July 2, 2009

Dunia di tangan, bukan di hati? (part 2)


Apabila kebesaran dunia berada dalam hati, perkara yang akan terzahir dari mulut pun adalah dunia. Kalau kita perasan orang yang suka ‘melatah’ mengeluarkan perkataan yang lucah atau merapu atau apa-apa aje perkataan yang sia-sia. Menjadi kebiasaan dia akan mengeluarkan perkataan itu apabila terkejut. Perkara begini terjadi tanpa disedari tetapi pada asalnya dia melatih dan akhirnya menjadi sebati dalam hati. Ulama bagitau perkataan yang selalu diulang-ulang, akan memberi kesan pada hati. Menjadi kerisauan kita semua apabila saat kematian kita macamana. Kalaulah perkataan yang melatah tu terkeluar masa kita terkejut maka apatah lagi saat kematian yang merupakan terkejut yang besar saat didatangi malaikat yang amat menakutkan.

Sabda Rasulullah s.w.a bersabda: “Iman kita tidak akan betul selagi hati tidak betul, hati tidak akan betul selagi percakapan kita betul” (lebih kurang macam tu lah maksudnya). Jadi adakah hari ini percakapan kita betul? Adakah percakapan kita lebih suka bercakap pasal perkara yang tiada faedahnya, mengumpat, menfitnah, mengarut, meng’politik’ kotor, menyanyi lagu yang sia-sia berbanding percakapan yang mengtauhidkan Allah. Kadang-kadang kalau kalian semua datang pada aku untuk sembang dengan aku perkara nak memburukkan orang lain, menfitnah, bercakap lucah, menuduh wanita baik berzina, menghina sesama muslim, nak ajak ke tempat maksiat maka aku rasa telinga aku akan merah. Panas nak dengar. Tapi cubalah korang datang pada aku untuk agongkan Allah, besarkan Allah, memuliakan Allah atau kisah-kisah orang yang terdahulu yang diredhai Allah maka telinga aku ni amat sedia mendengar disebabkan memang naluri aku.

Cuba kita fikir kehidupan kita seharian terutama apabila bangkit bangun pagi. Adakah permulaan hari kita bersolat pada Allah s.w.t atau meninggalkan solat untuk utamakan kerja di kilang-kilang. Kita boleh lihat sekarang betapa ramai orang yang tinggal solat dengan alasan tidak sempat untuk masuk tempat kerja terutama kerja kilang yang mana rata-rata bas kilang bergerak sebelum subuh untuk mengambil penumpang. Manakala si ayah lebih gembira jika anak meninggalkan solat asalkan tiap-tiap bulan duit masuk dalam kocek ayah. Hari ini jika seorang anak menampar ayah maka seluruh penduduk kampung bising kerana sikap seorang anak yang biadap tetapi malang sekali sesetengah ibubapa sekarang tidak mempeduli pun jika anak meninggalkan solat. Kejutkan anak-anak pada waktu pagi pun suruh pergi sekolah bukannya menyuruh untuk solat terlebih dahulu. Sedih-sedih…isk..isk..isk..

Apabila kebesaran dunia berada dalam hati, orang yang tidak membaca Al-Quran dalam sehari tidak merasa apa-apa pun malah masih tetap merasa gembira sepanjang hari. Lebih selesa jika permulaan hari dengan membaca surat khabar, majalah, komik dan lain-lain berbanding kitab Allah yang Maha Agong. Orang yang beriman jika tidak dapat membaca al-Quran dalam sehari maka dia akan muhasabah apa dosa yang dilakukan sehingga Allah s.w.t tidak memberi taufik hidayat untuk membaca al-Quran. Sebenarnya untuk agama kita bagi beribu alasan untuk tidak mengamalkannya. Jika terlalu sibuk dengan dunia sekalipun, takkan nak baca atau nak pegang atau nak cium al-Quran atau selemah-lemahnya dalam diri mesti ada niat untuk membaca al-Quran.

Bagaimanakah cara kita untuk buangkan kebesaran makhluk atau dunia dari hati kita? Pertama kita perlu nafikan makhluk dan isbabkan Allah s.w.t. Tiada Tuhan Melainkan Allah. Makhluk tiada kuasa, yang ada kuasa hanyalah Allah. Duit, isteri, anak-anak dan makhluk seluruhnya tidak dapat bagi manfaat dan mudarat kepada seseorang melainkan dengan izin Allah. Untuk mendapat manfaat dari zat Allah s.w.t, kita perlu keluarkan yakin terhadap ciptaan Allah s.w.t. Dalam asbab tidak ada janji Allah s.w.t. Dunia bukanlah darul asbab tetapi dunia adalah darul amal. Apabila kita depankan dunia dan belakangkan agama, kita akan gagal kerana ia tidak ada janji Allah s.w.t. Orang yang yakin dengan Allah s.w.t akan memberi keutamaan dengan perintah-perintah Allah s.w.t. Bumi ini adalah hamba kepada perintah-perintah Allah dan bantuan Allah bukan pada ciptaan Allah. Kita silap telah alihkan tumpuan kita kepada ciptaan-ciptaan Allah s.w.t dan tidak tumpukan kepada Allah dimana kita banyak tumpukan dunia daripada agama. Oleh itu kita perlu bercakap sifat-sifat rububiah Allah s.w.t. Allah s.w.t yang membuat segala-galanya., selain daripada Allah s.w.t tidak boleh buat apa-apa.

Apa tandanya yakin telah terbina dalam hati. Ada orang kata apabila kita dapat tinggalkan asbab itulah tanda yakin. Maulana Saad kata itu bukan tanda yakin. Nabi-nabi dan Sahabat tidak tinggalkan asbab. Tanda iman bukan tinggalkan asbab atau tuntutan iman bukan tinggalkan asbab. Abu Bakar Siddiq hari pertama ia dilantik menjadi khalifah ia pergi berniaga. Ia mempunyai tawakkal tetapi tawakkalnya tidak menghalang dari berniaga. Apa yang menghalangnya daripada berniaga ialah kesibukkanya dengan tugas-tugas sebagai khalifah yang terpaksa ditanggung. Allah berkuasa member rezeki seseorang tanpa ia bekerja seperti Allah s.w.t turunkan makanan Manna dan Salwa dari syurga kepada Bani Israel. Kenapa Allah s.w.t memberi asbab? Asbab diadakan untuk menguji hamba-hambaNya samaada kita utamakan amal atau asbab.

p/s: To be continues ‘dunia di tangan, bukan di hati (part 3)

No comments:

Post a Comment

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin