May 18, 2009

Berus gigi vs Kayu sugi


Baru-baru ini, aku telah terbaca majalah SOLUSI volume 3 yang telah mengkritik hebat kayu sugi dan minyak atar yang ditulis oleh saudara seIslam kita. Dalam penulisannya memberitahu bahawa kalau nak amal sunnah perlu ikut zaman. Tergerak hati aku untuk membincangkan isu ini. Walaubagaimanapun, disini aku bukanlah untuk membuat fatwa atau hukum tetapi disini lebih kepada pendapat sahaja dan kajian-kajian yang telah dijalankan. Segala teguran dan pandangan yang baik sangat dialu-alukan.

Sebelum itu, aku sediakan kelebihan bersiwak sepertimana yang terdapat dalam banyak hadith.

Fadhilat Miswak

"Menggunakan miswak menjadikan satu asbab memudahkan
kesukaran maut.Selalu menggunakannya akan memudahkan roh keluar daripada jasad apabila waktu yang ditetapkan itu tiba." (Syarhus-Sudur)

Hadrat 'Aisyah R.'Anha berkata bahawa:"Miswak (penggunaan secara tetap) adalah menyembuhkan penyakit kecuali mati." (Dilaporkan oleh Dailami di dalam Firdaus)

Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan sia-sia,menggunakan miswak,duduk di dalam majlis orang-orang soleh dan duduk di dalam majlis ulama'-ulama'. (Thibbi Nabawi)

Allamah Ibn Dariq Rahmatullah'Alaih berkata,"Kebaikan yang terkandung di dalam penggunaan miswak selepas bangun dari tidur ialah ketika tidur wap busuk naik daripada perut ke arah mulut.Hal ini mengakibatkan bau busuk di dalam mulut dan juga berubahnya deria rasa atau kecekapan.Penggunaan miswak akan menghilangkan bau busuk tersebut dan memperbaiki
perubahan yang berlaku kepada deria rasa tersebut.

Hadrat Ali R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak mempertajamkan ingatan."

Subhanallah, Maha suci Allah… sungguh indah dan sempurna agama yang diturunkan-Nya, sungguh mulia hukum-hukum yang disyariatkan-Nya, karena tak ada satupun dari apa-apa yang diturunkan-Nya dan apa-apa yang diciptakan-Nya kecuali pasti ada manfaat dan hikmahnya. Kesempurnaan islam ini benar-benar tiada bandingannya oleh agama-agama selainnya. Diantara kesempurnaan Islam adalah syariat bagi ummatnya untuk menjaga kebersihan dan kesehatan, seperti kewajiban istinja’ setelah buang air, mandi janabat setelah junub, bahkan banyak sekali hikmah-hikmah syariat yang tersingkap dalam ajaran islam yang telah dibuktikan oleh sains modern, seperti khasiat madu, habbatus sawda’ (jinten hitam), minyak zaitun hingga ‘si kayu ajaib’ siwak yang bermanfaat bagi kesihatan gigi dan gusi.

Setelah kedatangan islam, Rasulullah s.a.w menetapkan penggunaan siwak sebagai sunnah beliau yang sangat dianjurkan, bahkan beliau bersabda : “Seandainya tidak memberatkan ummatku, maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudhu” (Muttafaq ‘alaihi). Hal ini menunjukkan bahwa Rasulullah s.a.w adalah orang pertama yang mendidik manusia dalam memelihara kesehatan gigi.


Tahukah anda bahawa bersugi itu penting dalam Islam?

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).


Kesan pencemaran proton pada gigi

Gigi yang tercemar menjadikan ia mudah menarik logam berat dan bahan berasid untuk melekat kepadanya. Bahan ini akan melekat pada dinding gigi dan membentuk plak (plaque). Plak boleh menebal dan menjadi keras. Plak ini tidak boleh boleh dibersihkan secara fizikal seperti mencongkel, menggosok gigi dengan berus gigi bersama ubat gigi dan sebagainya.



Kesan Gigi Mendapat Elektron

Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus. Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.


Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menaggalkan plak dengan sendiri, insyaAllah.


Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.




Berus Gigi Linen atau Plastik

Terdapat pelbagai jenis berus atau pembersih gigi di pasaran. Begitu juga dengan ubat gigi. Mereka membuat pelbagai teknik dan dakwaan. Antara teknik yang digunakan ialah seperti mesen getaran, mesen yang memutarkan berus, pengurut gusi daripada getah, pembersih lidah dan sebagainya. Berdasarkan kajian saintifik, memberus dengan pelbagai cara menggunakan berus linen atau plastik walaupun berus tersebut dibuat dengan rekabentuk yang canggih, sebenarnya tidak akan membantu membersihkan menanggalkan plak dengan berkesan.



Berus yang diperbuat daripada linan atau plastik amat mudah memerangkap bakteria. Itu lah sebabnya persatuan doktor-doktor gigi menyarankan agar berus gigi ditukar setiap DUA bulan sekali! Mungkin anda lihat berus gigi tersebut masih baru dan belum rosak atau berusnya masih keras, tetapi ia sudah boleh memudaratkan kesihatan gigi.


Kerisauan Yang Berasas..

Di pasaran dunia dan Malaysia khususnya terjadi lambakan barangan keperluan yang diperbuat daripada sumber yang haram dan beracun. Berdasarkan kepada Panduan Halal Haram yang di keluarkan oleh Consumer Association of Penang (2006),

“Lazimnya berus yang diperbuat daripada bulu babi dilabelkan sebagai ‘Pure Bristle’. Selain berus lukisan, berus cat, berus menggosok kasut dan songkok, berus gigi dan berus cukuran dikhuwatiri mengandungi bahan haram ini.”

Disaat umat islam dilanda kebimbangan mengenai status barangan halal khususnya keperluan dalam menjaga kesihatan mulut, Nabi SAW telah memberikan satu solusi yang terbaik sejak 600M yang lalu. Pada zaman nabi telah terdapat pelbagai jenis alat pembersih mulut seperti powder tetapi siwak tetap menjadi pilihan Baginda s.a.w.


p/s: Secara logiknya, kayu sugi lebih mudah senang dibawa kemana-mana berbanding berus gigi. Hanya letak di dalam poket yang tidak memerlukan ubat gigi. Malah beberapa zat vitamin yang Allah s.w.t bagi terdapat pada kayu sugi. Kita digalakkan untuk bersuci gigi setiap kali hendak solat tetapi adakah kita sanggup bawa berus gigi dan ubat gigi dalam poket kita kemana sahaja kita pergi. Memang tidak pernah aku tengok orang buat macam tu tetapi sangat mudah jika bawa kayu sugi yang sememangnya banyak kelebihannya.

Malah jika kita perhatikan zaman sekarang, ubat gigi kadang-kadang yang tidak bersumberkan yang halal dan mempunyai banyak bahan kimia yang berbahaya. Memang susah sangat untuk kita meneliti sumber yang haram yang terdapat dalam sesetengah ubat gigi. Tidak dinafikan juga terdapat ubat gigi yang halal seperti keluaran HPA.Namun jika kita menggunakan kayu sugi telah dijamin halal 100% kerana sumbernya semulajadi dari pokok yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Mengikut pengalaman penulis yang selalu guna kayu sugi, apabila kita nak solat, lidah kita akan menjadi ringan dan lembut untuk melafazkan bacaan ayat al-Quran dan zikir. Subhanallah. Best sangat rasanya jika dibandingkan selepas penggunaan ubat gigi dan berus gigi.

Kepada yang nak amalkan kayu sugi tetapi malu atau tidak tahu menggunakkannya maka digalakkan kita keluar jalan Allah s.w.t. InsyaAllah akan diberikan kekuatan untuk tangkis perasaan malu untuk melakukan kebaikan dan amal sunnah. InsyaAllah kita semua sedia!

21 comments:

  1. salam tuan,
    ada jugak yg menyamakan bersiwak dengan hanya menggunakan berus gigi. padahal kayu sugi dan berus gigi perkara yg jauh berbeza.
    semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk istiqamah amal bersugi dgn kayu sugi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersiwak ialah membersihkan gigi.

      Cuma medium @ cara utk membersihkan gigi shj berbeza. Zaman Rasullallah saw tiada berus gigi. Hanya ada kayu sugi.

      Walaupun zaman kini telah ada berus dan pelbagai lagi alat membersihkan gigi, namun penggunaan kayu sugi dlm bersiwak tetap menjadi pilihan yg terbaek. Sbb ia mengandungi bahan semulajadi utk kesihatan & kekuatan gigi.

      Wallahuaklam.

      Delete
  2. Orang yang berpegangan kepada sunahku pada saat umatku dilanda kerusakan maka pahalanya seperti seorang syahid. (HR. Ath-Thabrani)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. ana ada kefahaman sekarang ttg bersiwak..

    ReplyDelete
  4. Bersiwak(sugi) yang paling afdhol dengan miswak,yang paling rendah dengan jari(sebelum solat buat isyarat gosok gigi dgn jari,niat sunnah)..

    berus gigi adalah diantaranya.. jadi pagi2 gosok gigi niat sunnah dapat pahala,insya allah...

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Salam, terlintas nak tanya.
      kalau kita pakai Cap (Topi bersudu mcm budak2 rappers pakai tu) kita niat sunnah mcm pakai kopiah boleh ke?

      ' jadi pagi2 gosok gigi niat sunnah dapat pahala' Gosok gigi dan Bersugi adalah 2 benda berbeza, gosok gigi ialah membersihkan iaitu sunat, bersugi itu Sunnah! itu yg saya belajar dgn guru beserta kitab. Jika tidak pasti mohon cari guru...
      Wallahualam

      Delete
  5. liliekprasetyowidiyonoApril 9, 2010 at 8:06 PM

    Assalamu 'alaykum wr. wb.
    Saudara , maaf sebelumnya, posting anda tentang "Kayu Siwak Vs Siakt Gigi" saya muat ke blog saya: http://liliekprasetyowidiyono.wordpress.com/
    dan saya terjemahkan kedalam bahasa Indonesia, saya melihat ini penting untuk disampaikan ke masyarakat Indonesia juga dan untuk umat diseluruh alam, semoga menjadi amal ibadah anda...
    Allah se hota, mahluq kuch nehi hota...
    wassalamu 'alaykum wr. wb.

    ReplyDelete
  6. salam.

    ana nak kongsi sikit pengalaman amalkan penggunaan kayu siwak...
    ana selalu menghidap ulcer mulut sebelum ni...tapi alhamdulillah selepas mengamalkan penggunaan berus siwak, ulcer sembuh dan ana tidak mengalami sakit ulcer lagi...

    tapi kalau kau penang mana nak dapatkan bekalan kayu siwak ek? mungkin orang lain pun nak tahu boleh dapatkan kat mana...

    syukran jazilan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kt mydin ada.

      Delete
    2. Saya jugak ada menjual kayu siwak dari pohon zaitun. Boleh pm saya 013-4888201.

      Delete
  7. kepada lilie...
    waalaikummusalam.. sbarang ilmu dlm blog ini sememangnya utk dikongsi.. jzakallh sudi sebarkan perkaran yg manfaat ini..


    kepada uswah...
    memang betul apa yg dikatakan. siwak sememangnya blh menyebuhkan penyakit sbb dlm sunnah ada kejayaan...
    untuk kat penang... blh dptkan kayu sugi di kawasan jalan masjid kapitan keling.. atau lebih tepat dpn masjid banggali.. (dekat dengan nasi kandar line clear).. atau blh jgk didapatkan kat pasar pelajar dlm usm...kedai yg hujung sekali...('',) insyaAllah smoga kita dpt amalkn dengan istiqamah..
    kalu nak pilih.. pilih yg elok ckit spt yg dlm plastik biru spt dlm gmbq yg ana kayu sugi vs berus gigi bahagian 1...ok .. selamat beramal..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, kerana menjodohkan saya bertemu page ini, dan terima kasih kepada tuanhamba yang sudi berkongsi ilmu, semoga Allah memberkati hidup tuanhamba. Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  9. Mari kita bersugi wahai umat rasullullah ;)

    ReplyDelete
  10. Ubat Gigi Kayu Sugi Najwa dirumus secara saintifik dan bersih daripada extrak (pati) pokok Kayu Sugi yang tulen. Pokok Kayu Sugi ini telah digunakan sejak berabad dahulu. Ubat Gigi Najwa berkhasiat serta membuat gigi anda sentiasa bersih, bersinar, segar dan sihat.
    Digalak menggunakannya sepanjang masa. (Berus Gigi Percuma dengan setiap pembelian Ubat Gigi Najwa).
    Tiada Bahan Asas Haiwan
    Tiada Fluorida
    Tiada Alkohol
    DIJAMIN HALAL

    Kebaikan Ubat Gigi Kayu Sugi Najwa:
    Aktiviti Antiseptik & Tanpa Alkohol
    Membantu Menguatkan Gusi
    Menyembuh Ulser Mulut Anda
    Mencegah dan Mengawal Gusi Berdarah
    Membantu Mencegah Kerosakan Gigi anda
    Menjadikan Gigi Putih Berseri dan Bersinar
    Menolong Menjaga Kesihatan Gigi dan Gusi Anda
    Kandungan Semulajadi & Tiada Kesan Sampingan
    Memberi Kesegaran dan Menghasilkan Aroma yang Menyenangkan Sepanjang Hari Selepas Digunakan

    Kepentingan bersugi dalam Islam
    Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

    Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis riwayat Al-Bukhari).

    www.najwa.com.my

    ReplyDelete
  11. kenapa adress anda.... bermasalah???

    ReplyDelete
  12. kenapa adress anda.... bermasalah???

    ReplyDelete
  13. salam,
    x perlu malu. tengok dekat youtube pon ramai org selain islam mengamalkan miswak. sebab da kaji miswak lagi berkesan. ajaran yang dibawa oleh nabi yang paling baik.

    ReplyDelete
  14. saya sokong.........mereka yang x setuju x apa lah...........yang aku tahu mereka yang x amal rugi je...............memang rugi.....nasihat .jgn cakap banyak..............cuba try sebulan.........kalu ade reski...beruntung anda

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum...Ya Tuan..terima kasih atas ilmu yang disebarkan...setakat mana kita mampu amalkan sunnah, terus amalkan..sebelum ajal tiba..niat ibadah,niat cari keredhaanNya...Jazakallah hu khoiran katsiro...

    ReplyDelete
  16. Try pakai dlam sbulan mmg btul r trcabut plak kt blkg Gigi

    ReplyDelete

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin