June 3, 2009

Apa pandangan anda?


(Media massa bercorak negatif)

Sejak kebelakangan ini, pelbagai kejadian kemungkaran yang semakin berleluasa walaupun pelbagai cara telah diambil tetapi masih tidak menampakkan jalan penyelesaian.

Malah media sekarang lebih cenderung banyak memaparkan hal-hal yang berkaitan perkara negatif berbanding dengan perkara positif. Kes-kes jenayah yang ditayangkan untuk tontonan umum dikatakan akan dapat menyelesaikan masalah umat seperti rogol, ragut, samseng jalanan, bohsia dan yang sama waktu dengannya. Tidak kurang juga filem dan drama yang berunsur tahyul dan menakutkan yang dianggap dapat memberi ilmu pengetahuan mengenai perkara ghaib kepada penonton.

Pada pandangan aku yang daif ini, apabila sesuatu yang negatif disebarkan sebenarnya ia akan mempengaruhi corak kehidupan masyarakat. Apabila keburukan yang disebarkan maka keburukanlah yang akan menjalar dalam diri manusia. Sebaliknya jika kebaikan dan kejayaan seseorang disebarkan maka akan memberi contoh yang baik dan insyaAllah akan diikuti oleh orang lain.

Terdapat juga video diupload di YouTube untuk memalukan orang politik, orang yang buat maksiat yang kononnya untuk memberi keinsafan kepada orang tersebut. Perlukah mereka dipermalukan dengan sebegitu hebat? Perlukah mereka diaibkan secara meluas? Aku kata, kita perlu ingat, jika mereka bertaubat dan taubatnya diterima maka tunggulah azab Allah s.w.t ke atas kita.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai rancangan realiti TV berbentuk hiburan dan konsert seperti Akademi Fantasia, Mentor, Malaysia Idol, Jom Heboh (konsert) dan banyak lagi yang mana aku pun tidak mahu ambik tahu perkembangannya. Sekali tengok pun dah tahu dengan cara berpakaian, cara pergaulan walaupun ada sesetangah artis yang baru muncul dengan alasan tujuan untuk berdakwah dalam industri muzik sedangkan dalam keadaan tidak menutup aurat. Sedih-sedih orang tafsir dakwah ikut akal. Isk isk..

Persoalannya, adakah dengan cara hiburan yang melampau ini boleh selesaikan masalah pergaulan bebas, seks bebas, kes buang bayi ?

Adakah isu mat rempit yang difilemkan dan didramakan akan mengurangkan gejala mat rempit?

Adakah isu orang tidak tutup aurat semakin berkurangan dengan penyiaran filem-filem yang mendedahkan aurat?

Adakah drama atau filem ’hantu’ dapat menambahkan ketakutan kita kepada Allah s.w.t?

Beginikah cara penyelesaian masalah umat? Adakah cara di atas boleh selesaikan masalah orang tidak solat, rogol, ragut, rempit, bohsia, buang bayi dan sebagainya?

Cuba pula kita fikirkan dan bandingkan cara-cara yang digunakan oleh media sekarang dengan cara-cara yang digunakan oleh orang terdahulu. Cubalah kita risaukan perkara ini. Tolonglah semua sahabatku! Macamana generasi yang akan datang terutama bakal anak-anak, cucu-cucu, cicik, ciciak kita yang akan datang jika dilihat keadaan sekarang. Mahukah kita lihat generasi akan datang lahir dalam keadaan tidak tahu apa itu amalan Islam, tidak tahu siapa Allah, tidak tahu apa itu maksud dihantar ke dunia ?

Abu Bakar as-Siddiq pernah berkata

’Jika ingin melihat masa depan sebuah negara itu, kita hendaklah melihat anak muda yang pada hari ini’

Mengenai hal ini, kita fikirkan kata-kata yang dipetik daripada Iman al-Ghazali :

”Orang yang terkemudian daripada umat ini sekali-kali tidak akan dapat diislahkan(diperbaiki) kecuali dengan cara yang sama yang telah digunakan untuk mengislahkan orang pada zaman permulaannya”

p/s : Komen atau cadangan daripada anda amat dialu-alukan untuk kefahaman semua orang. Anda juga boleh mengemukakan situasi yang mana boleh menimbulkan kerisauan semua orang yang membaca blog ini. Sememangnya Allah s.w.t akan memberi ganjaran pahala yang banyak kepada mereka yang fikir dan risau untuk agama. Jazakallah atas kerjasama anda semua.

3 comments:

  1. jazakillah.

    memang keadaan masyarakat sekarang amat merisaukan bila makin difikirkan.

    ana cuma nak berkongsi apa yang ana dapat daripada media tempohari. dalam segmen apa tah dalam rancangan melodi(ana x ingat tarikh), kru melodi ada menemubual salah seorang pengarah filem yang gambar filemnya ada diatas.

    antara soalan yg diberi adalah mengenai komen orang ramai tentang kesan negatif atau pengaruh filem berkenaan kpd orang ramai terutama generasi muda. jawapannya lebih kurang macam ni(maaf ana tak ingat sebiji2 apa dia cakap).;
    "...saya tak nampak apa yang kita buat ni salah. masyarakat tak boleh salahkan filem kami dan mengatakan filem kami meracuni pemikiran anak-anak mereka. takkan dengan menonton filem yang beberapa jam ni pemikiran anak-anak rosak, sedangkan ibubapa tu sendiri tak boleh mengawal anak-anak mereka...kita buat filem ni untuk dedahkan cara hidup golongan bermasalah ni kepada orang ramai sebab mereka tak tahu apa yang golongan bermasalah ni buat sebenarnya kat luar sana...boleh je kita buat cerita mat rempit yang suka rempit dan buat jahat lepas tu ditimpa musibah, pastu dia insaf, jual motor dia, dan jadi kaki masjid...tapi takkan mat rempit yang tengok cerita macam ni akan terus insaf dan jadi baik,dan jual motor dia pastu jadi kaki masjid..."

    jawapan pengarah filem berkenaan(x perlu sebut nama)juga merisaukan ana. ana tak pernah keluar melihat sendiri secara dekat rutin hidup golongan yang bermasalah ni. tapi apa yang merisaukan jika apa yang dipertontonkan dalam filem bohsia, anak halal, rempit dan yang seangkatan dengannya memang betul-betul berlaku diluar sana...masyaAllah...itu hari ini, macam mana pula generasi anak-anak dan keturunan kita nanti, kalau kita tak fikir, risau dan berbuat sesuatu hari ini..

    Firman Allah dalam ayat 79 surah al-Maidah yang bermaksud : "Mereka sentiada tidak berlarang-larang (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi seseungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan."

    Rasulullah s.a.w berpesan dengan maksudnya: " Sesungguhnya di kalangan kamu yang melihat perkara mungkar, hendaklah dia mengubah dengan
    tangannya, kalau tidak berkuasa mengubah dengan tangan ,maka dengan lidah, kalau tidak berkuasa dengan lidah, maka benci di dalam hati, itulah tanda selemah-lemah iman." Mengikut satu riwayat laind an tidak ada selepas daripada itu iman walaupun sebiji sawi.

    kebanyakan kita mendiamkan diri terhadap kemungkaran tersebut. kita tidak setuju tetapi hanya sekadar benci di dalam hati sahaja. tapi bukankah benci di dalam hati iti adalah selemah-lemah iman? adakah kita diantara mereka yang memiliki selemah-lemah iman?
    itupun kalau ada rasa benci kat dalam hati. kalau tak ada...maknanya bersetuju dengan kemungkaran yang berlaku...na'uzubillah...semoga Allah memperteguhkan dan memelihara iman kita semua...

    peringatan untuk diri ana sendiri dan sahabat2..
    maaf ya...perkongsian yang agak panjang...

    ReplyDelete
  2. utk isu hantu dijadikan filem serta siri drama di kaca televisyen..Akibat terlalu banyak cerita hantu ini difilemkan dan didramakan, kita lihat skrg minda kanak-kanank dan remaja sekolah ditanamkan dengan kprcayaan kpd kuasa makhluk halus.

    skarang semakin kerap kita baca laporan media mengenai pljar diganggu makhluk halus ini di sekolah. makhluk halus bertambah ghairah utk masuk ke minda pelajar. betapa ruginya masa pelajar yg sepatutnya menumpukan pd pljaran terpaksa berkongsi dgn pgaruh makhluk halus.

    Jika pd zaman sekolah sy dulu, ustaz dan orang alim yg selalu berpesan jgn percayakn pd makhluk halus kerana makanan mereka ialah kepercayaan manusia kpd mereka.

    Bila bertambah yakin kita pd mereka bertambah gemuklah mrk dan bertambah berkuasalah mrk utk menyesatkn dan menakutkan manusia...

    ReplyDelete
  3. utk isu hantu dijadikan filem serta siri drama di kaca televisyen..Akibat terlalu banyak cerita hantu ini difilemkan dan didramakan, kita lihat skrg minda kanak-kanank dan remaja sekolah ditanamkan dengan kprcayaan kpd kuasa makhluk halus.

    skarang semakin kerap kita baca laporan media mengenai pljar diganggu makhluk halus ini di sekolah. makhluk halus bertambah ghairah utk masuk ke minda pelajar. betapa ruginya masa pelajar yg sepatutnya menumpukan pd pljaran terpaksa berkongsi dgn pgaruh makhluk halus.

    Jika pd zaman sekolah sy dulu, ustaz dan orang alim yg selalu berpesan jgn percayakn pd makhluk halus kerana makanan mereka ialah kepercayaan manusia kpd mereka.

    Bila bertambah yakin kita pd mereka bertambah gemuklah mrk dan bertambah berkuasalah mrk utk menyesatkn dan menakutkan manusia...

    ReplyDelete

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin