June 26, 2009

Dunia di tangan, bukan di hati?


Allah s.w.t Maha Adil yang telah meletakkan kejayaan manusia hanyalah dalam agama iaitu sejauhmana kita dapat taat perintah Allah dan ikut sunnah nabi s.a.w disitulah kita akan berjaya. Orang kaya, orang miskin, orang muda, orang tua, orang bandar, orang kampung, orang Melayu, orang Pakistan, orang Arab dan lain-lain akan berjaya jika bawa agama dalam hidup. Malah amatlah malang jika manusia cuba menjauhkan diri daripada agama atau tidak mahu amal agama. Ikan boleh hidup selamamana mendapat oksigen yang berada dalam air. Kehidupan ikan hanyalah dalam air dan beliau tidak boleh hidup di daratan yangmana bukanlah tempat yang Allah s.w.t ciptakan untuk beliau. Apabila ikan tidak mahu untuk berada dalam air maka beliau insyaAllah akan mati. Begitulah kehidupan manusia, jika ambil agama maka akan berjaya tetapi sebaliknya jika tidak mahu ikut cara hidup agama Islam maka ia akan gagal. Oleh itu untuk berjaya, kita perlu ikut orang yang telah berjaya yang mana mereka orang yang terdahulu iaitu para ambia dan sahabat-sahabat nabi s.a.w.

Kita perlu sedar bahawa dunia ini merupakan tempat ujian. Harta kekayaan dan kemuliaan di dunia bukanlah sesuatu yang harus dibangga-banggakan. Kelaparan dan kemiskinan juga tidak harus dianggap sebagai satu kehinaan. Kita kena sedar bahawa ujian bagi pemilik harta adalah samaada kita bersyukur atau tidak. Ujian bagi orang miskin ialah samaada ia dapat bersabar atau tidak. Sebenarnya ujian harta adalah lebih sukar daripada ujian kemiskinan. Hanya sebilangan kecil sahaja yang dapat lulus dalam ujian harta dan kebanyakkannya gagal. Oleh sebab itu ujian dari segi harta adalah lebih keras. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

“Aku tidak berapa takut akan kemiskinan dan kelaparan menimpa kamu; tetapi aku khuatir dunia dan nikmat-nikmatnya akan berkembang ke atas kamu dan kamu terpengaruh dengannya sepertimana orang-orang sebelum kamu yang telah terpengaruh lalu kamu pun dimusnahkan sepertimana mereka telah dimusnahkan”.

Jadi sangatlah mustahak kita semua untuk selamatkan diri daripada fitnah ini(harta). Begitu juga dengan kesempitan kerana ia satu ujian yang perlu kita menahan dengan sabar dan tabah.

Wahai pembaca sekalian, ya mungkin juga ahli keluarga aku, dunia sememangnya kita boleh cari tetapi kita tidak boleh meletakkan dunia itu dalam hati kita. Cuba kita renungkan kehidupan seharian kita yang mana banyak meletakkan kepentingan dunia lebih mengatasi akhirat. Lumrah kehidupan apabila banyak kita berusaha untuk sesuatu perkara maka kecintaan terhadap perkara tersebut terbuku di dalam hati kita tanpa kita sedari. Contoh hari ini kita berlumba-lumba untuk mencari duit yang kononnya dapat memberikan kita kebahagiaan, kesenangan tetapi kita lupa yang bagi kesenangan dan kebahagiaan adalah Allah s.w.t. Tidak salah kita untuk mencari keperluan dunia tetapi kita perlu ingat sejauhmana yang telah kita usahakan untuk perkara dunia dan akhirat. Adakah untuk dunia lebih mengatasi akhirat?

Antara bukti dunia telah terbuku di dalam hati kita ialah dalam solat. Jika dalam solat kita masih ingat perkara dunia, maka sebenarnya dunia sedang mendiami di dalam hati kita. Kita patut risau dan sedih perkara mcm ni. Tanda lain bila hati kita cinta pada dunia apabila berlaku segala kekurangan dalam perkara dunia maka kita akan sedih atau menangis. Hilang wang rm27 sangat sedih, cari merata tempat, gelisah dan tanya orang kot-kot ada orang jumpa. Tapi untuk akhirat dan agama, tidak solat jemaah tidak rasa bersalah pun, sedih pun tidak. Hal ini semua berkait dengan iman. Apabila kebesaran Allah ada dalam hati, cinta pada perintah Allah mengatasi segala-galanya tetapi sbaliknya jika kebesaran makhluk ada dalam hati, maka cinta pada dunia akan mengatasi segala-galanya. Sememangnya kita tidak mampu untuk mengumpul dua cinta di dalam hati.

“Ya Allah, leraikan dunia yang mendiam di dalam hati aku kerana di situ tidak aku mampu mengumpul dua cinta. Hanya cintaMu ku harap tumbuh dibajai bangkai dunia yang aku bunuh”

p/s: To be continues ‘dunia di tangan, bukan di hati' (part 2)

No comments:

Post a Comment

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin