May 19, 2009

Sempena sambutan ulang tahun kelahiran


Lebih kurang pukul 11.30 bertarikh 11/05/2009, aku berjalan ke katil untuk meng’landing’kan diri. Aku mula menekankan handphone dan set masa untuk aku bangun kembali pukul 1 pagi. Aku terus mematikan handphone aku supaya aku boleh tidur dengan tenang tanpa diganggu oleh bunyi mesej atau panggilan orang lain. Seperti biasa aku akan pastikan sebelum aku tidur adakah aku telah sempurnakan bacaan surah al-Mulk, tidur dalam keadaan berwuduk dan tidak lupa untuk mewiridkan tasbih Fatimah. Aku membaringkan lambung kananku dan muka mengadap ke arah kiblat. Aku meletakkan tangan kananku di bawah pipi kananku sambil memikirkan segenap perjuangan Nabi s.a.w dalam menyampaikan risalah kepada umatnya. Aku mula teringatkan sirah nabi s.a.w apabila baginda hendak tidur, air mata mulia baginda mengalir memikirkan dan risau keadaan umatnya disayangi. Aku cuba berusaha untuk mengalirkan air mata tetapi jauh sekali tidak dapat kerana banyak sangat dosa yang telah menjadi karat melekat di hati. Aku mula istighfar dan mula muhasabah diri hari-hari yang telah lalu. Teringat pula pada dosa-dosa yang dilakukan. Aku hambaNya yang biasa, lemah, jahil dan daif tanpa pimpinanNya. Dalam setiap hari mesti aku tidak terlepas dari melakukan dosa. Aku mula berdoa “Ya Allah ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, ampunkanlah dosa aku samaada yg sedar atau tidak, samaada dosa kecil atau besar, samaada dosa yg dbuat secara sembunyi atau terang-terangan, samaada dosa yg sering hambaMu ini bertaubat tetapi sering mungkir janji, samaada dosa yg tahu atau tidak tahu. Ampunkanlah dosaku, kedua ibubapaku, adik beradikku, guru-guruku, jiran tetanggaku, sahabat-sahabatku, dan umat seluruh alam. Ya Allah kasihanilah hambaMu ini . Pandanglah hambaMu ini dengan rahmat kasih sayangMu dan berikanlah kami hidayat dan kekalkan kami dengan hidayat”. Selepas itu, barulah ....(potong).... Akhirnya aku membaca doa tidur dan mewiridkan kalimah syahadah sambil memejamkan mata aku. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz….. Toot..toott.. tooott…toottt.. aku dikejutkan bunyi handphone tepat pukul 1. Aku terus on kembali handphone aku dan tiba-tiba bertubi-tubi mesej memenuhi inbox aku dengan mengucapkan selamat hari ulang tahun yg ke 23. Aku terharu masih lagi sahabat-sahabatku yg masih ingat tarikh kelahiran aku tetapi hati aku masih sedih kerana hari lahir aku sudah diketahui tetapi hari kematian aku tidak tahu. Benarlah sabda Nabi s.a.w bahawa orang yang cerdik adalah orang yang banyak mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya. Jika difikirkan aku masih lagi takut untuk mati kerana masih aku belum bersedia. Ampunkan dosaku Ya Allah. Jadi adakah hari ini aku dan anda sekalian ingat mati? Adakah lebih ingat hari lahir berbanding hari kematian? Sama-sama kita fikir dan risaukan…

Moral of the story: Malu juga nak citer perkara macam tu tapi tak pelah hanya sekadar peringatan buat diriku dan orang yang mahu mengambil manfaat.Dulu kecil, sekarang dah besar, sekarang aku hidup dan lepas ni aku dan makhluk yang hidup tetap akan mati, yang kekal hanyalah Allah s.w.t. Oleh itu, sambutan ulang tahun kelahiran sepatutnya dijadikan kayu pengukur samaada nikmat usia dikurniakan benar-benar kita hargai. Masa tetap akan berjalan tanpa menunggu kita. Masa boleh diibaratkan ais. Kenapa ais bukannya emas? Jika seketul ais diambil dan diletakkan di atas meja dibiarkan begitu sahaja, maka sedikit demi sedikit ais itu akan cair tanpa sebarang manfaat. Sebaliknya jika kita mengambil seketul ais dan diletakkan di dalam secawan air maka ais itu kita boleh minum samaada teh o beng, milo beng, nescefe beng yang mana insyaAllah sedap di waktu kita kepanasan. Begitulah masa yang mana masa tetap akan berjalan dan perlu kita tanya pada diri samaada masa yang berjalan itu kita gunakan untuk perkara manfaat atau sebaliknya. Selagi jantung masih berdegup, adakah kita terus menjadi hamba yang taat atau ingkar, adakah kita menjaga hubungan sesama insan dengan baik atau kita selalu menyusahkan orang lain, adakah nikmat yang diberikan Allah s.w.t kita gunakan dengan cara yang betul?

Daripada Abdul Rahman bin Abi Bakrah daripada ayahnya, seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah! Siapakah sebaik-baik manusia? Berkata Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya dan umur itu dipergunakan untuk berbuat kebaikan. Berkata lelaki itu lagi: Siapakah sejahat-jahat manusia? Rasulullah s.a.w bersabda: Sejahat-jahat manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya tetapi digunakannya untuk berbuat kejahatan”. (hadith riwayat al-Tirmizi)

Usia yang panjang adalah nikmat tidak ternilai, dengannya kita dpat terus beribadat, berdakwah, merasai nikmat, berkongsi kebahagiaan dan merencana masa depan. Jika nikmat usia diambil semula pemilikNya, maka kita tiada peluang untuk terus menjadi hamba yang taat dan bersyukur.Sebab itulah jika kita ingat bahawa setiap yang bermula itu ada akhirnya, maka usia adalah satu peringatan yang sangat bermakna. Firman Allah s.w.t yang bermaksud “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang sudah ditetapkan, maka apabila datang tempohnya, tidak dapat dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan” (Surah al-Araaf, ayat 34).

Kita perlu sedar dari awal dan tahu bahawa kematian adalah pengakhirnya. Setiap kita tidak ada yang tidak mempunyai dosa tetapi kita harus sedar dosa yang kita lakukan dan kita bertaubat pada Allah s.w.t. InsyaAllah semoga aku dan anda dapat amalkan dan sampaikan.

2 comments:

  1. tambahan..
    harap kita faham dua perkataan... jadi atau lahir.. kita bukan smbut hari jadi tp sambut hari lahir.. Allah jadikan kita masa dlm perut ibu lg.. ok..

    ReplyDelete

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin