Subhanallah, aku masih terasa kehangatan selepas pulang dari tapak istimak di Nilai yang menghimpunkan umat Islam seramai 200 ribu dari seluruh pelusuk dunia. Bukanlah untuk berbangga berkumpul seperti ini tetapi ia adalah lebih kepada maksud untuk mengeluarkan jemaah sebanyak mungkin dikeluarkan ke jalan Allah. Berkumpulnya orang Islam seluruh dunia menyaksikan bahawa satu hati wujud dikalangan orang Islam terutama dalam melakukan kerja dakwah. Berkumpulnya umat Islam di tapak istimak bukanlah untuk maksud berpesta, makan-makan, berhibur, mengagongkan artis-artis dan berjumpa kawan-kawan lama. Tetapi sebaliknya adalah untuk difikirkan dan dirisaukan macamana orang Islam sendiri mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan kerja dakwah. Orang Islam juga perlu berusaha untuk menjadi rumah-rumah orang Islam seperti di zaman para sahabat. Masjid-masjid juga perlu dihidupkan dengan amalan masjid Nabawi iaitu dakwah, taklim taklum, ibadat dan khidmat.
Alhamdulillah inilah kali pertama aku dapat menghadirkan diri ke tapak istimak walaupun sebelum ini pernah diadakan di Bangkok Thailand dua tahun lepas yangmana gagal untuk menghadirkan diri. Laporan dari ahli jemaah mengatakan bahawa sebanyak 1 ribu jemaah telah dikeluarkan ke jalan Allah. Subhanallah. Kira-kira kalau satu jemaah lebih kurang 15 orang. Di tapak istimak Nilai ni juga menyaksikan semua orang Islam lelaki berkumpul untuk mengingati Allah walaupun dari pelbagai bangsa dan tempat. Subhanallah. Andaikata majlis ini tidak didatangi oleh ribuan orang sekalipun ia tetap dimuliakan oleh Allah s.w.t berbanding dengan majlis yang lalai yang dihadiri ribuan manusia.
Amat menghairankan tiada siapa pun tahu siapa yang membelanjakan jutaan wang ringgit untuk menyediakan perhimpunan ini. Dari segi khemah yang besar (tak pernah aku tengok khemah besar dalam hidup aku kecuali di tempat istimak), elektrik, makanan, sumber air, kawasan untuk mandi dan buang air dan sebagainya yangmana jika difikirkan mengenai perbelanjaannya adalah tidak masuk akal. Ada juga kengkawan aku yang tidak biasa ikut jemaah bertanyakan semua yang buat ni siapa yang sponsor? Hee..aku dengan senyum berkata ini semua datang dari Allah s.w.t. Terus diam dibuatnya kengkawan yang mendengar. Bukannya apa, nak difikirkan dan diselidik memang kalian tidak akan tahu siapa yang memberikan semua ini. Jika kita pergi di Markas Nizamuddin di India, maka kalian akan terkejut jika dapur yang dibuat adalah sangat kecil jika nak dibandingkan dengan ratusan ribu jemaah yang ulang alik ke Markas Nizamuddin. Macam tidak percaya semua makanan yang disediakan terlalu banyak dan mampu menampung semua yang hadir ke markas berkenaan. Inilah semua kerja Allah s.w.t yang manusia sendiri tidak dapat memikirkannya.
Sepanjang tempoh aku untuk pergi ke tapak istimak, macam-macam perkara yang telah terjadi. Yang paling terkejut aku berjumpa dengan saudara aku dari Kemboja. MasyaAllah jauh sekali jaraknya tetapi melalui kerja dakwah aku berjumpa. Masa aku naik bas dari Nilai ke Tapak Istimak, tiba-tiba aku ternampak dari jauh saudaraku ini tengah berjalan menuju ke arah bas dan terus naik bas yang aku naik. MasyaAllah dia tengok aku terus kami berpelukan sambil mengusap tangan kat belakang masing-masing. Rindu r lama tak jumpa saudara lama. Semua orang tengok perbuatan kami atas bas. Huhu.. terharu dan macam tak percaya. Kecik je dunia ni. Allah akhbar!!! Buat pengetahuan semua, saudara aku ni sekarang sudah belajar kelas 8 iaitu tahap maulana. Dulu dia seorang hafiz dan lepas habis tu jadi alim plak dan sekarang maulana. Dia belajar di madrasah kat Yala Thailand dan Tuan Guru Nik Aziz selalu hadir ke madrasah ini. Banyaklah kenangan manis aku bersama dia sudah bertahun-tahun kenal lamanya. Banyak perkara yang aku telah mempelajari daripada dia. Dia juga sudah 5 bahasa boleh bercakap (Burma, Thailand, Arab, English dan Bahasa Melayu). Yang tidak boleh dilupakan aku orang pertama yang ajar dia mengenai bahasa melayu dari bermula huruf A sampai Z dan seterusnya dapat bercakap bahasa melayu sekarang. Allah akhbar…mudah saje aku tengok dia belajar dalam tempoh bulan Ramadhan sahaja.
Di tapak istimak, aku hanya sempat mendengar bayan daripada Maulana Saad, Bai Wahab dan Prof Abdul Rahman yang dipertanggungjawab bagi taghrib kat student. Ramai juga yang turut hadir termasuklah orang kenamaan seperti Yang Di Pertuan Negeri Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir, Menteri Besar Nogori 9, Perdana Menteri Dato Seri Najid, , Dato Seri Anwar Ibrahim, Mufti Negeri Sembilan Dato' Haji Murtadza Bin Hj Ahmad, ustaz-ustaz (termasuk juga ustaz Farid Ravi) , hafiz-hafiz, alim-alim sehinggalah kepada orang awam. Tak nampak lagi ke bahawa kerja ni benar !!! (aku tidak juga menafikan usaha lain. Untuk semua Gerakan Islam, NGO Islam, Parti Politik Islam, Badan-Badan Islam "SEKARANG BUKANNYA MASA UNTUK KITA MENGHINA DAN MENCACI SESAMA ISLAM") (al-alorstari) .Semasa PM berucap aku terus berdoa dalam hati ku agar PM juga diberi hidayat agar dapat keluar jalan Allah. Ameen. PM hanya bercakap satu minit dalam bahasa melayu dan dalam bahasa inggeris satu minit. Kejap je cakap kerana lepas asar ada perkara yang lebih penting untuk didengar iaitu penyampaian oleh ulama. Dalam penyampaiannya banyak menekankan kepentingan usaha atas iman, dakwah, ilmu, zikir, ibadat dan keluar jalan Allah. Memang setiap perkataan Maulana Saad cakap aku rasa amat bermanfaat bagi pendengar. Semua orang dengar penuh tawajuh dan kadang-kadang bulu roma aku berdiri apabila mendengar perkataan ‘Allah’ daripada ucapan Maulana Saad. MasyaAllah…
Disaat berdiri untuk solat berjemaah, aku merasakan sangat hiba dan sayu kerana begitu ramai orang Islam. Kira-kira satu saf panjangnya 700 meter dan mempunyai ratusan saf. Macam tak percaya je tengok deretan saf. Macam suasana kat orang buat haji kat Mekah plak da. Huhu.. Plak tu kalau nak rasa ambik wuduk dalam botol air minuman maka disinilah tempatnya kerana walaupun air yang banyak dibekalkan oleh pihak bomba tetapi tidak mampu menampung ratusan ribu orang. Pada sebelah bahagian malam ada yang bangkit malam nangis-nangis pada Allah agar dapat dikeluarkan jemaah ke jalan Allah seramai mungkin. MasyaAllah buat hati aku sayu melihat orang yang menangis kerana Allah s.w.t.
Pada hari last, selepas berdoa (doa lebih kurang setengah jam yang menyaksikan orang ramai dalam keadaan sedih dan hiba) aku dan kengkawan bertolak untuk menaiki bas tetapi malangnya tidak dapat menaiki bas kerana semua masing-masing bersesak untuk pulang. Ratusan bas membanjiri kawasan istimak yang menyebabkan jalan raya sibuk sejauh 2 kilometer. Akhirnya aku dan kawan-kawan berjaya menaiki bas dalam keadaan penumpang sampai ada yang bergantung di luar pintu bas.
Untuk lihat gambar istimak Malaysia boleh klik no disini 1, 2, 3
P/s: Nasihat-nasihat dan penerangan oleh ulama-ulama ketika bayan, aku akan selitkan dalam blog-blog aku yang akan datang.
Subhanallah.. Sape sponsor? Allah sponsor r.. hehehe.
ReplyDelete