January 30, 2010

Saya anak Malaysia?

Segala pujian bagi Allah yang telah menemukan aku dan korang kembali. Aku rasa, aku ni tak delah penting sangat, kalau aku mati sekalipun paling kurang seminggu je orang ingat, menangis and lepas tu lupa. Jadi tak perlu aku buat sesuatu untuk sukakan korang padahal perkara yang korang suka tu Allah s.w.t larang Dan tak perlu aku tinggalkan apa yang disuruhkan Allah s.w.t untuk menyukakan korang semata-mata.

Walaupun korang kata buat apa pergi IPB, sedangkan banyak perkara yang boleh belajar dalam negara sendiri. Ada juga dikalangan korang yang tak suka aku pergi dengan pelbagai soalan seperti:

Korang kata: Eh buat apa khuruj, baik kau pergi berjihad serang orang kafir kat Palestin ke, Iraq ke…

Aku kata: Korang ni, aku ajak untuk berkorban diri, masa, harta untuk agama itu pun korang tak mampu. Apatalah lagi korang nak korbankan nyawa, ingat senang ke. Oh korang berani ye, tapi kalu korang pergi berperang sedangkan berperang nak dapatkan nama sebagai mujahidin maka di akhirat, Allah akan telengkupkan muka korang lalu dihumban ke dalam neraka sebab buat bukan kerana Allah.

Aku kata lagi: Kita tidak boleh memerangi orang-orang kafir sebelum mendakwahi mereka terlebih dahulu, lalu dikenakan jizyah jika ditolak jugak maka barulah boleh diperangi. Apabila korang khuruj , korang akan belajar untuk betulkan iman, betulkan solat, meningkatkan ilmu dan mengingati Allah, memuliakan orang Islam, membetulkan niat dan berdakwah serta menyampaikan. Ah banyak lagi kalau aku nak cerita tak habis. Baik korang keluar.

Ada jgk yg tanya “kenapa pergi belajar India, kenapa tak pergi Mesir ke?; “pergi dakwah orang Hindu ke?” ;”ko nak jadi puak Taliban ke?” and byk lagi yg malas aku nak bg jawapan.Takkan habis nak jawab soalan korang yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan persepsi.


DALAM NEGARA

Sebelum aku berangkat tempoh hari ke India, sempat aku dan dua orang kawan aku berkhidmat kat masjid Sri Petaling sementara menunggu urusan mendapatkan visa. Maka berlangsunglah kerja-kerja memasak sehinggalah siap bila menjelang tengah hari. Kawan aku yang seorang ni memang chef memasak kat hotel 5 bintang dan kerana tu aku sebagai pembantu telah menyediakan makanan yang special kat syura-syura Malaysia sebelum berangkat.

Dipendekkan cerita tibalah hari kami nak berangkat dengan menaiki kapal terbang Mas. Dalam perjalanan ke airport tu, sempat sembang-sembang pasal kerja agama dan salah seorang kawan aku terfikir untuk bawa hadiah buah-buahan kat Maulana-maulana disana. Maka Allah s.w.t pun zahirkanlah di tepi jalan terdapat orang jual buah. MasyaAllah. Kawan aku cakap Maulana Saad suka makan buah rambutan. Maka belilah dan yang jadi lawak aku plak yang kena bawa buah rambutan tu sampai India. Semua orang tengok je, tapi aku buat bodoh je tak tahu, yang penting aku bukan bawa dadah atau bahan-bahan lucah. Jadi tak perlu malu. Kata hati kecik aku. Hoho..


ON THE WAY

Teringat aku zaman budak-budak dulu, selepas subuh aku berdiri dalam kawasan masjid untuk menunggu saat matahari terbit sambil perhatikan sawah yang luas, awan yang berkepul-kepul dan langit yang kemerahan. Aku pun teringat terjemahan al-quran yang dibaca suatu ketika maka aku pun berkata:

“Ya Allah tidaklah Engkau menciptakan ini sia-sia, Maha Suci Engkau jauhkanlah aku dari api neraka”.

Aku tak tahu setiap kali aku berkata dengan menghayati maka bulu roma aku berdiri sambil melahirkan rasa syukur pada Allah. Indah sungguh ciptaan Allah. Buatlah dengan kerap kali, akan memberi kesan pada hati bila tadabbur pada kehebatan Allah. Sebenarnya itu adalah doa tatkala melihat langit… dalam al-Quran surah ali-Imran ayat 191:

“Rabbana ma khalattaha za batila subhanaka fakina azabbannar”

Masa tu juga, aku tak faham cikit apa pun pasal kerja dakwah. Tapi kini macam tak percaya aku dok dalam kapal terbang MAS menuju ke negara orang lain untuk belajar, berkorban perasaan, masa, harta untuk agama Allah s.w.t.

Kalau dulu, aku melihat awan dari jauh, kini aku merasai sendiri keindahan ciptaan Allah yang Maha Besar dengan lebih dekat. Dapat rasa sendiri gegaran kapal terbang apabila berlanggar dengan awam besar. Subhannallah. Rasa lemah sangat rekaan manusia [kapal terbang] jika dibandingkan dengan ciptaan secara langsung dari Allah seperti awan yang hanya nipis sahaja. Dari dalam kapal terbang dapat lihat permukaan bumi yang begitu indah Allah ciptakan untuk hamba-hambanya. Antaranya, hutan, bukit-bukau, gunung-ganang, awan gemawan, sungai, laut dan lain-lain termasuklah langit. Biasa aku dengar orang menggunakan perkataan ‘alam semulajadi’ tetapi kita kena faham alam ini bukan terjadi dengan sendirinya tetapi Allah yang menjadikannya.

Rasa tenang melihat ciptaan Allah s.w.t. tetapi bukanlah ciptaan itu yang menyebabkan ketenangan tetapi Allah yang memberikan ketenangan apabila hati mengingati Allah s.w.t. Benarlah firman Allah s.w.t:

“Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang.”



LUAR NEGARA

Kami sampai New Delhi pada waktu malam yang menyaksikan keindahan cahaya lampu dari atas kapal terbang. Sampai je terus kedengaran ‘hon’ yang tak henti dari segenap arah. Kami terus dibawa oleh pemandu teksi ke Nizamuddin. Sampai je di kawasan masjid, aku tertanya-tanya manakah masjid sebab kelihatan semua bangunan-bangunan yang tinggi. Rupa-rupanya dah masuk dalam bangunan barulah nampak rupa masjid yang sebenar kerana telah ditambah tingkat bangunan untuk memuatkan ribuan jemaah.


Suatu ketika berada dalam markas…

Masuk je dalam masjid/markas Nizamuddin, kelihatan ada orang yang sedang solat tahajjud, ada yang dok berzikir, ada yang dok berdoa sambil nangis-nangis mohon hidayat, ada yang orang khidmat bahagian sekuriti yang bergilir-gilir tidur seperti dalam kisah para sahabat nabi s.a.w.

Kami dibawa oleh rahaba ke tingkat atas sekali yangmana untuk jemaah foreign. Aku terus solat tahhiyatul masjid dan meletakkan badding di celahan orang ramai yang sedang iktikaf.

Pendekkan cerita, lepas solat subuh, aku duduk dalam majlis yang disampai oleh Maulana Saad sehingga 3 jam lamanya. Entah nape, bila Maulana Saad cakap perkataan ‘Allah’, hati aku jadi gementar. Tapi bukanlah hati aku yang baik tapi perkataan ulama yang hak boleh turut dirasai oleh para pendengar. Di tingkat atas ni, boleh kata seluruh orang Islam dari pelbagai pelusuk dunia ada. Ketika aku berada disitu, ada sekelompok jemaah Arab, China, Kazaktan, Palestin, Indonesia, Thailand, Myanmar…dan banyaklah tak mampu nak kira. Ribuan orang duduk dalam masjid Nizamuddin.

Lepas itu semua jemaah foreign dibawa makan sarapan pagi yang menu sangat best seperti cai ‘teh’, roti, kuah kari dan paling best makan madu. Begitulah tiap-tiap pagi. Pada sebelah tengahari dan malam lain-lain plak makanannya. Lepas zohor ada bacaan hadith dan muzakarah, petang dan malam pun mcm tu ada bayan daripada ulamak-ulamak. And last program istimai adalah bacaan hayatussahah oleh Maulana Saad dalam bahasa Arab dan diterjemah ke bahasa Urdu, Thailand, Melayu, Inglish dan sebgainya oleh para penterjemah.

Oh, pasal buah rambutan yang aku bawa dari jauh tu, tiba je masa waktu makan, aku terus turun ke tingkat bawah [tempat taam] maka aku lihat Maulana-maulana sedang makan maka nak bagi seorang diri rasa segan plak. Apa lagi aku terus ajak member seorang untuk temankan aku. So lepas panggil member aku, kami pergi perlahan-lahan kat tempat makan Maulana-maulana, maka member aku sentuh bahu Maulana Saad dan terus bagi. Maulana punyalah gembira sambil mengucapkan jazakallah kepada kami. MasyaAllah rasa lain plak masa tu. Gembira jadi tak tentu pasal aku sampai hari ini bila teringat kisah tu.

Ada orang pesan kat aku, kalau pergi sana cuba duduk dalam program betul-betul, kalau boleh berkurung dalam markas/masjid selama 3 hari untuk mendapatkan rasa kerohaniat bersama orang-orang alim maka cubalah usahakan. Aku memang pantang orang bagi rule sebab untuk kebaikan dan pengislahan diri aku, maka aku duduk berkurung selama 3 hari dalam masjid. Usah kata nak keluar, nak jenguk tengok kat luar tingkap pun aku tak buat. Dalam diri aku selalu kata aku nak islah diri aku.

Memang aku rasa kelainan dari segi dakwah, ibadat, taklim taklum dan khidmat. Senang citer kemanisan dalam ibadat sangat best. Kalau doa je, hati jadi sebak, kalau solat sunat je..nak je baca surah pnjang, kalau zikir pun sampai perut kosong pun tak kisah sangat, kalau dok dengar bayan pasal syurga terus gembira, kalu pasal azab maka jadi sedih dan minta Allah jauhkan.

Aku sekali sekala pergi jugak solat sunnat di tempat asal masjid tersebut yang pada mulanya kecil sehingga sekarang sudah menjadi besar dan bertingkat-tingkat untuk menampung ratusan jemaah keluar masuk setiap hari. Aku dengan kenakalan aku telah turun ke tingkat bawah yakni bawah tanah tempat memasak. Aku lihat orang yang khidmat memang aku respect, tak pernah jumpa aku orang macam tu…ada yang dok kerat-kerat daging, hiris bawang sayur mayor, ada yang dok zikir dan solat sunnat atas sejadah. MasyaAllah. Mereka ni bukan diberi gaji, memang mereka bagi masa untuk khidmat. Teruja aku melihat. Teringat kisah-kisah sahabat dalam kitab hayatussahabah yangmana setiap usul-usul dalam kerja dakwah ni ada dalil-dalilnya.

Sebelum bertolak ke tempat tasykil, aku telah diletakkan di dalam satu jemaah yang terdiri daripada 14 orang semuanya. Orang Malaysia 5 orang, orang England 5 orang, orang Afrika seorang, Bangladesh seorang, Kanada seorang dan India seorang. Dikalangan kami tu terdiri dari pelbagai latar belakang, ada yang doctor, ada yang hafiz quran, ada yang kontraktor dan macam-macamlah. Banyak perkara yang dapat dipelajari daripada hasil muzakarah. Bahkan orang England dan India, mereka sungguh bersemangat buat dakwah, dan kebanyakkan rata-rata banyak berkorban untuk agama.



Suatu ketika di tempat tasykil…


First roote, jemaah kami diputuskan ke daerah Meerut. Semua jemaah menaiki dalam sebuah van sahaja walaupun keadaan tidak selesa tetapi inilah mujahadah untuk agama. Dalam keadaan tak selesa, hati dihiburkan dengan lawak-lawak orang kat sana yang tak pernah lihat di dalam Malaysia. Antaranya melihat penumpang sampaikan duduk atas bumbung bas, terdapat juga rumah yang dibuat dari tahi kerbau, bahkan ada juga kerbau-kerbau sibuk melintas jalan raya yang begitu pesat penduduknya.

Walaupun nampak keadaan tempat tersebut hidup dalam keadaan susah dan miskin tetapi rata-rata masjid yang tempat kami singgah penuh dengan orang berjemaah. Tiap-tiap rumah boleh dikatakan mempunyai hafiz-hafizah dan alim-alimah. Aku terkilan melihat seorang remaja yang berpakaian dengan baju dan seluar jin sambil sedang menghafal ayat-ayat al-Quran. MasyaAllah. Bahkan sepanjang aku berada di Meerut, tidak kelihatan wanita-wanita yang mendedahkan aurat hatta rambut mereka sekalipun. Tidak nampak wanita yang berkeliaran kat luar rumah, warung kopi, lepak-lepak dan sebagainya. Majoriti wanita disana pakai purdah. Pelajar-pelajar kolej juga ramai yang semua berpurdah. Kalau ada yang tak bertudung atau berpakaian nampak pusat tu adalah orang hindu.

Kerap kali, kami satu jemaah apabila tiba disatu-satu masjid, maka orang tempatan berebut untuk bagi makan kat jemaah. Senang citer sepanjang aku dok sana tak pernah keluar duit untuk beli makanan. Ada juga kami dijemput makan kat rumah-rumah orang disitu. Luar rumah nampak macam setinggan tetapi dalam, masyaAllah macam kondominium. Bila masuk dalam rumah mereka, anak-anak perempuan mereka berlari anak-anak masuk dalam bilik sembunyikan diri. Mereka semua ada harga diri dan sifat malu.

Semua yang layan kami makan terdiri dari kalangan lelaki. Mereka tidak duduk makan bersama kami kerana bersungguh-sungguh melayan tetamu. Mereka sangat faham apa itu konsep hijrah dan nusrah seperti orang Ansar dan Muhajirin di zaman nabi bersama para sahabat. Apa yang ada kat dapur semua dikeluarkan bahkan kadang-kadang apa yang mereka tidak mampu pun, mereka sanggup usahakan untuk dapatkan bagi menjamu tetamu. Mereka akan makan juga tetapi selepas kami makan. Bukan makan dengan menyediakan hidangan yang baru tetapi mereka akan makan apa yang telah kami tinggalkan untuk mereka.

Demi Allah, banyak kali hati aku menjadi sebak melihat orang mereka begitu berakhlak tinggi jika dibandingkan dengan orang Malaysia. Tersangat-sangat berbeza dengan kehidupan orang Malaysia dari segi pergaulan, ibadat, dakwah, pemakaian, hormati tetamu dsbnya.

Kehidupan orang disana susah jugak. Kebanyakkan orang miskin tapi yang pelik dalam kemiskinan mereka, mereka sanggup berusaha untuk gembirakan orang lain. Kalau di Bangladesh lagi lagi lah, sehinggakan kalau jemaah datang dan mereka hanya ada seekor kambing maka mereka sanggup korbankan kambing mereka untuk beri kepada tetamu. Ada jugak yang sanggup gadai basikal untuk beli makanan kat jemaah. Ya Allah aku tak boleh bayangkan akhlak orang sana yang cukup baik.

Terdapat jugak satu ketika ternampak orang jual aiskrim menaiki basikal, lalu aku dan member aku hendak merasai rasa aiskrim sana. Lagi pun, barang sana semua murah. Lama betul rasa tak makan aiskrim. Tengah dok beli tu, tertengok ada 3 orang kanak-kanak dok situ sambil tengok je aku. Aku panggil lah diorang ni untuk belanja aiskrim. Dah bagi semua maka mereka dengan riang gembira lari ke arah celah-celah bangunan. Lepas tu, dengar suara kanak-kanak yang begitu ramai dalam 20 orang datang nak aiskrim..terkejut rasanya sebab mereka panggil geng diorang. Lawak plak jadinya.

Ada satu masjid yang di depannya terdapat kedai membuat alat-alat muzik traditional seperti kompang. Selepas aku kumpulkan budak-budak kat masjid dan bagi dakwah maka aku hiburkan sikit kepada mereka. Aku pegang kompang sambil nyanyi lagu Raihan versi bahasa urdu

Allahu Allahu Allahu Allahu
Ye zame jabnate ye jaha jab nata
Chande sunaj nate aasama jab nata
Rozi haq bihi kisi par aya jab nata
Tab nata kuch ya ha
Tha meger tu hi tu



sehinggalah habis aku menyanyi satu lagu…hohoho. Mereka dengan riang gembira menepuk tangan kerana mereka faham bahasa urdu. Rasa syukur sangat dapat mengembirakan kanak-kanak kat situ.

Apabila tiba masa wat ziarah; orang muda, orang tua, orang pandai atau tidak and apa sahaja latar belakang mereka akan duduk dengar penuh tawajuh apabila kami bercakap agama. Mereka sangat gemar apabila ada orang yang bagi nasihat dan bercakap pasal agama. Aku terfikir kejap orang Malaysia macamana. Kebanyakkan hati penuh bangga diri, tak boleh orang cakap sikit pasal bab agama maka terus mula gelisah, semua dijawab sudah tahu, sudah pergi masjid, ahli jawatankuasa masjid lah…



Suatu ketika bersama president…

Last roote di sebuah masjid, jemaah kami dikejutkan dengan kehadiran president Meerut yang diiringi oleh bodyguard nya. President dengan berpakaian berjubah dan janggut telah mempelawa kami datang ke rumah beliau. Nama president tu kalau tak silap aku ialah Syeikh Akhlak Ahmat. Tiba di rumahnya, memang agak terkesan pada mula melihat keadaan rumah beliau yang cantik seperti yang biasa korang tengok dalam filem-filem hindi yang mana luas boleh menari-menari. Tapi ini rumah orang Islam, tak da tari-tarian.

Pembantu-pembantu president tersebut menyediakan kami makanan. Bukan atas meja tapi betul-betul ikut sunnah maka di atas sapra dengan semua jemaah duduk ikut sunnah. Malah yang lebih aku kagum dengan sifat baik yang dianugerahkan Allah, beliau duduk makan bersama kami dan sembang dengan kami seolah-olah macam kawan dan tak da beza pangkat. Subhanallah.
Korang boleh tengok gambar di atas tu, president berada di tepi sebelah kiri aku [aku berpakaian gelap, ada serban kat belakang]. Kami makan sambil berbual pasal kerja agama. Setelah ditanya, rupa-rupanya president itu sendiri selalu keluar jemaah 40 hari. Setakat tu, dah 3 kali beliau keluar 40 hari.

Beliau sendiri membuat pengakuan bahawa setelah beliau terlibat dalam bidang politik, maka beliau terlalu sibuk sehinggakan sejak akhir-akhir ni beliau tidak dapat keluar jalan Allah. Beliau menyatakan kesedihannya. Beliau minta kami doakan beliau agar beliau dapat keluar tahun depan. Beliau kata juga, penduduk daerah Meerut dalam 20 juta. Allahu akhbar. Patutlah atas jalan raya penuh sesak. Lepas makan kami diajak untuk pergi ke kawasan library beliau yangmana terdapat banyak kitab-kitab agama di situ. Beliau juga ada menghadiahkan kepada jemaah.

Yang aku paling terharu dan sebak tengok akhlak beliau, bila kami nak pulang, beliau sendiri yang susun selipar kami dan bagi kat kaki kami. Ya Allah, dalam hati aku dah sebak masa tu tapi aku control perasaan aku. Sungguh-sungguh aku tak faham akhlak orang sana. Itu pemimpin bukannya rakyat biasa.

Subhannallah, sungguh memuliakan tetamu walaupun beliau sendiri orang yang disegani. Aku terfikir pemimpin-pemimpin politik di Malaysia, adakah wujud orang macam president ni yang tawaduknya tinggi. Sama-sama kita fikirkan.


Last...
Terlalu banyak perkara aku nak kongsikan tetapi cukuplah setakat itu dulu hanya sebuah negara sahaja. InsyaAllah next time aku selit-selitkan dalam post akan datang.


P/s: Hujan emas di negeri orang, hujang batu di negeri sendiri. Anyway, janganlah minta perkara tu tapi mintalah hujan rahmat Allah pada diri dan umat.

10 comments:

  1. salam,

    jzkk karkuzari. Doakan sy tahun ni azam IPB.

    Ya Allah.. pilihlah saya keluar khuruj IPB 4-6 bulan sebelum masuk tahun hadapan. Amin..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah,

    jkk, kakuzahri yg menarik ni.

    semoga Allah pilih saya...

    ReplyDelete
  3. Subahanallah...x penah lg dgr karkuzari sedetail ni..menarik. harap ada sambungannya..
    Jazakallah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, bagus karkuzari tuan, terutama utk org mcm saya yg entah bila akan sampai di sana.

    ReplyDelete
  5. sy menangis bila baca...............

    ReplyDelete
  6. saudagar
    insyaAllah sama2 doakan..
    =======
    ziarah76
    bila nak ziarah kawe? hee
    =======
    umu6point
    insyaAllah smga dpt manfaat..
    ========
    Ibnu Mutalib
    ya, dah balik..bila nak keluar ipb.. jaga beljar elok-elok..hee..kumpul duit tp jgn yakin pada duit..bykkn amal...
    =======
    ad6
    sama je kita..doakan
    =======
    ^inas^
    tima kasih...

    ReplyDelete
  7. Allahhuakbar!!!!!!!!!saye dpt rase manisnye pgalaman ni....kalw la ukhti juga leh kluar khuruj mcm anta ye....hummmmmm......jeles nye..jihad d mana2!!!!!keep going

    ReplyDelete
  8. Salam

    Cerita pasa beri 3 kanak-kanak aiskrim lepas tu 20 kanak-kanak datang menyerbu mengingatkan aku peristiwa yang berlaku kepada bapa saudara aku.

    Puduraya. Pengemis mengemis pada bapa saudaraku. Bapa saudara ku memberikan kepada pengemis tersebut RM10. Selepas tu pengemis tu pergi panggil kawan-kawan ... tu dia. Kemungkinan pengemis tersebut biasa dapat duit syilling tetiba dapat sepuluh hengget.

    ReplyDelete

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin