March 30, 2009

Dakwah Dalam Penjara



(Penjara Twin Rivers Amerika Syarikat)

Alhamdulillah kerja dakwah bukan setakat di dalam Masjid atau Surau yang sesetengah masyarakat kita fikirkan. Malah ianya diperlukan di berbagai tempat asalkan ianya bersesuaian. Antara tempat yang jarang masyarakat kita fikirkan adalah dakwah di dalam penjara. Kesan yang amat menakjubkan apabila dakwah ini dibuat di tempat sebegini kerana mereka-mereka yang yang berada di sini biasanya dahaga kepada bimbingan dan hidayah dari Allah swt. Banduan yang berada di penjara biasanya terputus dari keluarga dan sahabat handai serta terputus dengan urusan keduniaan mereka. Mereka yang tersisih begini jika didakwahkan kepada harapan kepada rahmat Allah swt pastinya banyak memeberi kesan.

Sebagaimana yang dilapurkan, ramai banduan yang berada di penjara-penjara di Amerika Syarikat dan di Eropah banyak yang memeluk Islam apabila dakwah di dalam penjara di jalankan oleh saudara kita yang berada di sana. Seperti di Monroe Correctional Complex,Twin Rivers, Amerika Syarikat, ramai banduan telah memeluk agama Islam bila kerja-kerja dakwah di laksanakan di sana. Kerja dakwah ini biasanya di jalankan ketika waktu rehat penjara yang biasanya dibuat di ruang yang diizinkan oleh pihak penjara. Hasilnya ramai yang terbuka kepada hidayat. Kata sebahagian para banduan “Penjara boleh menjadi satu kuburan atau menjadi salah satu dari taman-taman syurga.”

Di Malaysia, seingat penulis memang ada dakwah yang dilaksanakan oleh Jemaah Tabligh, khususnya di Kuala Lumpur. Cuma kerja-kerja dakwah ini terbatas oleh orang-orang tertentu sahaja dan di atas kebenaran pihak Penjara Malaysia serta atas mesyuarat Syura Sri Petaling. Dulu pernah dilaksanakan kerja dakwah ini dengan kerjasama pihak JAKIM. Semejak berpindah ke Seremban tidak tahu pulak penulis samaada aktiviti ini masih berterusan atau pun tidak.

Pengalaman penulis ketika keluar 40 hari beberapa tahun yang lalu di Jambi, Indonesia. Penulis pernah di bawa ke Penjara Kota Jambi. Penulis bersama teman di sana yang sememangnya ada hubungan baik dengan pegawai penjara telah pergi ke salah satu penjara besar di Kota Jambi. Sesampai di sana kami bertemu dengan pegawai tertinggi Penjara dan kami dibenarkan memasuki penjara berkenaan dengan melalui tiga pintu utama yang sememangnya dikawalan ketat. Bila masuk ke dalam penjara berkenaan kami melalui kawasan penjara wanita. Apa lagi semua mata memerhatikan kepada kami. Apa taknya dengan pakaian jubah serta serban yang kami pakai menjadi perhatian semua warga penjara. Kebetulan waktu itu waktu istirehat penjara, maka mudah untuk kami berjumpa banduan-banduan di situ. Kami terus ke Mushalla yang terdapat di dalam penjara berkenaan bersebelahan dengan gereja.

Pegerakan kami diperhatikan oleh setiap banduan yang berada di situ. Ada yang memberi salam kepada kami, mungkin sebab teman penulis memang dikenali oleh sebahagian besar warga penjara berkenaan. Sesampai penulis dan teman ke dalam Mushalla tersebut sudah ada ramai yang menunggu sambil mendegar “Taklim Fadhail” yang di baca oleh salah seorang banduan. Rupa-rupanya “jaulah” telah mereka lakukan sebelum kedatangan kami. Penulis diminta untuk “bayan” (ceramah). Perasaan sebak yang teramat menyelubungi penulis ketika memberi bayan yang menyebabkan sebahagian besar banduan di situ menangis teresak-esak. “Bayan” yang penulis sampaikan banyak membawa kepada rahmat Allah swt serta diselitkan dengan kisah Nabi Yusof as dipenjarakan, lamanya sekitar satu jam dan di akhir kami macam biasa buat “tasykilan”. MasyaAllah hampir semua yang bagi nama untuk “keluar”. Apa taknya bila kami “tasykil”, “Siapa yang sedia mau keluar 4 bulan, 40 hari, 3 hari pak!” pinta teman penulis. “Saya sedia pak!, kontan pak!”. “Memang le, siapa yang yang tak nak keluar semua nak, ye le keluar dari penjara. Sapa yang tak nak, kontan lagi” Jawab hati kecil penulis. “Patut le ramai yang bagi nama”. Namun penulis yakin mereka memberi nama atas keazaman yang ikhlas melalui raut wajah mereka. Hampir waktu istirehat selesai kami pun meminta izin beredar.

Itu lah pengalaman penulis melaksanakan dakwah di dalam penjara. Kat Malaysia ni belum lagi, mungkin satu masa nanti.Insyaallah.


Sumber daripada blog seorang ustaz yang mengajar di kebanyakkan masjid dan surau... http://hambalialorstari.blogspot.com

March 26, 2009

Hakikat cinta sesama makhluk?

Assalamualaikum… Buat sahabat-sahabat dan adik-adik yang saya sayangi…CINTA… ramai antara kita tperngkap dan tjerat dgn perasaan sndiri. Ya, memang susah utk membuang perasaan cinta. Sbb tu ada org kata, jgn sgja nak cuba2 sbb bila dia dah bcinta, apatah lg cinta yg melanggar syarak, sgt susah nak kikis benda tu kecuali utk org2 yg Allah berikan kekuatan. Sbb syaitan akan cuba sdaya upaya utk mengindahkan percintaan itu dan cuba menyucuk hati kita agar menyetujui pbuatan yg kita buat itu.

Sbb tu Allah ada berfirman kat kita dlm surah ke2 ayat 165(bukak Quran dan bca lg best skit). Dan diantara mnusia ada org2 yg myembah tandingan2 selain Allah; mereka mcintainya sbgmana mreka mcintai Allah. Adapun org2 yg beriman sgt cintakan Allah.

Hati manusia ini, kalu tak cinta pd Allah, dia akan cinta pd selain Allah. Dan kdng2 kita tak perasan dan leka yg cinta kita pd benda slain Allah itu, melebihi cinta pd Allah = menymbah tandingan2 slain Allah sbb myintai tandingan2 itu mcm kita myintai Allah. Ye tak?

Bayangkan kalu Allah tanya kita di akhrat, adakah kita myembah Dia atau selainNya? Jika syarat menyembah itu adlah dgn myintai. Bayangkan kita mgikut hawa nafsu kita lebih bbnading dgn perintah Allah. Astaghfirullah..

Sbb klu org cintakan Allah, dia takkan buat maksiat, dia takut bila ajak kaum lain jantina keluar utk buat apa2 aje, Allah akan murka kat dia dan dia tidak tgolong dikalangan org2 beriman. Tengoklah sendiri dlm kampus.. xkiralah usm ke, um ke, upm ke.. rata2 yg blm bkhwin naik motor sama2 . Ya Allah sedih tgk keadaan mcm ni. Bayangknlah kalu tgh naik motor tu.. insident dan mati.. adakah sempat bertaubat? Ya Allah berikanlh kefahaman agama kpd kami semua..

Dan dia sgt faham ayat hijab yg Allah turunkan pd dia 33;53.. dan sgt akur yg dia perlu menundukkan pdangan setiap kali berada di hadapan sesiapa sahaja.

Firman Allah yg bermaksud “kataknlh kpd org laki-laki yg beriman”hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yg demikian itu adalah lebih suci bg mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg mereka perbuat”(An-Nur 30-31) .

Hal ini kerana dr pndangan matalah, akan berlakunya pelbgai bentuk zina yg lain. Pandangan mata ni selalu menipu.. ingatlah.. yg cantik tu akan pudar kalu kita cintai seseorg krn cantik..bkn semata2 mgarap redha Allah.

Kita x perlu cemburu jika kwn kita yg larut dgn percintaan… mereka sbnarnya terperangkap dlm penjara cinta…mereka dibelenggu perasaan yg x mampu mereka keluar dr itu…kita perlu ambik usaha utk membantu mereka, bawa mereka utk kenal Allah…kerna cinta mnusia itu sering mgundah gelanakan hati dan kebahagiaannya cuma sementara , jika kahwin adalah matlamat utuma, itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan yg hakiki kerana bg seorng mukmin itu, kebhagian yg paling mbhagiakan adalh apb dia mendpt redha TuhanNya dan itulah mengatasi segala-glanya.(Al-Anfal:2).


Sayang…
Jiwa pemuda yg sepatutunya berkibar bak singa di padang pasir menjd kuncup kerana terjerat dgn percintaan.

Sayang… Jiwa pemudi yg sepatutnya disirami dgn kesopanan dan kesolehan di dada menjdi kotor dek cinta yg ternoda.

Sepatutnya kita mgimpikan perkahwinan yg barakah… perkahwinan yg barakah itu hanya boleh didapti apb detik2 awal pertemuan turut diberkati, menurut syarak, bebas dr nafsu syawat… bayangkan… jika langkah kita silap dr sekarang akan memberi meneffect anak2 kita..cucu cicit kita dan keturunan kita.. wa iyazubillah..

Bukan takde cara nak approach teman hidup. Jika kita bersedia utk berumah tangga blh shaja melalui org tgh yg lebih mengenali insan tersebut. Takut terlepas jodoh??? Bukankah Allah telah meyakinkan kita. “(lazimnya) perempuan2 jahat adalah utk lelaki jahat dan lelaki2 yg jahat utk permpuan2 jahat; dan (sebaliknya) perempuan2 yg baik utk lelaki2 yg baik, dan lelaki2 yg baik utk permpuan2 yg baik. Mereka(yg baik) itu akan beroleh pengampunan(dr Allah) dan pengurniaan yg mulia (An-Nur:26)

Bukankah Allah itu ada utk kita letakkan segala puncak harapan?

Memang susah nak kawal nafsu..tambah2 lagi di zaman muda spt kita, hidup di akhir zaman , maksiat berlaku di dpn mata merata2..kehendak hati sentiasa bergelojak…kerana itu Rasulullah sarankan utk mereka yg mampu utk berkahwin, jika tak mampu…berpuasalah…kerana puasa itu dpt menurunkan kehendak hawa nafsu.

Ikat hati kita dgn Allah kerana mereka yg bersama Allah takkan pernah merasa kesepian dan keseorangan…dan sebaik2 bekal adalah taqwa..(Al-Araf:201) sbb syaitan akan goda dan masuk hati kita di tempat yg paling kita lemah sekali.

Marilah sama2 kita menjaga hati kita..

Bersabarlah wahai pemuda sekalian, tahanlah pandangan mata anda..

Bersabarlah wahai pemudi, sesungguhnya anda adalah spt tombol pintu… adalah menjadi hak anda utk membuka pintu kpd sesiapa shj..tahanlah pintu itu dr mereka yg bukan mjd hakmu… jagalah pintu itu, sehinggalah yg hak itu dpt mjd milikmu secara halal..

Tu je qalam utk kali nih… sekadar meluahkan rasa hati yg galau melihat sahabat2 dan adik2 yg dicintai bergelumangan di dalam kancah yg serupa. Apatah lg apb cinta dijelmakan dlm bentuk perbuatan, dating..etc…etc.. Sahabat2 dan adik2 skalian, nasihatkan saya juga dikala terlupa (Al-Asr 1-3). Jika kau menyintai nasihat maka nasihatkanlah saya setiap masa. Saya ni mnusia lemah..ada jgk buat salah dan silap.. so nsihatkn saya dikala saya lalai dihanyut arus dunia yg penuh tipu daya ni.. ingat.. cinta x salah kerna ia fitrah mnusia..ingin mcintai dan dicintai..Ingat!
Perkara yg dirasai sblm perkahwinan dgn kekasih TIDAK @ TIDAK SAMA apa akan dapat dirasai slps perkahwinan. Lastly,doakn saya menjadi hambaNya yg selalu bersyukur dan mendapat pasangan yg solehah dan anak2 yg membantu agama Allah.. ameen..



p/s : (cinta monyet dan cinta nafsu menodai kesucian dan keluhuran cinta!)


March 24, 2009

Pakaian Perempuan dari Sudut Mata Lelaki.

Assalamualaikum... kali ini aku ingin memecahkan rahsia pandangan seorang lelaki yangmana kebanyakkan kaum perempuan tidak mengetahui. Kasihanilah kaum lelaki.., tambah plak lelaki yang telah menjadi suami.., kepada seorang yang bernama isteri. Segala dedahan aurat oleh isteri, suami yang dapat dosa jugak.. Plz.. kasihanilah kaum lelaki.. Harap kita semua dapat mengamalkan dan sampaikan...


Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa? Aku rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita WAJIB menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka WAJIBlah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu WAJIB menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka WAJIBlah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka JANGANlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka JANGANlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka WAJIBlah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya JANGAN sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, JANGANlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu. Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah JANGAN memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, JANGAN anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu WAJIB untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT. Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Wallahualam. Wassalam. Sekian.



March 18, 2009

Kematian tetap akan datang

Salam... kata2 dibawah ni saya petik drp radio IKIM.. Semoga kita mendapat manfaat. InsyaAllah...


Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan

Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan

Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih

Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai

Lalu dilaksanakan solat jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam

Beserta Fatihah, selawat dan doa

Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus

Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud

Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat

Sebelum kamu diusung ke liang lahad

Menjadi makanan cacing dan ulat

Iringilah dirimu ke masjid

Sebelum kamu diiringi ke pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia

Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan

Dengan panggilan Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal

Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada

Kamu tetap memijak di bumi Tuhan

Dan dibumbungi dengan langit Tuhan

Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya

Sebelum Dia memangggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah

Lalu menjadi seketul daging

Lalu daging itu membaluti tulang

Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Yang kalau jatuh ke tanah

Ayam tak patuk, itik tak sudu

Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu

Yang lebih agung dari malaikat

Sambutlah seruan “Hayya alas solah”

Dengan penuh rela dan bersedia

Sambutlah seruan “ Hayya ala falah”

Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal

Menjadi bekal sepanjang jalan

Menjadi teman di perjalanan

Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera

Isteri, kad kredit dan kereta

Kondominium, saham dan niaga

Kalalu dahi tak mencecah sejadah di dunia.


March 7, 2009

Hidup saya lebih tenang- Dr. Sam

BARU-BARU ini, sisipan Mega Utusan Malaysia menyiarkan rencana mengenai 'bekas' artis dR. Sam. Walaupun rutin hari-hari saya ialah membaca akhbar tetapi pada hari itu tidak perasan pula tulisan itu sehingga lah ia diberikan oleh ahliah. Ia boleh di baca DI SINI.
Antara kata-katanya:
"Apa lagi yang kita mahu cari dalam hidup ini selain keredaan Allah. Apa yang kita kejar sangat kerana semua yang kita punyai di dunia ini hanya pinjaman.
"Kita pinjam semua itu daripada Allah s..w.t dan apabila sampai masanya, Dia akan ambil dan apakah bekalan kita?
"Sebab itu, biar apapun anggapan orang tentang penampilan saya, hidup saya hari ini lebih tenang dan bahagia. Tak perlu nak fikir show di mana atau berapa bayaran yang akan di terima.
"Dengan usaha saya hari ini, saya bersyukur dan yakin setiap apa yang terjadi sudah ditentukan Allah. Hidup mati kita dan rezeki semuanya ditentukan Allah dan syukur alhamdulillah hidup saya cukup tenang dengan pendapatan begini."
Selesai membacanya, teringat pula kira-kira enam atau tujuh tahun lepas semasa tinggal di Bandar Tun Razak yang mana Masjid Sri Petaling adalah lokasi dikunjungi setiap hujung minggu atau Sabtu malam Ahad. Masa itu, selalu juga ternampak dR. Sam berlegar-legar di markas dan kadang kala ternampak juga kelibat beberapa 'orang seni' lain yang begitu ketara perubahan diri mereka dengan sebahagiannya difahamkan sudah memulakan 'hidup baru' yang penuh ketenangan dan kebahagiaan dalam jalan hidayat.
Walaupun lazimnya di masjid itu terdapat ramai pelajar madrasah, orang2 alim, ustaz-ustaz, maulana hingga orang kebanyakan dari peniaga, penyapu jalan hingga ke orang besar, namun kehadiran golongan artis itu menjadi asbab hidayat luar biasa kepada sesetengah pihak.
Mana tidaknya, jika dilihat seorang ustaz atau orang agama berada di masjid, memakai jubah, serban dan mengamalkan sunnah nabi s.a.w yang lain, maka ia mungkin suatu gambaran yang biasa dilihat oleh masyarakat. Tetapi bagaimana pula apabila kita melihat mereka yang bergelar artis tiba-tiba dengan begitu bersungguh-sungguh dan tekun mengamalkan amalan agama, sunnah-sunnah baginda s.a.w dan sanggup menyingsing lengan memperbaiki diri dan turun padang ke dalam masyarakat dalam kerja dakwah. Maka ia sesuatu yang sudah tentu bukan perkara biasa dan tentunya ada kekuatan luar biasa yang mendorong golongan yang dikatakan 'tegar dalam hiburan' ini berubah. Dan membuktikan betapa Allah Maha Kuasa dan Dia boleh mengubah sesiapa sahaja yang Dia kehendaki untuk tujuan agama.
Dalam usaha agama terdapat pelbagai golongan, dan sudah tentu terlalu besar hikmah Allah memilih golongan 'seni' seperti mereka untuk turut terlibat dalam usaha yang murni ini sebagai asbab hidayat kepada orang lain pula. Asbab pengorbanan mereka dan orang-orang lama maka golongan seni lain yang hingga ke bawah tanah pun dapat merasai kemanisan iman dan amal.
Salam sejahtera lah kepada mereka yang beruntung kerana diberikan taufik dan hidayat untuk berada di jalan ini yang mana boleh memberi keselamatan di dunia dan azab yang pedih di akhirat. Semoga Allah pilih kita lagi dan lagi hingga tiada lagi. Amiinn.


Sumber drp sahabat ana ...http://ziarah76.blogspot.com/

March 1, 2009

Siapakah ratu bidadari?

Bismillahhirrahmanirrahim...

Sebenarnya ringkasan surat ini telah ditulis oleh seorang suami yang pergi berda’wah iaitu keluar jalan Allah. Tulisan ini juga membuat sebuah getaran dihati aku dikala membacanya. Dan tulisan ini sekarang aku mempersembahkan kepada seseorang yang siapa tahu menjadi jodoh aku walaupun aku tahu atau tidak tahu dimana orang yang akan menjadi jodoh aku tersebut. Atas maksud itu... bacalah surat ini wahai bakal yang menjadi isteriku...

WAHAI ISTRIKU !!

Hari ini aku pergi meninggalkan kamu,
Meninggalkan anak – anak kita,
Meninggalkan rumah kita yang penuh kenangan.

Hari ini aku pergi, karena perintah Dzat yang telah menancapkan getaran di hatiku ketika aku menatapmu disaat malam pertama kita.

Hari ini aku pergi, untuk menyenangkan hati seseorang yang telah mengorbankan seluruh hidupnya.
Untuk kebahagiaan kita hari ini,
sehingga kamu dan aku berjumpa dalam keadaan Islam.
Hari ini aku pergi, untuk menghapuskan luka Sayidul ambiya Muhammad saw, karena lautan maksiat yang telah dibuat oleh orang yang mengaku sebagai ummatnya.
Jadi…Wahai Istriku!!

Aku pergi tinggalkan kamu….,
untuk datang kepada Dzat yang memiliki hati kamu hingga bersemi cinta diantara kita
Aku pergi meninggalkan kamu…
Bukan karena aku tak menyayangimu,
Tetapi ada mata yang tak pernah mengantuk,
Mengawasi cinta kita.
Ada tangan yang akan pukul kita ketika cinta kita melebihi cinta kepada-Nya.
Jika Esok…
Ketika kau terbangun dari tidurmu, Kau tak dapati aku disisimu
Maka…Cepatlah bertasbih !!!
”Alhamdulillah….”

Kenapa ?,
karena Rasulullah saw bersabda:
“orang yang paling bahagia adalah orang yang suaminya keluar di jalan Allah swt , karena Dia bukan hidup dengan kekasih-Nya Allah swt, tetapi hidup bersama Allah swt”
Jika esok….
ketika melihat kamar kita sepi, tak ada canda ceria seperti hari sebelumnya
Maka…
Bayangkan oleh mu, Bagaimana rumah sahabiyah !!
Suami mereka selalu pergi membawa pedang ,
Terkadang tak ada kabarYang ada hanya kubur…
Tetapi…
Mereka tetap katakan :

“Biarlah rumah kami sepi,Asalkan rumah – rumah di seluruh alam Penuh dengan Nur Iman”
Jika esok…
Tak ada tangan, yang memberi suapan ketika kau makan seperti yang biasa ku lakukan padamu.

Yakinlah wahai istriku !!
Allah SWT akan beri suapan kepadamu hidangan yang memiliki 70 rasa di Jannah,
yang tak akan jadi kotoran yang menjijikan ,
Bahkan mengeluarkan keringat melebihi kasturi.
Jika esok…
Musibah, Ujian dan sejuta masalah datang dalam kehidupanmu tanpa aku
Lihatlah kepada hatimu Kemana kamu berlari ??
Saat itu Allah SWT ingin lihat Iman kamu yang hari – hari bergantung kepadaku
Segeralah kamu berwudhu, Dirikanlah sholat…!!!
Adukan urusanmu kepada Robb mu, kau akan bahagia di dunia yg sementara
dan akhirat yg selamanya.
Jika saat itu…
Kau cari pertolongan dengan kebendaan, itulah kegagalan dalam hidupmu
Kamu akan menderita selamanya

Ketahuilah !!
Masalah selesai atau tidak, itu bukanlah maksud,
Tetapi Ta’luq kepada Allah swt, itulah suatu kejayaan besar.
Istriku..!!
Jangan kau tipu Allah SWT !!
Kau meminta dengan “Iyya ka Na’budu wa Iyya ka Nasta’in”
Sementara kau meyakini bahwa kejayaan dalam mengumpulkan benda – benda.
Janganlah terpengaruh dengan keadaan dunia
Allah swt beri dunia kepada orang yg dicintai dan juga kepada yang di benci.
Jangan kamu bangga, seandainya kamu dapatkan seluruh dunia,
tetapi kamu kehilangan Allah swt,
Sesungguhnya itu suatu kerugian yang besar.
Karena…
Sekalipun kau berhasil menjaring Jibril as dengan jaring yang kau buat
dan kau bisa perintah sesuai kehendak kamu, Itu pun bukanlah kejayaan jika hari – harimu kehilangan Allah SWT
Orang yang kehilangan Allah SWT, Kehilangan segala – galanya.
Banyak orang dirikan sholat untuk hadirkan benda,
tetapi… , adakah orang sholat untuk dapatkan Allah swt,
padahal “Barang siapa yang mendapatkan Allah swt maka dapatkan segalanya”

Jika esok…
Kau terpandang rumah tetangga kita,
suara tawa, keceriaan terdengar dari sana,
Suami mereka selalu dirumah tak pernah Khuruj fii sabilillah
Jangan kamu iri !!
Kamu justru harus belas kasih kepada mereka,
karena mereka sedang membangun tangisan dan permusuhan yang hebat di rumah mereka
Ketahuilah istriku …
Bahwa setiap amal suami merupakan tabungan buat istrinya,
bayangkan olehmu bagaimana jika seorang suami hanya pandai mencari uang,
Apakah buku amalmu akan bertambah??
Jadi istriku…
Kepergianku melewati batas negeri adalah untuk mempersiapkan pesta – pesta besar untuk kita.
Mudah – mudahan Allah SWT akan mencintai kita
dan memudahkan perjalanan kita pada saat hari terakhir kita di dunia
Aku menyadari aku bukanlah Ali Bin Abi Tholib
dan engkau bukan Fatimah.
Iman kita lemah sehingga kita harus tetap usaha atas Iman
sebagai mana para sahabat
Bantulah aku dalam menempuh jalan Dakwah ,
Dimana orang buta sekalipun akan sampai jika melalui jalan ini
Jangan bebani aku dengan perkara dunia yang aku takmampu penuhi
agar aku bisa Istiqomah dalam kerja Nubuwah.
Ketahuilah !!
Bahwa kematian adalah hari raya bagi orang yang memiliki Iman Kamil
Sedangkan bagi orang yg kafir kematian adalah puasa selamanya
Aku tinggalkan kamu…
Untuk merubah kesedihan dalam kematian menjadi hari yang terindah.
Sebagaimana kekasih Allah swt yang telah sukses melewatinya.
Percayalah !!!
Walau aku yang maju dihadapan musuh , tetapi kamu yang terlebih dahulu di bukakan pintu syurga oleh Ridwan As.
Kamu akan menunggu 500 tahun didepan cermin emas
Dan kamu akan menjadi ratu bagi 70.000 Bidadari dan malaikat.

Tahukah kamu !!
Bahwa kecantikan bidadari 70.000 kali dari kecantikan wanita terhebat di dunia
Sedangkan engkau wahai istriku…Kecantikanmu 70 kali dari kecantikan bidadari,
Bagaimana mungkin aku akan terkesan dengan selainmu??
Maafkan aku, karena tak pernah membawamu pergi ke salon dunia, karena aku tak mau ditipu oleh mereka.
Baju yang kamu pakai dari bahan yang murah dan hanya berwarna hitam menutup wajah manismu.

Ketahuilah baju itu lebih baik dari seluruh dunia dan seisinya,
karena itulah pakaian istri Raja Dua Dunia Akherat yaitu para Ummul Mu’minin para istri Rasulullah saw.
Istriku…Banyak orang merasa di jalan kebenaran,
Tetapi mereka tak rasakan penderitaan Nabinya.
Mereka duduk di rumah, pergi kekantor,Kemudian sholat lima waktu, berhaji,
Mengaku sudah berada di jalan Nabinya??

Sementara Rosulullah saw
Berjalan di terik matahari untuk jumpa manusia
Dicaci , dipukul hingga keluar darah dari tubuhnya
Itu sebabnya beliau saw menjanjikan kepada ummatnya :“ Barang siapa yang menolong aku dan membantu hingga tersampainya risalah tuhanku baginya Jannah “
Seluruh sahabat telah ambil takazah ini,
Mereka pergi tinggalkan rumah mereka untuk berdakwah.
Aku telah habiskan uang kita
untuk perkara ini dan pulang tak bawa hadiah
Tetapi …
Aku membawa pakaianku yang penuh debu fii sabilillah
Sentuhlah oleh tanganmu
Karena…
Debu yang menempel di jalan Allah swt adalah tameng dari asap api neraka.
Wahai istriku…
Jika kamu lihat aku tak pergi dari rumah disaat nisob
dan tak sempurnakan takaza ummat maka berarti aku tak cintaimu lagi.

Kenapa…??
Perkawinan kita hanya di dunia ,
Allah akan pisahkan kita di akhirat.
Sebab aku telah jadikan kamu sebagai penghalang “ Usaha Dakwah “
Tidak !!
Ini tak boleh terjadi !!
Kamu harus targhib aku lagi siapkan bister dan bagku.
Dan tarik tanganku kedepan pintu,
Kunci pintu itu agar aku tak masuk lagi.
“Teriaklah kamu :“
Pergilah suamiku !!!, Persiapkanlah pesta – pesta besar untuk kita
katakan padaku dengan keras :
Aku ingin dipan emas
Aku ingin minum khamr yang tak memabukan
Aku ingin susu, madu dari sungai mengalir di depan rumah kita
Aku ingin naik kuda yg bersayap.

Aku ingat ketika kamu hamil minta buah yg tak musimnya.
Aku mencarinya ke seluruh pelosok kota
karena aku menyayangimu
Perkawinan dunia adalah permainan,
cintanya pun cinta yang main – main
Cinta sesungguhnya tak ada penghianatan
Tak pernah lagi puji orang lain,
Suami istri saling mengagumi
Tak pernah bandingkan dengan orang lain,
hanyalah di Sungai Na’im
Jangan kau sia-siakan umurmu, masa luangmu, kajilah sunnah Nabimu, dan usahakanlah hidup sebagaimana sahabiyah.

Siang mereka jadikan siangmu, dan malam mereka jadikan malamu, sehingga Allah swt datang kepadamu sebagaimana telah datang kepada mereka.

Sebelum ku akhiri surat ini
Aku ingin beri pujian untuk pengorbananmu
Tetapi…Aku tak pandai bersyair, tak seperti ahli dunia mengutip “ Beethouven “ atau “ Shaekespear “ untuk memuji kekasihnya.
Namun, aku hanya bisa berkata :

Aku mengagumi “ Matamu yang memerah “
Saat kamu menangis meminta hidayah.
Aku mencintai “ Pipimu yang merekah”
Saat kamu berkhidmat, menyiapkanSecangkir teh disaat aku lelah.
Aku takjub dengan “ hidungmu” yang mengeluarkan isak
Saat kamu bertobat atas masa lalu kita.
Aku mencintai belaian “ tanganmu" saat kau mengusap anak kita yang berbuat kesalahan.
Aku menikmati indahnya “ senyummu “
Saat kamu menghibur anak kita yang menangis
Agar mereka kembali tertawa.
Aku bersyukur…Allah SWT telah jodohkan aku dengan engkau.
Aku tahu banyak lelaki yang berhajad padamu
Untuk itu aku tak akan sia – sia kan kamu
Menjagamu dari musibah dunia dan akhirat.

Istriku …
Aku mencintaimu …
Tetapi aku tak selalu bersamamu
Aku sering tinggalkan kamu …
Maafkan aku…
Hanya aku berharap
Mencium harum nafasmu di dalam syurga
Tanpa ada lagi perpisahan
Memelukmu tak akan lagi ku lepaskan…

Ya Allah…
Anugerahkan kami …
Rahmatilah kami…
Gembirakanlah istriku walau dalam kesunyian
Dengan adanya asbab atau tanpa asbab disisinya…
Bersihkan hati istriku dari kecintaan kepada dunia
Agar mudah melafadzkan nama-Mu
Saat hari terakhir kehidupan dunianya
Perpisahan kami dalam memperjuangkan agama-Mu
Jadikan asbab berkumpulnya kami dalam keluarga yang sebenarnya di Jannah.
Jadikan kesedihan kami,
Kerinduan kami,
Asbab Engkau ampuni kesalahan kami…
Jadikanlah asbab pengorbanan kami ini
Engkau Ridho kepada kami
Dan jadi asbab hidayah buat seluruh alam
Amin…Amin…Amin…

Blog Widget by LinkWithin