Kisah pertama
Aku tengah dok berniaga kat kedai family aku and tiba-tiba datanglah seorang pemuda untuk membeli barang dalam kedai. Dia pun bukalah peti ais untuk ambik air minuman dan pergi ke rak makanan segera. Oh ya, masa ni selepas waktu zohor. Dia pun datanglah kepada aku yang pakai kopiah dekat kaunter dalam keadaan malu-malu. Aku cuba berbaik sangka.
Aku tanya: awalnya beli makanan?
Dia kata: errr..tak puasalah bang
Aku dengar macam nak hancur hati aku. Berdiri bulu roma. Geram je aku nak bagi ‘lutut ombak’ kat dia. Tapi sabar bulan puasa. Cakap dengan hikmah kata hati aku.
Aku tanya lagi: kenapa tak puasa?
Dia pun macam tahu-tahu plak dengan menjawab: iman lemah lah bang.
Dalam hati aku kata, dah tahu iman lemah, maka kenalah usaha atas iman.
Aku tanya lagi: saudara bukankah yang dok buat kerja kat masjid kampung ni
Dia pun jawab: ya. Penatlah bang, saya buat kerja kat masjid tu
Setahu aku dia ni bahagian mengecat masjid
Maka aku pun jawab: abang pun tiap-tiap pagi pun mengecat rumah family abang ni, tak rasa pun letih. Boleh juga berpuasa.
Ok. Berhenti situ kisah tu and moral the story is orang ari ni tak de rasa malu langgar larangan Allah. Bukan setakat nak malu, tapi bangga-bangga langgar larangan Allah (termasuk tak puasa). Ada yang aku tengok bukan main lagi hisap racun rokok berkempul-kempul sambil naik motor. Ya Allah sungguh dasyat keadaan umat sekarang menderita iman. Sudah hilang rasa takut pada Allah. Ya Allah…
Dahlah buat kerja kat masjid (sebab masjid kampung aku dalam proses penambahbaikkan) tapi time azan dilaungkan semua berpusu-pusu tinggalkan masjid. Buat pengetahuan korang, masjid aku ni masih tiada lima amal lagi dan aku dalam usaha untuk menghidupkan taklim di rumah aku dan masjid. Tambah plak, aku seorang je ‘karkun’ kat kampung aku. Semoga Allah bagi aku kekuatan untuk teruskan buat dakwah dengan penuh hikmah dan kasih sayang.
Tengah-tengah orang ramai dok sibuk melakukan ibadat siang dan malam, ada plak golongan yang plak buat bodoh je tak tahu ini bulan Ramadhan. Terdengar di telinga aku selepas solat subuh kat masjid kampung aku bahawa ada empat orang manusia tak guna akal ditangkap polis kerana khusyuk mengerjakan judi haram! Dahlah Polis yang tangkap tu adalah orang bukan Islam. Malu-malu. Aku lah malu sebab empat orang manusia tak guna akal tu saudara seislam aku dan korang. Ada ke patut berjaga malam untuk melakukan kerja judi haram! Ya Allah berikanlah hidayat pada orang kampung aku dan seluruhnya.
Pastu dah dibawa ke balai hanya sempat dok dalam lokap 3 malam je, si bapa ibu plak pergi jamin anak-anak mereka. Main judi haram tak sampai pun ratus-ratus tapi kena jamin bayar rm2000 setiap orang. Buat rugi je tak balik modal! Takkan ni hampeh!
Kisah ketiga
Ni berlaku selepas solat terawih dan witir, tiba-tiba adik lelaki aku datang bergegas jumpa aku. Dari jauh macam nangis je tengok. Cian adik aku.
Aku tanya : kenapa dik?
Adik lelaki aku jawab : Koberator motor adik kena curi!
Aduh! Dengar macam tu, aku dan orang kampung semua termasuk tok iman sekali turun tengok-tengok (dah tak boleh buat apa dah). Innalillah… Ada yang cadang buat solat hajat, ada juga yang menyumpah kat pencuri tu, ada yang diam tak terkata (hairan sebab dalam bulan puasa pun orang mencuri) dan aku plak doa ‘Ya Allah, bagilah hidayah’
Nasib baik kat tempat aku keranda mayat belum lagi dicuri. Kat tempat masjid lain, habis dikebas keranda mayat untuk dijual.
Kisah keempat
Dalam sepanjang bulan puasa, terdapat 3 orang jiran aku telah meninggal dunia (setiap orang berlainan hari) termasuklah tok wan kesayangan aku dok depan rumah. Innalillah.
Apa yang menjadi fikir risau aku ialah ada sesetengah yang aku pergi solat jenazah dan mengiringi jenazah ke kubur (hak seorang muslim) terdapat perkara yang menyedihkan aku. Saat kematian si mati, anak ramai tetapi satu pun tidak solat jenazah untuk arwah. Sedih aku! Anak-anak plak hanya tahu tunggu di depan pintu masjid untuk bagi gula dan duit kepada orang yang solat jenazah. Sampai macam ni sekali si anak. Aku harap korang tidak buat begini untuk mak ayah korang! Belajarlah mulai dari sekarang kalau tidak tahu.
Yang paling aku geram, aku dok khusyuk dengar tok iman dok baca talkim tapi yang lain plak dok kalut sembang macam-macam, ada yang dok sibuk sembang pasal harta (panas telinga aku), ada yang dok citer pasal lembu, ada jugak yang dok kalut nak angkat bangsal untuk tunggu kubur malam nanti, ada jugak dok kalut fikir nak bayar berapa kat penunggu kubur.
Aku terdiam sehingga menitis air mata memikirkan keadaaan yang berlaku sekeliling kubur yang mana orang tidak mengambil ikhtibar datang ziarah kubur.
Kisah kelima
Ini plak pasal berbuka puasa! Aku sering dijemput untuk hadir ke rumah-rumah orang kampung aku untuk berbuka puasa. Apa yang menyedihkan aku kebanyakkan rata-rata tempat yang aku pergi, tuan rumah hanya mengajak orang-orang yang selalu datang masjid dan orang yang dikategori ‘boleh berbuka puasa kat rumah sendiri’.
Sedangkan kita digalakkan untuk ajak orang berbuka puasa dan bersedekah kepada golongan yang fakir miskin. Mereka lebih memerlukan. Kita juga kena berbaik sangka pada orang yang sering dikategori ‘tak puasa’. Manalah tahu mereka dah taubat dan puasa penuh pada bulan ni. Maka tak salahlah jika aku dan korang ajak mereka untuk berbuka puasa. Belajarlah untuk berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat. Semoga Allah bagi hidayat kepada mereka suatu hari nanti.
Kisah enam
Aku tahu ni perkara yang selalu berlaku walaupun bukan pada bulan ramadhan. Isunya menonton bola sepak. Aku hairan kebanyakkan orang kampung aku sibuk dok bangga cerita pasal kebesaran dunia termasuk cerita pasal bab bola. Hampeh aku dengar tambah lagilah mereka dok cerita dalam masjid.
Yang aku hairan, dok bangga depan aku kata bahawa mereka berjaga malam sampai sahur sebab tengok bola. Dalam hati aku kata “kalau bangga beribadat tengah malam ok jugak!” “Bolehlah jugak bagi dorongan kat orang lain”. Orang hari ni tiada pun fikir risau tentang amal ibadat diri sendiri. Yang aku tak tahan berkiamullail secara berjemaah kat kedai kopi sambil tengok bola ! Apa hal ni !
Aku plak sedih tengok keadaan macam ni, terus pergi jumpa kawan aku yang alim (menjadi iman terawih) untuk mesyuarat pasal nak menghidupkan malam 10 hari akhir. Aku dan beliau pun pergilah jumpa orang yang tanggungjawab kat kampung aku bahawa cadangan nak buat qiamullail secara berjemaah. Cadangannya dalam pukul 4 hingga 5 pagi dan kalau boleh nak buat pengumuman selepas solat witir kepada yang ahli jemaah yang hadir.
Tapi malang sekali, masa mesyuarat tu ada plak yang membantah dan kata tak payah buat sebab alasan tiada orang nak datang. Aku kata dalam hati “belum cuba belum tahu!”. Kawan aku pun turut diam sebab orang yang dalam mesyuarat tu semua yang otai-otai kononya. Jadi, tak bolehlah cadangan aku dan kawan aku nak buat pengumuman kat orang kampung bahawa 10 malam akhir ada buat qiamullail. Walaupun tidak dapat mengajak semua, aku dan kawan aku tetap dengan ke’degil’an kami memberitahu orang lain secara senyap-senyap supaya datang.
Aku sedih r, nak buat perkara baik pun, orang halang! Uhukkk..
Last, aku tinggalkan hadith ni untuk difikir dan dirisaukan. Semoga kita memperbaiki puasa kita tahun depan (if belum masuk kubur lagi)
Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda,
“Betapa ramai daripada kalangan orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam”
* pengalaman aku ketika berkhidmat dengan orang alim, banyak perkara indah terjadi terutama saat 10 malam terakhir. Aku terharu melihat air mata beliau mengalir masa bangkit tidur untuk qiamullail pada malam 27. Cuaca petang tu plak, matahari kelihatan tetapi tidak panas. Suasana tenang sangat. Pada malam tu juga, setiap kali beliau membaca surah panjang dalam solah, beliau menangis. Oh begitu syahdu mengadapMu Ya Allah.
* alhamdulillah berkat fikir risau tuan-tuan semua, satu jemaah orang alim daripada sri petaling telah dihantar ke marhala aku pada bulan yang mulia ini.
‘Beruntunglah juga kepada sesiapa yang menghabiskan malam hari dengan beribadat pada Allah. Sangat rugilah kepada sesiapa yang malam hari sibuk dengan urusan keduniaan tanpa ada fikir risau pada kehidupan selepas mati.’
‘Beruntunglah bagi mereka yangmana mencari-cari lailatuqadar dan rugilah mereka yangmana merasakan bahawa lailatuqadar tidak penting.’
‘Beruntunglah mereka yang merasakan sedih saat meninggalkan bulan ramadhan dan rugilah mereka yang merasakan bulan ramadhan suatu yang memenatkan, meletihkan, merugikan dan merasakan tidak sabar untuk habis bulan tersebut.’
*apa natijah drp kisah-kisah di atas ialah apabila kita ada fikir risau untuk agama maka kita akan bergerak untuk jumpa manusia. Paling kurang pun kita akan menangis doa pada Allah agar diberi hidayah.
P/s: Puasa sebenarnya belum habis lagi. Segala sifat-sifat masa bulan puasa (tunduk pandangan, jaga percakapan, pergi masjid solat berjemaah always, bersedekah dsbnya) maka bawalah sifat tu ke dalam sepanjang bulan-bulan yang lain.
tq for sharing.
ReplyDeleteantara bnda yg awk cite tu, terjadi di kampong sy juge...
:-|
Salam
ReplyDeleteTuan.. inilah asbab bila dakwah x dijalankan
manusia x paham..
ape tujuan mereka dijadikan
takpernah fikir risau dan bimbang
syukur marhalah tuan da ada jemaah datang
ana pon xtau mcm ne nak start kat tmpt ana
doakan ana tros tabah..
selamat hari rye
maaf zahir batin
jazakallah
Alhamdulillah.. mudahan kita sentiasa fikir risau ttg saudara seagama dan amalan kita.. khidmat perlu diteruskan.. InsyaAllah..
ReplyDeleteinas
ReplyDeletesama2. smga Allah bg hidayat
--------
yard
selamat hari raya jgk... semga Allah s.w.t bg kita kekuatan dan istiqamah dpt keluar di jalan Allah..bila tak de usaha dakwah sesuatu tempat, maka gitulah jadinya..
----------
ahlicikgukhairul
insyaAllah smga dpt fikir risau utk agama semua