March 7, 2009

Hidup saya lebih tenang- Dr. Sam

BARU-BARU ini, sisipan Mega Utusan Malaysia menyiarkan rencana mengenai 'bekas' artis dR. Sam. Walaupun rutin hari-hari saya ialah membaca akhbar tetapi pada hari itu tidak perasan pula tulisan itu sehingga lah ia diberikan oleh ahliah. Ia boleh di baca DI SINI.
Antara kata-katanya:
"Apa lagi yang kita mahu cari dalam hidup ini selain keredaan Allah. Apa yang kita kejar sangat kerana semua yang kita punyai di dunia ini hanya pinjaman.
"Kita pinjam semua itu daripada Allah s..w.t dan apabila sampai masanya, Dia akan ambil dan apakah bekalan kita?
"Sebab itu, biar apapun anggapan orang tentang penampilan saya, hidup saya hari ini lebih tenang dan bahagia. Tak perlu nak fikir show di mana atau berapa bayaran yang akan di terima.
"Dengan usaha saya hari ini, saya bersyukur dan yakin setiap apa yang terjadi sudah ditentukan Allah. Hidup mati kita dan rezeki semuanya ditentukan Allah dan syukur alhamdulillah hidup saya cukup tenang dengan pendapatan begini."
Selesai membacanya, teringat pula kira-kira enam atau tujuh tahun lepas semasa tinggal di Bandar Tun Razak yang mana Masjid Sri Petaling adalah lokasi dikunjungi setiap hujung minggu atau Sabtu malam Ahad. Masa itu, selalu juga ternampak dR. Sam berlegar-legar di markas dan kadang kala ternampak juga kelibat beberapa 'orang seni' lain yang begitu ketara perubahan diri mereka dengan sebahagiannya difahamkan sudah memulakan 'hidup baru' yang penuh ketenangan dan kebahagiaan dalam jalan hidayat.
Walaupun lazimnya di masjid itu terdapat ramai pelajar madrasah, orang2 alim, ustaz-ustaz, maulana hingga orang kebanyakan dari peniaga, penyapu jalan hingga ke orang besar, namun kehadiran golongan artis itu menjadi asbab hidayat luar biasa kepada sesetengah pihak.
Mana tidaknya, jika dilihat seorang ustaz atau orang agama berada di masjid, memakai jubah, serban dan mengamalkan sunnah nabi s.a.w yang lain, maka ia mungkin suatu gambaran yang biasa dilihat oleh masyarakat. Tetapi bagaimana pula apabila kita melihat mereka yang bergelar artis tiba-tiba dengan begitu bersungguh-sungguh dan tekun mengamalkan amalan agama, sunnah-sunnah baginda s.a.w dan sanggup menyingsing lengan memperbaiki diri dan turun padang ke dalam masyarakat dalam kerja dakwah. Maka ia sesuatu yang sudah tentu bukan perkara biasa dan tentunya ada kekuatan luar biasa yang mendorong golongan yang dikatakan 'tegar dalam hiburan' ini berubah. Dan membuktikan betapa Allah Maha Kuasa dan Dia boleh mengubah sesiapa sahaja yang Dia kehendaki untuk tujuan agama.
Dalam usaha agama terdapat pelbagai golongan, dan sudah tentu terlalu besar hikmah Allah memilih golongan 'seni' seperti mereka untuk turut terlibat dalam usaha yang murni ini sebagai asbab hidayat kepada orang lain pula. Asbab pengorbanan mereka dan orang-orang lama maka golongan seni lain yang hingga ke bawah tanah pun dapat merasai kemanisan iman dan amal.
Salam sejahtera lah kepada mereka yang beruntung kerana diberikan taufik dan hidayat untuk berada di jalan ini yang mana boleh memberi keselamatan di dunia dan azab yang pedih di akhirat. Semoga Allah pilih kita lagi dan lagi hingga tiada lagi. Amiinn.


Sumber drp sahabat ana ...http://ziarah76.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin