June 15, 2009

Sahabat korbankan dunia untuk akhirat, tetapi kita?

Suatu ketika Hazrat Abu Talhah r.a sedang bersolah dalam kebunnya. Seekor burung telah terbang. Oleh kerana pohon-pohon di kebun itu rendang, burung itu tidak menemui jalan keluar dengan cepat. Burung itu berterbangan ke sana ke mari sambil mencari jalan keluar. Beliau terpandang burung itu. Oleh kerana pandangan itu, tumpuan hatinya beralih kepada burung dan mata beliau bergerak menurut burung itu.

Tiba-tiba beliau teringat akan solatnya dan beliau telah terlupa bilangan rakaat yang beliau telah kerjakan pada masa itu. Beliau begitu sedih kerana kebun itulah beliau terkena musibah tersebut yakni terlupa dalam solah. Dengan segera beliau pergi berjumpa Rasulullah s.a.w dan menceritakan kisah yang sebenarnya, “Disebabkan kebun itu saya terkena musibah yang sedemikian. Oleh kerana itu, saya serahkan kebun itu untuk jalan Allah s.w.t. Tuan belanjakanlah kebun itu mengikut jalan yang tuan suka”.

P/s: Begitulah seorang sahabat nabi s.a.w iaitu Hazrat Abu Talhah r.a. telah mewakafkan tanah beliau kerana terlalai dalam solah. Itulah tahap keimanan para sahabat r.anhum. Apabila terlalai dalam amalan yang begitu penting seperti solah, dengan segera mereka belanjakan kebun itu.

Cuba kita bandingkan dengan keadaan zaman sekarang yang mana jauh sekali berbeza dengan amalan orang yang terdahulu. Lihat saja dikala musim orang tengok bola terutama bola yang yang disiarkan larut malam dalam waktu tempatan pukul 2, 3 dan 4 pagi. Kebiasaannya tempoh masa yang diambil untuk menonton satu perlawanan bola sepak lebih kurang 2 jam. Jika diperhatikan, ramai yang sanggup bersengkan mata untuk perkara dunia sehinggakan mengabaikan solat subuh. Aku pernah ikut kawan-kawan masa kat yunivasiti ni sehingga kalau balik dekat pukul 4 lebih maka kebanyakkan mereka akan tidur kerana letih dan mengantuk. Maka apa yang akan jadi jika mata dah mengantuk? Tambah lagi iman lemah, keinginan untuk solat tiada dan tidur yang sekejap akan menyebabkan tidur yang lama sehingga bangkit kembali pada waktu matahari tengah naik. (itupun kalau bangun, yang merisaukan tidak bangun-bangun dan sedar-sedar sudah berada dalam kubur yang mana malaikat maut bersedia dengan persoalannya. Dahlah solat subuh ditinggalkan saat kematian… sedih-sedih..isk iskh..)

Yang lebih menghairankan, orang yang meninggalkan solat subuh apabila bangkit dari tidur, muka seolah-olah tidak ada rasa bersalah pun, sedih pun tidak malah boleh ukirkan senyuman masa bangun, sepanjang hari tidak rasa satu dosa besar sedang dialami, siap boleh menyanyi dalam bilik air lagi(gembira kononnya). Inilah keadaan yang merisaukan kita yangmana kebanyakkan meninggalkan solat demi solat, meruntuh agama semakin menjadi. Pastu macamana agama nak bangun sedangkan kehebatan dan keagongan Islam sebenarnya tersembunyi dalam amalan orang Islam sendiri.

Inilah kebanyakkan yang terjadi dimana sebahagian umat Islam sanggup menggadaikan agama dan akhirat untuk perkara dunia yang lebih dicintai. Sanggup berjaga malam tengok bola (dunia) sehingga mengorbankan solat yang wajib dilaksanakan walaumacamana cara sekalipun. Malang sekali jika perasaan sedih tidak ada dalam diri disaat meninggalkan perintah Allah yang paling besar. Dimanakah tahap keimanan yang telah wujud dalam diri kita.

Dari Abi Umamah r.a berkata seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Pesuruh Allah! Apakah itu iman? Baginda s.a.w menjawab: Apabila kamu berasa gembira dengan amal kebaikanmu dan kamu merasa benci dengan amal keburukanmu, maka kamu adalah seorang yang beriman(mukmim). (H.R. Al-Hakim).

Jadi adakah dengan meninggalkan solat masih boleh lagi merasakan gembira? Yang paling menyedihkan pula, solat boleh ditinggalkan tetapi masih kuat bangun pagi untuk pergi kerja, kuliah, tutorial, kem-kem, pasar yang mana lebih diutamakan daripada agama. Adakah perintah manusia itu perlu ditakuti berbanding perintah Allah yang Maha Besar? Sedih-sedih ramai yang tak faham agama (termasuklah aku). Dalam solat pun, kalau kita teringatkan motosikal baru kita, kereta besar, blog-blog, perempuan dan macam-macam lagilah, adakah kita akan mengorbankan semua itu sepertimana sahabat korbankan kebun? Oleh itu, kita tanya pada diri kita sendiri. Sahabat korbankan dunia untuk akhirat tetapi kita???

4 comments:

  1. jazakillah...ana kesal...ada juga saudara ana yang tidak tinggal solat tetapi suka lewatkan solat zuhur untuk combine skali dengan waktu asar...lewatkan solat asar untuk combine ngan solat maghrib...dan seterusnya...nasib baik tak lewatkan subuh untuk combine dengan zuhur...kononnya malas nak ambik air sembahyang banyak kali...lewatkan solat sebab nak siapkan urusan dulu...

    sememangnya dunia melalaikan...tetapi dunia adalah ujian yang Allah datangkan untuk menguji kesetiaan hambanya...sesiapa yang lulus ujian akan berjaya diterima masuk syurga...

    Dari Abu Hurairah R.A: rasulullah s.a.w bersabda,”setengah daripad kebaikan keislaman seseorang ialah apabila dia suka meninggalkan apa2 yang tidak memberikan kemanfaatan padanya…Hadis Hassan oleh imam tirmizi

    ”sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikitpun, tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri.”(yunus-44)

    Ya Allah...seandainya sesuatu kebahagiaan yang Engkau datangkan kepada kami itu akan menjauhkan kami dari Mu...Engkau ambillah ia semula...walaupun kehilangan itu menyakitkan kami...kami redha...kerana hidup dan mati kami hanyalah untukMu...

    Allahu'alam...

    ReplyDelete
  2. Kadang kita sengaja melambatkan, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas atau terperangkap dengan masalah dunia seperti sibuk dengan kerjaya, hiburan TV, rasa keletihan atau kelekaan membeli barang. Allah tidak marah pada ketika itu. Dia masih memberikan rahmatNya (contoh, makan, minum, keselamatan diri dan keluarga, keselamatan harta, rezeki duit), Dia masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya (contoh, hubungan keluarga dan masyarakat dan keamanan kawasan tinggal), baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak (tepat waktunya atau lengah-lengahkan atau tiada terus). Allah hanya akan membalas tindakan umatNya ketika hari Kiamat nanti. Allahu akhbar.

    like this blog~

    ReplyDelete
  3. elders kita bgtau..
    ade dua pengorbanan..
    1 korban utk agama..
    1 lg korban utk kerja agama..
    korban utk agama nie mkna kita korban diri harta mse kita utk khuruj fi sabilillah..
    yg 1 lg korban utk kerja agama nie kita buat pengorbanan yg kita buat utk membolehkan org lain kuar jln Allah..
    maulana ckp hr nie ramai org korban utk kerja agama tp tk ramai org korban utk agama..
    sbb tue ramai antara kita yg buat usaha pastu cepat slek..
    moga Allah swt bg taufiq dn hidayah utk amal dn sampaikan..

    ReplyDelete
  4. keseronokan yang tak diredhai ALLAH, akhirnya akan membawa kecelekaan.......
    moga mereka dan kita punya ruang untuk bertaubat....

    ReplyDelete

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin