March 18, 2009

Kematian tetap akan datang

Salam... kata2 dibawah ni saya petik drp radio IKIM.. Semoga kita mendapat manfaat. InsyaAllah...


Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan

Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan

Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih

Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai

Lalu dilaksanakan solat jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam

Beserta Fatihah, selawat dan doa

Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus

Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud

Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat

Sebelum kamu diusung ke liang lahad

Menjadi makanan cacing dan ulat

Iringilah dirimu ke masjid

Sebelum kamu diiringi ke pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia

Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan

Dengan panggilan Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal

Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada

Kamu tetap memijak di bumi Tuhan

Dan dibumbungi dengan langit Tuhan

Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya

Sebelum Dia memangggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah

Lalu menjadi seketul daging

Lalu daging itu membaluti tulang

Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Yang kalau jatuh ke tanah

Ayam tak patuk, itik tak sudu

Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu

Yang lebih agung dari malaikat

Sambutlah seruan “Hayya alas solah”

Dengan penuh rela dan bersedia

Sambutlah seruan “ Hayya ala falah”

Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal

Menjadi bekal sepanjang jalan

Menjadi teman di perjalanan

Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera

Isteri, kad kredit dan kereta

Kondominium, saham dan niaga

Kalalu dahi tak mencecah sejadah di dunia.


1 comment:

  1. yup mmg selalu dgr kat ikim.. tp bukan setakat dgr je harap2 ia dpt memuhasabahkan diri kita utk menyediakan bekalan sblm kembali semula menemuiNya

    ReplyDelete

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin