April 30, 2010

Rahsia gagal temuduga?

*** Pantang keturunan nenek moyang tiri sebelah ibu kandung adik-beradik kepada bakal kakak ipar aku adalah apabila “sunnah dijadikan isu politik”. Maksud aku.., apabila nak menghadiri temuduga.., maka ramai orang Islam yang buang janggut dan simpan misai. Sebenarnya aku tak salahkan mereka ni.., tapi aku salahkan PERSEPSI masyarakat termasuk penemuduga. Aku harap korang fahamlah.., sunnah itu tetap sunnah! Jangan sampai dipolitikkan! Orang PAS kena simpan janggut dan orang UMNO pun kena simpan janggut! Siapa yang simpan janggut maka dia telah mengamalkan sunnah.., tetapi siapa yang buang janggut maka dia telah mengamalkan punnah! (bukan fatwa) ***

ARAHAN: Digalakkan baca entry ini sambil mendengar lagu-lagu, ikut koranglah lagu nasyid ke atau apa-apa. Seelok-eloknya lagu yang sedih dan bermotivasi kerana entry ini panjang dan ada kisah yang sedih. Lagu yang dicadangkan, rahmat ujian(Mestica), kehidupan (nazrey johani duet inteam), suara hidayah (nazrey johani duet akhi hay), semua lagu Zain Bhika, Raihan dan Hijjaz dan ikut koranglah apa-apa pun. Diharapkan korang tidak merasakan entry ni panjang walaupun hakikatnya panjang giler dan dapat merasai “feel” yang sebenarnya yang diluahkan oleh penulis sehingga boleh korang mengalirkan air mata. InsyaAllah.

Ok, seringkali kita kedengaran rahsia lulus temuduga tetapi jarang sekali kita dengar rahsia gagal temuduga. Pelik, selalunya orang lebih tertarik dengan rahsia kejayaan berbanding rahsia kegagalan. Sebenarnya siapa yang tidak tahu rahsia kegagalan maka dia tidak akan berjaya. Kerana ramai orang berjaya adalah mereka yang telah gagal terlebih dahulu.

Oleh itu, seseorang perlu menggunakan fikiran dan kerisauan ke arah yang lebih penting yakni segala perkara yang ada kaitan dengan kehidupan selepas mati terutama “stage” pertama di alam kubur. Rasulullah s.a.w risau sehingga tidak dapat tidur kerana takut termakan tamar sedekah, risau keadaan umatnya sehingga akhir hayat menyebut umati dan macam-macam lagi.

Orang yang ada kerisauan tentang akhirat maka dia akan bertindak mengikut kehendak Allah dan Rasul. Tapi bagi orang yang tiada kerisauan kehidupan selepas mati, dia berterusan melakukan maksiat tanpa ada sedikitpun rasa penyesalan..,berhibur tak kira masa.., aurat sentiasa didedahkan dan yang paling ketara terlalu banyak plak ketawa dan menangis langsung tidak ada.

Kalau ada pun menangis.., mungkin kerana berlaku kekurangan dalam perkara dunia tapi untuk perkara akhirat tiada rasa apa-apa. Fikirlah sendiri apa yang terjadi pada diri masing-masing.

Terdapat dalam hadith nabi s.a.w bersabda maksudnya..,

“sekiranya kamu tahu perkara-perkara akhirat seperti yang sedang aku lihat maka pasti kamu akan kurang ketawa dan banyak menangis”

Tuan-tuan yang dimuliakan.., Nabi s.a.w tidak pernah merasai risau untuk perkara dunia.., buktinya Nabi s.a.w pernah bersabda bahawa beliau tidak risaukan kalau kita berhadapan dengan kefakiran tetapi yang sangat Nabi s.a.w risaukan adalah apabila kita berhadapan dengan kekayaan.., yakni apabila dunia telah diluaskan kepada kita sepertimana pernah diluaskan kepada umat-umat sebelum kita. Kemudian kita akan berebut-berebut seperti mereka dahulu yang jugak berebut-rebut.., maka akibatnya dunia itu akan membinasakan kita seperti ia telah membinasakan mereka dahulu.

Tanpa berlengah lagi, ikutilah pengembaraan yang dicatatkan berdasarkan pengalaman hidup aku sendiri dan orang lain yang telah aku pelajari dan harapannya semoga dapat dijadikan pengajaran kemudian hari. InsyaAllah.


TEMUDUGA ALAM DUNIA “JAMBATAN” KE AKHIRAT.

Kadang-kadang apa yang difikirkan dan dirisaukan maka itulah yang akan terbawa-bawa dalam amal ibadat kita…lebih malang lagi sehingga terbawak dalam solat. Apalah! Itu baru risau nak temuduga belum lagi risau nak dapat keputusan temuduga. Kadang-kadang ada baiknya perasaan risau dan ada buruknya perasaan risau. Adalah lebih baik.., berbaik sangka pada Allah s.w.t sepertimana dalam hadith menyebut Allah s.w.t bertindak mengikut sangkaan hambaNya.

Jadi nak atau tak nak manusia perlu menghadapi ujian semasa kat dunia. Tak semestinya ujian itu berbentuk kesusahan, kesakitan, kesedihan dan kemiskinan tetapi sebaliknya ujian itu jugak dalam keadaan kesenangan, kesihatan, kegembiraan dan kekayaan! Tapi kita seringkali lupa dengan menganggap tiada ujian ketika sihat, kaya dan senang.



Surat
temuduga atau surat cinta…?

Ok. Baru-baru ni aku telah telah dikejutkan oleh seorang PakCik yang ber“helmet” menaiki motor berwarna merah. Oh, rupanya abang Posmen hantar surat kat aku. Ingatkan surat cinta ke apa…rupanya surat panggilan temuduga.., sedih pun ada, gembira pun ada.

Jadi masa ada seminggu lagi untuk aku prepair apa yang patut dibuat. Aku search internet, buat research, berlatih cakap depan cermin, jumpa adik beradik dan ahli keluarga berdakwah kebesaran Allah, minta ibubapa doakan dan tak lupa jugak solat hajat itu yang utama.

Ok. Malas aku nak citer apa yang aku buat sebenarnya. Apa kata tukar gaya bahasa daripada aku kepada korang… Ok. Sekarang sebelum temuduga korang hendaklah buat persediaan seperti berikut:

Carilah bahan-bahan yang berkaitan pasal kerja yang korang minta tu.., jangan malas…Takkan ni aku nak ajar! hehe. releks gurau je. Ok. Jangan lupa minta doa selalu agar Allah s.w.t ilhamkan soalan yang akan dijangka ditanya.

Tiap-tiap malam pastikan bangun solat tahajjud termasuklah solat taubat dan solat hajat. Usahalah untuk nangis…jangan minta untuk kejayaan dalam temuduga sahaja tapi perkara yang lebih besar daripada perkara tu adalah doa minta diberikan dan dikekalkan hidayah dari Allah untuk diri, keluarga dan umat.

Kenapa hidayah adalah perkara yang paling besar? Hal ini kerana kalau apa-apa jua keadaan korang.., miskin, kaya, senang, susah, sakit, sihat, penganggur, sudah bekerja, perempuan, lelaki dan apa jua keadaan, masa dan tempat.., maka apabila Allah s.w.t berikan hidayah.., maka disitulah kejayaan yang besar buat korang!



Siapa KABEL yang besar...?

Sebelum temuduga, kebiasaanya untuk kerja dalam sektor kerajaan maka akan diadakan ujian. Semasa aku pergi ujian tempoh hari, terlihat sekelompok barisan calon-calon lelaki sedang berkumpul. Aku pun tak kenal mereka tetapi oleh kerana aku ni gatal nak bermesra dan berkenalan dengan orang ramai.., maka gerakkan akal, hati dan anggota untuk pergi berdekatan dengan mereka. Aku bersalaman dengan mereka semua, aku tanya nama mereka, asal mana, kerja apa sekarang, dah kahwin ke belum.., huhu.., ada-ada je aku.

Jadi tengah sembang-sembang maka adalah seorang telah mengeluarkan topik perbincangan mengenai KABEL!. Dia kata kat kami semua, ayatnya lebih kurang “emmm, jangan diharaplah nak dapat kerja kecuali kita kena ada kabel. Bukan kabel kecil beb, tapi kabel besar. Orang atasan ke, orang politik ke, orang dalam ke.., baru kemas dan mantap! Sekarang kerja memang susah dapat kalau tiada kabel” tegas calon lelaki itu dalam berbicara.

Mereka semua berfikir dan tersenyum simpul. Ada jugak yang wajahnya penuh kerisauan, mungkin sudah berkali-kali mengambil ujian tetapi masih gagal. Dari reaksi wajah mereka yang lain.., aku memang agak mereka semua ni tentu ada kabel. Habis tu.., aku macamana? Huhuhu.

Oleh kerana, dakwah kebesaran Allah selalu buat.., akhirnya hadir dalam hati lalu berkata pada diri aku:

“Tiada kabel yang lebih besar melainkan ALLAH!”.

Lega hati walaupun sedikit tapi banyak.., daripada mengharapkan pada makhluk, baik aku mengharapkan pada Allah. Kalau tidak, rosaklah iman aku kalau hanya mengharap pada makhluk.

Ok. Sekarang ujian telah lulus, peringkat seterusnya adalah temuduga. Ok. Pada hari kedua sebelum tarikh temuduga.., ada je aku dapat panggilan daripada seorang PakCik. Pendek citer.., dia nak minta kawan baik dia untuk dijadikan sebagai “KABEL”. Entah berapa besar “kabel” aku tak tahu.., tapi sering menerjah dalam kotak pemikiran aku adalah hanya Allah s.w.t kabel yang paling besar.

Berkumpullah seluruh “kabel-kabel” untuk meluluskan temuduga seseorang tetapi jika Allah s.w.t tidak kehendaki maka pasti dan pasti tidak akan terjadi. Tetapi sekiranya seluruh “kabel-kabel” berkumpul untuk menggagalkan temuduga seseorang tetapi jika Allah s.w.t mengkehendaki kelulusan dalam temuduga kepada seseorang maka pasti dan pasti akan terjadi. Tiada yang berkuasa melainkan Allah.

Ok. Pada mulanya hati aku tidak berapa suka bila ada orang yang mempelawa untuk menjadi “kabel”. Pelbagai soalan menerjah di kotak pemikiran aku. Betul ke tindakan macam ni? Orang lain tak teraniaya ke? Ah.., oleh kerana pujukan bertalu-talu oleh PakCik tersebut maka aku pun bersetuju lalu membawa salinan surat panggilan temuduga untuk jumpa dia.

Apa lagi.., awal-awal lagi aku dah pesan.., sebab aku tak nak menjadikan ini sebagai kes rasuah. Aku pesan kepada PakCik tersebut dengan lebih kurang:

“saya tak nak bagi satu sen pun disebabkan takut merasuah.., walaupun orang lain nak panggil duit kopi ke, duit upah ke, duit jasa baik ke dan lain-lain.. Saya tidak akan bagi. Saya harap kalau dia nak tolong seikhlas hati tanpa minta sebarang imbuhan maka saya boleh terima. Kalau dia tidak ingin tolong disebabkan tidak dapat imbuhan.., maka saya tidak merasai ini satu kerugian dan kegagalan buat saya. Kejayaan saya bila saya dapat taat perintah Allah dan kegagalan saya bila saya buat larangan Allah.”

Terdiam seketika PakCik tu sambil berfikir panjang. Jadi dia pun sangat setuju aku berpendapat aku sebegitu. Dia pun turut menceritakan bahawa “kabel” yang dia pelawa tu memang tidak makan rasuah.., cuma dia suka tolong orang yang baik je. Dan aku tidak rasa bahawa aku adalah baik. Mungkin kurang baik. Entahlah. Allah s.w.t yang menilai sekeping hati ini.

Selepas itu, aku ada tanya ustaz Pahrol mengenai hal ini. Berikut adalah dialog antara aku dengan ustaz tersebut:

>>>peluncurIslam berkata

salam ustaz…
ana ada satu ptanyaan..mgkin jgk berkaitan pasal ikhlas..pasal soal ‘KABEL’ dalam hal temuduga..ana dah tanya UZAR tapi blm dpt jawapan lagi.. harap ustaz dpt bg pandangan.. kerana ana RISAU kerana REZEKI…MASUK NERAKA…

begini…contohnya… ana dipanggil temuduga untuk sektor krjaan… tiba-tiba ada kawan yang terdekat…(orang dalam) nak bantu ana untuk dapatkan kerja tersebut…dan dia jugak tidak mengenakan syarat spt wang imbuhan.. apakah ini jugak dinamakan RASUAH? walaupun ana sendiri tidak memberi apa-apa pun kepada dia (tanpa syarat) …cuma mengharap ihsan drp dia shj…maksudnya kalau dia nak bantu..bantu je lah..kalau tak nak..tak apa..

masalah yg besar menimpa skrg dalm msyarakat adalah… untuk kerja..ada individu tertentu telah membayar imbuhan untuk mendapatkan kerja tersebut…walaupun tidak mempunyai kemahiran pun.. dan adakah orang yg sepatutnya layak…tp tidak dapat kerja tersebut…dinamakan orang yang telah dizalimi..

>>>gentarasa berkata,

Salam,
Kalau kita layak… kita berhak mendapat rekomen. Lainlah kalau kita tidak layak. Dan sahabat kita rekomen pun atas dasar dia kenal keperibadian kita memang layak untuk tugas ini… apa salahnya. Rekomen sahaja, bukan tentu dan pasti diterima. Saya rasa itu tidak salah…Kalau ada imbuhan, samada dalam bentuk material atau lain-lain. Tu masalahnya. Wallahua’lam. Ana akan perincikan soal ini dengan yang lebih arif.



Tip hari temuduga..?

Ok. Pada sebelah pagi hari temuduga, pastikan korang dapat solat subuh berjemaah di masjid atau surau. Maksud aku bukan setakat hari temuduga tu je tapi seumur hidup korang. Lepas solat subuh, jangan tergesa-gesa untuk pulang tetapi habiskanlah zikir sedikit sebanyak…ikut kemampuan…Yakinlah bila korang zikir di pagi hari…Allah s.w.t akan mudahkan urusan hari tu.

Balik rumah, ambik al-Quran dan terus baca al-Quran… seeloknya baca surah yasin… InsyaAllah Allah s.w.t akan selesaikan segala urusan hari tu. Kena buat dengan yakin! Sebelum turun rumah, minta tangan ibubapa… errr…minta nak cium tangan lah…minta maaf sekali..minta mereka doakan… doa seorang ibu makbul!

Oppsstt, dah lepas korang sarapan pagi di rumah…korang gosoklah gigi dan yang penting jangan lupa bawa miswak atau sugi dalam poket untuk pergi temuduga…(takkan ni pun aku nak ajar!hua hua…errr)

Dah sampai sana, sebelum masuk bilik temuduga pastikan guna miswak dulu. Jangan main-main dengan sunnah, dalam sunnah ada kejayaan tau! InsyaAllah dengan miswak…ingatan korang akan jadi tajam, pertuturan korang jadi lancar, nafas tak berbau…sehingga penemuduga terkaku! Hohoho…

Oh untuk korang lebih nampak professional, maka korang tempahlah name tag. Pakai tau masa temuduga! Pakaian baju kemeja putih, seluar hitam, kasut hitam serta stoking pun hitam adalah pakaian formal kerja kerajaan…

Kalau rambut kering ke sebab tak ingat sapu minyak rambut, maka korang cakaplah rambut korang kena hujan tadi. Ikut koranglah.., janji logik dan menyakinkan penemuduga. Jika korang ada rambut putih memenuhi kepala maka jangan risau! Jika penemuduga tanya…korang jawablah rambut putih akan menjadi nur di hari akhirat! Dakwahlah ckit!



Contoh soalan kepada penemuduga…?

Dalam temuduga tersebut, antara soalan-soalan yang aku ingat adalah..;

“sila perkenalkan diri encik…dan pekerjaan sekarang?”; “apa yang encik tahu pasal NKRA?”; “nyatakan apa itu PIPP?” dan lagi-lagi aku lupa dah.

Itu soalan yang aku sempat ingat. Banyak sangat.., tapi kebanyakkan aku dapat dengan penuh yakin.., kadang-kadang apa yang dia tak tanya pun aku jawab. Banyak idea kat kepala aku.., aku bagi je cukup-cukup kat penemuduga. Penuh keyakinan tau sampaikan aku keluar dalam bilik temuduga dalam keadaan gembira sangat dan aku yakin mesti dapat.

Tapi aku rasa temuduga tu tak cukup hebat sebab aku terlupa nak tanya penemuduga. Dibawah ni aku senaraikan soalan-soalan yang aku cadangkan kat korang untuk buat tapi aku tak nak buat.., hua hua err… Korang nak jadi hebat, maka korang tanyalah penemuduga plak seperti:
*sila perkenalkan diri tuan…dari tadi lagi tanya saya…mana aci!
*kenapa tuan dipanggil untuk jadi penemuduga?
*kenapa tuan tak cukur misai tuan? Nampak menyemakkan mata saya.
*apa kretiria pemilihan calon yang akan berjaya? Adakah kerana kelayakan atau “duit kopi meja makan”?

Aku confirm kalau korang tanya penemuduga macam tu, insyaAllah korang akan fail. Hohoho… Takpe…fail dalam temuduga dunia ok lagi…jangan fail dalam temuduga dalam kubur! Gagal temuduga dunia boleh repeat tapi gagal dalam temuduga kubur tak boleh repeat tau walaupun buat rayuan.



Bergayut sehingga hanyut…?

Ok, masa pun berlalu, berhari-hari dan berminggu-minggu.., tertanya jugak aku “aku ni layak ke tak ni, surat tak sampai pun”.., “aiii, jawapan dalam temuduga aku bagi dengan penuh yakin berdasarkan fakta yang jelas, takkan tak boleh kot”.., “aiii takkan kabel dah pakai tak boleh jugak (harap makhluk).., dll.

Maka aku terus mencapai telefon bimbit aku untuk bertanya khabar berita.

“Assalamualaikum.., disana pejabat JPN ke?”.., “Waalaikummussalam, ya, ya sini JPN yang bercakap, ada apa encik?”tanya kerani. “Ooo begini, beberapa minggu lepas saya telah menghadiri temuduga..bla bla bla.. Jadi bilakah panggilan bagi mereka yang telah berjaya dalam temuduga tersebut?”tanya aku terburu-buru. “Oh, yang temuduga tu.., sebenarnya encik, pengambilan mereka yang telah berjaya dalam temuduga tempoh hari telah dipanggil mengajar pun minggu lepas lagi”jawab kerani tu. “errr, betul ke kak? Oklah takpelah.., terima kasih yea kak”...

Tooottt..terus aku matikan panggilan, rasa terguris hati ini. Ya Allah.

Terkaku seketika. Aku tak tahu macamana nak gambarkan kat korang apa perasaan aku ketika tu. Bayangkan sudah.., saat aku menaruh harapan yang menggunung tingggi tetapi aku dikecewakan dengan begitu dasyat. Ah.., ketika tu hanya Allah sahaja yang tahu.., badan aku jadi lemah seketika, pemikiran aku berkecamuk.., macam-macam aku fikir dan risaukan.

Terus terlintas dalam fikiran sehingga menimbulkan kerisauan pada diri aku mengenai perkara bilakah aku dapat balas jasa ibubapa aku (walaupun memang tidak dapat balas dengan apa cara sekalipun) serta nak bantu sedikit sebanyak adik beradik aku. Lagi, datang persoalan adakah tertangguh lagi tempoh aku mahu kahwin? Kalau boleh sekarang aku nak kahwin. Lagi, bagaimana hutang-hutang pinjaman semasa belajar ketika dulu..??? Ya Allah…


Bila kena musibah, apa patut dibuat…?

Pertama, mengenai hal ini aku terus teringat kisah isteri Rasulullah s.a.w yakni hazrat Ummu Salamah r.anha. Setelah hazrat Abu Salamah r.a telah meninggal dunia, Hazrat Ummu Salamah r.anha telah membaca doa yang didengar daripada Rasulullah s.a.w bahawa sesiapa yang ditimpa apa-apa musibah kemudian membaca doa ini..:

“Ya Allah, berilah ganjaran kepada aku atas musibah yang aku alami ini dan gantilah untukku dengan perkara yang lebih baik”

…maka Allah s.w.t akan memberikan kepadanya sebaik-baik gantian. Selepas peristiwa tersebut, Allah s.w.t telah menikahkan hazrat Ummu Salamah r.anha dengan Rasulullah s.a.w. Subhanallah…Selain itu, boleh juga dibaca “innalillah” apabila terkena musibah.

Lepas je baca doa tu, amalan aku yang tiada dalam al-Quran dan hadith adalah dengan cara masuk dalam bilik, lihat bantal dan katil.., jadi apa tunggu lagi.., Zzzzzzzzzzzz. Tidurlah. Hua hua errr. Amalan aku yang istiqamah dari kecik sampai sekarang jika ada apa-apa masalah, maka itulah cara aku nak meredakan tekanan sebelum ambik tindakan yang lebih baik. Jangan lupa berwuduk sebelum tidur. InsyaAllah selepas bangkit dari tidur, fikiran dan perasaan dapat dikawal dengan baik.

Itu cara akulah.., tetapi mungkin cara korang nak lepaskan perasaan sedih, kecewa, tekanan.., maka korang pergi bermain ke, baca al-Quran ke, mandi sungai ke, atau apa-apa sahaja yang boleh meredakan kekusutan, kerisauan, kecelaruan korang. Jadi kenalilah keadaan diri sendiri terlebih dahulu.

Ok yang ketiga selepas bangkit dari tidur.., apabila terasa frust atau kecewa lagi.., maka aku ulang-ulang baca hadith, memahami, menghayati dan berfikir.., hadith tersebut adalah..;

“Lihatlah mereka yang lebih rendah daripada kamu (dengan ini engkau akan mensyukuri nikmat Allah) dan jangan lihat mereka yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu, kelak kamu akan mengkufuri nikmat-nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu”

Ya Allah sayu hati, sebak rasa didada. Seterusnya, aku pergi “interview” seorang sepupu aku yang baru dapat kerja dalam umur 30 dah sekarang. Dia kata sebelum dapat kerja yang tetap macam sekarang.., macam-macam keperitan, kesedihan, kemurungan, keletihan yang terpaksa dia hadapi.., bayangkanlah tiap-tiap hari dia berulang dari rumah ke tempat kerja )sementara) yang gaji hanya rm20 sehari yang jarak perjalanan lebih 15 kilometer. Pergi naik motor, hari minggu pergi menorah getah untuk himpun duit ulang-alik pergi kerja”

Aku panggil dia sebagai “abang xyz”. Dan satu kata-kata daripada dia yang sama dengan aku pendamkan ialah..; “perasaan abang xyz masa tu tidak boleh bagitau orang lain, macam orang gila, orang lain takkan faham pun kesusahan yang dihadapi, risau macam-macam, hanya Allah saja yang tahu”. Tapi sekarang alhamdulillah, aku tengok dia sekarang dah ok termasuklah dapat isteri yang kerja sebagai guru. Mungkin berkat susah payah dia dulu.

Tak lupa jugak, ibubapa aku.., terus aku teringat kisah-kisah mereka dulu. Mereka sering kali bercerita ulang-ulang kali mengenai perjuangan pada permulaannya. Bapa aku bercerita kisah dulu-dulu.., beliau pergi ke sekolah naik basikal, pernah jatuh dalam parit, baju seluar kasut basah, pergi sekolah lewat, kena rotan cikgu, belajar pun tak habis sebab arwah datuk nenek aku tak mampu menyara perbelajaan sekolah, jadi abah aku terpaksa behenti sekolah, lepas tu kerja pelihara lembu dan kerbau, masuk hutan, pergi kerja Singapora, dapat bawa balik sangat sedikit gaji, kerana ditipu tauke Cina kat sana, dengan gaji yang sedikit tulah bapa aku kahwin dengan ibu aku sekarang.

Datuk ibu aku bagi tanah satu tempat, disitu ibubapa aku mula perniagaan secara kecil, jual air batu je tau dalam kampung, oh sedih apabila melihat gambar-gambar mereka dulu demi menyara anak-anaknya. Ya Allah, sedih.

Abah aku mula mencari-cari kerja tetap, banyak halangan sampaikan ada orang yang dengki telah koyak surat panggilan kerja sedangkan bapa aku tak tahu apa-apa pun. Terlepas kerja. Begitulah berkali-kali. Menangis abah aku masa tu. Tapi sebagai seorang isteri, ibu aku telah bagi semangat berterusan kat bapa aku, sehinggalah suatu masa, bapa aku dapat kerja tetap dengan kerajaan. Alhamdulillah.

Jadi bila aku teringat kisah-kisah mereka, aku terkaku seketika, mereka banyak susah, mujahadah tanpa mengenal penat dan lelah, kerana mereka tahu mereka sedang membesarkan anak-anaknya termasuk aku sebagai anak yang kedua.., agar dapat diberikan pendidikan yang sempurna.., dapat makan minum cukup.., dapat buat ibadat dan macam-macam. Tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata dan membalas jasa mereka.

Next untuk meredakan perasaan sedih, aku terbaca kisah Rasulullah s.a.w pernah ditanya mengenai sebahagian daripada kitab Taurat, Nabi s.a.w bersabda, antara kandungannya ialah..;

“wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu redha pada apa-apa yang telah aku berikan kepadamu, maka kamu akan merasakan bahagia zahir dan batin. Tetapi jika kamu tidak redha dengan apa-apa yang telah Aku berikan itu, maka kamu akan dikuasi oleh dunia sehingga kamu akan melompat-lompat dan melenting kepanasan di padang pasir yang panas. Demi keagongan dan kemuliaanKu, ketika itu pun kau tidak akan memperolehi apa-apa sahaja yang telah aku tetapkan, malahan engkau termasuk di dalam golongan orang yang tercela disisiKu.”

Jadi perlu sangat aku dan korang apabila ditimpa musibah, maka yakinlah akan adanya qadar(ketentuan) Allah s.w.t. Jika Allah s.w.t telah tetapkan sesuatu terjadi kepada seseorang walaupun seluruh makhluk berkumpul untuk mengubahkan, pasti dan pasti apa yang ditetapkan Allah akan terjadi. Hanya Allah sahaja yang berkuasa, dan makhluk langsung tiada kuasa apa-apa pun.

Seterusnya aku telah ingat satu kata-kata (mungkin hadith) yakni maksudnya tidak akan mati seseorang itu melainkan apa yang telah ditakdirkan kepadanya belum habis diberikan. Maknanya kalau rezeki kita yang ditetapkan oleh Allah hanya 60 peratus, maka itulah yang akan dapat walaupun usaha giler-giler dan mati-matian. Jadi Allah s.w.t akan mematikan seseorang hambaNya apabila rezeki yang telah ditetapkan telah diberikan semuanya. Yakinlah.

Bila sebut soal rezeki, kita kena faham bukan hanya wang, harta dan kerja.., tetapi lebih daripada itu termasuklah rezeki yang batin dan zahir yakni hidayah, iman, taqwa, ilmu, kesihatan, isteri, anak yang soleh dan segala-gala perkara yang membuahkan kebaikan. Itulah rezeki. Jangan sempitkan pengertian rezeki. Dengan ini kita akan lebih mensyukuri nikmat Allah, bukanlah menkufuri nikmat Allah.



Hayati lirik, bukan memekik..?

Kebiasaan apabila aku menaip, aku layan lagu-lagu nasyid, motivasi, ataupun ceramah agama. Mungkin korang tertanya, kenapa tak dengar ayat-ayat al-Quran semasa menaip entry? Aku ada dengar bahawa kalau ayat-ayat al-Quran dikemundangkan, maka diamlah dan dengarlah dengan penuh tumpuan kerana mudah-mudahan diberikan rahmatNya. Ayat-ayat al-Quran akan didengar apabila aku tidak membuat dua kerja yang “berat” dalam satu masa yang memerlukan banyak berfikir dan mengingat.

Kalau ketika memandu, memasak, mereleks-releks, dan maksud yang sehampirnya dengannya, maka aku lebih suka memasang dan mendengar ayat-ayat al-Quran. Tambahlah plak kalau sebelah malam, dengar radio IKIM kerana lepas pukul 12 ada bacaan surah al-Quran. Tenang rasanya.

Jadi semasa menyiapkan entry ini, tiba-tiba lagu “kehidupan” yang dinyanyikan oleh abang nazrey johani berduet dengan in-team terngiang-ngiang di telinga aku.

“Kesenangan yang datang, tak akan selamanya,
begitulah selepas susah ada kesenangan.
Seperti selepas malam, datangnya siang.
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan.
Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum terlepas dari genggaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan.
Apa guna sesalan, hanya menekan jiwa.
Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada Tuhan.
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,
setelah kabus berlalu, pasti cerah kembali.
Ujian adalah tarbiah dari Tuhan,
apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya…”

Setelah habis lagu tu, aku select lagi lagu mestica, “rahmat ujian”.., agar dapat aku menyiapkan entry ini dengan penuh ketenangan, bukan tergopoh gapah. Jom layan lagu ni dan faham liriknya..,

“dalam derita ada bahagia,
dalam bahagia terselit duka,
tak siapa tahu, tak siapa pinta ujian bertemu..,
bibir mudah mengucap sabar tapi hatilah yang remuk menderita..,
insan memandang mempunyai berbagai tafsiran..,
Harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma,
itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa,
diuji tahap keimanan,
sedangkan ramai terbiar dilalaikan,
hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan,
Bersyukurlah dan tabah menghadapi,
Segala takdir terima dengan hati yang terbuka,
Walau terseksa ada hikmahnya.”



Dialog seorang diri, kata semangat bila diuji..?


Wahai peluncur Islam..,
Kau kena tahu, masih ramai yang gagal temuduga, bukan sekali tetapi berkali-kali.., bukan mengeluh tapi sampai berpeluh-peluh.., mereka bukan putus asa tapi gigih berusaha.., kau hanya satu kali je baru gagal, itupun dah frust giler,

Wahai peluncur Islam..,
Aku tak salahkan kau, sebab kau terlalu menaruh harapan yang terlalu tinggi, mungkin jugak sebab kau orang muda yang berdarah muda, kau seorang yang biasa tapi cuba jadi luar biasa, banyak yang kau fikir termasuk nak tolong ibubapa dan adik beradik kau, kau nak kahwin cepat, kau ada hutang pinjaman.., memang aku tahu apa yang kau risaukan.., tapi aku nasihatkan kau.., jangan putus asa, terus mencuba dan berdoa, rezeki tetap ada, cuma lambat atau cepat, bersabarlah…

Wahai peluncur Islam..,
Dulu kau kecik-kecik hanya sebagai seorang pelajar, sentiasa senang hati sebab duit sentiasa “masyuk”, kau berbelanja sakan, beli itu beli ini.., tapi sekarang kau dah besar, kau akan menempuh alam kerja, jadi bila Allah bagi ujian sedikit je maka janganlah kau lemah semangat. Allah nak tarbiah kau tu, nak lihat sejauhmana ketika kau senang, adakah pernah kau ingat Allah, pernah kau menangis atas sejadah ketika kau senang dan gembira, tapi sekarang bila Allah bagi sedikit susah dan kepayahan, aku tengok kau menangis kerana kau rasa susah, kau rasa sifat hamba, kau sedar bahawa kau hamba Allah yang layak diuji, baguslah macam tu, kembalilah pada Allah kerana hanya Dia yang bagi masalah dan boleh selesaikan segala masalah.

Wahai peluncur Islam..,
Mungkin kau kata kau sudah taat perintah Allah dan amal sunnah nabi s.a.w tetapi kenapa kau masih diuji. Firman Allah maksudnya “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Lagi, kenapa kau tidak dapat kerja itu seperti yang kau idam-idamkan? Firman Allah maksudnya “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (surah al-Baqarah: 216). Jadi jangan kau risau, salah satu tugas syaitan adalah cuba menakut-nakutkan kau dengan kemiskinan padahal tiada apa-apa pun sekiranya kau berterusan diberikan petunjukNya..

Wahai peluncur Islam..,
Jangan kau kira kesukaran yang kau hadapi tetapi kiralah bertapa banyak nikmat Allah yang patut kau syukuri.., jangan dirisaukan apa yang tiada tetapi syukurilah apa yang ada.., mungkin kau seringkali terlupa bahawa ada lagi manusia yang lebih susah, lebih menderita, lebih sedih, putus cinta yang perit.., kau kalah dengan emosi sendiri. Jadi belajarlah untuk bersyukur kerana masih ada mereka yang tidak bernasib baik seperti kau.

Wahai peluncur Islam..,
Mungkin kau terlupa sebab kau sering melihat orang yang telah berjaya, tetapi cuba tanyakan kepada mereka yang berjaya.., berapa banyak kali mereka telah gagal! Mereka gagal tapi mereka bangkit kembali.., bukanlah mengundur diri! Untuk berjaya dapatkan mutiara di dasar lautan.., kau kena menyelam untuk sampai ke dasar lautan dengan penuh kepayahan dan keperitan. Kau kena ingat.., selepas kesusahan pasti ada kesenangan.

Wahai peluncur Islam..,
Dunia bagaikan “penjara” bagi orang mukmim, tetapi “syurga” bagi orang yang tidak beriman. Untuk dunia, Allah s.w.t bagi kepada sesiapa sahaja samaada orang beriman atau tidak, tapi bila Allah sayang kepada seseorang itu maka Allah akan menyibukkan dia dalam ketaatan kepada Allah dan ikut cara hidup nabi s.a.w. Selain dapat mengamalkan agama, Allah s.w.t akan memilih dia untuk buat kerja dakwah yang mengatasi segala-gala kerja. Kerana itulah kerja para ambia dan sahabat Nabi. Kau patut syukur apa yang kau dapat. Ketahuilah kalaulah dunia ni bernilai, nescaya Allah s.w.t tidak akan bagi kepada orang bukan Islam walaupun sebesar kepak nyamuk.

Wahai peluncur Islam..,
Sebenarnya melalui kekecewaan telah memberi ruang untuk kau menilai kembali kekuatan diri.., kekecewaan jugak bukanlah untuk kau tangisi tetapi untuk direnungi dan difahami.., kekecewaan bukan diubati dengan tangisan (walaupun tangisan jugak perlu untuk melepaskan perasaan) tetapi dirawat dengan keazaman dan ketinggian himmah dan perasaan. Kau kena tahu, mujahadah di dunia adalah pahit kerana syurga itu manis. Hidup kau adalah satu perjuangan dan perjalanan yang sangat panjang, kau kena teruskan menghadapi bukan melarikan diri dari masalah kerana kemanisan dan kesenangan menunggu kau dihadapan. Ayuh!

Wahai peluncur Islam..,
Letih dah aku bagi nasihat kat kau,
Cukuplah sini dulu, diharapkan kau tabah hadapi ujian…

Errr, terima kasih banyak kat kau yang sudi nasihatkan aku, Kini terimalah sedikit luahan yang terbuku di kotak fikiran, emosi dan suara hati yang dialami aku sekarang. Terimalah sedikit coretan, “aku pasrah diuji”…

Kini aku pasrah menempuh segala halangan..,
Walaupun orang memandang dengan perlbagai tafsiran..,
Apa yang aku perlu buat berusaha mencari jalan,
Bukannya malas dengan mencari alasan..,

Selagi roh masih bersemadi di dalam jasad..,
Aku tidak akan berganjak dan bertekad..,
Tetap aku gagahi untuk mencapai cita-cita..,
Dengan tindakan bukanlah hanya kata-kata..,

Pada ketika ini..,
ibubapa, kawan, buah hati…
bukanlah tempat aku mengadukan masalah ini…
kerana kawan ketawa mudah dicari..,
tapi kawan ketika menangis ramai yang cabut lari..,
Allah s.w.t jualah yang tetap berada disisi..,
Mendengar rintihan dan tangisan di malam hari..,

Ya Allah..,
Hanya kepadaMu tempat aku mengadu..,
Maafkan aku jika hambaMu ini tidak tabah dengan ujianMu..,

Ya Allah..,
Berikanlah kekuatan dan sedikit keringanan kepadaku..,
dalam mengharungi ujian hidup yang berliku-liku..,
Namun jika semua ini telah ditakdirkan kepadaku..,
maka aku pasrah dengan ketentuanMu..,

“aku pasrah kerana diuji”

P/s: Kerja kata mari.., rumah kata pergi.., untuk memiliki.., kita perlu mencari.., tapi rasuah jangan diterima dan diberi.., walaupun dapat gaji beribu sehari.., tapi hidup tidak diberkati.., kelak mati merana diri.., kat dunia bolehlah tipu sana tipu sini.., tapi kat akhirat semua anggota jadi saksi.., oleh itu pesanan untuk diri sendiri.., hidup di dunia hanya sekali.., gunalah perluang yang diberi.., penuhilah ia dengan berbakti.., ajaran Rasul hendaklah diikuti.., perintah Allah wajib dipatuhi.., larangan Allah perlu dijauhi.., agar mendapat redha Ilahi.


========================





TEMUDUGA ALAM KUBUR “STAGE 1” KE AKHIRAT

ARAHAN: Digalakkan untuk tukar jenis lagu. Pilihlah lagu yang menginsafkan dan menyedarkan tentang kehidupan selepas mati. Lagu yang dicadangkan adalah lagu Menanti di Barzark (Far East); I’tiraf, Mengemis kasih, Nabi anak yatim, Damba cinta, Tak selamanya (Raihan); Selimut putih, Wahai insan, Kau sahabat kau teman, Mati (Hijjaz), dan apa-apa aje lah. Jangan kuat sangat bunyinya, nanti tak khusyuk baca.

Sebenarnya segala masalah kat dunia.., gagal dalam temuduga, tidak lulus dalam peperiksaan, putus cinta sampaikan jadi gila, dibuang kerja, diceraikan oleh suami yang tak berfikir panjang dan apa-apa sahaja masalah yang menyebabkan tekanan jiwa dan perasaaan.., hanya akan lenyap dengan satu kali cabutan nyawa sahaja.

Hebatkan? Segala-gala masalah hanya lenyap hanya satu panggilan sahaja. Jadi kenapalah ada yang menyombong diri berjalan diatas muka bumi, sedangkan akan menjadi hina dalam perut bumi.., kenapa sanggup makan sumber yang haram, sedangkan seluruh anggota akan dimakan oleh “perut” kubur.., kenapa manusia banyak ketawa di dunia? Tidakkah kita risau orang yang banyak ketawa di dunia, akan banyak menangis dalam kubur akibat menyesal. Tidakkah kita berfikir walaupun kita sedar kita ni fakir?

Sedarlah, temuduga kubur yang akan dihadapi adalah wajib. Jarak masanya begitu dekat, lebih daripada urat pada halkum.., hanya satu panggilan sahaja.., temuduga yang tidak tahu tarikh dan masa.., tiba-tiba akan dijemput oleh Izrail untuk menghadapi panel temuduga yakni Mungkar dan Nakir. Allah s.w.t tidak sekali-kali melambatkan kematian seseorang atau sesuatu yang bernyawa apabila sampai ajalnya.

Oleh sebab aku belum merasai temuduga alam kubur, maka aku tidak boleh terangkan apa perasaan aku yang sebenar. Cuma aku boleh mengemukakan apa yang telah disabdakan oleh nabi s.a.w serta kisah-kisah yang ada kaitan dengan temuduga alam kubur. Sebelum gagal dalam temuduga kubur, adalah baiknya mengenai sedikit sebanyak punca kegagalan dalam temuduga kubur. Walaupun tidaklah aku dapat sampaikan sepenuhnya, tetapi aku cuba bagi point-point yang mungkin boleh kita muhasabah dan bertindak.

Satu perjalanan yang sangat panjang...?

Seperti korang tahu, persiapan perlu dibuat masa hidup atas dunia.., bukannya dah menghadiri temuduga kubur barulah nak usaha sungguh atas iman dan amal. Sering kali apabila aku membaca atau mendengar surah as-sajadah terutama malam jumaat.., air mata terus mengalir apabila mendengar ayat 12 maksudnya lebih kurang;

“Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), niscaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang yang yakin”

Ya Allah terasa lemahnya diri ini. Sahabatku sekalian, masa itulah kita akan berasa yakin betul-betul. Masa itulah iman sampai pada tahap kemuncak apabila mata, akal dan hati bersatu. (ainul yakin, ilmu yakin dan haqqul yakin). Sebab tulah sebelum kita mati, usaha atas iman perlu dijalankan berterusan sehingga datang yakin dengan sebenar yakin.

Jadi kita perlu sangat risau dan takut pada kemungkaan Allah, dan kita perlu harap sangat rahmat kasih sayang serta pengampunan dari Allah. Itulah salah satu tanda iman yakni antara harap dan takut. Oleh itu, kenapa kita perlu risau sangat temuduga di dalam kubur ni?

Adalah Uthman r.a apabila mengunjungi tanah perkuburan, beliau akan menangis sehingga janggutnya basah. Seorang telah berkata kepadanya kenapa apabila diceritakan mengenai syurga dan neraka tidak menangis sebagaimana kamu menangis apabila melihat perkuburan? Uthman r.a menjawab: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Perkuburan ialah persinggahan yang pertama daripada persinggahan-persinggahan akhirat. Maka barangsiapa yang berjaya dipersinggahan pertama ini maka persinggahan yang selepasnya akan menjadi mudah.., tetapi jika dia gagal daripadanya, persinggahan yang seterusnya akan menjadi lebih sukar dan baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Aku tidak pernah melihat satu pemandangan yang lebih mengerikan daripada seksaan kubur. (HR Tirmizi)

Berbalik kepada zaman sekarang.., apabila aku ke tanah perkuburan.., kelihatan masih ada orang bergelak ketawa atas kubur.., ada yang masih sibuk mengambil pucuk daun kayu untuk dijadikan ulam “cicah” dengan budu cap ikan bilis.., ada jugak yang berborak panjang atas wakaf sambil menunggu mayat siap dikebumikan.., ada jugak yang langsung tiada rasa apa-apa, sedih pun tidak, gembira pun tidak.., kelihatan jugak wanita-wanita datang menziarahi kubur dalam keadaan tudung warna yang mengairahkan dengan fesyen kain berbelah.., dan ada jugak barisan pelakon dan pengarah sedang membuat drama di tanah perkuburan, action sini, action sana.., dan banyak lagi…yangmana rata-rata jauh sekali sepertimana yang dirasakan oleh saidina Uthman r.a.

Jika kita lulus dalam temuduga alam kubur.., besar kemungkinan kita akan lulus peringkat seterusnya.., tapi sebaliknya jika gagal temuduga dalam kubur.., maka pada peringkat yang seterusnya akan lebih sukar dan sulit.

Perjalanan dari alam kubur sehingga ke garisan penamat yakni syurga atau neraka adalah boleh diibaratkan seperti satu perjalanan yang panjang dan wajib pergi.., contoh perjalanan dari Kelantan menuju ke destinasi di Johor.

Jadi jika seorang yang tiada lesen memandu, tidak memakai helmet, kenderaan plak dalam keadaan tidak mematuhi peraturan jalan raya.., memandu dalam keadaan mabuk “dunia” sehingga terserempak roadblock polis atau JPJ.., adakah akan terlepas dari disaman?

Dalam perjalanan tersebut, banyak roadblock yang mesti dilalui. Kalau roadblock pertama pun sudah kena saman, kena marah, kena warning, kena terking oleh pihak berkuasa.., maka adakah boleh dijamin roadblock yang seterusnya akan selamat?

Oleh itu, selagi kita diberikan akal untuk berfikir dan masa untuk hidup, maka bermuhasabah diri masing-masing, sejauhmanakah ketakutkan kita pada temuduga alam kubur. Tanyalah pada diri sendiri, tak perlu tanya orang lain.

Hidup sebagai musafir, ibarat lori bawa pasir..?

Bab kata orang-orang dulu, kalau nak menangis dan menyesal maka buatlah sekarang.., tapi ramai lagi yang bergelak ketawa tanpa sedikit kerisauan apabila terus bergelumangan dalam dosa dan noda. Jadi usaha kena buat semasa kat dunia.

Dalam cerita hisdustan.., hero selalu je kalah pada permulaan tetapi menang di akhir rancangan.., begitu jugak cerita spiderman dan transformer.., terpaksa susah payah, kalah, derita pada permulaan tetapi pada akhir cerita menjadi hero sehingga anak-anak korang terikut-ikut nak jadi macam spiderman.Ikut korang lah tapi yang penting korang kena ambik pengajaran daripada cerita-cerita tu.

Pengajarannya, yang penting sekali menjadi hero di akhir cerita. Samalah keadaan kita hidup kat dunia.., kalau di akhir hayat mati dalam keadaan husnul khatimah maka janji Allah adalah akan bahagia mendapat syurga dan redha Allah tetapi kalau di akhir hayat mati dalam keadaan usul khatimah maka meranalah diri.

Tuan-puan, adik abang kakak, makcik pakcik, nenek datuk dan semua sekali bahawa kita kena sedar bahawa cara hidup kita menentukan cara bagaimana kita mati. Banyak kita kena fikirkan, muhasabah diri sebanyakmanakah cara hidup kita betul-betul menepati cara yang dikehendaki Allah s.w.t dan Nabi s.a.w.

Ibaratnya seperti lori yang membawa pasir.., kalau lori diisikan dengan pasir maka apabila eksident/berlanggar pasti dan pasti pasir yang keluar. Mustahil akan keluar buah manggis, buah durian, buah nangka.., sekalipun korang sangat membenci buah tersebut ekoran korang sendiri yang memuatkan pasir dalam lori.

Jadi risaulah keadaan kita masing-masing. Tiada guna risau apabila saat kematian atau sudah mati. Risaulah keadaan diri ketika hidup di dunia kerana dengan kerisauan.., ia akan menggerakkan untuk mengambil tindakan, berfikir, beramal, berdakwah dan menyampaikan, untuk menuju ke arah jalan yang lebih selamat.

Risaulah keadaan kita sekarang.., kadang-kadang terdapat manusia yang sanggup menjadi hamba duit. Sedangkan duit adalah makhluk tetapi sering dibesar-besarkan.., kita lupa apabila kita menjadi hamba kepada duit.., maka disitulah Allah s.w.t meletihkan kita dengan duit.., cari duit siang malam tanpa mengenal erti penat lelah walupun dapat gaji hanya sedikit…

Jadi terimalah sedikit perkongsian kata-kata yang patut kita fikirkan keadaan diri kita ketika masih hidup. Lihatlah samaada kita ni menjadi hamba duit atau menjadi hamba Allah. Terimalah "hamba duit" dengan campuran dialet ore kelate…(sambil gelengkan kepala)..,

Hamba duit,
Jarang sangat melihat manusia yang tidak ingin duit,
Selagi manusia minum air makan nasi,
Nak isi perut bodoh, nak jamu perut buncit,
Kerana perut kita tak kenyang secara automatik,

Ada jugak yang berniaga di kedai runcit,
Sanggup jual buah durian yang putik, (tak masak)
Pembeli buang sahaja sampaikan sudah serit,
Lepas tipu kawe, demo ketawa kuk kit kut kit...

Kononnya bijak dalam matematik,
Tapi mengurangkan timbangan walaupun sedikit,
Demo anggap itu taktik yang licik,
tapi hakikatnya makan duit sambil tercekik,
demo rasalah siksa yang amat perit,

Berebut harta sanggup menjadi pelesik,
adik beradik yang kurang pandai kena tipu yang cerdik,
bahagikan tanah pusaka, demo banyak tapi kawe sedikit,

Ramai yang nak himpunkan harta guna macam-macam taktik
Kalau buat projek terus jumpa orang politik,
Janji untung dibahagi dua, demo sikit kawe cikit…
Hulur sampul bawa meja sambil kaki bergedik-gedik…

Payah jugak main sama sendiri..,
Orang miskin kena maki, jentik dahi..,
Setakat boleh pijak demo tidak puas hati..,
tapi nak sembelih leher sama bangsa sendiri..,

Kalau tak percaya yang mana kawe royat (cakap),
Demo boleh cuba try buat,
Kalau dalam kerja tak perlu kerja kuat,
Kerap puji ketua cepatlah naik pangkat,
Apa yang kawe cerita tidaklah tepat,
Kerana dunia ini banyak muslihat


Orang kaya sedaplah cari makan..,
Tapi yang miskin dan bodoh, demo jadikan umpan..,
Tidakkah demo kasihan,
Mereka jugak ada perasaan,
Jadi jangan perasan,
Dalam kubur ada pertanyaan,
Jawab dengan iman dan amalan.

Soalan sudah dibocori, jawapan sudah diberi..?

PemurahNya dan penyayangNya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul untuk memberitahu lebih awal soalan berserta jawapan yang akan ditanya oleh panel penemuduga.., Mungkar dan Nakir. Mereka ni tak makan rasuah sepertimana “orang dunia” makan rasuah untuk meluluskan apa sahaja.., samaada projek, exam akademik, ujian lesen memandu, serta temuduga kerja sekalipun.

Andaikata, korang boleh bawa seluruh harta benda dunia yang bernilai masuk kubur lalu bagi rasuah kat Mungkar dan Nakir.., maka nescaya mereka tolak kerana benda dunia sudah bernilai lagi di alam kubur. Korang menganggap bernilai tetapi macam tahi hidung je sebenarnya yang langsung tak bernilai.

Kat dunia, bolehlah korang nak buat surat rayuan untuk dapatkan kerja tetapi kat kubur.., buatlah surat rayuan berjuta-juta banyak semata-mata untuk kembali kepada dunia… maka maaf anda tidak dilayan. Kaunter pertanyaan, kauter rayuan telah ditutup.

Ingatlah, kat dunia korang boleh tipu, boleh beri dan terima rasuah, boleh mengkhianati orang lain tetapi dalam alam kubur.., tangan, mulut, serta mana-mana anggota badan akan menjadi saksi kepada setiap kelakuan buruk dan baik yang dilakukan masa kat dunia ini.

Kalau atas dunia korang lebih sayangkan dan pentingkan harta, kereta, isteri, wang, rumah.., daripada sayang pada Allah dan Rasul.., maka tunggulah saat di alam kubur yang hanya menyaksikan iman dan amal jadi pembela.

Soalan pertama yang diajukan pun pasal bab keimanan. Bukan jawab dengan hafalan, ingatan dan ilmu korang yang menggunung.., tapi jawab dengan iman sahih dan amal saleh. Hati tempat letakkan iman.., hati hanya boleh diisi salah satu salah sahaja. Cinta pada Allah atau cinta pada makhluk? Kebesaran Allah bertakta di hati atau kebesaran makhluk bertakhta di hati? Ya Allah, aku risau…Selamatkan kami hamba yang lemah ini.

Tak macam kat dunia, kalau gagal temuduga boleh lagi minta berulang-ulang kali sampai penat tetapi kat dalam kubur, sekali gagal berulang-ulang kali akan ditanya dan dihukum jika tidak dapat jawab.

Semasa temuduga kerja kat dunia, kalau panel tanya and kita tak boleh jawab maka kita boleh minta maaf tetapi kat dalam kubur, malaikat tanya kita tak boleh jawab maka takkan kita nak minta maaf! Tiada maaf bagimu.

Sedikit tip temuduga kubur..?

InsyaAllah, jika kita beramal dengan yakin pada janji-janji Allah, maka Allah s.w.t akan menunaikan apa yang kita yakini. Tetapi kalau kita ragu-ragu atau buruk sangka pada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan bertindak mengikut sangkaan hambaNya.

Dari segi iman, adakah kita benar-benar sudah beriman? Setiap perkara ada tanda-tandanya.., jadi apa tanda iman? Tanda iman yang paling lemah adalah benci terhadap maksiat. Tanyalah pada diri.., adakah kita benci pada maksiat? Kalau maksiat yang dilakukan oleh diri sendiri buat pun tak benci.., apatah lagi nak benci maksiat yang berlaku depan mata!

Iman letaknya dihati, tetapi jika dihati kita penuh dengan kebesaran makhluk (duit, isteri, anak, harta, kereta, kondominium, takhta, apa-apa sahaja), maka adakah boleh menyebut “Allah” ketika ditanya “siapa tuhan kamu” oleh Mungkar Nakir. Jika kita selalu dakwahkan kebesaran Allah, lihat kebesaran Allah, fikir kebesaran Allah.., maka sumber pancarindera inilah yang akan pergi ke hati. Dengan ini insyaAllah kebesaran Allah akan bertakhta pada hati.

Aku cakap memang senang kaedahnya tetapi sama-samalah kita buat dengan istiqamah. Doa berterusan agar Allah s.w.t selamatkan kita dari azab kubur dan api neraka.

Dari segi amalan plak, apabila dikatakan orang yang bijak adalah orang yang bersedia dengan amalan. Apa amalan yang dijanjikan Allah untuk selamat dari azab kubur? Satu amalan nabi s.a.w yang tidak pernah ditinggalkan sebelum tidur pada malam hari adalah membaca surah al-Mulk dan as-Sajadah.

Dalam satu riwayat diceritakan beberapa orang sahabat Nabi telah memasang khemah di atas perkuburan, dalam keadaan mereka tidak mengetahui terdapatnya sebuah kubur di situ. Tiba-tiba mereka mendengar suara orang membaca surah Tabarokallazi (al-Mulk) sehingga ayat terakhir, daripada kubur tersebut.

Lantas beliau menemui Nabi s.a.w dan berkata:

“ya Rasulullah! Sesungguhnya aku telah memasang sebuah khemah dalam keadaan aku tidak mengetahui disitu adalah tanah perkuburan. Tiba-tiba aku mendengar suara orang membaca surah Tabarokallazi dari kubur tersebut. Nabi s.a.w pun bersabda: “sesungguhnya surah ini menghalang daripada azab Allah dan penyelamat bagi azab kubur. (HR Tirmizi)

Jadi sekarang tanya pada diri kita? Ada baca ke tak tiap-tiap malam surah tersebut? Adakah kerana malas atau sibuk menyebabkan kita tidak sempat membacanya? Layan bola berjam-jam depan tv boleh, bersembang politik sehingga larut malam boleh, bergurau senda dengan anak isteri boleh, berborak-borak setiap malam boleh tapi sangat dukacitalah kalau setiap malam jika surah tersebut tidak dapat dibaca.

Jadi janganlah malas dengan mencari alasan tetapi carilah jalan! Orang yang baca surah tersebut adalah tanda orang yang ada fikir dan risau ke atas kehidupan selepas mati tetapi kalau orang yang tak baca.., ada risau ke? Jawab sendiri!

Dikisahkan sewaktu Fatimah r.anha meninggal dunia, maka jenazahnya telah diusung oleh empat orang yakni Ali bin Abi Talib, Hasan, Husin, dan Abu Dzafrrin al-Ghifary r.a. Sewaktu jenazah Fatimah r.anha diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin telah berkata kepada kubur..:

“wahai kubur, tahukan kamu jenazah siapkah yang kami bawakan kepada kamu? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w”

Maka kubur berkata..,

“Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku(layan dengan seburuk-buruknya)”

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur maka hendaklah melazimkan empat perkara yakni hendakalah menjaga solat, bersedekah, membaca al-Quran dan memperbanyakkan mambaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan tasbih , ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara jugak yang harus dijauhi ialah jangan berdusta, jangan mengkhianat, jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini) dan jangan kencing sambil berdiri.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya,

“bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakkan siksa kubur itu berpunca dari kencing”.

Sesorang itu tidak dijamin akan terlepas sari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t. Bak kata lagu Raihan.., “Iman tidak dapat diwarisi, tidak dapat dijual beli dari seorang ayah yang bertaqwa!”

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang yang kerja kerajaan atau kerja sendiri, berkedudukan tinggi atau rendah atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang iti mengikut iman dan amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Tidak kacak tapi bijak..?

Bayangkanlah jika hari esok kita akan dipanggil oleh dua panggilan temuduga.., pertama panggilan temuduga kerja dan satu lagi panggilan temuduga alam kubur? Antara dua, mana satu yang kita akan pilih?

Sudah tentu, kita akan menjawab untuk memilih membuat persiapan untuk temuduga alam kubur! Budak sekolah tadika pun akan cakap macam tu walaupun mereka tak faham sepertimana orang tua faham.

Jadi orang yang bijak bukanlah yang lulus dalam temuduga kerja, bukan jugak yang berjaya kumpul harta banyak tanpa sebarang manfaat, bukan jugak yang pandai dalam ilmu-ilmu agama tanpa amalan dan takut pada Allah, bukan jugak yang pandai bermain papan luncur sehingga memenangi banyak pertandingan.., dan bukanlah segala-galanya.

Tetapi orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati dan membuat perhitungan dan persediaan iman dan amal sebelum mati. Itulah orang yang layak dipanggil bijak. Kalau setakat ingat mati sahaja tanpa beramal pun tidak jugak dikategorikan bijak.

Orang yang bijak sebenarnya adalah orang yang bersedia untuk mati.., bersedia dengan iman dan amal kerana orang yang bersedia mati adalah orang yang bersedia untuk jumpa Allah.., tapi kalau kita tidak bersedia jumpa Allah.., maka Allah langsung tidak bersedia jumpa kita! Tanyalah diri kita sendiri sejauhmana kita adakah sudah bersedia?

Sebaliknya orang kurang bijak (lebih sopan daripada dikatakan orang bodoh) adalah orang yang berpenyakit Al-Wahan yakni sangat mencintai dunia dan takut mati! Apabila disebut je ada orang mati, masih ramai yang tidak ambil peduli, kerana masing-masing kononnya sudah mengerti, tetapi hakikatnya cinta pada dunia masih melekat di hati!

Orang yang cinta dunia, tidak mungkin akan mencintai akhirat kerana di hati hanya satu yang layak dipilih. Orang yang cinta pada dunia, dia tidak ada kerisauan pada hari akhirat tetapi sangat risau sekiranya berlaku kekurangan dalam perkara dunia.

Berapa ramai yang menangisi apabila kehilangan perkara dunia tetapi apabila berlaku kekurangan dalam perkara akhirat, langsung tidak menangis, lebih malang sedih pun tidak!
Kalaulah Allah s.w.t telah takdirkan esok adalah hari kematian kita.., apakah masih boleh releks-releks, bergelak ketawa disana sini, berterusan melakukan dosa yang sedar dilakukan berulang-ulang kali? Tentu sekali tidak bagi orang yang hidup hatinya, bukan mati hatinya.

Jadi kita kena bertindak secara bijak yakni BOHONGkan apa yang ada depan mata dan BENARkan apa yang disabdakan oleh nabi dan perintah Allah. Itulah yang dikatakan iman.., perkara yang tak nampak.

Nak nampak macamana kalau kita tidak banyak dengar dan cakap pasal kehidupan selepas mati. Mustahil. Benda dunia pun seperti anak kunci motor, kita lupa letak kat mana, apatah lagi perkara akhirat yang tidak langsung nampak, berulang-ulang kali perlu diperingatkan.
Dunia adalah penipu, manusia pulak yang pelupa. Jadi dimanakah tahap kita. Kasihan kan. Minta dan harap pada Allah agar dipandang dengan rahmat dan belas kasih sayangNya pada kita dan umat. Ameen

Pengangkutan percuma disediakan..?

Kat dunia, jarang sangat korang akan dapat sesuatu dengan percuma tetapi apabila korang mati, semuanya akan jadi percuma. Korang tak perlu risau untuk sediakan duit agar orang boleh kapankan dengan kain putih, tak perlu risau untuk upah orang angkat keranda, tak perlu bayar kat penggali kubur, tak perlu bayar guna tanah kubur.., semuanya percuma. Jadi jangan risau.

Yang perlu risau semasa kita hidup adalah sediakan iman yang sahih dan amal yang soleh. Apabila mati, kita akan diletakkan dalam “kenderaan” yang diusung oleh anak-anak, adik beradik atau kaum kerabat kita. Kenderaan ini percuma boleh didapati di setiap masjid. Ajk masjid takkan mengenakan sebarang cas setiap kali meminjamnya. Kenderaan yang kita akan naik jugak tak perlu minyak, cuma perlu tenaga kaum kerabat yang sayangkan pada kita untuk usung ke tanah perkuburan.

Dalam hadith diceritakan bahawa apabila mayat sudah dimasukkan dalam “kenderaan” untuk diusung dan dipikul oleh manusia dibawa ke kubur, maka mayat itu tidak akan berdiam diri saja. Akan tetapi ia akan mengatakan sesuatu ucapan yang didengar oleh segala benda dan makhluk kecuali manusia.

Ini disebabkan sekiranya manusia yang masih hidup memikul usungan mayat dan menghantarkannya ke kubur itu mendengar ucapannya, pasti orang yang mendengar tentu pengsan tidak sedarkan diri.

Adapun ucapan mayat ketika dibawa ke kubur itu berbeza-beza ucpanya, antara orang yang salih atau durhaka, ahli ibadat atau maksiat. Kalau ia seorang yang saleh, maka ia akan mengucap..;

“segerakanlah olehmu semua membawa aku ke kubur”.

Tapi sebaliknya jika mayat itu orang yang ahli maksiat dan durhaka, maka ucapannya..;

“aduh alangkah celakanya, kemanakah kamu semua membawa diri aku?”


Baca: kenderaan=keranda

Suasana dalam “bilik” temuduga..?

Dalam satu hadith ada menyebut bahawa kubur adalah taman-taman syurga atau juga lembah-lembah neraka. Diceritakan apabila “calon” diletakkan pada liang kubur, maka ia akan dipanggil dengan jeritan tiga kali..;

“wahai anak Adam! Kamu di atas punggungku bersenda gurau, tapi dalam perutku menjadi menangis.., kamu berada dia atas punggungku bergembira ria, tapi kamu dalam perutku menjadi cemas dan duka.., kamu di atas punggungku dapat berbicara tapi kamu dalam perutkanku menjadi diam”

Apabila “calon” temuduga kubur dimasukkan ke “bilik” lalu ditutup pintu dengan sekeping papan,ditampal yang dengan beberapa gempalan tanah lalu ditimbus. Tiba masanya orang yang berada diluar “bilik” temuduga akan meninggalkan kita. Harta dan ahli keluarga akan pergi begitu sahaja. Hanya amalan menjadi teman setia.

Maka duduklah dalam “bilik” keseorangan, tiada teman, tiada lampu, tiada makanan dan minuman. Selanjutnya kalau “calon” adalah ahli syurga, maka baginya di dalam bilik temuduga akan dibukakan pintu syurga dan kepadanya diucapkan..; “itulah tempat tinggalmu dan apa saja yang telah disediakan Allah dalam syuarga adalah untukmu”. Maka “calon” itu akan riang gembira.

Kemudian akan diluaskan bilik 70 hasta dan diterangi dan dikembalikan jasadnya pada asal kejadiannya. Kemudian roh dimasukkan dalam kumpulan roh-roh yang baik, yakni wujud sebagai seekor burung yang tergantung disalah satu pohon syurga. Itu hal berlaku ke atas orang yang beriman tetapi sebaliknya berlaku ke atas orang tidak beriman.

Dalam “bilik” temuduga, ada keadaan manusia yang merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar nakir, bilik jugak akan menjadi gelap, bilik jugak akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)

Jadi sama-samalah berwaspada dengan tipu daya muslihat syaitan dan iblis. Pelihara, jaga dan usahalah berterusan atas iman kerana iman umat diakhir zaman ialah keluar dan masuk. Pagi beriman dan petang kufur.., atau pagi kufur dan petang beriman. Risaulah keadaan iman kita masing-masing.

Maka Allah s.w.t dengan Rahman dan RahimNya menyeru kepada kita sebagaimana firmanNya..;

“wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya; dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam” (ali-Imran: 102)

Marilah kita sentiasa usaha atas iman dan amal serta berdoa mohon kepada Allah dengan harapan dimatikan dalam keadaan iman dan Islam. Ameen.


Baca: bilik=kubur; calon=mayat

P/s: Kubur kata mari.., rumah kata pergi.., bila sudah mati.., harta akan dibahagi.., ada yang bergelak ketawa ki ki ki.., ada jugak anak beranak berkelahi.., kerana tamak menguasi diri.., sehingga meranalah diri.., keseorangan diri.., jadi jangan menyesal kemudian hari.., sedarlah sebelum dijemput pergi.., gunalah harta ke arah jalan diredhai.., anak-anak dididik mengenal Ilahi.., kelak menjadi anak soleh lagi berbakti.., kerana dunia tidak abadi.., hidup di akhirat yang hakiki.

12 comments:

  1. PENGUMUMAN:
    Entry ini agak panjang,
    Tanda aku nak berhenti berblog,
    Tapi dalam tempoh yang agak lama,
    Jangan ditanya,
    kenapa, bila, dimana, bagaimana, siapa, kemana, mengapa aku berhenti,
    kerana jawapannya hanya Allah s.w.t yang maha Mengetahui,

    aku cuba merancang hidup ini,
    tapi perancangan Allah lebih teliti,
    kerana ada hikmah disebalik apa yang terjadi,
    apa yang aku tidak ketahui,

    Izinkan aku mengundur diri,
    Dengan harapan dapat jumpa lagi,
    itupun kalau aku tidak mati lagi,
    dan dengan entry yang lebih hikmah dan bermanfaat,
    buat diri dan umat,

    minta maaf sekiranya selama ini terkasar bahasa,
    kerana aku juga manusia biasa,
    bukanlah yang luar biasa,

    teguran, kritikan, cacian, makian,
    aku sambut dengan senyuman dan buat pengajaran,

    akhir kata,
    tata, titi, tutu, hai, bye, chow, arigato, sawadikap, sherai tik, kebabo, boom, ya-aw-aw, waca, betul-betul, wassup man, cet p dulu no, assalamulaikum…
    (aku sedih.., hua hua errr)

    ReplyDelete
  2. menarik, menarik. sungguh panjang tulisan ni, anta tengah byk masa sekarang agaknya.

    ReplyDelete
  3. kehidupan dunia jambatan dan cermin kepada kehidupan akhirat..

    ReplyDelete
  4. assalamu'alaikum...

    “…Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan(mengikut kehendak)Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”

    ~Ath-thalaq:2-3~


    InsyaAllah tuan, yakin dan sabar...

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum Peluncur Islam,Semoga Allah mudahkan kehidupan kita dan Allah redha dengan kehidupan kita.
    Kehidupan didunia ini hanyalah sekadar mimpi,kehidupan sebenar bermula dikubur!.Buatlah apa apa kerja di dunia sementara ini.rezeki Allah yang bagi.Semoga berjaya di Dunia dan Akhirat

    ReplyDelete
  6. salam aleik tuan.....ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?...semangat y tuan dapat tu datangnye dari perjuangan abah n ibu tuan.....keep it up.....bergembiralah dgn apa y dperolehi :) smoga jannah untuk kita na na na:) salam.

    ReplyDelete
  7. ziarah76

    insyaAllah Allah akan mudahkan segalanya... Hidup ni tempat ujian... bila senang...syukur...bila susah...sabar...

    kan kan?

    ===========
    student

    cermin? cermin tipu... cermin hanya ilusi...luar cermin adalah realiti...


    =========
    Resmipadi

    InsyaAllah.... Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar...

    kalau tak sabar...tandanya syaitan telah bersama...

    minta dijauhkan..

    =======
    seorangnenektua

    cucu akan ingt pesan nenek.. syukran nek

    ========
    ukhti,mardhiah

    kalau kita larikan pinggan tu macamana? mesti kuah akan jatuh atas lantai... Oleh itu...mcmlah iman tak dpat diwarisi...tapi kita perlu usaha untuk mewarisi dan menteladani iman nabi dan sahabat.
    ===========
    Fakeh

    Fakeh...sebenarnya kita tak perlu terokai hebatnya musuh2 kita... kita hanya terokai dan teladani pejuang-pejuang Islam... Musuh tidak terlalu laju dan maju....tetapi kita yang terlalu perlahan...

    jadi yang penting usaha utk memajukan diri..bkn orang lain... tapi bila diri dah maju...insyaAllah orang lain akan maju (dapat hidayah)

    betulkan?

    ReplyDelete
  8. salam...
    Ya Allah, panjangnya, tak terhabis nak baca.
    Baca separuh dulu. Separuh lagi sambung kemudian...
    Dah nak maghrib ni... huhu
    Entri yang menarik, penuh pengisian rohani.

    InsyaAllah akan datang jenguk sini lagi.
    =)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah... dapat jugak datang sini balik menyambung pembacaan hari tu. tapi tak ingat berhenti kat mana. last2 baca balik dari atas.

    thanks for sharing.

    ReplyDelete
  10. Latifah

    oh, terima kasih sudi baca habis... tak semua orang boleh baca habis post blog ni...cz ia sengaja ditulis panjang agar orang lain tak larat nak baca...

    jadi kalau dah mula-mula set bahawa orang lain tak baca...maka saya sendiri akan baca berulang-ulang kali...untuk siapa? untuk diri sendiri yang lemah...

    tima kasih...
    ======

    FATEHAH

    tanki you...

    ReplyDelete
  11. Terima kasih tuan di atas entry ini. Saya baru sahaja gagal temuduga kerajaan pertama kali. Sebelum keputusan macam yang tuan cakap, saya rasa saya akan lulus temuduga ini disebabkan oleh penemuduga (contohnya sebut pasal posting) dan juga saya dapat rasa yang saya dapat menjawab semua persoalan yg diberi dan penemuduga juga berkata bahawa saya betul-betul membuat persiapan yang sepatutnya. Tetapi setelah keputusan diterima: 'dukacita anda tidak berjaya'. Ya Allah tak tau nak cakap macam mana perasaannya. Saya terkedu sekejap, yelah sebab sebelum ni saya agak yakin yang saya akan dapat. Kebetulan ibu ada disitu jadi saya terus memberitahu keputusan temuduga tersebut. Ibu mungkin kecewa tetapi tidak terungkap diwajahnya. Selepas ibu pergi barulah air mata mula mengalir. Sampai teresak-esak menangis. Lama jugak menangis. Lepas air mata kering, sekejap kemudian air mata akan mengalir lagi. Tak tau beberapa jam macam tu. Memang rasa sangat-sangat sedih sebab fikirkan tentang ibu, hutang ptptn dan juga saya sangat menginginkan jawatan tersebut sejak zaman sekolah lagi dan usia saya telah mencapai had untuk jawatan tersebut. Jadi ini merupakan kali yang terakhir untuk saya mendapatkan jawatan tersebut. Untuk satu hari ini memang saya mudah menangis. Saya sudah redha dengan ketentuan Allah tetapi entahlah kenapa saya masih juga menangis (mungkin juga saya belum betul-betul redha).

    Tetapi alhamdulillah saya terjumpa entry tuan dan menyedarkan saya kembali yang Allah sudah sediakan yang terbaik untuk saya, saya cuma perlu berusaha lagi dan juga bahawa dunia ini hanyalah sementara. Jadi saya betul-betul redha dengan keputusan temuduga ini.


    Saya doakan tuan dipermudahkan segala urusan, dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah dan juga berjaya didunia dan di akhirat kelak. Amin.

    ReplyDelete

Syarat-syarat KOMEN.

1. Korang boleh nak kutuk, nak kritik, nak nasihat, nak boikot, nak caci, nak maki, nak perli, nak istiharkan perang ke atas diri aku atau apa-apa aje yang korang nak lakukan pada aku… Silakan., ATAU

2. Kalau tak nak buat perkara tu, maka boleh bagi pendapat agar kita dapat ambik manfaat sehingga menjadikan kita lebih matang. Berbeza pendapat takpe sebab tak menjadi punca perselisihan tapi yang jadi perselisihan apabila sikap dalam berbeza pendapat akibat kurang ilmu dan adab sehingga menjadi biadap. ,ATAU

3. Kedua-duanya sekali.

Blog Widget by LinkWithin