August 29, 2018

Little Hajj?

Sehari sebelum abang Faqih pergi mengerjakan "haji"... ketika isteri aku sedang mandikan anak kecil (Fawwaz) di dalam bilik air, isteri tetiba membayangkan bagaimana kami sekeluarga pergi menunaikan haji di Makkah.

Semasa menyiram air di atas kepala Fawwaz, terasa seolah-olah maqam Nabi Muhammad s.a.w yang mulia berada disisi isteri. Dalam keadaan air mata basah dipipi, isteri aku berlari  mendekati aku lalu timbul pertanyaan pada aku. Jawab isteri:

"...kerana Nabi yang paling banyak berkorban, hari ini kita dapat kenal Allah sebagai Tuhan kita. Kita pula lahir dalam keadaan Islam tanpa pernah kita minta pun dulu"

Tidak hairan sekarang jika ada yang ingin pergi mengerjakan haji tetapi tidak mahu menziarahi maqam nabi Muhammad s.a.w. Memang betul, menziarahi maqam bukanlah salah satu rukun haji... tetapi sebenarnya ia adalah "rukun cinta" kita kepada nabi !

#Haji_Faqih_yang_terpilih
#LittleHajj_by_LittleCalips

P/s: Dulu ada orang sayangkan kita sehingga hari ni kita dapat kenal Allah sebagai tuhan...sekarang tiba giliran kita untuk menyayangi orang lain agar seluruh manusia mencintai Allah dijadikan tujuan...
Blog Widget by LinkWithin