May 14, 2009

Sifat-sifat dai

Siapa yg membuat usaha agama adalah org pilihan dan pilihan dibuat oleh Allah s.w.t bdasarkan sifat-sifat mulia yg ada pd diri manusia spt amanah, ikut sunnah dan syariat. Allah s.w.t telah jadikan mrk sbg contoh dan tauladan untuk org lain mgikutinya dan datang kpd agama Allah s.w.t. Hari ini ramai orang yg memberi keazaman utk menjadikan kerja Nabi s.a.w sbg kerja mrk tetapi apabila di’tasykil’ (diajak) mengemukakan berbagai alasan. Apabila Nabi Ibrahim serahkan dirinya pd Allah, Allah menguji dia dengan perintah meninggalkan anaknya di padang pasir. Lepas itu, Allah s.w.t bentangkn tasykil atas tasykil dan takaza atas takaza agar tinggalkan anak isteri di padang pasir dan Allah s.w.t perintahkan supaya keluar di jalan Allah. Apabila balik selepas beberapa tahun Nabi Ibrahim a.s jumpa anak isterinya, Siti Hajar gembira tetapi Allah s.w.t beri takaza sembelihkan anaknya. Nabi Ismail a.s kata, buatlah seperti yg diperintahkan Allah s.w.t. Kita kena sedar, disebalik perintah Allah s.w.t ada kejayaannya. Kita biasa dengar orang azan, marilah sembahyang, marilah menuju kejayaan. Kita perlu taat perintah Allah s.w.t dan selepas itu ada kejayaan. Taat perintah Allah s.w.t ada kejayaan walaupun bertentangan dengan akal manusia. Untuk mendapatkan kejayaan, kita perlu taat perintah Allah s.w.t dan ikut sunnah nabi s.a.w.

Sunnah dlm berdakwah maksudnya mesti dibuat sptmana dakwah yg dibuat oleh baginda s.a.w. sekiranya dakwah tidak dibuat spt baginda s.a.w, nusrah dan bantuan Allah s.w.t tidak akan datang pada usaha dakwah. Seorang ustaz telah bayan (penerangan) di markas menerangkan bahawa setiap amal kita perlu ikut sunnah. Beliau bagi contoh dlm solat pun kita ikut Nabi s.a.w iaitu solat 5 waktu walaupun dimana berada sekalipun. Bilangan rakaat pun sama tidak kira orang tersebut tua atau muda cz ikut sunnah. Begitu juga puasa, kita ikut cara nabi s.a.w iaitu berpuasa di dlm bulan Ramadhan bukannya dlm bulan-bulan lain. Begitu jga dlm amalan haji, kita buat haji di Makkah bukannya tmpat lain. Begitulah dakwah, kita perlu ikut sunnah nabi s.a.w. Usaha dakwah adalah usaha ijtimai, setiap lapisan manusia wajib membuat usaha dakwah, ada orang kaya, org miskin, org terpelajar, peniaga, petani dsbnya setiap drp mrk bertanggungjawab membuat dakwah. Nabi s.a.w diutuskan untuk seluruh alam dan semua lapisan manusia. Baginda s.a.w tidak pernah anggap ada manusia tidak perlu didakwahkan. Sekiranya kita yg membuat usaha agama ini hanya tumpukan usaha kita kpd golongan yg mudah diterima atau orang yg lembut penerimaanya, kita mungkin akan membentuk satu jemaah tetapi bukan jemaah dakwah spt yg dikhendaki.

Kejayaan yg kedua ialah orang yg membuat usaha agama perlu ada sifat sabar dan tahamul. Tahamul ialah sabar dan sifat daya tahan dan bgitu juga segala kesusahan atau rintangan drp org yg didakwahkan kita blh terima dan sabar prkara itu sehingga kesabaran kita akan smpai ke satu tahap biarlah Allah s.w.t akan terima usaha kita dan sifat kita serta kelembutan hati-hati mereka cenderungkan mereka kpd agama Allah s.w.t. Sesiapa shj yg ingin diikramkan dan dimuliakan dan sbgnya org spt itu tidak dpt kekal dlm usaha dakwah ini. Dalam usaha agama ini dr mula smpai akhir penuh dgn rintangan kesusahan. Barangsiapa yg dpt melalui segala kesusahan dan rintangan dgn hati yg tbuka insyaAllah dia akan smpai kpd matlamat. Dalam usaha agama ini akan datang rintangan, kesusahan dan kepayahan maka kita kena sabar dengan pkra-pkara itu. Itulah akan mjdi asbab tarbiah diri kita.

Satu sifat besar yg perlu ada pd orang yg membuat usaha agama ialah sifat lemah lembut. Pada ketika zaman nabi s.a.w, seorang telah datang ke masjid nabi s.a.w dan dia mula buang air kecil. Para sahabat cepat2 menghalang dia drp kencing. Baginda s.a.w tahan mereka dan biarkan dia. Spt yg kita tahu, di dlm masjid, kita tidak boleh berckp dengan suara yg kuat atau pkra-pkra dunia tetapi orang yg hendak membuang air kecil ini telah mendapat kebenaran drp bginda s.a.w . Berbalik cerita td, baginda s.a.w kecilkan kesilapan dia dan meminta pd para sahabar membawa iar dan membasuh tmpat tersebut. Baginda s.a.w memangggil orang td dan memberitahu bhawa jangan buang air di dlm rumah Allah s.a.w. buanglah di tmpat yg telah disediakan. Dengan cara itu, baginda s.a.w mengajar para sahabat dan kita semua macam mana untuk menguruskan dengan orang yg membuat kesilapan. Kalau ummat hari ini tidak ada kemampuan utk ditahan drp pkara-pkara yg dilarang, mrk tetap akan mengulanginya lagi. Oleh itu, kita semua perlu ada pdekatan dgn penuh simpati utk tarbiahkan mereka. Selepas peristiwa td, orang yg bsalah tadi keluar dr masjid dan puji baginda s.a.w. “Beliau seorang nabi yg mulia dan baik hati, tidak memarahi dan mencaci saya tetapi baginda s.a.w hanya nasihatkan kpd saya”. Jadi kita perlu ingat bahawa setiap orang itu ada melakukan kesilapan, kita bukannya mailaikat yg x pernah melakukan dosa ttp kita ni manusia yg lemah sering buat salah. Tetapi bukan bermakna kita perlu teruskan kesilapan kita, tetapi kita hendaklah sedar atas kesalahan kita dan memperbaikinya. Manusia yg ptama ada di muka ini pun manusia pertama yg dilantik sbg Nabi dan Baginda jugalah manusia yg pertama yg membuat kesilapan. Oleh krn itu, kalau kita anggap orang yg membuat usaha agama tidak membuat kesilapan dan kesalahan adalah anggapan kita yg tidak betul.

Perkara penting dlm diri orang Islam ialah kita perlu sembunyikan kesalahan kawan-kawan kita. Jika kita tahu ada orang buat kesilapan dan kesalahan, maka kita perlu sembunyikannya. Jika nasihat diperlukan pd ketika itu, maka teruskan tetapi jika kita tidak mampu utk menasihatkan maka perlu kita doakn utk diri kita dan mereka juga. Contohnya apb kita melihat kawan kita yg membonceng motosikal bersama perempuan yg belum sah baginya, maka jika kita tiada kekuatan, maka kita doaknlah pd Allah smoga Allah s.w.t menghindarkan diri kita daripada tercampak spt itu dan doakn dia juga spy diberi hidayat. Janganlah kita membesar-besarkan dan memberitahu kelemahannya kepada orang ramai. Dengan cara ini kata maulana Saad ialah cara islah. Contohnya ialah apabila Umar r.a ketika beliau menjadi pemerintah dan beliau akan buat ziarah pada waktu malam dan beliau telah melihat dlm sebuah rumah, seorang tua minum arak dan slps itu orang tau itu tidak datang ke majlis Umar r.a krn dia takut nanti Umar r.a akan membongkarkannya. Selepas peristiwa yg agak lama itu, beliau pun telah datang ke majlis Umar r.a tetapi datang dengan cara sembungi dan duduk di belakang sekali. Umar r.a telah nampak dia dan Umar r.a telah menyuruh orang tua itu datang dan dia datang dlm keadaan begitu takut dan berkata “habislah aku kali ini”. Selepas Hadrat Umar r.a panggil dia dan berbisik di telinga orang tua itu dan Umar r.a kata bahawa beliau tidak memberitahu perkara tersebut pd sesiapapun waluapn Abdulllah bin Massod r.a turut buat ziarah bersama tetapi Abdullah bin Massod r.a berada di luar pintu rumah. Orang tua itu berkata “Wahai Amirul Mukminin, dekatkan telinga kamu ke mulut saya” Umar r.a pun dekatkan telinganya ke mulut orang tua td dan dia berbisik “mulai hari ini saya tidak akan minum arak lagi”. Dengan ini menunjukkan kpd kita bahawa jika kita menyembunyikan kesilapan orang, Allah s.w.t akan beri taufik kpdnya utk bertaubat,tetapi sebaliknya jika kta menghebah keburukannya, akan membuatkan dia lebih berani. Kalau kita ceritakan kesilapan orang, dosanya lebih besar daripada zina. Sahabat pun terkejut dan bertanya “Wahai Rasulullah bagaimana mengumpat dosanya lebih besar drp berzina?” Baginda s.a.w memberitahu “orang berzina, apb dia bertaubat, taubatnya diterima oleh Allah s.w.t. Orang yg mengumpat taubatnya tidak diterima Allah s.w.t” Bayangkanlah betapa ruginya jika pendekatan kita salah.


p/s: kepada rakan seusaha yg membuat tabligh, diharap jangan kita condemn atau kritik mereka yg terlibat dlm usaha utk mengembangkan agama Islam. Jangan kita mengkritik jemaah yg berjuang ats maksud agama spt ABIM, PAS, JAKIM, PMI, PPM, Ikhwan dan mana-mana pertubuhan yg memperjuangkan Islam. Setiap jemaah ada sumbangannya terhadap Islam dan kita perlu salahkan orang yg langsung tidak membuat usaha agama. Kalau nampak sesuatu kesalahan yg ada pada seseorang yg mengikuti mana-mana jemaah, maka janganlah kita salahkan jemaah tersebut tetapi salahkanlah individu yg berada dlm jemaah tersebut. Mcm tabligh yg terdiri drp semua orang, tak kiralah orang kaya ke, pesyarah pun ada, orang miskin lg lah ada, orang baru, orang lama dlm usaha dakwah, orang Negeria, orang Indonesia, dan mcm2lah yang mana kami semua dlm proses utk mengislahkan diri. Diharapkan segala teguran hendaklah dibuat ke atas individu yg melakukn kesalahan tersebut, jangan sesekali menyalahkn jemaah.


4 comments:

  1. ppm.. maceh=)hee..hee..

    ReplyDelete
  2. "Jangan kita mengkritik jemaah yg berjuang ats maksud agama spt ABIM, PAS, JAKIM, PMI, PPM, Ikhwan dan mana-mana pertubuhan yg memperjuangkan Islam. Setiap jemaah ada sumbangannya terhadap Islam dan kita perlu salahkan orang yg langsung tidak membuat usaha agama"

    ....i like this.

    ReplyDelete
  3. betul..betul, banyak cakap je (kritik)..tapi tak buat apa-apa..

    ReplyDelete

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin