May 10, 2009

Bertenang, jangan ketawa

Pada satu ketika di dalam masjid Khalid al-Malik USM, lepas solat sunat asar aku dok sat menunggu bilal iqamat sambil mewiridkan zikir dan tiba-tiba mata aku terpandang seorang pakcik sedang berjalan menuju ke arah seorang yang sedang bersolat sunnat. Di dalam hatiku, habislah kali ni berlaku lagi orang yg tidak mengetahui adab masjid dan solat. Pakcik itu terus melangkah untuk pergi ke tempat yg dia tujui tetapi melalui barisan orang yg sedang bersolat sunat. Dalam hati aku, mungkin pakcik itu tidak perasan kot ada orang sedang bersolat di depannya. Apabila sampai sahaja pakcik itu di tempat individu yg bersolat tersebut, maka individu itu yg memahami adab telah mengangkat tangannya ke depan dengan bertujuan mengisyaratkan bahawa tidak boleh melintas ketika orang tengah bersolat. Alhamdulillah tindakan yang betul dilakukan oleh individu tersebut tetapi tiba-tiba pakcik yang melintas individu tersebut bertindak balas dengan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan orang yg bersolat tersebut. Haaaa..naik gelak dlm hatiku keseorangan, nak tercabut anak tekak rasanya. Hehe. Individu yg bersolat tu pun turut bersalam lah dengan orang melintas itu. Lepas itu, pakcik tu juga teruskan melangkah ke tempat yg nak ditujuinya. Aku yang memerhati masih lagi tersenyum keseorangan melihat aksi mereka berdua. Naik berair mata aku tersenyum kat mereka ni. Nak tergelak. Hehe.. Lepas tu, aku nak solat asar pun aku cuba utk kawal emosi dan lupakan pkara aku tengok td. Alhamdulillah berjalan lancar solat tanpa tergelak dlm solat. Tetapi sekarang apabila diingatkan kembali keadaan tersebut telah membuatkan aku tersenyum. Geli hati rasanya. Hihi…

Moral of the story: Perkara orang selalu melintas ketika orang bersolat sering terjadi di depan mata aku sendiri malah pernah terjadi seorang sedang hendak melintas ketika aku solat sunat sebelum jumaat. Perkara yg sama, aku telah mengangkat tangan dan alhamdulillah orang tersebut faham akan tindakan aku itu dan tidak melintas depan aku bersolat. Kita patut fikir dan risaukan perkara sebegini kerana masih ramai lagi tidak mengambil berat tentang adab-adab termasuklah diri kita.

Kadang-kadang jika diperhatikan ada orang solat depan kawasan pintu sedangkan tempat tersebut orang lalu lalang. Pelik jika diperhatikan. Kadang-kadang tertengok orang melangkah kaki kiri ke dalam masjid dan keluar masjid guna kaki kanan. Menjadi sudah tidak ada risau jika kita pergi sesuatu masjid atau surau penduduk ahli kariah masih membincangkan perkara dunia dlm masjid. Malah yg paling tidak elok apabila perkara dunia dimasukkan ke masjid: handphone tidak di’silent’kan ketika solat. Semua jemaah terganggu dgn asbab perbuatan lalai kita. Ada juga yang mana mereka tidak menghormati al-Quran, ada yang baca al-Quran sambil baring dlm masjid, ada yang meletakkan al-Quran semasa baca sama aras dengan paras kaki (tidak letakkan rehal atau atas riba). Semua pkra ni biasa terjadi depan mataku dan ada kekuatan maka aku akan tegur dengan hikmah, jika tiada kekuatan nak tegur maka aku suruh orang yg layak utk tegur atau sekurang-kurangnya aku doakn kpd Allah spy ampun dosa aku dan dia kerana tidak mengetahui. Kadang-kadang orang menganggap perkara sebegini biasa saje tetapi sebenarnya jika kita tidak mengikut adab sepertimana yg digariskan dlm Islam sebenarnya kita telah biadap. Kita perlu peka adab sebegini walaupun nampak kecil tetapi sebenarnya jika difikirkan kalu perkara yg kecil kita tidak mengambil berat maka apatah lagi perkara yg besar yg perlu kita laksanakan.Fikirkan dan risaukanlah ketika bersendirian.

Dimanakah punca kesilapan ini? Adakah kita tahu sedikit sebanyak adab-adab masjid, tandas, makan, tidur, kenderaan dsbnya yg mana menjadi rutin harian kita? Pertama,silap kita kita tidak mahu belajar atau dah tahu tapi tidak ada kekuatan utk amal atau kita sendiri lupa atau kita sendiri anggap perkara adab ni kecil sahaja sehingga mengabaikannya. Jika kita biasa khuruj ikut jemaah keluar jalan Allah, 3 hari atau 40 hari atau 4 bulan, kita akan didedahkan dengan muzakarah tiap-tiap hari. Kalu lebih banyak mengorbanan utk agama dibuat,semakin banyak yg dpt dipelajari spt adab musafir,adab masuk kampong, adab ziarah, adab memasak dsbnya. Macam-macam muzakarah adab yang ada yg kita tidak tahu belum kita amalkan. Semakin banyak kita keluar, maka semakin banyak kita belajar. Malah berbagai pandangan yg baik dan ustaz dari pelbagai tempat kita boleh bermuzakarahkan dengan mereka. Tidak perlu aku ceritakan dengan panjang lebar kat sini tetapi aku hanya bagi galakan supaya mana-mana yg mereka belum lagi keluar jemaah, maka keluar lah segera. Banyak manfaat. Andai kata anda tidak pernah makan durian dan tidak pernah merasai nikmat isi durian maka aku boleh ceritakan dengan panjang lebar kesedapan, kelazatan, kemanisan buah durian tersebut. Tetapi jika anda sendiri tidak mencubanya, tidak merasainya maka sia-sia sahaja aku ceritakan. Oleh itu, cuba dulu baru tahu. Kalau yg sudah biasa keluar jalan Allah, maka teruskn dengan istiqamah dan sentiasa untuk meningkatkan pengislahan diri dan manfaat pd ummat. Semoga Allah s.w.t terima kita semua dlm buat usaha agama. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin