August 29, 2009

Kita sering lupa dan takut?

Kita manusia yang penakut

Kita manusia pelupa


Hari ini kita berada di atas

Kita takut

Esok kita akan jatuh ke bawah

Dan kita lupa

Kelmarin kita berada di tempat yang serendah-rendahnya


Hari ini kita kaya

Kita takut

Esok kita akan miskin

Dan kita lupa

Kelmarin kita tidak mempunyai apa-apa


Hari ini kita senang

Kita takut

Esok kita akan susah

Dan kita lupa

Kelmarin kita hidup di atas kehendakNya


Hari ini kita gembira

Kita takut

Esok kita akan berduka

Dan kita lupa

Kelmarin kita pernah kecewa


Hari ini kita kenyang

Kita takut

Esok kita akan lapar

Dan kita lupa

Kelmarin ada manusia yang kebuluran


Hari ini kita muda

Kita takut

Esok kita akan tua

Dan kita lupa

Kelmarin tidak akan kembali semula


Hari ini kita hidup

Kita takut

Esok kitakan mati

Dan kita lupa

Kelmarin kita tidak pernah bersedia untuknya!


P/s: Kita takut untuk mati kerana cinta pada dunia yang fana. Kita lupa bahawa ada kehidupan yang sebenar-benarnya menanti selepas mati. Fikir-fikir dan risau-risaukanlah.



August 16, 2009

Ada apa dengan konvo?


Bergambar sebelum hari konvo adalah lebih baik agar solat dapat dijaga



Bergambar selepas keluar dari dewan pada hari konvo


Bertarikh 15 Ogos 2009 bersamaan 24 Syaban 1430 Hijrah, aku dan kengkawan yang sama kos dengan aku telah menyambut konvokesyen USM ke-40. Aku bagi pihak blogger mengucapkan setinggi-tinggi atas kejayaan aku dan korang berijazah dalam program pengajian masing-masing. Tapi aku tidak anggap ini sebagai kejayaan bagi aku tetapi hanya sebagai pencapaian. Kejayaan aku sebenar bila Allah s.w.t redha pada aku dan pilih aku masuk syurga Allah s.w.t. Itulah kejayaan yang sebenar-benarnya.

Tersenyum and jeles sekejap aku bila keluar dari dewan konvo kerana rata-rata kawan aku mendapat bunga. Tapi aku terus bergegas ke family aku untuk bergambar dan bersalaman serta ucapkan terima kasih atas berkat doa mereka dan kengkawan. Aku sebenarnya tak harapkan orang bagi bunga kerana aku ni tidak suka bunga. Bunga tu kan layu. Jadi mujur lah tak da orang bagi bunga kat aku. Tapi aku amat bersyukur dan alhamdulillah aku ucapkan pada Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang yang telah menghantar seseorang untuk memberikan ucapan dan hadiah. Dia seseorang yang sangat memahami aku sehingga menghadiahkan buku ini di hari konvokesyen aku.

Syukran…

MasyaAllah isi kandungannya amat penting dan aku sekarang sedang menghabiskan bacaan buku ini sedikit demi sedikit. InsyaAllah segala apa yang aku baca, serba sedikit aku akan selitkan dalam blog aku. Lagi baik jika korang sendiri dapatkan buku ini kerana pengisiannya cukup tinggi. Walaupun korang orang umno ke, orang pas ke, orang keadilan ke…korang digalakkan baca karya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bacalah! Amalkanlah! Sampaikanlah! Jangan korang pandang dari segi ‘politik’ tetapi pandanglah beliau sebagai ulama yangmana kita patut memuliakan dan mendengar nasihat seseorang ulama yang hak.

Oleh kerana blog aku ni fikir dan risau, maka aku akan cuba mewujudkan fikir risau kita semua. InsyaAllah. Disaat aku dan kengkawan menyambut hari konvokesyen, kita perlu ingat bahawa dalam keghairahan, keriangan, kegembiraan meraikannya maka sambutlah hari konvokesyen dalam makna kita bersyukur. Syukur sebab Allah s.w.t telah memudahkan urusan sepanjang hidup kita terutama mendapat lindungan daripada Allah s.w.t semasa berada dalam kampus yang suasananya agak mengancam iman seseorang.

Syukur juga aku adukan kepada Allah s.w.t kerana semua perjalanan pergi dan balik family aku dan family orang lain selamat. Kali ini tiada laporan kematian kemalangan yang gara-gara untuk sambut hari konvo. Tidak seperti dua tahun lepas, yangmana seorang pelajar usm dalam perjalanan ke usm untuk menyambut hari konvokesyen tetapi terlebih dahulu dijemput Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang apabila bas yang dinaiki telah kemalangan.

Bagi pandangan aku, kalau masa aku kecik-kecik dulu apabila melihat orang yang berjaya menyambung pelajaran ke universiti adalah satu perkara yang sangat boleh dibanggakan sehinggakan kalau hari konvokesyen, satu family dan sanak saudara datang untuk meraikan. Tetapi tidak lagi berlaku pada zaman sekarang yangmana rata-rata yang datang pun hanyalah family sahaja. Itu pun sudah syukur. Tapi ada lagi sahabat-sahabat aku hanya keseorangan yang sambut hari konvokesyen tanpa family disisi walaupun family mereka masih ada.

Dalam keadaan bersyukur tersebut, aku juga turut sedih apabila ramai graduan Islam yang melewatkan solat kerana masing-masing dok sibuk untuk bergambar, membeli belah, bersembang kosong dan sebagainya. Memang majlis bermula lewat pukul 3 dan berakhir lebih kurang 5 petang. Maka ramai yang tidak mempedulikan soal solat. Sehingga aku sendiri pun lewat pulang ke desa jam 5.30 petang kerana sibuk dek bergambar. Kalu diikutkan hati memang tidak habis bergambar ni, maka aku mengundur diri untuk pulang ke desa untuk solat. Melihat sahabat-sahabatku masih keriangan menyambut, tergerak dalam hatiku agar mereka pun tergerak untuk turut pulang solat walaupun sudah diajak berulang kali.

Aku sangat risau jika dalam keriangan menyambut hari konvokesyen sehingga melewatkan solat. Aku risau kerana takut Allah s.w.t menjemput aku terlebih dahulu ketika aku sedang sibuk bergambar tanpa mempedulikan perintah Allah s.w.t yang paling besar iaitu solat. Bayangkanlah kita semua, apa alasan kita nak bagi jawapan jika ditanya kenapa melewatkan atau meninggalkan solat? Adakah jawapan kita kerana kita sibuk dek bergambar? Beginikah kita nak lahirkan rasa syukur pada Allah s.w.t.

Lebih kurang pukul 7 petang, maka aku melihat ramai graduan yang baru pulang ke desa/kolej untuk solat asar ‘gajah’ dengan alasan dok sibuk bergambar. Senang je mulut mereka bagi alasan kat aku bila aku bertanyakan kepada mereka. Yang bermusafir tu tak pelah. Tapi ini tidak. Tidakkah kita semua fikir dan risaukan keadaan sebegini. So, apa tindakan kita sekarang. Tersenyum melihat kengkawan kita mengabaikan solat? Mereka semua ni saudara kita. Kita ibarat satu tubuh, jika terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit. Ayuh, mari semua kita bergerak atas maksud kerja dakwah dengan cara kasih sayang, pujuk rayu, bentuk fikir risau dan doakan untuk diri sendiri, family kita, kengkawan kita dan seluruh umat. InsyaAllah.

P/s: Sekarang, kita renung keadaan diri kita sendiri, berapa ramaikah antara kita yang benar-benar berbangga dengan keadaan dirinya sebagai seorang hafiz al-Quran atau adakah sebagai seorang graduan? Kemuliaan dan kebanggaan kita hanyalah pada ijazah yang tinggi-tinggi, gelaran yang hebat-hebat, kehebatan dan kebesaran serta harta benda dunia yang pasti terpisah selepas kita mati. Hanya kepada Allah s.w.t tempat mengadu.

Blog Widget by LinkWithin