April 11, 2010

Bersalaman dengan bukan mahram?


***kadang-kadang sengaja aku menulis blog dengan menggunakan perkataan “kasar” dan buat “marah-marah”.., agar ada orang yang sudi menegur aku dengan hikmah.., sengaja aku “mengadakan” kelemahan diri aku untuk tatapan semua.., agar korang mengakui bahawa aku bukanlah manusia yang sempurna.., seterusnya korang akan bertindak untuk menasihati aku secara bijak.., dan secara tak langsung aku dapat belajar cara menasihati orang yang kurang bijak. Jadi maafkan aku jika selama ni ada orang yang tersinggung perasaan ke.., terguris di hati ke.., kecewa dengan sikap aku ke.., terpekik kat telinga ke.., terhantuk kat kepala ke… Oleh itu, marilah kita bersalaman agar dosa-dosa yang lalu antara kita berdua diampunkan… Tapi salam bukan sebarang salam!!!***


Apabila aku nak send mesej kepada sesiapa…kebiasaannya aku akan mulai dengan perkataan “salam” samaada seseorang itu lelaki atau perempuan…tua atau muda mahupun kanak-kanak…Aku tak guna perkataan “akum” atau “askum” sebab nampak sangat jahil dan pemalas. Dan lagi baik kalau tulis.. “assalamualaikum…”

Pernah satu ketika dulu.., aku send mesej kepada kawan perempuan untuk bertanyakan pasal akedemik...

“salam, nak tanya…lecture tadi…bla bla bla……”.

Dia pun reply… “HARAM!!!”

Aku terkejut sekejap…apasal ‘Minah’ ni tiba-tiba jadi sengal macam ni…apa salah aku..?

Aku termenung sekejap..lama jugak aku fikir…entah apa kena ngan ‘Minah’ ni…Sengal agaknya kot. Hua hua…errr.. Aku pun reply tanya:

“kenapa haram?”

Dia pun balas jawab…:

“Ye la, lelaki dengan perempuan bukan muhrim HARAM ber’salam’an... hehehe”
Gelak dia kat aku…

Dalam hati aku…

“Cis, pandai dia kenakan aku! Tak adil betul!”

Errr…Pandai ‘Minah’ tu buat lawak…Heha! Aku tak gelak pun sebenarnya…Tiada masa aku nak banyak ketawa.., sehingga kurang mengalirkan air mata.., tatkala umat yang semakin menderita!!! (aku perasan)


===========

Kisah pertama: Peluncur Islam pergi meluncur ke tempat yang merbahaya kepada kesihatan iman…?

Aku pernah menghadiri satu majlis orang kenamaan atas dasar urusan sebuah pejabat. Yang aku tahu majlis tersebut membuatkan aku menyampah sebab nama program tersebut adalah program anak angkat IPT. Kalau ikutkan hati, nak je keluarkan fatwa tapi aku bukanlah ulama atau ustaz.., jadi jangan tanya fatwa tetapi tanya sudah bertaqwa ke? Sebab kalau bab fatwa semua orang akan jawab sudah tahu.., tetapi bab taqwa ramai yang dungu!

Oleh itu, nak ke atau tak nak, aku terpaksa pergi dalam keadaan serba salah atas arahan boss pejabat. Sampai tempat program tersebut yakni hari penutup.., siap dengan kompang-kompang, bunga-bunga, putera puteri beratur dengan berpakaian warna mengairahkan, photographer yang sibuk ambik gambar sehingga aku terpaksa sembunyikan diri agar wajah glamour tak masuk surat khabar, pakcik makcik tersengih sambil menunggu untuk dapat anak-anak angkat, anak lelaki kepada pakcik makcik tersenyum membayangkan kalau dapat adik angkat perempuan, dan kerbau juga tersenyum…. Entah siapa kerbau tu…

Ok. Aku dimaklumkan seorang menteri akan datang untuk merasmikan majlis penutup tersebut tetapi aku tidak dimaklumkan plak lelaki atau perempuan yang merasmikan majlis tersebut. Silap aku juga tidak ambik tahu.

Jadi semua dok berbaris.., staf-staf pejabat, boss, tok penghulu kampung dan orang kampung sendiri dan tak lupa anak-anak angkat serta ibubapa angkat. Terangkat betul angin aku dengan program macam ni. Nak je cabut lari. Dahlah nak tunggu menteri tu datang punyalah lama, sabar je lah…aku tengok jam dah nak masuk waktu asar dah.., sambil tertanya-tanya kalau dengar azan asar, nak je aku cabut lari dari tempat tu. Teringat plak kata-kata seorang sahabat nabi s.a.w yakni Abu Hurairah ra katanya:

“wajar dituangkan minyak yang mendidih ke dalam telinga orang yang mendengar azan tetapi tidak datang solat berjemaah”

Ok. Semua siap sedia, maka diumumkanlah ketibaan menteri tersebut diiringi bunyi kompang sambil semua bodyguard berada disisinya. Beliau pun berjalanlah untuk masuk ke dewan sambil bersalaman dengan orang yang sedang berbaris.

Aku pun tertanya, menteri ni orang perempuan ke lelaki. Haaa, dari jauh aku nampak memang menteri tu berjenis perempuan sebab ciri-ciri kepemperempuanannya terselah pada dirinya; ada gincu, nipis keningnya, pakai tudung jugak, baju style ketat cikit, kasut tumit tinggi mengeluar bunyi dan macam-macamlah.

Satu persatu menteri bertudung pakai pakaian ketat bersalaman tanpa mengira lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau orang tua atau orang muda. Salam je kerjanya. Hati aku mula berdebar… tapi bukan kerana tengok kecantikkan menteri bertudung pakai pakaian ketat tetapi berdebar bala dan dosa nak menimpakan aku.., kehormatan aku tercalar, rekod sentuh tangan perempuan bukan muhrim tercatat… aghrrrr… ini tidak boleh jadi!!! (kata hati aku yang kononnya sebagai lelaki yang beriman)…

Aku macam jadi serba salah, boss aku ada kat tepi aku serta staf-staf pejabat semua ada, tambah plak aku berkopiah hitam… kata hati aku, takkan nak buang kopiah lalu simpan dalam poket. Buang kopiah lalu simpan dalam poket maka aku rugi sebab tak dapat amal sunnah. Kalau dah buang kopiah.., kecenderungan untuk bersalaman dengan menteri bertudung pakai pakaian ketat adalah tinggi. Menteri bertudung pakai pakaian ketat tak nampak tak pe, tapi Allah nampak aku.. Ah, macam-macam terlintas dihati aku dengan seribu alasan dan cara penyelesaian.

Kalu aku lari, boss aku mesti “cop” aku ni tak dengar cakap dia dan tak laksanakan amanah dengan baik. Walaupun boss sebelum ni tahu aku berfikiran Islam tetapi boss aku ni anggap semua lelaki berkopiah sama je. Pakai je kopiah tapi solat tidak…, pakai je kopiah tapi dok main dam-haji atas wakaf…, pakai je kopiah tapi mulut mengumpat dan macam-macamlah boss aku tafsir pada orang yang pakai kopiah. Boss ingat aku sama ke dengan orang lain?. (aku perasan baik kononnya)…

Ah, jarak antara menteri bertudung pakai pakaian ketat dengan aku sedang dekat, aku bingung, aku berdebar, aku gelisah, aku risau, aku terus berfikir, fikir dan fikir. Ya Allah, bukanlah jalan penyelesaian ini. Hati kecik ku berdoa.

Maka, Allah telah zahirkan di pandangan mata aku kepada seorang pemuda kacak handsome bergaya sedang memegang kamera. Oh abang kamera rupanya. Dia sedang berdiri tidak jauh dari aku berbanding jarak yang menteri bertudung pakai pakaian ketat itu sedang menghampiri aku. Ah semua boss termasuk beberapa staf kat pejabat aku telah bersalaman. Ah tidakkkkkkk!!!

Aku terus berlari dengan pantas kat abang kamera tersebut…, aku dengan cepat-cepat bercakap dengan abang kamera bahawa aku ni pandai ambik gambar, aku pujuk abang kamera habis-habisan.., “abang dah letihkan, biar saya yang ambik gambar plak”; “abang tolonglah abang, boleh ek, biar saya ambik gambar”… Abang kamera bingung dengan sikap aku maka Allah telah lembutkan hati abang kamera dah akhirnya…

Akhirnya…aku berjaya menjadi kamera man buat sementara waktu. So bila dah jadi kamera man, tak perlulah aku bersalaman. Kan sibuk dok bergambar, mana boleh salam. Boleh juga aku bagi alasan.

Kawan aku kata: “kau tak menyesal ke.. tak dapat rasa kelembutan tangan menteri bertudung pakai pakaian ketat,… menteri bertudung pakai pakaian ketat tuuuu, bukan senang nak jumpa lagi”

Aku kata: “menyesal tu ada jugak, tapi nyesal kat dunia untuk perkara batil takpe.., jangan sampai nanti di akhirat.., baru nak menyesal bila masuk neraka”

Ada jugak hadith menyebut bahawa “seorang lelaki itu lebih baik bercampur bebas dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur daripada dia bersentuhan bahu dengan perempuan yang tidak halal baginya bergaul dengan mereka”. (sila rujuk hadith untuk menconfirmkannya)

Pada masa tu jugak, boss dan staff pejabat aku tersengih melihat aku yang tiba-tiba jadi kamera man. Menteri bertudung pakai pakaian ketat tersebut hanya sekadar boleh melihat aku yang berkopiah dan aku sekadar mengukirkan senyuman masam manis kat dia. Ewahhh..

Tapi malang, abang kamera terpaksa yang kena bersalaman plak dengan menteri bertudung pakai pakaian ketat tersebut sebagai ganti tempat aku. Minta maaf sangat-sangat abang kamera ek…Minta halal makan dan minum.. Abang kamera telah menyelamatkan maruah aku daripada tergadai. Ha ha ha. (gelak besar nampak)…

Eh, bukanlah. Bukan abang kamera lah tapi Allah s.w.t yang pelihara hambaNya yang benar-benar ingin jalan petunjuk walaupun berada dalam suasana macamana sekalipun. Alhamdulillah.


-TAMAT-

Bersalaman selalu disalahertikan.., mungkin “dia” tahu dari segi fatwa yakni haram bersetuhan dengan bukan mahram tetapi oleh kerana “dia” jahil dari segi taqwa maka seoalah-olah itu perkara biasa sahaja.

Ingatlah kejahatan bukan kerana keterlanjuran tetapi satu kebiasaan yang telah lama berakar-umbi. Maka begitu jugak dengan kebaikan.., ia bukanlah kebetulan tetapi satu kebiasaan yang dihasilkan dengan banyaknya latihan.

Tidakkah kita risau tatkala melihat keadaan umat yang menderita.., pemimpin-pemimpin.., artis-artis tanpa mengira jantina bebas bersalaman seolah-olah tidak merasai bahawa itu adalah dosa.., mungkin mereka menganggap itu perkara biasa. Malah yang lebih menyedihkan apabila mereka ini dipandang tinggi dalam masyarakat.., artis-artis dijadikan idola mereka. Sah mereka ni sengal!

Tapi lagi sengal adalah apabila melihat artis-artis yang terkinja-kinja atau sesiapa sahaja yang haram bersentuhan.., korang masih ketawa tersengih-sengih melihat hiburan yang dipersembahkan oleh mereka tanpa ada sedikit kerutan di dahi kerana sedih merisaukan keadaan yang berlaku di depan mata. Kalau sedih pun tidak.., risau pun tidak.., masakan boleh berdoa nangis-nangis pada Allah agar diberikan hidayah kepada mereka.

Budaya bersalaman ni bukan sahaja berlaku ketika dalam majlis tertentu sahaja tetapi paling malang pada musim perayaan. Salam je kerjanya. Ini bukan salam minta maaf tapi minta dosa ke apa!!! Ya Allah…hidayah umat ini.

Oleh kerana ramai yang tahu hal ni tapi kurang taqwa maka hadith ni wajar dijadikan peringatan:

“Lebih baik memegang bara api yang panas daripada menyentuh wanita yang bukan mahram.”

Disamping tu.., aku bagi tip lah kat korang yang sengal ni. Tipnya adalah korang kenalah selalu pakai kopiah atau songkok ke untuk merasakan diri korang adalah orang Islam. Dalam sunnah ada kejayaan! Kejayaannya adalah bila orang perempuan malu untuk bersalaman dengan korang.

Bila korang dah pakai kopiah atau songkok.., maka korang akan rasa malu bila dipelawa tangan wanita bukan mahram untuk bersalaman. Tapi masalahnya korang yang sendiri yang sengal.., gatal tangan.., ramai peminat dan mesra rakyat konon! Tapi tiada maknanya korang nak menyukakan manusia tetapi hakikat sebenarnya telah memurkakan Allah s.w.t.

Eh tertanya plak aku…, Queen Elizabeth nak bersalam pun guna sarung tangan tapi orang kita?


P/s: Kasihan abang kamera kerana terpaksa menjadi mangsa sexsual harassment. Maafkan aku bro!



===================


Kisah kedua: Peluncur Islam jatuh ditimpa tangga…?

Ada kalangan korang yang berpenyakit miang.., gelenyar.., ataupun gatal. Bak kata orang tua dulu.., kalau kena penyakit gatal ni.., jangan digaru.., segera bawalah ke hospital.., dan tak perlulah malu-malu… Tapi itu penyakit gatal pada zahirnya. Yang malangnya penyakit gatal pada batinnya!

Jadi ada yang gatal tangan dan mulut, bertanya kat aku:

“boleh tak kalau bersalaman antara lelaki perempuan bukan muhrim tapi pakai lapik?”;

“kalau bersalaman tanpa lapik tapi dengan tiada perasaan syahwat, boleh tak?”;

“boleh tak, bersalaman dengan ibu atau bapa angkat?”;

Jawapan aku bagi:

“Boleh, boleh..”

“Boleh tanya ustaz.., sebab aku bukanlah ustaz, baru je nak start”…Hua hua..errrr

Ok. Sebelum meneruskan cerita ada baik semaikan hati kita dengan perasaan takut pada kemurkaan Allah s.w.t. Dari Ma’qil bin Yasaar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kalian dengan alat jahit dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).

Ok. Kalau bab bersalaman pakai lapik, aku pernah alami situasi macam tu.Mari terokai cerita ini…Jom!!!

Suatu ketika di musim hari perayaan, oleh kerana aku sudah lama tidak balik kampung kerana sibuk bertapa di gua usm maka mestilah semua orang rindukan aku kan, jadi berangkatlah aku balik kampung dengan riang gembira dan sedih disaksikan oleh pasangan couple ‘sengal’ dok dalam bas berkepit-kepit. Menyampah aku tengok!

Pada kesempatan hari raya tu, aku sempat jugak balik kampung nenek aku kerana rindu terkenang wajah-wajah nenek yang happy semacam. Kebetulan masa tu, keluarga terdekat pun turut ada. Naik je atas rumah nenek aku, aku salam tanpa lapik dengan dia, aku cium tangan nenek aku sambil aku puji dia dengan mengatakan semakin cantik nenek sekarang ni. Nenek tersenyum sebab dia faham sangat cucunya yang ni seorang.

Next, aku salam dengan pak saudara aku dan dengan anak-anak kecilnya belum baligh samaada lelaki atau perempuan. Lepas sembang-sembang, aku pun merayap ke dapur sekejap tengok apa yang dimasak dan apa yang patut aku makan. Perut lapar beb.

Masuk je dapur, ternampak “Mok Su” aku.., dia punya senyum lebar sambil berjalan ke arah aku. Mok Su terus hulurkan tangan nak bersalaman sebab lama tak jumpa aku, rindu nak pegang tangan aku kot…(aku perasan)…

Aku dengan cepat-cepat pegang hujung baju aku buat lapik tangan, lalu terus salam….

Tiba-tiba…

‘‘Pang !!!’’

“Aduh !!!”

“Sakitttt…!!!”

Kepala aku diketuk. Mok Su aku terus jawab sambil perli aku:

“Amboi, lebai nampak!!!”

Aku bingung, pening jap bercampur perasaan malu. Apa kes Mok Su aku tepuk kepala aku dengan kuatnya ni. Salah ke aku, kata hati kecik aku… Suka hati mak tiri bapak sebelah nenek dia je buat aku macam tu…

Aku pun dengan lawak bodoh kata kat dia,

“alaa orang bergurau je lah Mok Su”

Dia pun tersingih-singih pada aku sambil gosok kepala aku semula… Sayang jugak dia kat aku ni..., tapi buat aku geram jugak… “Mok Su” aku ni tetap jugak pegang kepala aku.., memang tak faham!!! Errr rimas aku macam ni!!!


-Tamat-

Bertapa sakitnya kepala aku masa tu disebabkan terkena “ketukan” berbentuk buku lima atas kepala. Kasihan kat aku.., tolonglah kasihan kat aku! Tapi aku rasa tak kuat lagi tu, aku cadang lain kali kalau boleh ambik lesung ketuk kepala aku ni. Nasib baik aku tak kena sakit jantung walaupun kerap kali makan jantung pisang!Huhu!

Persoalannya.., salah ke aku bersalam berlapik dengan dia? Yang aku tahu, kalau ibubapa aku, semua adik beradik aku, datuk nenek aku, isteri dan kedua mertua aku (insyaAllah coming soon), maka bolehlah aku salam tanpa lapik. Entahlah aku pening lagi ni kena ketuk. Tak boleh nak fikir.

Ketika tu aku jadi serba salah, nak salam ke tak…, dah dia gatal tangan nak hulur, maka takkan aku tak nak salam…nanti apa kata peminat plak! Huhu..nanti jatuh maruah dia plak.

Tapi apabila aku salam guna lapik, dia ketuk kepala aku.., tapi kalaulah aku salam tanpa lapik, kena ketuk dengan api neraka baru tau!!! Murka Allah nanti. Minta dijauhkan…Aku takut padaMu Ya Allah…Tiada gunanya aku menyukakan manusia padahal Allah s.w.t murka.

Entahlah aku tak berapa fasih bab ni…, “Mok Su” kalau dari segi bahasa keturunan dipanggil apa? Mak saudara atau mak sepupu atau mak tiri atau mak mak mak… maklum je kat aku.


P/s: ‘Mok Su’ adalah seorang perempuan pakai tudung berbaju kurung, isteri kepada seorang suami yangmana suaminya adik-beradik kepada ibu aku.

22 comments:

  1. kisah 1
    time orentasi U..ada taklimat dr datuk visi...katanya "klu nnt kmu gred n konvo, sya hulur tgn kmu x smbut..depan mak ayh kmu sya cmpkkn scroll tu...bla..bla." huhuu..kebyaknnya pandang sya..sebb sya yg bertudng labuh.. <--kononya sya la yg akn wat mcm tu nnt.
    time konvo..sya pakai sarung tgan daa~ sambut jgn x sambut..nnt x dpt scroll :p

    kisah 2
    time sya praktikal dip, kena trun padang g hotel2 berurusan ngn customer utk urusan bg tender.. berjumpe org2 koprat ni..ngn bos deprtmnt diorng salam n hlur name kad..ngn sya diorng tunduk n bg name kad je.. hehee..selamat!! <-- diorng pandai hormat gak la bila melihat sya yg bertudng labuh ni..hukhuk

    kisah 3
    menghadiri mjlis ada VIP2 yg hobinye suke salm2 ni mmg pening! walupn dh ada di barisn depan..time slm2 ni g tolak2 org lain yg nk sgt salam ke depn..dan sya wat gerakan yg amat pelahan utk ke belkg tnpa di sedari mereka..hehee :D

    ksmpulnnya : Wlupn nmpk simple,tp mmg susah nk jaga smpai berpeluh2 setiap kli fikir mcmne nak mengelak!!

    ReplyDelete
  2. umuanisah

    wah laju komen.. syabas.. memang betul... byk sebenarnya pkra yg boleh menyebabkn hal-hal bersalamn dngn bkn mahram.. tapi semuanya bgantung kpd diri masing2 ...samaada mahu mengelak atau tidak..

    tima kasih perkongsian cerita yang mnarik..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah masih suci drpd sentuhan.tapi hati taktaw suci ke tak...

    eh,sure ke salam dgn mak sedara takleh???

    ReplyDelete
  5. Salam,

    tu gambar presiden Iran tu hahnya membongkokkan sikit badannya buat mengantikan bersalaman.. Baik punya contoh tauladan tuh.. Mana lagi para pembesar kononnya negara islam nak ikut contoh sebegitu??

    Maaf la ya tak sempat baca lagi artikel kat atas ni, malam nanti sambung dibaca ek..

    ReplyDelete
  6. ziarah76

    a'aa memang panjang..biasalah...blog utk diri sendiri.. mgkin anak cucu boleh baca nanti..

    ReplyDelete
  7. seorangnenektua

    cucu tak faham maksud ayat nenek ni...huhu

    Kelebihan pakai kopiah bila main snooker adalah bila kopiah dimasukkan kemas kemas dalam lobang,boleh main banyak kali dengan bayaran 1 kali

    ReplyDelete
  8. iqbalsyarie

    harap hati pun suci jgk...huhu

    a'aa yang ni nak tanya ni...
    ngan mak saudara blh ke?
    errr...

    ReplyDelete
  9. merah_s

    harap semua orang..bkn shj pemimpin malah rakyat...

    baca je bila free...

    ReplyDelete
  10. salam. rasa macam nak kutuk,heh. saya anti-iran dan syiah2nya. so x brp best nampak muka presiden beliau di blog ni. salah faham terhadap syiah boleh dibanteras jika kita dapat elakkan benda2 macam ni.rujuk blog2 anti syiah,dan sebaiknya web JAKIM sendiri supaya kekentalan permusuhan terhadap syiah dlm diri menebal,heh. dalam satu blog lain, Syeikh Yusof Qardhawi bersalaman denagn isteri seorang pemimpin arab, dan itu dibenarkan dalam Islam berdasarkan hujah tertentu..

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  11. Salamun'alayk, entry yg sangat bermanfaat.. kadang2 kita pandang remeh soal berjabat tangan antara bukan mahram ni, lantaran berleluasanya perbuatan ni di kalangan ummat, terutamanya pembesar2 yang dilihat oleh khalayak ramai, alah bisa tegal biasa...

    saya juga selalu mengelak dari bersalaman dengan suami ibu saudara saya, dan selalu ditegur oleh ayah depan2 orang ramai, agak malu ketika itu seolah-olah saya yang jahil dan tidak tahu menghormati orang tua,

    namun setahu saya, kita haram nikah dengan ibu/bapa saudara, maka kita adalah mahram boleh bersalaman dengan mereka, tapi dengan suami/isteri kepada ibu/bapa saudara kita adalah haram seperti "mak Su" di atas... perbetulkan jika saya salah..waLLAHu a'lam...

    terima kasih atas perkongsian.. ^_^

    ReplyDelete
  12. tambahan, saya pernah terdengar dari guru sekolah saya bahawa.. "harus" hukumnya menyambut salam bukan mahram di khalayak, demi ingin menjaga air muka dan maruah orang tersebut, apetah lagi jika dia adalah orang besar dan kenamaan, tapi saya tak pernah merujuk pada ustaz dan alim ulama'...

    maka tidak pasti dengan hukum di atas, minta nyatakan sesiapa yg tahu, terima kasih ^_^

    ReplyDelete
  13. salam...

    syukran tuan,
    peringatan yang bermanfaat...

    cuma, nak bgtahu je(",), saya lagi suka cara penulisan tuan melalui artikel-artikel lama saudara...lebih lembut cara penyampaiannya, lagi menyentuh...

    itu sahaja...tidak bermakna saya tidak suka cara baru, dua-dua bermanfaat...cuma lebih suka cara lama('',)...

    maaf ya...terima kasih...

    ReplyDelete
  14. Ibnu Mutalib

    salam..blh aje nak kutuk pun..he. betul ke cerita tu? aiii kalau dlm gmbar..macam2 orang boleh buat.. hati2 tuan.. kita bkn bercakap pasal fatwa tp taqwa..

    ReplyDelete
  15. WeLove|sLam

    salam.. a'aaa macam tulah..kadang2 kita akan rasa bersalah sgt...tp nak buat macamana.. perintah Allah kena dahulukan...apa2 pun baik tanya ustaz dulu.. takut jgk ana nak berfatwa

    ReplyDelete
  16. Resmipadi

    alhamdulillah sekian lama saya menunggu ada orang yang sudi menegur saya.. sebenarnya saya pun rasa kelainan sebab memang bkn jiwa saya...

    maafkan saya selama ni...
    harap entry yg terbaru ok.. tapi rasanya itulah yg last..lepas ni...lama lagi akan muncul... tapi jangan risau..bkn berhenti membaca blog-blog tetapi berhenti menulis je...

    syukran atas peringatan yg diberikan dlm email.. :)

    ReplyDelete
  17. Salam dakwah, Peluncur Islam....

    Alhamdulillah Ya ALLAH,..penyampaian yg sampai pd hamba ini. Syukran Jazilan Peluncur Islam, teruskan usaha dakwah ini tidak kira wlau di mne kita berada..sama2 usaha atas iman dan amal kita, fikir risau umat Nabi S.A.W, doa hidayah umat seluruh alam supaya sama2 mengamalkan agama yg sempurna, ikut cara Nabi S.A.W..

    ReplyDelete
  18. saudara, saya nak share artikel ni dgn kawan2 boleh?

    ReplyDelete
  19. aisyahHumaira

    insyaAllah sama2 kita bergerak atas kerja dakwah... umat semakin dalam keadaan iman tersiksa ....sedangkan kita banyak ketawa... kurang sangat mengalir air mata...

    sama2 kita usahakan atas iman dan amal...
    wududkan fikir risau sptmana fikir risau nabi s.a.w.

    ==============
    nurul

    insyaAllah boleh... semoga dapat ambik manfaat...

    ReplyDelete
  20. aku suke ape yg kau tulis
    tbe2 terasa kita ni sama style.

    ReplyDelete
  21. salam tuan.
    betul ye, kalau pakai kpiah di mana-mana buat kita rasakan kita orang islam?
    tak pernah rasa
    mungkin nak try pelan2

    -ikan kembung-

    ReplyDelete

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin