April 1, 2010

Masih boleh ketawa?


***ada sesetengah orang Melayu beragama Islam masih boleh tersengih dan ketawa.., apabila mendengar dan berbual pasal orang bukan Islam mati masuk neraka.., sedangkan nabi s.a.w mengalirkan air mata.., apabila melihat jenazah yahudi melalui di depan mata!!! Nasihat aku.., usahalah atas hidayah.., melalui perantaraan kerja dakwah.., sebab hidayah adalah hadiah.., untuk insan yang terus bermujahadah.., tanpa mengenal penat lelah.., kerana kesenangan menanti di Jannah!***

Sedang aku dok menghabiskan bacaan surah al-Mulk dan as-Sajadah sambil tunggu waktu isyak, maka tiba-tiba terdengar di telinga aku daripada beberapa orang warga tua dalam masjid bahawa seorang bangsa Siam beragama Budha telah mati akibat dilanggar oleh seekor babi di kampung nenek aku. Ha ha ha (gelak ketawa mereka dalam masjid)

Kacau betul! Aku nak baca al-Quran pun jadi tak khusyuk. Apa lagi, aku pun berhenti sekejap lalu bertanya siapakah yang mati tu.., maka dijawab salah seorang warga tua dalam masjid sambil tersengih-sengih menyatakan namanya si fulan anak lelaki si fulan.

Tersentak dengan tu, mata aku mula berair… “busuk” betul aku! Ah, peduli apa aku. Lalu mengalirlah air mata sambil menyambungkan kembali surah yang telah aku “pause” tadi kerana Nabi s.a.w tidak akan tidur selagi surah al-Mulk dan as-sajadah belum dibaca.

Lain jadinya aku kali ni, Nabi s.a.w dan sahabat r.hum baca al-Quran apabila baca ayat mengenai azab maka mereka menangis tetapi aku dengar cerita orang kafir mati tersedih keseorangan. Apa nak jadilah aku ni!

Di telinga aku masih kedengaran topik yang panjang lebar oleh ahli jemaah masjid yang kebanyakkan warga tua.., mereka ketawa dan tersengih tanpa ada sedikit pun fikir dan risau pasal orang Siam tu mati pada sebelah petang hari kejadian.

Pun begitu, selepas aku balik ke rumah.., kedengaran ahli keluarga aku pun jugak turut bercerita pasal si fulan anak lelaki si fulan mati dilanggar babi. Melihat reaksi adik-adik aku yang tersenyum-senyum sambil bercerita pasal perkara tu.., aku telah pergi menegur mereka dengan hikmah…lalu aku bercerita pasal kisah nabi s.a.w yang menangis bila melihat jenazah yahudi melalui di depan baginda.

“Oooo.., macam tu” Jawab ahli keluarga aku setelah mendengar cerita panjang lebar serta sedikit bentuk fikir dan risau yang aku bagi kat mereka. Semuanya dari Allah s.w.t.
Jadi timbul persoalan kenapa orang Islam apabila dengar orang bukan Islam mati.., maka tidak menangis seperti Nabi s.a.w?

Pertama sebab dalam diri kita masih tiada fikir dan risau sepertimana nabi s.a.w mempunyai fikir dan risau ke atas umat!

Nabi s.a.w apabila menziarahi bapa saudaranya Abu Talib di saat beliau tenat menghadapi sakaratul maut.., maka Nabi s.a.w penuh kerisauan telah mengajar mengucap dua kalimah syahadat serta beberapa kali mengulanginya. Sehinggalah Abu Talib telah menjawab sebagai ucapan terakhir kepada mereka bahawa dia tetap bersama agama Abdul Mutalib malah enggan mengucapkan dua kalimah syahadat.

Bertapa tingginya fikir dan risau Nabi s.a.w untuk selamatkan bapa saudaranya serta umatnya daripada memasuki neraka. Sayangnya Nabi s.a.w kepada kita semua.., tetapi apakah kita mempunyai kasih sayang yang sama terhadap baginda s.a.w?

Jadi lanjutan daripada peristiwa Abu Talib tulah.., telah turun ayat 56 dari surah al-Qasas yang maksudnya,
“Sesungguhnya engkau Muhammad tidak berkuasa memberi hidayah iaitu petujuk kepada sesiapa yang engkau kasihi supaya dia menerima Islam tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah iaitu petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya iaitu menurut undang-undang peraturanNya”

Menurut tafsir yang dikemukakan oleh ulama.., ayat ini membawa maksud Nabi s.a.w tidak boleh membawa sesiapapun yang baginda kehendaki masuk ke syurga. Hanya Allah s.w.t sahaja yang boleh berbuat demikian. Baginda s.a.w hanya boleh menyampaikan sahaja.

Selepas itu, manusia sendirilah yang akan merenung dan memproses ilmu yang disampaikan sama ada mahu menerima atau menolak. Jadi tugas para pendakwah hanya boleh berusaha menyampaikan kepada orang ramai; selebihnya terpulanglah kepada mereka sama ada mahu menerima ataupun tidak.

Berbalik kepada kisah si fulan anak lelaki si fulan yang telah mati. Sebenarnya beberapa hari sebelum tu, aku telah lalu dirumah dia sambil aku nak ke rumah nenek aku. Jadi hati aku tergerak sekejap nak berjumpa dengan dia ketika melihat dia berada di halaman rumahnya.
Lalu aku mematikan enjin motosikal dan mulalah aku bersembang panjang dengan dia. Aku hanya boleh tunjuk akhlak je…melalui cara banyak bertanya khabar pasal dia. Dalam hati aku ketika tu terdetik “ya Allah, bagilah hidayah kepada dia”

Namun begitu.., setelah lama aku bermesra rakyat.., aku mengundurkan diri sambil dia kelihatan terpegung mungkin disebabkan seorang yang berjubah serta berkopiah datang berjumpa dan bercakap dengan dia.

Mungkin sebelum ni, tiada orang yang jumpa dia macam begitu.., lagipun di kampung nenek aku tu.., penduduk di situ macam tidak ambik kisah kepada mereka. Yang mereka tahu.., parti parti parti!!! Bengang betul aku! (aku marah ni..,heha!)

Bila sudah taksub berparti.., maka lahirlah golongan yang pentingkan diri sendiri… Orang bukan Islam dibiarkan begitu sahaja. Bukanlah maksud aku untuk menyuruh korang (kepada penduduk kampung tu) pergi dakwah melalui percakapan kat mereka tetapi tunjukkanlah akhlak yang baik kepada mereka.

Bahkan ketika aku kecil-molek dulu.., ada seorang beragama hindu situ telah memeluk ugama Islam tetapi malangnya kerana orang kampung situ tidak mempedulikan dia.., tidak menunjukkan akhlak yang baik.., tidak mengajar bab agama.., tidak bagi makan dan minum sepertimana hak yang patut dia terima.., atau tidak ambik cakna pada dia.., maka lama-kelamaan dia telah kembali masuk ajaran agama lamanya.

Sedihnya aku ketika ini tetapi ketika itu.., aku tidak tahu apa pun.., boleh tersengih, tersenyum, gelak ketawa apabila dia mati tidak lama kemudian. Ketika tu, aku belum lagi dapat usaha dakwah.., belum jugak dapat sedikit fikir dan risau dalam diri dan umat.., dan belum jugak blog fikirdanrisau diwujudkan! Sekarang barulah aku nak menceritakan dalam blog ni.

Ok. Perkara kedua yang menyebabkan ramai orang yang ketawa bila dengar cerita si fulan anak lelaki si fulan mati adalah kerana kisahnya mati dilanggar babi. Setahu aku, memang dia ni penembak babi dan mungkin jugak pemakan babi.. “kuk buh teh” maka dia sendiri telah digonggong babi ketika dalam penjalanan pulang ke rumah.

Bagi aku itu bukanlah suatu yang perkara yang melawakkan tetapi itu suatu cerita yang cukup tragis, sedih, pilu, dan apa-apa aje. Jadi pesan aku kat orang yang ketawa bila dengar orang kafir mati adalah banyakkanlah menangis doa keampunan dari Allah sebab Allah s.w.t memberikan kita kalimah iman tetapi kita langsung tidak menegakkan kalimah Allah atas muka bumi.

Sesetengah kita yang beragama Islam seolah-olah berada di “muka pintu”.., masuk rumah pun tidak.., keluar rumah pun tidak. Orang bukan Islam nak “masuk rumah” pun susah sebab orang Islam menjadi penghalang orang bukan Islam “masuk rumah”!!! Fikirkanlah…

Jadi sebab itulah.., usaha yang berterusan perlu dibuat ke atas orang Islam agar orang Islam sendiri faham akan tanggungjawab dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi. Bahkan orang Islam sendiri sekarang semakin jauh dari amalan agama! Cara kehidupan seolah-olah tiada bezanya dengan orang bukan Islam.

Suatu ketika dahulu lamanya di pejabat agama.., orang bukan Islam datang ke pejabat untuk mengisi borang masuk Islam tetapi sebab usaha dakwah tidak dilakukan dengan sungguh-sungguh maka lahirlah apa yang terjadi sepertimana yang kita dengar beberapa tahun lepas yakni…

“sekarang orang Islam datang ke pejabat agama untuk mengisi borang tukar kepada agama lain”

Ya Allah.., menangislah kita.., menangislah kita.., menangislah kita!!!

Tapi aku tahu korang susah nak menangis sekiranya korang tidak pernah susah payah untuk agama. Bila korang tidak susah payah untuk agama maka perasaan cinta agama sangat kurang…Tapi bila korang susah payah untuk perkara dunia.., segala kekurangan dalam perkara dunia maka korang boleh menangis plak!!!

Bertapa jahilnya dan sengalnya jika berlaku pada korang. Bahkan paling ketara tahap kesengalan korang adalah apabila terdengar dan terlihat orang Islam tidak solat.., tidak menutup aurat.., korang masih boleh ketawa!!!

Dan yang paling dan paling dan segala paling-paling sengal adalah bila korang sendiri tidak solat atau tidak puasa.., masih boleh tersengih dan ketawa!!! Pernah aku bersama beberapa orang kawan kat kolej dulu.., aku kejutkan sesetengah kawan aku pada sebelah pagi selepas habis waktu subuh.., aku tanya “dah solat ke belum?” Lalu dijawab sambil tersengih “alaaa, tak solat lagi lah bro!” Eeee..aku bagi siku ONG BAK kan baru tau.., ya Allah hidayah.

Berduyung-duyung orang tidak solat.., macamana orang bukan Islam nak tertarik pada agama Islam malah mereka langsung tidak takut dan gentar pada orang Islam. Padahal sepatutnya orang Islam yang diberikan kuasa oleh Allah s.w.t berhak menjadi khalifah atas muka bumi ini. Tetapi oleh kerana kelemahan orang Islam sendiri yang sering mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah maka Allah s.w.t seolah-olah tidak memandang dengan pandangan kasih sayang.

Lihatlah orang Islam sendiri berpecah-belah.., umno, pas, keadilan.., tidak bertegur sapa walaupun berjiran, caci mencaci antara satu sama lain dalam keadaan bermain politik secara tidak menyihatkan.., sedangkan masjid dibiarkan kosong tetapi di tapak ceramah parti jadi tumpuan! Kat luar negara plak berlaku serangan ke atas penduduk negara Islam. Bukankah ada hadith menyebut mafhum lebih kurang.., “apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain.., mereka akan gugur daripada pandangan Allah s.w.t”

Sedarlah kita.., hari ini kepincangan dari segi agama, akhlak dan moral semakin menjadi parah. Boleh jadi masyarakat sudah mengetahui formulanya tetapi engggan mengamalkan atau boleh jadi mereka sungguh tidak mengetahui.

Sebenarnya penyakit sekarang hanya boleh diubati dengan solat berjemaah kerana itulah yang dilakukan pada zaman nabi s.a.w. Buktinya ialah tiada seorang sahabat yang meninggalkan solat berjemaah kecuali orang yang munafik sahaja.

Pihak zionis jugak telah mengetahui kekuatan umat Islam melalui solat berjemaah. Mereka telah membuat kenyataan bahawa:

“jika kita (zionis) datang ke masjid orang Islam pada waktu subuh dan kita melihat bahawa tiang masjid lebih banyak daripada bilangan ahli jemaahnya maka kita JANGAN RISAU kerana itu menandakan umat Islam SANGAT LEMAH. Tetapi suatu ketika bila kita datang masjid pada waktu subuh dan kita lihat orang islam memenuhi masjid, maka di saat itu kita perlu berwaspada kerna itu menandakan kebangkitan orang Islam. Orang Islam sudah mempunyai kekuatan dalaman yang mampu untuk menghancurkan dan menewaskan kita”

*FIKIR DAN RISAUlah!!! sekiranya kita tahu.., pasti kita akan banyak menangis dan kurang ketawa!!!*


P/s: Manusia pelupa.., hari ini dia mengalirkan air mata.., hari esok dia kembali gelak ketawa.., hari ini dia bertaubat.., hari esok dia buat maksiat.., Ya Allah.., berilah hidayah pada kami ini..

7 comments:

  1. Aku suka sgt entry ni!sgt2 memotivasi dan menginsafkan.Ya Allah,berikanlah kami hidayahMu

    ReplyDelete
  2. salam

    saat ini, menitis air mataku,
    risaukan diri yang kadang-kadang tiada risau pada ummah...

    benar...andai aku juga mengetahuinya...tentunya hilang tawaku pada dunia yang akan musnah ini,

    Ya Allah...sesungguhnya Engkau telah mengingatkan kami,

    "kemanapun kamu berada, kematian pasti akan mendapatkan kamu meskipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh"
    an-nisa':78

    "...demi Tuhanku, kamu pasti akan dibangkitkan, kemudian diberitakan semua yang telah kamu kerjakan..."
    at-taghabun:7

    pastinya aku akan dipersoalkan balik tentang apa yang telah aku kerjakan...amanah yang belum selesai...kurangnya fikir dan risau ku pada ummah...pada agamaMu...

    "Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik"
    al-hadid:16

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  3. salam aleik...sering saja ukhti tergelak ble mndengar brita y agak aneh seperti ini....nampak nya ukhti la salah seorang sengal y akhi kerap katakan dlm entry.......hidayat....hidayat...

    ReplyDelete
  4. menitis air mata baca entry ni.. tima kasih akhi

    ReplyDelete
  5. masya ALLAH... orang jahil mcm ana ni langsung tak tahu, tima kasih akhy! minta copy paste di laman sosial ana ya, moga dapat bagi peringatan pada semua dengan kehendak ALLAH...

    ReplyDelete

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin