February 14, 2010

Sayang pada yang telah mati?

Tiada siapa yang inginkan kesusahan atau kesakitan melainkan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t dan barangsiapa yang sabar dalam setiap ujian-Nya maka dijanjikan Allah akan ganjaran pahala. Begitulah hakikatnya yang telah dialami oleh datuk aku saat ketika ni akibat diserang penyakit strok secara tiba-tiba. Maka ramailah yang datang menziarahinya termasuk kaum kerabat yang jauh. Tiap-tiap malam aku dan keluarga ziarah untuk baca yassin dan cari tukang urut yang sesuai.

Dah hampir dua minggu, keadaan semakin tidak stabil sehingga memaksa anak cucu semua pulang kampung. Kadang-kadang aku jugak turut memandikan datuk di waktu tengahari. Kasihan datuk aku, dia tidak boleh berjalan, bercakap tidak dapat, badan jadi kaku…itulah biasanya terjadi kepada sesiapa yang kena penyakit strok.

Pelbagai usaha telah dibuat, baca yasin, solat hajat, urut tradisional, bagi suntikan kat hospital, bomoh pun ada jugak…ish.. Ketika melihat keadaan datuk yang semakin tua dan tidak berdaya, teringat aku ayat dalam al-Quran mengenai apabila usia semakin bertambah maka kehidupan berubah menjadi seperti kanak-kanak.

Betul itulah hakikat yang menimpa sesiapa yang semakin tua…makan pun kena suap, kena dimandikan, kena pakai pampers, suara pun jadi tak jelas bahkan nak bagi air minuman pun kena guna botol susu bayi... bak kata menjadi seperti peringkat awal kelahiran bayi.Masa tu, tiada lagi perasaan malu sebab sudah terlantar sakit..tidak boleh buat apa-apa…hanya harap kepada Allah s.w.t dan anak-cucu yang sedia membantu.

Itulah jika anak cucu yang faham kehendak agama, kalau sakit baca yasin…tapi malang zaman sekarang…ramai yang apabila ibubapa sakit tenat…ada sesetengah anak-anak tidak mempedulikan.. malah bila suruh dibacakan surah yasin maka dijawab tidak pandai. Ah sedih sungguh. Itu surah yasin yang famous dibaca tetapi lagi malang yang tak tahu membaca al-Quran.. hatta al-fathihah pun. Ada jugak zaman sekarang yang mana saat ibubapa sakit tapi anak-anak masih tidak dapat pulang mengziarahi kerana sibuk dengan kerja masing-masing. Ah sedih. Begitulah hakikat, walaupun mempunyai harta jutaan ringgit sekalipun tetapi kasih sayang [agama] tidak ada dalam kehidupan anak-anak maka ibubapa lah yang rugi dan menanggung derita.

Pada saat aku melihat datuk aku sakit, terfikir bahawa itukah jalan yang aku tempohi akan datang jikalau dipanjang umur. Saat dimana tiada gunanya harta, pangkat, kad kredit, kereta atau kondominium sekalipun… tapi yang diharap hanya isteri, anak-anak yang soleh dan cucu-cucu yang soleh yang akan mendoakan kesejahteraan. Jadi perkara agama adalah paling penting dalam kehidupan untuk dipelajari dan diamalkan.

Ok. Selepas hampir dua minggu datuk aku terlantar sakit, tiba-tiba aku dikejutkan panggilan telefon pada sebelah pagi bahawa datuk aku sudah pergi meninggalkan orang disisi. Terasa tersentuh hati mendengar pemergiannya lalu segera buat persiapan diri untuk menziarahi mayat yang kaku sendiri.


Alhamdulillah, mayat arwah selesai dimandikan dan dikapankan oleh tok iman, aku dan dua orang kampung. Lagipun inilah kali pertama aku mandikan dan kapankan jenazah. Alhamdulillah wajah arwah kelihatan cerah bercahaya dan bibir mengukirkan senyuman. Aku terharu melihat. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas arwah.

Semasa mayat hampir siap dikafankan, aku melihat ramai anak-cucu yang mengucup dan mencium wajah datuk aku…lalu terlintas di fikiran aku seketika.…apakah ada gunanya mengucup orang yang telah mati? Kalau difikirkan sudah tiada gunanya sebab kasih sayang yang sebenar patut diberikan adalah ketika arwah masih hidup.

Faham?

Maksudnya ketika manusia masih bernyawa..ketika itulah patut kita bagi kasih sayang sepenuhnya…bukannya selepas mati kerana orang yang sudah mati tidak merasai kasih sayang orang yang hidup. Justuru aku menyeru kepada semua termasuk diri aku ini,… saat ibubapa kita masih hidup maka pergilah cium mereka, pergilah peluk mereka..pergilah ucapkan kata-kata yang baik untuk mereka;… jika mempunyai adik-beradik, maka tunjukkanlah kasih sayang yang sebenarnya agar mereka dapat merasai kasih sayang yang sebenar ketika hidup;… jika korang sudah punya isteri…pergi peluk isteri lama-lama tanpa dibauri nafsu seks [itulah hakikat kasih sayang], panggil dengan panggilan yang baik, cium dia selalu..bagi didikan agama..bimbinglah dia..segala masalah, bawa berbincang kerana disitulah akan wujud ketenteraman dan kesatuan hati…

Ingatlah, orang mati tidak dapat merasai ciuman, kucupan, kasih sayang, pelukkan orang yang masih hidup…tetapi selagi orang yang kita sayang masih hidup..pergilah pada orang tersebut…ciumlah, kucuplah, peluklah, ucaplah kata-kata baik…kerana orang yang hidup dapat merasai kasih sayang yang diberikan..

Bukanlah maksud aku, korang tak boleh kucup atau cium orang yang telah mati tetapi hakikat yang sebenar aku pelajari disaat melihat ramai anak-cucu kucup dan peluk arwah atok aku. Padahal sepanjang hidup aku, tak pernah lihat arwah datuk dicium dan dipeluk dengan penuh kasih sayang oleh anak-cucunya. Oh alangkah gembiranya arwah datuk ketika masih bernyawa, kalu ramai anak-cucu buat macam tu.

Ok. Selepas tu, arwah telah siap disembahyangkan oleh Imam madarasah dan pelajar sekolah pondok serta anak-cucunya. Manakala arwah diusung guna keranda ke tempat pengkebumian oleh anak-cucu secara bergilir-gilir. Alhamduillah arwah selamat dikebumikan.

Aku pun mula ambik kertas dan pen sambil tunggu malam untuk majlis tahlil.

Mengenangkan wajahmu
Buatku teringat kisah lalu
Kau selalu menasihatku
Dikala aku buntu

Saatmu dibawa ke pusara
Ku berdoa pada yang Maha Esa
Agar mengampunkan segala dosa
Untuk menuju jalan ke syurga

Pergimu takkan kembali
Walaupun semua meratapi
Andai ku tahu apa akan terjadi
Gelak ketawa jadi sepi
Menangis tak henti

Itulah hakikat peringatan
Agar menjadi pedoman
Fikir dan risau jadi tatapan
Selagi nyawa dikandung badan…


9/2/2010
Hari kematian arwah datuk


Dalam tempoh seminggu selepas arwah datuk aku mati…tiap-tiap malam dibuat tahlil. Kat kampung arwah datuk aku ni memang ramai yang kuat berparti politik tetapi malang sekali.. telah buat aku menyampah apabila surau tidak dihidupkan amalan termasuk solat jemaah. Yang ada hanya waktu maghrib dan isyak. Itupun sebab ustaz yang sepolitik dengan kepala diorang datang mengajar situ. Kalau setakat mengajar bab untuk ajak manusia berkasih sayang takpelah jugak, tetapi menanamkan hati orang kampung supaya taksub pada parti dan benci pada saudara seIslam. Inilah buat aku menyampah. Ah benci politik bodoh orang melayu walaupun aku sendiri bangsa melayu.

Setakat berpolitik tu takpe lagi tetapi ini pandang lekeh kepada puak dakwah. Pandang aku dengan tiada ilmu la, tiada main parti la, tiada basikal la, dan la la la... Tapi bila sampai majlis tahlil atau solat berjemaah, bila tiada imam…korang jugak suruh aku jadi imam dan jadi syed dalam tahlil. Habis korang tu ada ilmu sangat ke? Jangan jadi sengal yea…

Ok. Sebenarnya aku tak marah mereka ni depan-depan…sebab kerja dakwah bukan buat dengan marah-marah tetapi buat dengan kasih sayang dan tunjuk akhlak. Aku cuma luahkan perasaan geram dan menyampah aku hanya dalam blog sahaja untuk menyedarkan diri aku dan sesiapa sahaja yang rasa ia bermanfaat. Alhamdulillah sekarang, orang kampung aku dan kampung datuk aku… sikit sedikit faham pentingnya usaha dakwah dan tidak pandang lekeh pada puak dakwah. Mereka semakin sayang kat aku sekarang. Hua hua hua. Kalau mereka kutuk aku, aku ugut mereka bahawa aku tak nak jadi imam solat dan syed dalam tahlil... dan secara automatic mereka yang kena…bila mereka nak kena…mereka awal-awal lagi cabut lari.. Haaa, sekarang…baru mereka tahu bertapa penting aku. Hua hua hua.. (Aku perasan)

-aku kena istighfar-

Fitrah manusia merindui kasih sayang, malangnya kasih sayang sudah mati

P/s: Sekiranya orang hidup tahu apa terjadi pada orang mati, pasti dan pasti akan banyak menangis dan kurang ketawa. Fikirkanlah..

5 comments:

  1. panjang bayan. takziah. terus buat dakwah.... orang suka, orang tak suka... lu redah. dakwah kerja mujahadah.

    ReplyDelete
  2. Awal2 baca terharu,tengah2 baca sedih,last2 baca lucu.Bagus la penulisan kamu.Mendalam.Banyak perkara yg saya setuju dan saya renung-renungkan.InsyaAllah bermanfaat kpd ummat.

    ReplyDelete
  3. ye same la. mula2 cam simpati je jln ceritanya. last2 jd kelakar.

    all the best in dakwah~

    ReplyDelete
  4. "jika korang sudah punya isteri…pergi peluk isteri lama-lama tanpa dibauri nafsu seks"

    aku suka ayat ko tu... tq bro..

    ReplyDelete
  5. KiLaT

    Syukran.. tapi atas bkn bayan.. sekadar berfikir dan risau…hee

    =========
    iqbalsyarie

    insyaAllah smga dpt ambik manfaat…. Sengaja je buat kisah sedih and last lucu…agar sesiapa yang baca boleh berhenti sedih…jangan bersedih no… agar dunia lebih ceria kembali… dan ada kala kita perlu menangis wlaupun korang lelaki!

    ===========

    ^inas^

    Kelakar mengukirkan senyuman takpe…tp jgn kelakar sampai ketawa terkeluar gigi palsu…hua hua hua

    ========
    org dah kahwin

    insyaAllah smga dpt ambik manfaat drp kata-kata tu.

    ReplyDelete

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin