnya segala simpanan amalan kebajikan dipindahkan ke akaun orang yang diumpat. Rugi-rugi. Lebih malang lagi dosa orang yang diumpat dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Rugi-rugi-rugi-rugi!!!!!!!! Rugi perniagaan bolehlah tahan, tapi rugi dalam amalan amatlah menyedihkan. Ya Allah semoga Allah s.w.t berikan hidayat kepada kita semua dapat menghindarkan perkara ghibah.

P/s: Jauhilah ghibah kalau kita tidak mahu disamakan seperti memakan daging mayat saudara sendiri.Fikir-fikir dan risaukanlah ketika bersendirian.

3 comments:

  1. Salam,apa khabar,saya dah kembali ke blog,minta maaf menyepi lama,lama saya tak tulis di ruang komen ini.hu3o...terima kasih...

    ReplyDelete
  2. banyak resepi nampak? doa kan saya ...

    ReplyDelete
  3. Anak Pendang Sekeluarga
    salam.. ana khbar baik..laaa patutlah diam..ingatkn dah x nak berblog..hee.. xpelah..yg penting kerja dkwah maksud hidup..


    Mutakalim
    xlah banyak sangat.. masih belajar lg dan lagi.. (belajar seumur hidup)

    ReplyDelete

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin